Wednesday, 13 August 2014

PENAWAR KENCING MANIS MENURUT KAEDAH PERUBATAN ISLAM



Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi
manusia mestilah berusaha untuk mencarinya.


Ingatlah sabda Nabi SAW:
"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.

Salah satu penawar yang berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA adalah:

Bahan:
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba

Caranya:
Ketuk 3 batang serai makan dan masukkan ke dalam kelapa muda. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa.

Letakkan kelapa di atas dapur/api. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum.

Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

Agar dapat anda menyebarkanya untuk membantu orang-orang yang amat memerlukannya. Bagi pesakit DARAH TINGGI dan SAKIT BERKAITAN JANTUNG, boleh gunakan kaedah sama.

Terima kasih kepada Ustaz Sharhan Shafie kerana sudi berkongsi amalan perubatan ini.

Saya hanya bantu untuk menyebarkannya sahaja.

Pak Maidin kembali ke Rahmatullah...


| INNALILLAH |

Dalam debaran kita menanti perlawanan pertama piala Malaysia malam ini ,kita dikejutkan dengan pemergian pelawak dari Pulau Pinang .

Arwah Maideen (paling kanan dalam gambar) baru saja menghembuskan nafas yg terakhir sebentar tadi. Arwah kini berada di Gurun, Kedah.


Sama2 kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada beliau , semoga beliau ditempatkan dikalangan insan2 yg soleh dan beriman.

AL-FATIHAH

Cacing seberat 3kg dalam perut kanak2

Satu kejadian pelik telah berlaku dan boleh dikatakan heboh satu Indonesia. Seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 10 tahun mengadu kepada ayahnya bahawa beliau tidak boleh membuang air besar selama 4 hari.


Pada ketika itu perut kanak-kanak ini susah kelihatan besar dan kembung,dengan segara ibubapanya menghantar kanak-kanak itu ke hospital. Doktor mengesyaki dalam perut kanak itu mempunyai cacing gelang, setelah di timbang hampir 3 kg cacing di dalam perut kanak tersebut
Sesiapa yang memegang tanah yang mempunyai telur Ascaris dan tidak mencuci tangan sebelum makan, akan terkena penyakit ini. Hanya dalam 21 hari, telur Ascaris akan matang.
Melayukini.net - Untuk makluan. telur tersebut akan masuk ke salam saluran pencernaan dan akan menjadi larva pada usus manusia. Seterusnya menembus masuk ke pembulu darah. Kemudiannya akan beredar mengikut sistem peredaran seperti hati, jantung dan paru-paru. Pembiakan cacing ini akan terus berkembang di dalam usus manusia. Oleh itu jaga kita ketika bermain di pasir.