Tuesday, 1 October 2013

Kos merisik Che Ta RM10,000?


KUALA LUMPUR – Pelakon popular Rozita Che Wan, 42, hari ini memberitahu sungguh pun majlis merisik dirinya yang berlangsung Ahad lalu di Carcosa Seri Negara nampak mewah namun jumlah perbelanjaan untuk menjayakan majlis itu tidaklah sebanyak yang disangka oleh pihak lain.

Enggan mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan untuk majlis itu, menurut Che Ta dihitung secara kasar majlis itu tidak mencecah RM 10,000.

“Tidaklah semewah mana, saya hanya bayar untuk lokasi sahaja.

“Baju, solekan serta lain-lain, saya banyak dapat penajaan,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta, Ahad lalu telah dirisik oleh keluarga teman lelakinya, pelakon Zain Saidin dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat itu.

Menjawab mengapa majlis ini tidak hanya berlangsung di rumahnya sahaja, menurut Rozita, kawasan yang kecil serta tidak sesuai untuk menerima tetamu yang ramai membuatkan dia memilih lokasi Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Ahmad Idham Umpama Kacang Lupakan Kulit Selepas Kaut Untung Juta-juta” – David Teo


Nampaknya dua penerbit filem popular Malaysia ini sering bercanggah pendapat sekarang. Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit dan pengarah Ahmad Idham yang menyalahkan FINAS diatas kejatuhan kutipan filem tempatan, nampaknya kini giliran David Teo pula bersuara untuk membidas kenyataan itu dan mempertahankan badan tersebut.

“Janganlah menuding jari kepada FINAS apabila filem tidak dapat sambutan. Saya harap produser atau pengarah dapat membetulkan diri. Saya meletakkan kesilapan pada produser itu sendiri sekiranya penonton tidak berminat menonton filem mereka, bukan salah FINAS, pawagam, penonton atau media. Strategi pemasaran tidak menjadi juga adalah sebabnya.

“Jangan jadi produser filem sekiranya tidak bersedia mengambil risio mengalami kerugian. Sekiranya tidak mahu rugi, lebih baik simpan saja duit dalam simpanan tetap di bank atau beli bangunan tiga tingkat sebagai pelaburan. Setiap bulan boleh kutip kadar faedah dan keuntungan.” jelas David Teo.

Menurut David Teo lagi, sesebuah perniagaan pastinya mempunyai untung dan rugi. Setiap filem yang dihasilkan mestilah menepati selera rakyat Malaysia dan bukannya filem yang syok sendiri.

“Saya cukup kesal dengan kenyataan Idham. Sebelum ini dia ahli lembaga FINAS. Dulu, masa dia di FINAS dia tidak buat apa-apa cadangan untuk bantu filem. Dulu dia dapat duit berjuta-juta ringgit daripada rebat dan skim insentif FINAS tidak pula bising-bising. Saya harap Idham sedar diri!

“Kenyataan Idham yang mempertikai dan merendahkan FINAS, malah mencadangkan lebih baik FINAS ditutup saja kalau tidak mampu memikul amanah kerajaan adalah kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab. Idham boleh diumpamakan kacang lupakan kulit selepas mengaut keuntungan berjuta-juta. Sebagai bekas ahli lembaga FINAS, Idham seharusnya mempertahankan FINAS”, jelasnya lagi.
Sering sahaja kelihatan di Twitter akan konflik antara dua penggiat filem tempatan ini. Tapi kita buat tak nampak ajelah dulu
sumber : http://ohartis.com/

Hans Isaac Kecewa David Teo Hina Filemnya


"Saya tidak kecewa apabila filem Lemak Kampung Santan (LKS) tidak mendapat sambutan di pawagam, tetapi saya lebih kecewa apabila membaca kenyataan David Teo semalam (kelmarin) dalam sebuah akhbar yang mengatakan Adnan Sempit 3 berjaya mengetepikan filem saya," ujar penerbit, pengarah dan pelakon, Hans Isaac ketika dihubungi Zass berhubung sambutan dingin penonton terhadap filem terbarunya, Lemak Kampung Santan.
Jelas Hans Isaac dan Neelofa yang digosipkan bercinta ini, ketika memaklumkan kepada wartawan dan peminat bahawa LKS akan disiarkan bersama filem Adnan Sempit pada hari raya pertama, dia tidak pernah sekali pun memberi sebarang komen terhadap filem terbitan MIG itu.

