Sunday, 1 September 2013

Lelaki Dituduh Rogol Kenalan


KOTA BHARU – Seorang pelayan kedai makan di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol kenalannya yang juga remaja bawah umur, Jun lalu.

Muhammad Iskandar Ismail, 19, dari Kampung Pauh, Jalan PCB di sini, didakwa merogol remaja 14 tahun lima bulan itu di kampung berkenaan pada jam 1 pagi.

Dia dituduh di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus oleh pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilawani Mat Rifin.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada prosiding semalam, dia mengaku tidak bersalah.

Susulan itu, hakim menetapkan sebutan semula pada 2 Oktober depan. Sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 ke atas tertuduh dan memohon tarikh untuk menunggu laporan perubatan dan kimia mangsa. – SH

Usaha 2 lelaki loloskan diri gagal


ALOR KELADI – Usaha dua lelaki meloloskan diri daripada kepungan orang ramai selepas dipercayai mencuri kabel telekom di Kampung Bukit Rambutan, dekat Telaga Nibong tidak berhasil, apabila berjaya ditangkap kira-kira sembilan jam kemudian.

Sebelum itu, beberapa penduduk Kampung Kayu Kelat yang berkawal di kawasan tersebut, terserempak dengan kedua-dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kereta jenis Mazda, kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Penduduk percaya mereka adalah pencuri kabel telefon sebelum cuba menahan suspek, bagaimanapun selepas menyedari kehadiran orang ramai mereka melarikan diri dengan kenderaan tersebut.

Menurut sumber, penduduk bertindak mengejar suspek, bagaimanapun selepas sampai di Kampung Kayu Kelat, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, suspek keluar dari kereta kerana dipercayai kenderaan itu tidak dapat bergerak laju akibat berat muatan kabel yang dicuri.

“Kedua-dua suspek meninggalkan kereta mereka lalu melarikan diri ke kawasan semak di tengah sawah berhampiran.

“Penduduk yang keluar beramai-ramai telah mengepung kawasan belukar tersebut, namun pada jam 7 pagi, dimaklumkan ada orang terserempak dengan suspek berkenaan berjalan kaki di Kampung Gong Duek, Hulu Besut beberapa kilometer dari situ,” katanya.

Katanya lagi, menyedari mereka dikesan penduduk, suspek menyembunyikan diri dalam semak berhampiran kawasan tanah perkuburan Islam Kampung Gong Duek, sebelum dilihat penduduk kampung pada jam 12.30 tengahari melalui sawah menghala ke arah Kampung Alor Keladi.

Sejurus selepas itu, penduduk bertindak mengepung kawasan berkenaan dan berjaya memberkas suspek pada jam 1.30 petang di Kampung Alor Keladi sebelum diserahkan kepada polis pada jam 2 petang.

Dalam kejadian itu, salah seorang penduduk cedera ringan akibat bergesel dengan kereta suspek ketika cuba menangkap mereka.

Menurut sumber lagi, sebelum ini, suspek berkenaan dipercayai telah empat kali menjalankan aktiviti mencuri kabel telefon di lokasi sama dan kali terakhir pada Ramadan lalu.

Malah, mereka juga dikatakan pernah mengugut seorang warga emas dengan parang kerana menegur perbuatan mereka ketika terserempak semasa pulang solat Subuh, pada malam sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, dua suspek tersebut berusia 24 dan 35 tahun dari Kampung Batu 13, Hulu Besut dan kedua-dua positif dadah selain mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Polis turut menemui kabel telefon dianggarkan sepanjang 250 meter di dalam kereta suspek dipercayai dicuri di tempat kejadian,” katanya. – SH

Jerit sebelum tembak diri sendiri


SELAYANG – Seorang lelaki ditemui dalam keadaan berlumuran darah bersama sepucuk pistol Barreta di tangan kanannya di Taman Bidara, di sini, petang semalam.

