Tuesday 24 December 2013

Rawang Banjir Kilat

SHAH ALAM 24 DIS: Ribuan penduduk di sekitar Rawang dekat sini hari ini terkandas akibat banjir kilat, terutama berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang, hujan lebat pagi tadi menyebabkan air dari anak sungai berhampiran pusat membeli-belah itu melimpah ke kawasan sekitar.

“Ini mengakibatkan lalu lintas sesak teruk dari arah Jalan Batu Arang menghala ke Aeon Rawang,” katanya ketika dihubungi Bernama mengenai kejadian yang berlaku ketika orang ramai mahu ke tempat kerja atau melakukan urusan lain.

Beliau berkata air mula naik kira-kira 6 pagi tadi.

- BERNAMA

Gambar : Sumber – Facebook





Kanak-kanak Nakal


Satu lagi rakaman fenomena puting beliung di Bali.

Rakaman video fenomena puting beliung di Bali, Indonesia. 




GAMBAR HELIKOPTER NURI TERHEMPAS DI PULAU PERAK KEDAH


Sebuah helikopter Nuri dilaporkan telah membuat pendaratan cemas menyebabkan terhempas setelah hilang kawalan di Pulau Perak, Kedah.

Kejadian yang berlaku semalam melibatkan seorang juruterbang dan enam orang penumpang.

Setakat ini, semua yang terlibat selamat dan tiada sebarang laporan kematian direkodkan.

Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Video letupan bom di Thailand