"Bagi saya kenyataan David Teo seperti memijak saya, apabila orang susah, kita mahu pijak lagi. Sebagai penerbit dia sepatutnya lebih profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Apatah lagi sejak awal lagi, saya menghormati filem terbitannya dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan apabila ditanya mengenai saingan filem terbitan kami.

"Ia seolah-olah mahu menarik lebih ramai penonton menonton filemnya dan mengetepikan sahaja filem terbitan saya," kata Hans Isaac dengan marah dan hampir mengamuk.
Hans berkata, dia tidak kecewa apabila penonton tidak memilih LKS kerana hak menonton terletak di tangan penonton.

"Saya akui agak sedih kerana usaha saya selama dua tahun, tidak mendapat sambutan dan pelaburan saya sebanyak RM1.8 juta, hasil simpanan saya tidak mendapat pulangan.

"Tapi ini adalah perniagaan dan saya sebagai penerbit dan pengarah tidak ada hak untuk memaksa apatah lagi memarahi penonton andai mereka enggan menonton filem saya," ujarnya.
Menurut Hans, menyedari mesej dan hakikat bahawa filemnya itu tidak mendapat sambutan, dia tekad mengambil keputusan untuk berhenti menerbitkan sebarang filem selepas ini.

Ujar Hans, kini kecintaan dan pelaburannya dalam industri akan beralih kepada dunia pementasan teater.

"Terus terang saya kata, saya bukan merajuk. Tetapi rakan-rakan perniagaan saya menyedarkan saya bahawa tidak ada gunanya saya melabur dalam industri perfileman. Apatah lagi industri kita tidak kukuh.

"Jadi saya mahu mengikut jejak langkah Datin Seri Tiara Jacquelina, Erma Fatima, yang sudah beralih ke dunia pementasan teater. Saya juga akan mengikut jejak langkah Aziz M Osman, Afdlin Shauki yang juga sudah membuat keputusan untuk tidak lagi menerbitkan filem," katanya yang akan mementaskan teater Lawak Ke Der pada bulan Oktober ini, diikuti pementasan SuperMokh The Musical.

Hans berkata, sebagai penggiat industri seni, dia berharap kementerian membuka mata mengenai slot tayangan yang disiarkan pada waktu Maghrib.


"Antara punca lain kegagalan filem ini adalah waktu siaran yang saya dapat seperti waktu pagi, tengah hari dan juga ketika jam 7 malam, di mana ketika itu kita faham, umat Islam perlu bersolat Maghrib.


"Berbanding filem lain yang mendapat waktu tayangan puncak seperti waktu petang, malam dan juga tengah malam. Jadi saya minta kerajaan atau ketua pengarah membuat sesuatu agar permasalahan ini dapat diatasi," ujarnya.
sumber : SinarHarian.

Aiman Hakim Enggan Dedah Bercinta Dengan Nur Fathia

Aiman Hakim Ridza mengambil pendekatan untuk berdiam daripada membuat sebarang kenyataan mengenai gosip kisah cintanya dengan aktres Nur Fathia Abdul Latiff.
Aiman, 23, berkata, dia tidak akan menceritakan mengenai status perhubungannya dengan Fathia, 25, kerana mahu menjadikan kisah itu sebagai sesuatu yang harus disimpan.

"Saya memang tak nak komen tentang status perhubungan saya dengan Fathia. Rasanya perkara ini tidak sesuai diceritakan kepada umum kerana ia sangat peribadi," katanya.

Malah beritahu pelakon yang mula popular menerusi drama Vanila Coklat (TV3) ini, dia mahu mengikut jejak pelakon-pelakon senior lain yang berjaya dalam bidang lakonan tanpa perlu menghebahkan hal peribadi mereka.

"Saya tengok, kebanyakan pelakon yang berjaya kurang mendedahkan hal-hal peribadi mereka dan ternyata mereka berjaya dalam kedua-dua bidang iaitu seni dan rumah tangga masing-masing.

"Lain pula bagi yang menjajakan cerita, kerja entah ke mana, perhubungan cinta atau rumah tangga pula tak pergi ke mana.