Menurut sumber, sebelum kejadian, kira-kira jam 12.30 tengah hari, mangsa Yap Boon Hua, 34, dikatakan menjerit sebelum menembak dirinya sendiri.

Saksi kejadian, Natasha Amira Amran, 15, berkata, ketika kejadian dia sedang berjalan kaki pulang ke rumah sebelum terdengar bunyi deruman enjin yang sangat kuat dari dalam sebuah garaj kereta.

Dia kemudiannya pergi menjenguk dan terlihat seorang lelaki berlumuran darah di dalam dalam kereta.

“Saya lihat dia berlumuran darah dan meminta tolong jiran untuk menelefon ambulan,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 1 tengah hari, ambulan tiba dan menyelamatkan lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisoner Abdul Rahim Abdullah berkata, motif sebenar kejadian masih disiasat.

“Siasatan awal mendapati barang kes berada pada tangan kanan suspek, iaitu pistol Baretta bersama sarungnya berwarna hitam.

“Kita masih menyiasat sama ada pistol itu dimiliki mangsa atau orang lain,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu turut mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang akibat kecederaan kesan tembakan sebelah kanan kepalanya. – SH

Perompak larikan lebih RM600,000


KOTA BHARU – Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai sebanyak RM667,906 selepas memecahkan tiga mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Chabang Tiga Pengkalan Chepa, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian kira-kira 3 pagi itu berlaku setelah suspek masuk ke kawasan yang menempatkan ATM itu melalui bumbung belakang bangunan.

“Penjenayah memotong jeriji besi pintu bangunan dan memotong mesin ATM dengan menggunakan gas oxy (Oxy-Acetylene).

“Kami percaya ia dilakukan oleh golongan profesional yang mempunyai kemahiran memecah mesin ATM dengan menggunakan gas itu,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata penjenayah bagaimanapun tidak memecahkan mesin deposit tunai (CDM) di situ.

Mazlan berkata polis menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti penjenayah melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam bangunan itu dan kedai-kedai berdekatan.

“Maklumat orang awam amat diperlukan… penjenayah yang memecah mesin ATM ini dipercayai datang ke kawasan ini menaiki kereta.

“Saya juga mengharapkan supaya pihak bank terus melaporkan kepada kami jika terdapat bangunan kosong di kawasan sekitar premis mereka,” katanya.

Sehingga Ogos lepas, tiga kejadian berkaitan samun mesin ATM berlaku di Pasir Mas dan Pengkalan Chepa. – Bernama/ABN

Lagi mayat bayi baru lahir ditemui


IPOH – Mayat bayi lelaki yang baharu lahir ditemui terapung di dalam Sungai Pari berhampiran Taman Falim Indah di sini hari ini.

Pegawai Bomba Kanan Dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Abdul Manap Hashim berkata mayat bayi itu yang masih bertali pusat dan uri ditemui orang awam yang melalui jambatan di sungai itu kira-kira pukul 5 petang tadi.

“Bayi itu ditemui dalam keadaan sudah kembung dan tanpa pakaian. Kita percaya ia baharu dilahirkan berdasarkan tali pusat dan uri yang masih ada pada bayi itu,” katanya ditempat kejadian.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dibuang di kawasan berhampiran dan dibawa arus sungai.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. – Bernama/SH

Enggan buka pintu bilik


BATU PAHAT – Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, selepas pintu bilik dibuka, pemeriksaan awal mendapati wanita terbabit bersama seorang lelaki dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurutnya, lelaki tersebut yang bekerja di sekitar bandar ini terdiam apabila ditanya mengenai status hubungan mereka, manakala pasangannya merayu berkali-kali supaya tidak dikenakan tindakan.

“Pasangan berusia lingkungan 30-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, tetapi selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk selain beberapa pegawai penguat kuasa mendesak untuk memecah pintu, barulah ia dibuka.

“Hasil pemeriksaan yang kami lakukan mendapati lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai ikatan yang sah dan berada dalam keadaan yang mencurigakan,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi.

