Sunday, 25 August 2013

Maksud Simbol 4 Jari R4BIA

Simbol 4 Jari R4BIA??? Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah maksud dan tujuan simbol 4 jari ini yang semakin banyak digunapakai oleh pengguna laman sosial bagi mengantikan DP masing-masing. Tujuan sebenar adalah untuk menunjukkan kepekaan dan prihatin terhadap krisis atau pergolakan yang berlaku di negara Mesir pada masa sekarang.


Tujuan Simbol 4 Jari R4BIA

Tujuan Display Profile (DP) simbol #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.

Maksud Simbol 4 Jari R4BIA

  • Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
  • Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
  • Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
Berikut adalah beberapa koleksi DP 4 Jari R4BIA

R4BIA - Copy oı r4bia2
rabia - Copy
4rabia - Copy
4rabia
R4BIA
rabia
R4BIA
mesir

20 Samseng geng kongsi gelap serang Polis Cegah Jenayah

 
 Gambar Hiasan

IPOH: Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.

“Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.

“Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain,” katanya.
Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.


“Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.

“Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri,” katanya.

Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.

“Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.

“Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam,” katanya.

Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. “Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini,” katanya.

Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.

“Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini,” katanya.

- Info PDRM

Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak


Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.
“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini. Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.

"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya."Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.

Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh. Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.

Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat."Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga.

Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.

Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.

Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya."Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan."Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.

"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.

"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.

Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.

Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".

Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. ~ the malaysian insider

Cara ringkas untuk SOLAT JENAZAH. BACA & SHARE.

Belajarlah wahai lelaki. Apakah kau tak malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah meninggal. Itu sahajalah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita...

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah..
konsi kepada rakan2 kita..............

Al-Fatihah.. Bekas Pemain Sepaktakraw Negara Yang Juga Ikon Anak Muda PAS Kembali Ke Rahmatullah..

Bekas Pemain Sepaktakraw Negeri Pulau Pinang dan juga Kebangsaan serta pernah dinobatkan sebagai Ikon Pemuda PAS, Fauzi Ghazali telah kembali kerahmatullah pada pagi Sabtu 24 Ogos 2013.

Beliau yang sebelum ini telah ditempatkan di Hospital Besar Pulau Pinang sejak dari sebelum Hari Raya, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 5.45 pagi kerana mengidap kanser liforma.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga lima anak yang masih kecil.

Jenazah telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Belah Dua, Bukit Mertajam Pulau Pinang untuk dikebumikan.

Bekas pemain sepak takraw negara ini suatu masa dulu pernah mencetuskan kontroversi kerana melangar arahan Persatuan Sepaktakraw Malaysia untuk tidak mendedahkan aurat dengan memakai seluar panjang dalam satu perlawanan.


Ketegasannya itu telah menyebabkan beliau telah terpilih sebagai Ikon Anak Muda PAS oleh barisan kempimpinan Pemuda PAS Perak dalam Muktamar Pemuda Negeri Perak yang diadakan pada 29 April 2012.

Menyorot kepada sejarah kegiatan beliau dalam sepak takraw, sikap beliau yang tegas serta istiqamah dalam pendirian memakai seluar panjang dalam perlawanan sepaktakraw sehingga sanggup menerima kad merah tanpa sebarang rasa kesal cukup mengkagumkan.

Ikon sebeginilah yang wajar dijadikan rujukan dan perhatian oleh para remaja yang masih kabur berkenaan bagaimanakah identiti tokoh yang perlu mereka sanjungi.

Kekecohan telah berlaku pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Liga Siri Super 2011 di Dewan 2020, Kangar, Perlis selepas berlaku pertikaian seluar panjang Fauzi sebagai pemain pasukan Perak dalam perlawanan tersebut.

Walaupun Perak telah menang 2-1, keputusan perlawanan itu diubah menyebelahi Kedah ekoran bantahan terhadap pemakaian seluar panjang 'sut trek' yang didakwa tidak menepati peraturan permainan yang ditetapkan PSM mahupun Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).

Bekas tekong Sukan Asia Busan 2002 itu juga dikenakan kad merah dan dibuang daripada kejohanan oleh pengadil apabila masih berkeras memakainya sebelum menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan digantung daripada sebarang kejohanan anjuran PSM sehingga kesnya dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib...


Gambar yang dirakam pada 17 Ogos lalu

Al-Fatihah untuk Allahyarham.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan kepada keluarganya, bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank 157091034688 atas nama Mohd Fauzi Ghadzali.