"Benda-benda peribadi terutamanya berkaitan siapa pasangan kita, ia sangat sensitif," ujarnya.


sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Madonna Telanjang Tak Laku?

BIASANYA, lukisan berwajah selebriti terkenal yang dihasilkan pelukis popular akan dibida dengan harga setinggi mungkin. Namun tidak berlaku kepada lukisan Madonna dan bekas suaminya, Guy Ritchie.

Sehinggalah ke hari terakhir lelongan dibuat, lukisan yang dibuka dengan harga RM99,000 (US$33,000) itu khabarnya masih belum ada pembeli.
Lukisan unik karya Peter Howson itu dilukis dengan gambar Madonna bertubuh sasa sedang terbaring telanjang di katil sambil dipandang oleh Guy Ritchie.

Harga lukisan yang sepatutnya mampu mencecah hampir setengah juta itu telah diberi diskaun sehingga RM66,000 (US$22,000), tetapi masih tidak ada yang mahu memilikinya.

Menurut jurucakap arkib lelongan di Scotland, lukisan itu terpaksa dibuka kepada orang ramai jika mereka berminat.
"Acara lelong kami berjalan dengan sukses. Tetapi bukan untuk lukisan Madonna dan Guy. Memang pelik. Selama ini lukisan selebriti popular pasti cepat laku dan harga bidaan pun hebat. Apapun, kami masih menunggu walaupun ia terpaksa dijual dengan harga yang jauh lebih murah," kata jurucakap tersebut kepada Contactmusic.

Untuk pengetahuan anda kejadian lukisan bogel Madonna ini tidak laku berlaku pada tahun2009. Mungkin ketika artikel ini ditulis lukisan ini sudah pun ada pembeli...

Rumah Sewa Dipecah Gadis Disamun Dan Dirogol Tiga Lelaki


Kota Tinggi: “Saya terkejut apabila dua lelaki bertopi besbol merah, bersarung muka dan bersenjatakan parang tiba-tiba meluru ke dalam rumah sewa kami (rumah kedai) dari pintu belakang.“Bimbang nyawa kami terancam, kami mengikut arahan mereka dan pada mulanya lega apabila semuanya dibebaskan, namun tidak menyangka seorang daripada kami bernasib malang apabila dilarikan dan dirogol,”

kata mangsa samun di Jalan Kijang, Taman Kota Batu 2, di sini, Myat Soe Thu, 25, semalam.Dalam kejadian jam 10.45 malam, seorang pekerja wanita sebuah kilang elektronik warga Vietnam berusia 20-an dipercayai diculik dan dirogol sekumpulan tiga lelaki selepas memecah masuk dan menyamun sebuah rumah kedai yang dijadikan asrama.

Ketika itu, mangsa bersama 14 rakannya dikejutkan apabila dua suspek bersenjatakan parang meluru masuk selepas memecahkan pintu belakang rumah kedai diduduki mereka.Myat berkata, dua suspek meluru masuk ke dalam rumah sewa sambil mengacukan parang manakala seorang lagi suspek yang berbadan besar menunggu di luar.

“Kami disuruh berkumpul di tengah rumah sambil suspek meminta kami menyerahkan semua barangan berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit ke dalam baldi.“Selepas mengambil barangan kami, kami disuruh keluar melalui melalui pintu depan tetapi sebaik suspek beredar, kami mendapati seorang rakan kami hilang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Myat berkata, rakannya dipercayai dibawa menaiki kereta Proton Gen2 berwarna kelabu sebelum dirogol. Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan atas bukit di Jalan Air Terjun, 200 meter dari asrama yang diduduki jam 12.15 tengah malam.

Sementara itu, penolong pengurus operasi syarikat berkenaan Loo Soon Fah berkata, beliau mendapat panggilan telefon daripada seorang pekerja mengenai kejadian pecah rumah teres yang dijadikan asrama membabitkan pekerja lelaki warga Nepal di Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya, di sini, jam 10.10 malam semalam.Katanya, beliau menghubungi penyelia, Ahmad Pauzi Ikhsan yang tinggal di kawasan berhampiran untuk pergi membantu mangsa membuat laporan polis.