Jelasnya, mereka ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.

Tambahnya, pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai dilakukan berhubung kesalahan itu. – SH

Bekas pegawai tentera udara ditembak mati


IPOH - Seorang lelaki, dipercayai bekas pegawai tentera udara ditembak mati di Taman Rishah, awal pagi Ahad.

Lelaki berkenaan dipercayai ditembak sebanyak tiga kali di kepala pada pukul 7.15 pagi.

Lelaki berkenaan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sumber mengatakan tiga suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Vios selepas terlibat dengan kejadian tembakan tersebut. – mStar

Isteri Jual Gambar Bogel Untuk Hidup Mewah


Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.

“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.

4 Pelajar Rusia Bersalah Rogol Pelajar Malaysia Di London


Empat pemuda Rusia dari kalangan keluarga berada yang baru dua minggu mendaftarkan diri di sebuah kolej swasta yang eksklusif di sini akan berhadapan dengan hukuman penjara apabila mahkamah mendapati mereka bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan ke atas seorang pelajar Malaysia yang belajar di kolej yang sama.
Perbuatan mereka itu turut dirakamkan oleh salah seorang daripada empat tertuduh melalui telefon canggih iPhone.
Mereka merogol pelajar Malaysia itu yang dipercayai mabuk akibat dibubuh sesuatu di dalam minumannya selama lebih dua jam setengah di kawasan kolej berkenaan selepas satu majlis berpesta yang diadakan atas anjuran salah seorang daripada tertuduh.
Menurut akhbar The Daily Mail, pelajar-pelajar Rusia itu yang berumur antara 19 hingga 23 tahun, turut memberi komentar yang menjijikkan dan tanpa belas kasihan ke atas mangsa mereka termasuk merakamkan perbuatan mereka menerusi iPhone.


Keempat-empat mereka, Oleg Ivanov, 23, Norayr Davtyan, 22, Armen Simonyan, 19, dan Gregory Melnikov, 23, menafikan dakwaan merogol tetapi para juri di Mahkamah Crown Woolwich sebulat suara mendapati mereka bersalah kerana melakukan hubungan seks. Mereka kini ditahan reman sehingga hukuman dijatuhkan oleh mahkamah.
Ketika para juri menyatakan keputusan mereka, keempat-empat tertuduh berdiri tanpa menunjukkan sebarang perasaan pun tetapi di galeri awam kelihatan beberapa orang ahli keluarga menangis.

Suami Gila Seks, Rakam Gambar Bogel Adik Tengah Mandi


Seorang isteri nekad melaporkan kepada polis mengenai suaminya yang suka merakam dan menyimpan video aksi seks mereka serta aksi adik, kakak dan ibu wanita berkenaan yang dirakam curi ketika mereka mandi.

Wanita berusia 24 tahun itu turut kecewa apabila menemui lebih 20 rakaman video aksi seks milik suaminya berusia 31 tahun dengan beberapa wanita tidak dikenali.

Menurut sumber, itu kali kedua suri rumah melaporkan perbuatan jelik suaminya kepada pihak berkuasa selepas kali pertama pada 22 Jun lalu.

Menurutnya, wanita itu terjumpa rakaman video aksi mereka melakukan seks ketika mengemaskan ruang kerja dan memeriksa komputer suaminya, “Lebih memalukan apabila wanita itu turut menemui rakaman adik perempuannya, kakak serta ibunya mandi.

“Wanita itu tidak pasti bila suaminya merakamkan video terbabit, tetapi yakin ia dilakukan sendiri berdasarkan kelibat suspek ketika dia mengambil kamera digunakan selepas rakaman.

