Wednesday, 18 September 2013

Mati ketika basuh tangan

Kulim: “Saya terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong lalu saya berlari ke kawasan perkelahan itu. Saya terlihat seorang wanita menunjukkan tempat anak perempuannya terjatuh ke dalam arus sebelum dihanyutkan.
“Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana arus deras,” kata Abu Hamid, 45, dari Kampung Desa Teruna mengenai kejadian seorang pelajar perempuan, Farah Izwani Zainuddin, 13, dipercayai lemas ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim, dekat sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa yang berasal dari Lunas serta pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar, dipercayai terjatuh ketika membasuh tangan di sungai berkenaan.

Abu berkata, beberapa penduduk kampung yang kebetulan berada di tempat kejadian kemudian menjalankan kerja mencari lalu menemui mangsa di kawasan Lubuk Lebai Awang
kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.




CHUA (kiri) meninjau lokasi pelajar lemas selepas tergelincir.
“Ketika kejadian tiada pengunjung lain, hanya ibu mangsa dan dua adik lelaki mangsa berada di situ,

“Sekiranya ramai pengunjung yang datang ke kawasan rekreasi itu kemungkinan mangsa dapat diselamatkan,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Katanya, kes berkenaan kejadian kedua selang sehari pada Sabtu lalu apabila seorang wanita Hasmira Rosli, 26, dari Alor Setar lemas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakannya di kawasan sama dan mayat mangsa ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

“Kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai setiap kali cuti umum ataupun cuti hujung minggu jumlah pengunjung bertambah ramai,” katanya selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Chua Teong Ghee, dekat sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Desa Teruna, Hashim Mohd Noor.

Chua berharap pengunjung di kawasan rekreasi itu mematuhi arahan pihak berkuasa untuk mengelak tragedi yang sama berulang lagi.

“Kawasan ini menjadi tumpuan pelancong, namun ada sesuatu masa keadaan amat merbahaya kepada pengunjung terutama ketika musim hujan kerana paras air sungai meningkat dan arusnya terlalu deras sehingga merbahayakan pengunjung.

“Kawasan ini adalah tumpuan pelancongan di daerah Kulim, namun begitu pengunjung yang berkunjung ke kawasan ini perlu mematuhi arahan daripada penduduk kampung mengenai kawasan-kawasan yang bahaya.

Sementara itu, Hashim berkata, pihaknya sudah memberi amaran kepada pengunjung supaya berhati-hati terutama musim hujan, namun ada antara pengunjung mengingkari arahan penduduk kampung. yang sentiasa memantau kawasan rekreasi ini terutama ketiak musim hujan.

Katanya, ada kalanya jika berlaku hujan lebat arus deras yang sering dipanggil penduduk kampung ‘kepala air’ turun dengan deras dan kuat sehingga boleh menghanyutkan orang ramai yang berada di tengah sungai.

“Kebiasaannya jika penduduk kampung melihat tanda-tanda berlaku kepala air penduduk akan memaklumkan kepada orang ramai yang berada di kawasan terbabit supaya segera naik ke atas darat untuk mengelak mereka dari di bawa arus deras.

“Penduduk kini sedang mencari alternatif supaya tidak berlaku lagi kejadian lemas di kawasan ini seperti meletakkan papan tanda amaran dan juga langkah-langkah keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu.

Kematian tragis sepasang suami isteri


BUKIT BERUNTUNG – ‘Sehidup, semati’, mungkin inilah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan kematian tragis K.Munusamy dan isterinya S.Punita apabila kedua-duanya ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dalam bilik di rumah mereka dekat Kampung Timah SKC kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Munusamy, 38, ditemui mati tergantung sementara mayat Punita, 33, terbaring di lantai dengan lehernya terjerut tali, kaku di bawah mayat suami yang masih tergantung.

Kakak Punita, S.Mageswary memberitahu, usia perkahwinan adiknya dengan Munusamy yang mencecah setahun dua bulan itu dikatakan sebagai pasangan yang sangat bahagia dan tidak menyangka mereka menemui ajal dalam dalam keadaan begitu menyedihkan. manurut Sinar Harian

Mageswary berkata, kematian pasangan itu disedari ahli keluarga yang datang menjenguk keadaan mereka lantaran risau apabila panggilan telefon beberapa kali tidak dijawab.