“Bagaimanapun, pada jam 10.45 malam saya sekali lagi menerima panggilan telefon mengatakan berlaku kejadian sama membabitkan sebuah rumah kedai setingkat yang dijadikan asrama pekerja wanita warga Myanmar dan Vietnam di Taman Kota Batu 2, di sini.“Walaupun tiada kecederaan, kami kesal apabila seorang mangsa diculik dan dipercayai dirogol suspek,” katanya yang tiba dari Taman Daya, Johor Bahru.

Ahmad Pauzi berkata, selepas membuat laporan polis berkata, jarak antara lokasi kejadian pertama dan lokasi kedua adalah 2.5 kilometer.Katanya, berdasarkan keterangan mangsa pertama (Taman Kota Jaya), pihaknya percaya jenayah dilakukan kumpulan sama.“Kejadian pertama membabitkan 12 pekerja lelaki warga Nepal. Antara barangan disamun, termasuk lima telefon bimbit; wang tunai RM400 dan satu pemain cakera padat video (DVD).

“Kejadian kedua pula membabitkan 15 pekerja wanita warga Myanmar dan Vietnam dan antara barangan disamun termasuklah tiga kad ATM; lima telefon bimbit dan wang tunai RM400,” katanya.Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap suspek secepat mungkin.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Mohd Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Suamiku, Perogolku


Suamiku, Perogolku - KUALA TERENGGANU : Hanya kerana mahu menutup malu keluarga selepas anaknya dirogol dan mengandung anak luar nikah, seorang bapa sanggup mengahwinkan anak gadisnya itu dengan perogol terbabit, walaupun menyedari tindakannya itu bakal menjerat diri.
Ternyata, tindakannya itu tidak menyelesaikan masalah berkenaan, malah menyebabkan mangsa fobia dan trauma akibat dirogol selain terpaksa berdepan perogolnya yang juga suaminya.

Lebih malang, mangsa juga terpaksa menanggung malu bersendirian selepas pelbagai tohmahan dilemparkan jiran kerana mendakwa dirinya gadis liar dan mengandung anak haram.Untuk memastikan dirinya tidak diganggu, mangsa sanggup menyembunyikan diri kerana takut berdepan suaminya itu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai sebagai Nor, 19, ketika ditemui berkata, peristiwa hitam itu berlaku pada penghujung 2007 ketika dia berusia 16 tahun dan masih di bangku sekolah.
Menurutnya, dia tidak menyangka dirinya diperangkap rakan baiknya sendiri yang mengundangnya untuk minum petang di rumah sebelum khayal dan tidak menyedari dirinya menjadi korban lelaki bernafsu binatang itu.
Menceritakan semula peristiwa hitam menimpa dirinya itu, Nor berkata, selepas pulang dari sekolah, rakannya mengajaknya ke rumahnya untuk minum selain memujuk dia menemaninya kerana orang tuanya tiada di rumah.
Katanya, ketika di rumah rakannya, dia dihidangkan minuman dan selepas meminumnya kepalanya pening, pandangannya gelap dan tidak sedarkan diri.
Nor berkata, selepas beberapa jam dan terjaga daripada pengsan, dia terkejut apabila tubuhnya yang tidak berpakaian terbaring di atas katil dalam bilik tidur rakannya itu.
“Selepas itu, baru saya sedar diri dirogol seorang lelaki yang juga teman rakan yang berada di dalam rumahnya itu dan lebih mengejutkan apabila rakan baik dan lelaki itu hanya buat selamba apabila saya bertanyakan apa berlaku kepada diri saya.
“Kerana kecewa diperlakukan sedemikian saya pulang ke rumah dan kejadian itu saya rahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Ketika itu hati saya hancur dan percaya diri saya diperangkap apabila minum minuman dicampur sesuatu yang mengkhayalkan,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas keluarganya perasan perubahan pada tubuhnya yang mengandung.
“Saya menceritakan kepada keluarga peristiwa hitam itu dan bapa yang terkejut membuat laporan polis.
“Namun, bapa menarik balik laporan berkenaan dan untuk menutup malu keluarga bapa buat keputusan mengejutkan apabila mengahwinkan saya dengan lelaki terbabit yang merogol saya, tetapi mengasingkan saya daripada suami,” katanya.
Nor berkata, walaupun sudah berkahwin mereka tidak tinggal bersama dan dia sering mengelak bertemu lelaki terbabit sebelum menuntut cerai beberapa bulan kemudian.
“Saya tertekan dengan keputusan bapa menikahkan saya dengan perogol itu, malah lelaki yang bergelar ‘suami’ itu sering menghubungi saya untuk bertemu dan memujuk tinggal bersamanya, namun saya menolak kerana trauma dengan perbuatan biadabnya sehingga merosakkan masa depan saya.
“Beberapa bulan kemudian saya nekad berpisah dengannya sebelum memfailkan cerai fasakh di mahkamah dan kami berpisah, namun dia tetap memburu saya dengan alasan mahu melihat anak daripada benihnya itu, tetapi saya percaya dia ada tujuan lain,” katanya.
Nor berkata, dua tahun dia tidak keluar rumah akibat menderita selain menerima cemuhan jiran yang tidak tahu kejadian sebenar dan selepas melahirkan anak dia tekad memulakan hidup baru.
Menurutnya, pernah bekas suaminya itu menghubunginya untuk kembali bersama menjadi pasangan suami isteri, namun dia tidak menerimanya kerana lelaki itu tidak bertanggungjawab apabila nafkah anak langsung tidak pernah diambil peduli.
“Saya percaya dia bukan mahu melihat anaknya, tetapi lebih kepada nafsu untuk melakukan hubungan seks dengan saya secara paksa, walaupun kami kini sudah berpisah,” katanya.
Nor berkata, sudah beberapa kali dia meminta bekas suaminya memberi nafkah kepada anaknya, namun jawapan diterimanya mengguris hatinya selain menuduh dirinya perempuan murahan.
“Saya bukan seperti yang dia gambarkan dan saya amat membencinya walaupun pernah bergelar suami isteri,” katanya.
Nor berkata, sehingga kini dia benci melihat wajah bekas suami yang memusnahkan masa depannya dan berharap pendedahannya memberi pengajaran kepada remaja lain supaya lebih berhati-hati memilih rakan supaya tidak terjerat.
Menurutnya, kesan psikologi kejadian itu amat mendalam serta sukar dilupakan dan dia kini banyak menginsafi diri selain berusaha mendidik anak hasil perbuatan bekas suaminya yang kini berumur tiga tahun menjadi insan berguna. – Webberita | Terkini via Metro