“Turut ditemui satu pemacu mudah alih mengandungi rakaman aksi seks suaminya dengan dengan lebih 20 wanita,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak tahan dengan perangai suaminya yang memalukannya serta ahli keluarga perempuan lain, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tabuan Jaya, petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bekas Tentera Kantoi Siar Aksi Seks Di Skype



Dua bekas kadet tentera Australia semalam didapati bersalah dalam skandal seks yang dipaparkan secara langsung melalui Skype dan mencetuskan semula isu seksisme dan penderaan dalam pasukan pertahanan.

Daniel McDonald, 21, dan Dylan Deblaquiere, 20, didapati bersalah oleh juri di Canberra kerana menyalahgunakan Skype di Akademi Angkatan Pertahanan Australia (ADFA) pada 2011. McDonald juga didapati bersalah melakukan pencabulan apabila dia menyiarkan secara langsung aksi seksnya dengan seorang kadet wanita melalui Skype secara rahsia. Aksi itu ditonton Deblaquiere dan empat kadet lain di sebuah bilik berasingan.

Mangsa yang kini berusia 20 tahun dan tidak didedahkan identitinya itu atas sebab perundangan tidak menyedari perbuatannya dirakam. Mengalami trauma, dia merujuk kepada pihak media dan menggesa kerajaan mengarahkan kajian semula terhadap budaya seks di ADFA.

Canberra secara rasmi meminta maaf kepada mangsa penderaan dalam tentera November tahun lalu selepas lebih 1,000 orang tampil dalam satu daripada inkuiri mengenai penderaan seksual dan penderaan lain bermula dari 1950-an hingga kini.

Inkuiri itu melaporkan upacara kekejaman dan gambaran budaya merahsiakan atau melindungi, gagal menghukum pesalah dan bersengketa dengan mangsa yang membuat aduan.

Dalam inkuiri berasingan terhadap layanan kepada wanita di ADFA, kolej ketenteraan utama di Australia, mendapati gangguan seksual secara meluas berlaku dan budaya “bertolak ansur” pada wanita hanya mengikut jawatan dan bukan atas dasar persamaan hak.

Ladang Siput Babi Di Latvia

Siput babi adalah sejenis binatang yang bergerak perlahan dan dianggap menggelikan oleh sesetengah orang. Di Latvia, siput babi diternak di ladang kerana siput babi merupakan sejenis makanan bagi orang-orang di sana. Lihat gambar-gambar dibawah:-













Tentera Jadikan Wanita Somalia Pemuas Nafsu?


Tentera Jadikan Wanita Somalia Pemuas Nafsu? - JIKA kita lihat sebelum ini banyak jenayah rogol dilaporkan berlaku di India.

Namun kali ini media antarabangsa, Al Jazeera mendedahkan golongan wanita di kem pelarian di Somalia turut menjadi mangsa kepada jenayah tersebut.

Rata-rata mangsa rogol bertindak untuk tidak mendedahkan kesengsaraan yang dihadapi mereka kerana takut akan stigma masyarakat serta akibat yang bakal dihadapi mereka.

Sebuah organisasi kebajikan tempatan menggesa golongan mangsa jenayah rogol untuk tampil mengemukakan laporan sekaligus menerima nasihat perundangan dan perubatan.

Salah seorang mangsa yang buta mendakwa pihak tentera telah bertindak kasar terhadap dirinya serta menjadikannya sebagai umpan pemuas nafsu.

“Dia menekan dahi saya menggunakan senapang dan menyuruh saya diam.

“Selepas dia merogol saya, dia tendang saya ke dalam sungai,” jelas mangsa.

Tambah menyedihkan apabila golongan wanita di sana turut diperkosa dan dirogol dihadapan anak-anak mereka.
“Dia cuba merogol saya di hadapan anak-anak saya.

“Saya cuba untuk menyelamatkan diri dengan menarik senapangnya tetapi dia mengasari saya.

“Kemudian dia menembak kedua belah tangan saya sebelum merogol saya,”

Siapakah yang melakukan perkara tersebut? Ramai penduduk kem pelarian itu menuduh pihak bersenjata Somalia adalah dalang disebalik serangan seks tersebut.