“Saya telefon adik banyak kali begitu juga suaminya, tapi mereka tak jawab. Hati saya rasa tak sedap dan ajak suami bersama ahli keluarga lain pergi ke rumah mereka.

“Apabila sampai, pintu dan tingkap berkunci dari dalam. Kami panggil banyak kali tapi tak bersahut. Lalu kami ambil keputusan pecahkan pintu untuk masuk. Alangkah terkejutnya kami, apabila mayat mereka dijumpai dalam keadaan menyedihkan di dalam bilik,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) awal pagi, semalam.

Menurut Mageswary, dia turut menemui sari di tepi mayat Punita dan memberitahu pasangan tersebut belum dikurniakan anak.

Sementara itu, saudara rapat Munusamy, dikenali sebagai Suresh berkata, dia ada berjumpa Munusamy sebelum kejadian.

“Saya ada jumpa dia kelmarin (Ahad), kami bersembang macam biasa. Dia ada beritahu saya, kalau datang pagi esok (Selasa) hati-hati. Saya betul-betul terkejut sebaik dapat panggilan mengatakan dia sudah tiada,” katanya.

Menurut Suresh, mereka rapat sejak kecil dan sering menghabiskan cuti bersama-sama sehinggalah mendiang berkahwin.

Katanya, selain menternak lembu yang diwarisi daripada keluarga, Munusamy turut memandu treler membawa muatan batu bata.

“Dia memang tinggal di rumah peninggalan mendiang ibu bapanya dari bujang sehinggalah mendirikan rumah tangga,” katanya.

(GAMBAR) Tiz Zaqyah Zaman Sekolah Dulu, Tetap Terserlah Kecomelannya


Sememangnya Tiz Zaqyah daripada zaman sekolah dulu-dulu lagi dah terserlah kecomelannya. Cute mute sangat Tiz dalam gambar-gambar berbaju sekolah. Muka Tiz dulu dan sekarang lebih kurang je. Tak ada yang berubah sangat. Tetap nampak muda can cute-mute.


Lagi gambar Tiz Zaqyah zaman sekolah dulu dengan membaca entri ini sepenuhnya.






Kisah Nabi Luth Dan Misteri Laut Mati



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330m.

Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

Pemandangan Laut Mati yang diambil pada tahun 1989 dari Columbia Space Shuttle (STS-28). Bahagian selatan terpisah daripada separuh bahagian utara akibat kemerosotan paras air laut.



Pemandangan Laut Mati hampir 12 tahun kemudian (STS-102). Bahagian utara dan bahagian kecil tenggara telah bertambah dan kolam poligon besar terbahagi ke beberapa bahagian.


Tiang yang terbentuk daripada garam karang dipanggil ‘isteri Luth’ di Gunung Sodom, Israel



Kaitan kisah Nabi Luth dan Laut Mati

LUTH bin Haran bin Tarah (Azar) adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Luth adalah antara orang beriman yang mengikut Nabi Ibrahim berpindah dari Babylon ke Palestin dan Mesir. KemudianNabi Luth mendiami kota Sadum (Sodom) di wilayah Jordan.

Namun, penduduk kota itu berakhlak keji, malah mereka derhaka dan kufur dengan nikmat Tuhan. Kegiatan merompak barangan yang dibawa kafilah dan mengunjungi pusat maksiat menjadi darah daging mereka. Lebih menjijikkan mereka mengamalkan liwat (homoseks).

Nabi Luth menasihati kaumnya supaya meninggalkan perkara maksiat, Sebaliknya beriman kepada Allah, Selain mengingati mereka mengenai azab yang bakal diturunkan jika terus bergelumang dengan perbuatan keji itu. Kaumnya tidak pedulikan nasihat itu, Malah berani memberi amaran kepada Nabi Luth: “Jika kamu tidak berhenti memperlekehkan kami, kami akan mengusirmu dari negeri ini.” Luth berkata: “Sesungguh aku mengingkari dan benci perbuatan yang kamu lakukan.”

Seterusnya mereka mencabar Nabi Luth dengan berkata: “Jika benar dengan azab yang kamu ancam ke atas kami, segerakanlah dan datangkan ia kepada kami.”