Tubuh bogel Model cantik hanya di tutup dengan Lukisan


Para model tampil dengan aneka lukisan unik di acara International Contest of Hairdressers, Nail &Body Art Designers.


Seniman sedang menyelesaikan lukisan di tubuh seorang model yang berpenampilan kostum naga saat sebelum acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.

Seniman tampak sedang melukis tubuh seorang model sebelum acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.


Seorang model memaparkan kreasi seni lukisan tubuh di wajahnya.
Seorang model memperlihatkan lukisan Dewa Ganesha di tubuhnya saat acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.
Seorang model berpose saat tampil acara International Contest of Hairdressers, Nail 7 Body Art Designers.
Seorang model berpenampilan dengan gaya sotong saat tampil acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.
Seorang model memperlihatkan kreasi seni lukis di tubuhnya saat acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.

Polis Cari Pistol Pembunuhan Pengasas Ambank


KUALA LUMPUR - Polis percaya pistol yang diguna dalam pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi dibuang di kawasan Tasik Mines bersebelahan Lebuhraya Besraya di sini.

Polis yang menjalankan operasi mencari senjata api terbabit sejak Ahad membawa suspek utama ke kawasan itu pada Isnin.

“Kita syak senjata api yang digunakan suspek dibuang di kawasan ini,” kata Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur, Supt Yahya Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama.

Tinjauan Bernama pada Isnin mendapati suspek, 44, yang memakai baju lokapberwarna jingga diiringi anggota polis dibawa ke lokasi berkenaan pada 1.20petang.

Operasi pada Isnin bermula 10 pagi, membabitkan 30 anggota dan pegawai polisdaripada polis kontinjen Kuala Lumpur, Unit Forensik, Unit Skuba Bukit Aman serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan berakhir tujuh jam kemudian.

Sebanyak lapan anggota Unit Skuba turut menyelam mencari bahan bukti itu di dalam tasik yang mempunyai kedalaman 10 meter berkenaan, menurut sumber Bernama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, operasi mencari senjata api itu akan diteruskan esok dengan membawa peralatan seperti alat pengimbas senjata.