Seorang wanita mendakwa serangan kejam tersebut dilakukan oleh tentera Kesatuan Afrika.

Mangsa memberitahu media antarabangsa bahawa dia diugut supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada kerajaan serta wakil media.

Dia sebelum ini menjadi mangsa rogol bergilir-gilir apabila pihak tentera menutup matanya dan membawanya ke sebuah kawasan terpencil dan dirogol secara bergilir-gilir.

Bagaimanapun, jurucakap tentera, Ali Adan Houmed menafikan perkara tersebut dan mendakwa ia satu tuduhan yang bodoh. – MyNewsHub

Suami ‘Korek’ Adik Ipar, Isteri Mengandung Anak Jantan Lain



Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, Kangar.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.

Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi.

Geng Kongsi Gelap 04 Dah Mula ‘Serang’ Sekolah?


Geng Kongsi Gelap 04 Dah Mula ‘Serang’ Sekolah? - POLIS Perak sedang menyiasat kegiatan anggota kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah menengah untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata ini susulan kenyataan seorang anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak pada bulan lepas.


“Kumpulan itu merekrut pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 18 tahun untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah dan rakan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Perak di ibu pejabat kontinjen di Ipoh kelmarin.

Polis sedang mengenal pasti kumpulan pelajar dan sekolah yang menjadi sasaran, katanya yang enggan mengulas lanjut.

Mengenai Ops Cantas Khas Perak yang bermula 1 Ogos lepas, beliau berkata polis setakat ini memeriksa sebanyak 5,164 orang dan menahan 46 orang termasuk anggota kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan dadah, pelacuran dan perjudian.

“Sepanjang Ops Cantas Khas ini indeks jenayah dilihat semakin menurun, ini bermakna terdapat keberkesanan melalui pendekatan sedemikian,” katanya. – Webberita | Terkini via BERNAMA

Rakan Suami Adakan Hubungan Sulit Bersama Isteri Sendiri


Rakan Suami Adakan Hubungan Sulit Bersama Isteri Sendiri - ALOR GAJAH : Seorang bekas banduan melakukan perjanjian gila dengan membenarkan rakannya mengadakan hubungan sulit dengan isterinya sendiri.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu membuat perjanjian itu selepas isterinya melahirkan anak luar nikah yang kini berusia lima tahun, hasil hubungan sulit dengan rakannya itu ketika dia menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun.

Mengikut perjanjian mereka, rakannya itu dibenarkan berjumpa isteri dan anaknya, pada sebelah siang sahaja.

Bagaimanapun, perjanjian tersebut memakan diri apabila rakannya melanggar syarat itu.

Akibatnya mereka bergaduh hingga membawa kepada pertumpahan darah.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, bekas banduan terbabit naik angin dan menetak rakannya dengan parang di rumahnya di sebuah taman perumahan, dekat sini, apabila mendapati rakannya itu berjumpa isterinya untuk melakukan hubungan seks pada sebelah malam.

Menurut sumber, rakan lelaki berkenaan datang ke rumahnya pada sebelah malam dalam keadaan mabuk, sambil membawa parang.

“Kedatangan rakannya itu menyebabkan bekas banduan berkenaan berang sehingga berlaku pergelutan menyebabkan parang yang dibawa rakannya terlepas. Bekas banduan itu kemudian merampas parang berkenaan lalu menetak kepala rakannya dan melibas di leher.

“Pergaduhan itu menyebabkan jirannya terjaga apabila terdengar bunyi hentakan pada dinding dan jeritan kuat, sebelum bertindak menghubungi polis,” katanya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, rakan lelaki itu yang cedera parah, dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh anggota peronda polis, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

“Mangsa cedera parah menerima sembilan jahitan di kepala, selain tujuh jahitan di leher. Lelaki yang menetaknya sudah ditahan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. –Webberita | Terkini via Informasi Dot My