Mendengar perkataan mereka, Nabi Luth berdoa kepada Allah. Dalam al-Quran dijelaskan, maksudnya: “Luth berdoa, wahai Tuhanku, tolonglah aku dengan menimpakan azab ke atas kaum yang melakukan kebinasaan itu.” Doa Nabi Luth diterima Allah, lalu diutuskan-Nya beberapa malaikat untuk menurunkan azab ke atas kaumnya.

Sebelum itu, malaikat berkenaan mengunjungi Nabi Ibrahim dan memberitahu tujuan kedatangan mereka. Nabi Ibrahim berkata: “Ya Allah, di dalam negeri itu ada Luth dan
bagaimana dengan beliau jika negeri itu dimusnahkan.”

Perkara ini dapat diperhatikan melalui al-Quran, maksudnya: “Berkata Ibrahim; sesungguhnya di kota itu ada Luth. Malaikat berkata: “Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami akan menyelamatkan dia dan pengikutnya, melainkan isterinya, dia termasuk orang yang tertinggal, dibinasakan.”

Setelah mengunjungi Nabi Ibrahim, tidak berapa lama selepas itu malaikat dengan menyamar sebagai lelaki yang tampan pergi ke Sadum. Sampai di Sadum, mereka berjumpa dengan anak perempuan Luth.

“Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.

Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.

Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.

“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.

“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali.

“Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.

Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth. Nabi Luth yang pada mulanya tidak mengetahui tetamu itu adalah malaikat berasa cemas kerana bimbang mereka yang berwajah lelaki begitu tampan itu menjadi mangsa kaumnya yang bernafsu gila, iaitu homoseks.

Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.

Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya. Berita kedatangan tetamu (malaikat) itu diketahui kaumnya, lalu ramai kalangan mereka pergi ke rumah Nabi Luth, semata-mata untuk melakukan perbuatan terkutuk itu dengan tetamu Nabi Luth.

Apabila kaumnya berkumpul di pekarangan rumahnya, Nabi Luth cuba menghalang mereka daripada melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menawarkan anak perempuannya untuk diperisterikan, supaya tetamunya itu tidak diusik. Kaum Luth langsung tidak mengendahkan larangannya, malah berkata: “Sesungguhnya kamu tahu kami tidak mempunyai selera sedikit pun terhadap anak perempuan kamu. Sesungguhnya tidak ragu-ragu lagi, kamu tahu apa yang kami inginkan.”

Seketika keadaan di pekarangan rumah Nabi Luth kacau-bilau. Nabi Luth gagal mententeramkan kaumnya yang dahagakan hubungan sejenis daripada tetamunya itu. Tanpa berlengah malaikat yang menyamar sebagai tetamu itu terus membutakan mata mereka. Perkara ini diceritakan al-Quran: “Dan sesungguhnya mereka telah memujuknya (agar menyerahkan) tetamunya (kepada mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-Ku.”

Selepas itu tetamu berkenaan memperkenalkan diri kepada Nabi Luth mereka sebenarnya malaikat. Kedatangan mereka semata-mata untuk menghancurkan kaum Luth. Ketika itu juga Luth diminta membawa bersama ahli keluarganya keluar dari negeri berkenaan pada waktu malam.

Al-Quran memperjelaskan: “Utusan malaikat berkata; wahai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan Tuhanmu. Sekali-kali mereka tidak dapat mengganggu kamu. Oleh itu, pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu pada lewat malam. Dan janganlah ada seorang pun antara kamu yang tertinggal, melainkan isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab kerana saat jatuhnya azab ke atas mereka adalah pada waktu Subuh. Bukankah Subuh itu sudah dekat?”Kaum Luth ditelan bumi

Kemudian azab yang ditunggu kaum Luth menimpa mereka. Kehancuran mereka pada waktu Subuh dalam keadaan sungguh dahsyat kerana bumi negeri itu diterbalikkan. Mereka turut ditimpa batu daripada tanah keras dan terbakar. Al-Quran menyebut azab yang menimpa mereka: “Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.”