“Operasi ini diketuai timbalan saya, ACP Kahiry Ahrasa,” katanya ketika dihubungi.

Suspek utama kes itu ditahan Ahad lepas bersama-sama dua rakannya dalam serbuan 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taiping, Perak dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut.

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas.

Gambar Kekasih, Bakal Isteri Yus Jambu

Yus Jambu 37 tahun dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita berusia 33 tahun yang bekerja sebagai setiausaha dan model sambilan. Namun Yus enggan mendedahkan identiti bakal isterinya dengan lebih lanjut.
Sama cantik sama padan. Tahniah kepada Yus Jambu semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Lihat dengan lebih lanjut gambar kekasih isteri Yus Jambu di bawah selepas ini.

Pemilik Pusat Kecantikan Dibunuh Kejam


JOHOR BAHRU - Seorang wanita pemilik sebuah pusat kecantikan ditemui mati dalam keadaan terlentang berlumuran darah akibat ditikam dan dikelar di premisnya di Jalan Indah, Taman Bukit Indah di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun ditikam sebanyak dua kali di bahagian perut. Mangsa turut dikelar empat kali di leher serta masing-masing satu di belakang badan dan pergelangan tangan kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Supritendan Razak Md Said berkata, hasil siasatan awal percaya motif kejadian adalah samun kerana dua telefon bimbit, sebuah komputer riba dan sejumlah wang didapati hilang selepas kejadian.

Sumber : UTUSAN

Lemas lepas kereta terjunam dalam parit


LEDANG - Seorang lelaki mati lemas selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam parit sedalam hampir tujuh meter di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Sri Jaya, Bukit Serampang, semalam.

Mangsa, Mohd Fauzi Jamal, 34, dari Kampung Parit Kassan Bukit Gambir maut di tempat kejadian kerana terperangkap dalam kereta Honda Civic miliknya yang terbalik dalam parit tersebut.

Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Ayuhan Alias berkata, kejadian itu dipercayai berlaku awal pagi.

"Ia hanya disedari penduduk Felda itu setelah ternampak kereta berkenaan terapung dengan keempat-empat tayarnya ke atas, kira-kira jam 8 pagi," katanya.

Mohd Fauzi mati lemas selepas kereta dipandunya terjuman ke dalam parit besar, semalam.

Menurutnya, penduduk kampung kemudiannya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir pada jam 9.30 pagi untuk bantuan kecemasan.

"Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang ketika itu masih berada di tempat duduk pemandu.

“Kita percaya mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya kerana tali pinggang keledar dilihat sudah dibuka,” katanya.

Katanya, penduduk hanya menghubungi bomba dan pusat kesihatan selepas usaha mencari mangsa yang dikatakan dalam perjalanan pulang ke Bukit Gambir itu gagal.

Sementara itu, Ketua Polis Ledang, Superintenden Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video CCTV ‘skodengnya’ terhadap adik ipar dan pembantu rumahnya.


KUALA LUMPUR: Lelaki gila seks yang ditahan kerana disyaki merakam aksi bogel 19 penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kelmarin, tidak sekadar menjadikan penyewa rumahnya itu sebagai mangsa, malah turut melakukan hobi ‘skodengnya’ terhadap adik ipar dan pembantu rumahnya.

Sumber polis berkata, siasatan lanjut mendapati beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dirampas daripada suspek turut memaparkan beberapa wanita lain leka mandi dalam bilik air.

Menurutnya, visual terbabit jelas berbeza dengan situasi dalam bilik air rumah sewa penuntut universiti terbabit kerana ia seolah-olah diletakkan di sudut bawah menghala air pancuran bilik mandi.

“Setakat ini, polis belum dapat memastikan gadis berbogel yang mandi dalam rakaman yang dirampas itu, namun ia bukan penuntut universiti berkenaan.

“Walaupun menggunakan CCTV, kualiti visual mangsa yang dirakamkan secara sembunyi itu jelas dan terang. Polis percaya suspek mahir dalam memasang dan menggunakan CCTV berdasarkan beberapa peralatan berkaitan yang dirampas,” katanya.

Menurutnya, beberapa rakaman gambar bogel terbabit disimpan dalam pita atau versi MP4.

