Showing posts with label Sumbangan Amal. Show all posts
Showing posts with label Sumbangan Amal. Show all posts

Monday, 1 June 2015

Mohon Bantu Adik Mohd Farid


Adik Mohd Farid bin Jamal,pelajar Tingkatan 5 SMK Chenderiang, Temoh Perak, memerlukan bantuan anda semua. Adik Farid menderita masalah kegagalan buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit memerlukan bantuan atau sumbangan untuk membiayai kos rawatan serta bekalan susu + pampers.


Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun bank ibu pelajar ini atau melalui Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang,35350 Temoh Perak.

Akaun BSN: HATIJAH BINTI ABDUL MALEK
No Akaun: 08700-41-00010624-7
Alamat: 65 Jalan Murai, Kg Pasir Kinjang,35300 Chenderiang Perak.



Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Thursday, 21 May 2015

Wahai si IBU... pulang laaa pd ank2 mu....

Mohon ada pihak bertanggungjawab ziarah keluarga ni.. Anak2 hidup tanpa ibubapa ... mohon bantuan ikhlas... Serba daif dan kekurangan. Nenek yg jaga skarang. Lokasi Pangsapuri Angsana USJ 1... Ayahnya dlm penjara, ibunya menghilangkan diri.
Mana2 sahabat2 yg ingin menderma berupa barangan boleh terus ke alamat
H10-10-11,Pangsapuri Angsana,persiaran Subang Mewah, USJ 1, 47610 Subang Jaya Selangor.



Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Monday, 11 May 2015

KASIH IBU SEJATI


KASIH IBU...Warga emas berusia 101 tahun Meliah Md Diah menjaga anaknya Abd Rahman Saud, 63, yang tidak boleh bercakap, berjalan dan bergerak secara normal sejak lahir. Ibu tunggal yang kehilangan suami sejak 20th lalu bertekad untuk menjaga anaknya sehingga akhir hayatnya. Itulah pengorbanan seorang ibu mithali yang sebenar. Bayangkan lah jika ibunya sudah tiada, apa nasib anaknya nanti... Mungkin sebab itulah Allah S.W.T. panjangkan umur Ibu Tunggal ini.

Bagi yang ingin membantu atau menghulur sumbangan ikhlas bolehlah Bank-in kan ke:-

Nama : Mohd Sofian bin A.Rahman
Talian Persaudaraan : Cucu Saudara 
No akaun BSN : 02113-41-00009525-0

Atau

Bagi yang ingin membuat sumbangan terus, boleh hubungi talian atau berkunjung ke :-
No. Telefon : 013-5954155
Alamat : Kg Bukit Nambua, 06300 Kuala Nerang, Kedah.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Thursday, 30 April 2015

Mohon Sumbangan Buat Adik Muiz




Assalamualaikum....
Mohon bantuan rm1.00 ..semoga allah sahaja yang membalas jasa murni semua ...same2 berdoa untuk adik muiz yg skrg di wat icu .semoga adik muiz cpt sembuh diatas penyakit tidak tahu puncanya.


Nama murid : MUIZZUDIN BIN YAZID
Nama ibu : ZARINA BINTI SULAIMAN
No akaun : 151016964105
Bank: maybank
Alamat : No 1577 JALAN ANGGERIK 1/3, TMN ANGGERIK, BANDAR TENGGARA
h/p : 012 7563170

Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Wednesday, 29 April 2015

Baby Aisyah perlu bantuan untuk menjalani Pembedahan


Baby Aisyah memerlukan bantuan anda untuk menjalani Pembedahan untuk memasukkan pacemaker (bateri) ke dlm badan Aisyah memandangkan jantungnya agak lemah tanpa bantuan pacemaker ini (setelah 15 hari pembedahan menutup lubang dalam jantungnya). Baby Aisyah perlu dilakukan pembedahan segera kerana lubang dijantung semakin membesar.

Bagi yg tertanya2 kenapa tidak ke IJN shj memandangkan kosnya jauh lebih rendah, Aisyah sebenarnya sudah 3x ditangguh pembedahannya di IJN dari tahun lepas atas sbb selsema / demam etc. Memandangkan lubang pd jantung Aisyah semakin membesar (VSD 1.17cm dan ASD 1.54mm), dan paru2 sudah mulai punya tekanan tinggi (pulmonary hypertension), maka keluarga buat keputusan utk buat di Gleneagles sahaja.