Ustaz Azhar Idrus bercakap tentang Laut Mati
Dalam ilmu fardhu ain fiqih tentang masalah hukum air, disebutkan senarai air makruh yang terbagi kepada tiga iaitu air yang sangat hangat, air yang sangat sejuk dan air yang terjemur pada suatu wilayah yang sangat panas.

Air yang sangat hangat dan sejuk itu jadi makruh digunakan disebabkan ia boleh menimbulkan merasa sakit pada badan ketika menggunakan air itu, dan pendapat para ahli kesihatan menggunakan air yang sangat hangat akibat terjemur itu dapat menyebabkan penyakit kulit, dan tidak makruh memakai air yang sedang hangatnya atau sejuknya.

Air yang sangat hangat itu makruh digunakannya dengan empat syarat iaitu :
~> air yang terjemur pada negeri atau wilayah yang bercuaca sangat panas seperti di kota mekah.

~> air yang terjemur yang menggunakan tempat atau wajan yang terkena tukul, seperti gayung dan sebagainya yang terbuat dari besi, tembaga dan sebagainya. Selain dari emas, perak, tanah, batu dan kayu.

~> air bekas terpakai pada badan manusia sekalipun bekas memandikan mayit, bekas mandi kuda atau hewan sejenisnya selain babi dan anjing, serta bekas orang yang berpenyakit kulit.

~> Dan makruh memakai air dan tanahnya yang dimurkai, dibenci kaumnya atau penduduknya seperti air pada kaum negeri Samud, air kaum Luth, air telaga Barhud, air kaum negeri Babil dan air telaga Dzarra.

Tempat-tempat yang kena laknat oleh Allah Taala bukanlah tempat untuk kita berseronok seperti bermandi-manda dan bermain lumpur. Pada zaman sahabat dulu, para sahabat dilarang untuk pergi ke Laut Mati kerana ianya telah dilaknat Allah. Jika terpaksa melalui kawasan Laut Mati pun, mereka akan menundukkan kepala supaya mereka tidak melihat ke kawasan yang berair itu. Jadikanlah tempat yang tiada hidupan di dalamnya itu sebagai iktibar dan lambang kebesaran Allah Taala, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.

Gadis-Gadis Cantik Yang Dihukum Mati Di China (10 Photos)

Memang sadis tengok gadis-gadis cantik ini yang dihukum mati oleh polis di China. Mereka ini telah melakukan pelbagai kesalahan seperti menganaiya, membunuh serta menyeludup dadah. Mereka telah diberi rupa tetapi gunakan dengan cara yang salah.













Pelik! Kanak-Kanak Ini Miliki Mata Seperti Kucing

Pakar perubatan di China telah dikejutkan dengan sepasang mata biru milik seorang kanak-kanak bernama Nong Youhui. Mata biru kanak-kanak ini mampu dilihat di dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti mana mata seekor kucing.<


Nong Youhui dikesan mempunyai mata yang unik ini ketika berusia baru 2 bulan. Bapanya kemudian membawa Youhui berjumpa dengan doktor, namun doktor mengatakan mata Youhui akan kembali menjadi hitam seiring usianya. Tetapi sehingga kini belum terlihat adanya sebarang perubahan.

Ketika diuji oleh pakar perubatan, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap. Tetapi hal ini sekaligus memberinya penglihatan yang sangat sensitif ketika hari terang.

Apakah Pekerjaan Gadis Jelita Ini Untuk Menyara Hidupnya [ 11 Gambar ]

Dia nampak cantik dan menawan tetapi anda sukar mempercayai apakah pekerjaannya. Jawapannya di bawah ini.













Inilah kerjanya. Dia adalah seorang atlit dan juga pakar dalam Muay Thai atau Thai Boxer. 





Nad Zainal Nafi Tinggal Serumah Dengan Kekasih?

Nad Zainal Nafi Tinggal Serumah Dengan Kekasih?- Bergelar seorang pelakon bukan seindah yang digambarkan kerana setiap gerak geri pasti sahaja diperhatikan oleh setiap mata. Malah gosip bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia glamor ini. Terbaru, Nad Zainal didakwa duduk sebumbung dengan teman lelakinya , Azman Kombos.


Kata sumber, kekasih heroin drama Kampung Girl ini dilihat sering bertandang ke kediamannya di Ampang, Selangor.

