Tuesday, 3 September 2013

PKR desak Najib potong subsidi korporat, bukan naikkan harga minyak


Pengumuman kenaikkan harga minyak kepada 20 sen yang diumum Datuk Seri Najib Razak adalah langkah salah, sebaliknya PKR mendesak supaya Putrajaya memotong subsidi korporat terlebih dahulu.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar), langkah Putrajaya tersebut adalah jalan pintas kerana kerajaan sewajarnya menimbang memotong subsidi korporat yang lebih besar nilainya.

"Kami bertegas bahawa PKR menentang sebarang kenaikkan harga minyak selagi subsidi korporat (dalam bentuk subsidi gas kepada industri dan penjana bebas) tidak distrukturkan semula kerana ia adalah tidak adil menghukum rakyat kebiasaan yang sudah pun bergelut dengan kesempitan," kata Rafizi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Rafizi menganggarkan jumlah subsidi korporat yang diberikan kerajaan adalah hampir dengan pemotongan subsidi petrol dan diesel yang berjumlah RM14.8 bilion diumum Najib semalam.

Rafizi berkata jumlah subsidi RM24.8 bilion untuk RON95 dan diesel yang dikatakan ditanggung kerajaan adalah tidak tepat, kerana 41% daripada jumlah tersebut adalah subsidi korporat.

"Sejumlah RM10 bilion subsidi setiap tahun adalah subsidi gas dan LPG (gas petroleum cecair) yang ditanggung oleh kerajaan. Ini tidak termasuk anggaran subsidi gas kepada penjana bebas sebanyak sekitar RM8 bilion setiap tahun.

"Ini bermakna, subsidi korporat yang diberikan melalui subsidi gas kepada industri dan penjana bebas, dianggarkan sekitar RM13 bilion setiap tahun adalah hampir sama dengan subsidi petrol dan diesel yang diberikan kepada rakyat," katanya.

Najib semalam mengumumkan kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020.

Langkah tersebut mendapat sokongan pakar ekonomi yang menyifatkannya sebagai baik bagi menangani hutang kerajaan yang semakin meningkat, iaitu ketika ini berada pada paras 53.5 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada hujung tahun lepas.

Sejurus pengumuman semalam, orang ramai bergegas dan memenuhi stesen minyak serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan tersebut.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel dinaikkan ialah pada 2010, sebanyak 5 sen seliter. - 3 September, 2013.

Lepas RON95 dan Diesel, kini Tarif Elektrik bakal menyusul Tarif elektrik ambil kira keselesaan rakyat


SERI MANJUNG - Aspek keselesaan rakyat menjadi perkara utama sebelum kerajaan memutuskan cadangan penyemakan semula tarif elektrik, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata cadangan itu masih dikaji dengan meneliti pelbagai sudut pengguna kerana kerajaan tidak mahu rakyat terbeban.

"Kita perlu lihat semua sudut, kalau kita laksanakan, kita perlu lihat macam mana industri, pengguna di rumah pula macam mana, berapa hadnya, berapa (harga) yang murah. Sekarang pun ada beberapa harga, ada yang murah... kerajaan perlu cari 'kusyen' untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Janamanjung hari ini.

Mahdzir berkata kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya setuju menaikkan tarif elektrik, sebaliknya perlu memikirkan kaedah terbaik agar rakyat tidak terbeban, jika semua kos hidup meningkat.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie bahawa syarikat itu berhasrat menyemak semula tarif elektrik berikutan peningkatan kos operasi.

Pada 19 Ogos lepas, TNB memberi jaminan jika cadangan pelarasan tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata langkah itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik dengan penggunaan bulanan di bawah 200 kilowat sejam.

Mengulas lawatan ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Mahdzir berkata stesen itu kini melaksanakan pembinaan janakuasanya yang keempat.

"78 peratus pembinaan janakuasa keempat itu telah siap dan dijangka beroperasi pada Mac 2015 dan membekalkan elektrif ke seluruh Semenanjung, grid elektrik itu akan dimasuk ke dalam Grid Nasional," katanya.

Beliau berkata stesen itu kini menghasilkan 2,100 megawatt (MW) dan berupaya menambah kapasiti keseluruhan kepada 3,100 MW apabila janakuasa keempat, yang bernilai RM5 bilion, beroperasi. - Bernama

Petua : Khasiat Lobak Merah

ketahui apakah khasiat lobak merah.

Batu Karang

Ambil 7 batang lobak merah, cuci hingga bersih dan parut. Kemudian tambah 100 ml air dan rebus selama kira-kira 15 minit. Setelah itu tapis airnya dan perah jus dari lobak merah tersebut. Amalkan minum air jus tersebut sekali sehari.

Ekzema

Ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan parut. Kemudian campur dengan 1 sudu teh kapur sirih dan tampalkan pada tempat yang diserang ekzema dan kemudian balut dengan kain bersih.

Hipertensi

Sediakan 500 gram lobak merah, cuci dan hiris atau potong kepada beberapa bahagian kecil. Setelah itu masukkan dalam ‘blender’ dan tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Tapis dan minum airnya 3 kali sehari.

Kekejangan Jantung

Sediakan 3 batang lobak merah, cuci dan parut. Tambahkan 2 gelas air masak dan perah airnya. Tambahkan airnya dengan 2 sudu besar madu dan gula pasir, adun hingga rata dan minum airnya sekali sehari.

Sakit Ketika Datang Haid

Sediakan 250 gram lobak merah, cuci bersih dan potong. Tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Minum jusnya 2 kali sehari.

Gadis 16 Tahun Hilang!!! Sebarkan...




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)