Jumlah kutipan setakat ini sudah RM20,000 tetapi hospital Gleneagles telah meminta bayaran bil 38k sebagai deposit(seperti dalam gambar)

Kosnya yang diperlukan rm150k. Jika 1% follower siakap keli menyumbang rm10 seorang, sudah cukup untuk membantu.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank 154110003967 Suzilawati Osman

Mohon doakan Aisyah kuat dan cepat sembuh.. Mohon doakan Aisyah stabil dan mampu travel balik JB dan dpt jumpa abg3 yg sudah sarat rindu pd Aisyah sbb dah hampir sebulan tidak bertemu Aisyah... Mohon doakan urusan mereka dipermudahkan sehingga Aisyah sihat kembali.. Mohon doakan segala keperluan mereka sepanjang musafir di sini Kuala Lumpur dicukupkan Allah.


Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Wednesday, 22 April 2015

Sumbangan Ikhlas Buat Bayi 5 Bulan Hidap Penyakit Pfeiffer Syndrome


SubhanaAllah, bayi yang berumur 5 bulan ini mengalami penyakit Pfeiffer Syndrome (tengkorak kepala tertutup awal). Adik Muhammad Adam Hamka Bin Norisam memerlukan dana kewangan untuk menjalani pembedahan lain dimana sebelum ini dia telah menjalani pembedahan membuka ruang penafasan dan memasukkan tempurung kepala. Orang ramai boleh salurkan bantuan ke 0510229000139274 BSN Khairiyah bt Shamsudin (ibu) 01123266907/ 05100043569520 CIMB (Bapa) 0126503806
Norisam bin Mhd Jaafar




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Friday, 17 April 2015

Ibu Tunggal 4 anak Perlu Bantuan Bina Rumah


Assalamualaikum dan Salam sejahtera sahabat2.
Marilah sama2 kita membantu Puan Azizah seorang ibu tunggal yang hidup sebatang kara bersama 4 anaknya yang masih bersekolah.. Beliau hanya memerlukan bantuan untuk membina rumah dan bekalan dapur...Puan Azizah sudah meminta bantuan bulanan zakat dan masih dalam proses..Beliau sekarang telah menerima bantuan dari JKM..Sedih tak terkata apabila melihat rumah yang bukan seperti rumah ini..Rumah dibina bukan atas tanah sendiri tapi rezab kerajaan yang dibina mengguankan keringatnya sebagai tempat berteduh bersama anak2 yang masih kecil..Marilah sama2 kita bantu beliau seikhlas mungkin walaupun RM1..Adik beliau Azlina Muhammad pun boleh sekadar menolong serba sedikit kerana bukan dari golongan berkemampuan juga...

Untuk bantuan boleh salurkan ke

Akaun Maybank
152108173551 azlina muhammad (Adik)

0124428693 Puan Azlina
012 4835943 Puan Azizah

Bagi mereka yang hendak melawat boleh berbuat demikian ke Kampung Sg Pasir Kecil, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sg Petani, Kedah
Bagi sesiapa dapat membantu Puan Azizah mendapatkan rumah bantuan amatlah diperlukan..Terima Kasih

Kredit Siakap Keli




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Wednesday, 8 April 2015

Adik Farisha Menghidapi Kanser Mata Perlu Sumbangan


Adik Farisha telah disahkan menghidapi kanser mata dan kansernya telah merebak ke otak menyebabkan dia tidak boleh berjalan. Dengan doa sahabat2 semua tidak mustahil untuk adik Farisha sembuh.
Kepada sesiapa yang ingin memberi bantuan boleh salurkan ke
0211929000158015
INTAN SAFINA BINTI MOHD RETHUAN
BANK SIMPANAN NASIONAL

dan kepada sesiapa yang ingin melawat adik Farisha, ini alamatnya
906 Lorong Angsana 26
Taman Keladi
08000 Sungai Petani
Kedah Darul A man
No Fon 019-5682636




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Monday, 6 April 2015

Bayi hidap Jantung Berlubang perlu sumbangan


Assalamualaikum..Baby Muhammad Damien b.Mahyudin berumur 8 bulan memerlukan bantuan anda kerana menghidapi sakit jantung berlubang tahap kritikal. Untuk menjalankan pembedahan baby Damien memerlukan dana sebanyak RM50 ribu.