“Mengucap panjang saya apabila dapat tahu perkara ini, sepanjang saya berkawan dan bercinta dengannya selama ini saya tidak pernah melakukan perkara terkutuk seperti yang didakwa.”

“Saya tidak nafikan yang Azman memang datang ke rumah saya tetapi dia datang ketika kedua ibu bapa saya ada di rumah. Kalau saya berseorangan dia tidak berani untuk bertandang,” ujarnya.

Tambah Nad, dakwaan tersebut timbul mungkin orang sering terlihat zman ke rumah pada lewat malam.

“Mungkin orang berkata begitu kerana terlihat Azman ke rumah saya pada lewat malam . Kebiasaannya dia menghantar saya pulang. Maklumlah kadang-kadang saya balik rumah agak lewat kerana ada penggambaran,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nad menegaskan perkara negatif seumpama itu tidak akan dan tidak pernah berlaku kerana dia tinggal dengan keluarga.

Gadis Dipaksa Jilat 3 Penculik


Seorang pelajar perempuan mengalami detik hitam selama tiga jam selepas diculik sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas di Jinjang, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu pelik mereka di sebuah bilik hotel di Balakong, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki menculiknya.
Malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.
Apa yang membimbangkan apabila mangsa mendakwa dia diugut kumpulan terbabit supaya ‘menggantikan’ rakan perempuannya untuk mereka jika enggan rakaman videonya itu disebarkan kepada umum sebelum dibebaskan.
Mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas dinasihatkan keluarga dan pihak sekolah.

Luar Biasa! Penglihatan Mata Gadis Ini Seperti Xray

Seorang gadis terkejut apabila mengalami perubahan penglihatan mata secara tiba-tiba. Mata gadis ini sungguh luar biasa apabila penglihatannya mampu menembusi apa sahaja benda seperti dinding.

Jika kita menonton filem superhero, ada yang dikurniakan kelebihan penglihatan mata untuk menembusi sesuatu benda. Namun itu cerita fantasi. Tetapi yang realitinya ia benar-benar wujud apabila seorang remaja yang berusia 14 tahunLaura Castro yang dilahirkan normal seperti orang lain telah dikejutkan dengan perubahan pada matanya. Pada usia 10 tahun matanya menjadi putih semuanya dan bahagian hitam sudah tidak kelihatan. Hal ini juga pernah terjadi kepada seorang kanak-kanak kecil yang memiliki mata seperti kucing. Doktor masih tidak dapat memberi penjelasan mengenai penyakit ini.


Menurut ibunya, anaknya dapat melihat semua di kawasan terang mahupun gelap tanpa ada masalah. Selain itu lebih menakjubkan adalah anaknya boleh Tembus Pandangannya pada benda yang padat seperti dinding, melihat dalam kereta dari jauh macam seorang superhero.

Dia boleh tahu apa yang berlaku disebalik dinding atau bahan yang digunakan untuk membuat dinding tersebut seperti bata dan kayu. Semuanya berlaku pada satu pagi apabila dia bangun , dia terkejut kerana dia dapat tembus pandang tubuhnya sendiri dan melihat jantung serta bahagian bahagian lain.

Pelik! Gambar Yang Sukar Untuk Diungkapkan (8 Foto)

Tidak semua benda yang kita nampak boleh diungkap dengan kata-kata. Adakalanya ia memang langsung tidak terungkap dan hanya mampu memandangnya tanpa sebarang kata. Mungkin pembaca di sini kurang faham apa yang cuba kami sampaikan di sini. Cuba anda lihat gambar di bawah ini, apakah rumusan yang boleh anda katakan di sini. Apa-apa pun gambar di bawah ini antara gambar yang sukar untuk diungkapkan. Jom layan gambar di bawah ini.








Subhanallah! – Inilah Rahsia Jantung Manusia Ciptaan Allah

Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?


Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya.

“(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, “[QS. Al-An'am: 102]

Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 – 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.


Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.

Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20 liter / minit.

Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami kerosakan.


Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan.

Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi jantung.

Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam Al-Qur’an tiga hal tersebut digabung jadi satu.

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.” [Qs. Al-Israa (17): 36]

Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.

Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.

Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.

Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.

Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam sehari.

Subhanallah!

sumber: taotauajer.blogspot.com