Lelaki itu dipercayai ‘menikmati’ visual gambar bogel itu dalam kenderaannya yang dipasang alat penerima isyarat.

Polis percaya lelaki berusia 34 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan hanya untuk memuaskan hobi peliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K Kumaran, berkata pihaknya percaya rakaman berkenaan untuk simpanan peribadi suspek dan bukan untuk diedarkan.

Menurutnya, ada kemungkinan lelaki yang ditahan polis kerana memasang CCTV di tiga bilik air rumah yang disewanya kepada 19 pelajar perempuan itu di Taman Bullion Mewah, Jalan Ipoh, turut memasang alat sama di beberapa rumah sewa lain miliknya.

“Kami yakin tiada video rakaman itu diedarkan setakat ini. Bagaimanapun, kami masih menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan dan perasmian lambang dan bendera Persatuan Kebajikan Keluarga Bekas Polis dan Tentera Wilayah Persekutuan dan Selangor (Poltera) di sini, semalam.

Kumaran bagaimanapun enggan mengulas lanjut bentuk serta jumlah video rakaman, selain identiti mangsa dirakam yang ditemui polis.

“Kes ini masih terlalu awal dan kami tidak boleh mendedahkan bukti yang ditemui bagi mengelakkan ia mengganggu proses siasatan dan pendakwaan nanti,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, 19 pelajar perempuan bimbang gambar aksi mandi mereka diedarkan kepada umum berikutan penemuan CCTV dalam tiga bilik air di rumah sewa mereka di Taman Bullion Mewah.

Kamera berkenaan dipercayai dipasang pemilik rumah itu ketika membaiki lampu di semua bilik air terbabit kira-kira tiga bulan lalu.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dari Taman Greenwood, Gombak, yang bekerja sebagai kontraktor.

Suspek direman lapan hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan.

Cara Gadis Jepun Minta Maaf Atau Merayu (6 Gambar)

Level 1. The Normal Apology -

Contoh Situasi - Makanan makan malam tak sedap atau gadis ini lambat untuk bertemu teman lelaki selama satu jam.


Level 2: The 45-Degree Bow

Example situations: Gadis yang ditemui menghantar SMS dengan laki lain, Gadis yang merosakkan barang kesayangan milik teman lelaki.


Level 3: The Dogeza, or “Kowtow”

Example situations: Gadis ditangkap curang, Gadis yang melepaskan anjing teman lelaki keluar dari rumah atau mengurung anjing tersebut.


Level 4: The Nigerian Dogeza

Example situations: Gadis yang menggunakan segala duit teman lelaki untuk berjudi.


6 Tahun Jadi Pemuas Nafsu Bapa Kandung

Suspek yang turut memiliki dua isteri ini dibawa ke Kompleks Mahkamah di sini, semalam, untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

KUALA TERENGGANU - Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Perubahan ketara anak sulung daripada tiga beradik itu mula disedari ibu saudaranya selepas mangsa dirogol dalam kejadian terbaru 12 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam di sebuah kebun di Bandar AMBS Dungun sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Mangsa yang belajar di sebuah sekolah asrama akan pulang ke rumah neneknya setiap dua minggu bagi menghabiskan cuti hujung minggu, sementara ibunya menetap di Wakaf Tapai, Marang kerana bekerja di sana.

“Semasa itulah, suspek ambil kesempatan mengajak mangsa bermalam di kebun tempat dia bekerja tidak jauh dari rumah nenek sebelum melakukan perbuatan terkutuk tanpa kerelaan mangsa,” katanya, semalam.

Sumber berkata, disebabkan terlalu takut, mangsa hanya membiarkan suspek yang turut memiliki dua isteri itu melakukan perbuatan jijik itu terhadap dirinya buat sekian kalinya.

“Sebaik melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah ibu yang juga nenek mangsa pada keesokan harinya,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang trauma mula menunjukkan perubahan sikap dengan sering menjauhkan diri, serta dilihat sentiasa berada dalam ketakutan setiap kali berdepan dengan suspek dan disedari ibu saudaranya sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Sejurus menerima berita itu, ibu mangsa berusia 30-an segera ke sekolah untuk berjumpa mangsa dan selepas puas dipujuk, barulah mangsa berani membuka mulut menceritakan kejadian sebenar.

“Mangsa turut mendakwa menjadi pemuas nafsu bapanya sejak berusia 10 tahun lagi, dan hanya berdiam diri kerana bimbang akan diapa-apakan bapanya yang sering mengugut akan memukul dan bertindak lebih kasar jika dia menceritakan kepada ibunya,” katanya.

Terkejut dengan pendedahan mangsa, ibu mangsa yang juga isteri pertama suspek membuat laporan polis pada 23 September lalu sebelum suspek ditahan di rumah isteri keduanya di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 11.10 pagi, kelmarin.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik membenarkan suspek direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Tiga maut keracunan makan kenduri

Mangsa keracunan makan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Yan.

YAN - Gara-gara menjamu selera di satu majlis kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sabtu lalu, tiga maut manakala lebih 60 orang mengalami keracunan makanan.

Hidangan jamuan berlauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku dikatakan menjadi menu utama yang dihidangkan kepada hadirin di majlis kenduri berkenaan.

Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau.

Manakala mangsa kedua, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk, Yan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan seorang lagi mangsa, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, hari ini.

Difahamkan kesemua mangsa menghadiri majlis kenduri yang sama dan mendapat simptom keracunan yang sama berpunca daripada makanan yang dimakan.

Seorang tetamu hadir ke kenduri berkenaan, Rozita Sharif, 38, berkata, selepas pulang daripada kenduri itu, dia berasa tidak sedap badan serta pening dan sakit perut.

“Awalnya saya hanya anggap sakit perut biasa dan cirit-birit biasa sahaja, tetapi dikejutkan dengan berita kematian anak jiran saya yang dikatakan meninggal selepas mengalami sakit perut.

“Sejurus itu saya terus datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, pihaknya mendapati kesemua mangsa mempunyai tanda-tanda mengalami keracunan dan meminta semua yang hadir ke kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan di hospital atau klinik berhampiran.

“Pihak hospital sedang menyiasat punca kejadian dan setakat ini kita menerima laporan tiga orang yang telah meninggal dunia.

“Mangsa mungkin mengalami dehidrasi yang teruk yang menyebabkan kehilangan air yang serius. Pihak hospital akan mengambil sampel najis mangsa untuk sahkan jenis kuman yang dijangkiti mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tidur Berbogel Dengan Babi


Dunia akhir zaman. Dunia kita makin tua, pelbagai kerosakan semakin menjadi-jadi di muka bumi ini.

Antaranya seorang pelajar wanita berasal dari Korea yang sanggup tidur dengan babi, maaf, TIDUR BERBOGEL DENGAN BABI. Semuanya dilakukan atas nama seni.

Miru Kim ‘meluangkan masa’ 104 jam tinggal bersama dua ekor babi di dalam bilik di bahagian depan sebuah galeri, Art Basel Miami 2011

Para pengunjung boleh melihatnya berbogel bersama babi melalui sebuah tingkap.

Selama empat hari dia tinggal, makan, dan tidur bersama dua ekor babi di dalam sebuah bilik kaca.



Kim, yang juga merupakan anak kepada seorang ahli falsafah Korea itu mula terkenal sejak dia mengambil gambar-gambar bogel dirinya sendiri di tempat-tempat ganjil seperti kilang usang, terowong, dan jambatan.

Ujarnya, kerja yang dilakukan itu membantunya untuk mengatasi ketakutannya — “Ketakutan terhadap kegelapan, bahaya dan ketakutan terhadap kekotoran”.


Dia mendapat idea untuk mengadakan pameran seni yang diberi nama “I like pig and pig like me” (Saya suka babi dan babi suka saya) itu selepas membaca sebuah buku seorang ahli falsafah, Michel Serres.

Begitulah kisah bagaimana teruknya manusia-manusia di akhir zaman.
Harus diingat, Kim bukannya bodoh…dia merupakan bekas pelajar perubatan lagi tetapi nampaknya dia meletakkan dirinya pada martabat yang paling hina dan keji.


Sesuatu yang pasti, ada ramai lagi ‘Kim’ di luar sana tetapi dalam bentuk dan sudut yang berbeza.
Semoga Allah menghindarkan kita dari segala perbuatan yang cela dan hina seperti ini, baik daripada segi kelakuan, mahupun pemikiran!