Untuk bantuan boleh salurkan ke 
maybank 152050057145 norliza ahmad

No fon ayah: 0142594470 (Mahyudin)
Maybank si ayah: 164221273136

Sesiapa ingin melawat baby Damien boleh berbuat demikian di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Wad Melor 1, aras 6, no katil 21.. Sambil itu bersama kita doakan kesihatan baby Damien..



Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Tuesday, 24 March 2015

Budak 4th Koma Dilanggar Perlu Bantuan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Saya merasa sedih dan terpanggil untuk berkongsi cerita ini.

Adik Adam Haris ini adalah pelajar Darjah 4 bersekolah di S.K. Permatang Buloh, P.Pinang. Telah dilanggar oleh kereta dan kini dalam keadaan koma. Apa yang menyedihkan saya, adik ini dari keluarga yang susah, ibunya tidak bekerja, baru melahirkan anak dan dalam berpantang.
Ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan kini menjaganya dihospital. Difahamkan jika ayahnya berterusan tidak bekerja, beliau akan dibuang kerja.

Saya menyeru kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi ayah adik ini, En. Hisham ditalian 017-4684098. Atau Tuan/puan boleh menyalurkan bantuan terus ke akaun En. Mohd Hisham bin MD Yusof, Maybank Account - 1071 6135 5431.

InshaAllah, dengan sedikit bantuan kita, dapat meringankan beban keluarga ini dan bermakna utk mereka.
Semoga bantuan yang anda hulurkan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Jadi marilah sama2 kita membantu keluarga ini. Terima kasih.

Plis SHARE ke seberapa banyak mungkin semoga kita dapat membantu nasib keluarga ini. - copy paste from whatsapp -




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Monday, 16 March 2015

Mohon Sumbangan Ikhlas Untuk Bayi Jantung Berlubang


"Assalamualaikum, nak kongsi sikit,anak kepada kawan org rumah,Nur syarina balqis bte muhammad sairi.NO i/c 140615-06-0208...,mohon sumbangan ikhlas,tak banyk sikit pon bole,anak kecil nie mengidap jantung berlubang,dia akan menjalankn operation 4 bulan kemudian,dengn kos sebanyk rm35ribu cmtu,mohan kite same2 mmbantu,hanya allah je yg bole mmbalas . in sya allah..ape2 bole call trus kpd ibu nyer,

Nur hayatul natasya bt hashim..
tel ,0199914347@0179476685

No akaun mybank 
162263517946...Nur hayatul natasya bt hashim (ibu)"




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)


Monday, 15 September 2014

Pohon Bantuan!!!


 

Saya pohon.
Saya rayu.
Kalau ada walau RM100, walau ada RM10, walau ada RM1.

Kita bantu.
Kos pembedahan RM35K.
Kutipan diterima setakat ini RM310.

update :

No akaun
Maybank
162807042541 - Zulfarid bin Zomadi
CIMB
12590009341520 - Roslina Abd Rahman

No telefon 
01123313951
Puan Roslina Abdul Rahman



Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Thursday, 29 May 2014

KEEP SHARING...



Assalamualaikum semua,
kami amat mengharapkan bantuan kita semua dalam membantu adik Muhammad Adib Shah, 20 bulan yang kini menghadapi masalah jantung.


pihak Muslim Care telah menghubungi ibu kepada Adik Adib dan memaklumkan kos RM10000 diperlukan. InshaAllah pada 4hb 6 ini adik Adib akan berada di IJN dan 5 hb akan berlansungnya operation jantung.

(Dimaklumkan oleh ibu adik adib, jantung adik ini tidak mempunyai saluran dan injap dan kes ini sangat jarang berlaku dan inshaAllah pihak Muslim Care akan berjumpa dengan mereka dan mendapatkan maklumat lanjut daripada Doktor di IJN)

keadaan masa yang begitu singkat, marilah kita membantu menyumbang dan menyebarkan maklumat ini agar dapat sahabat lain turut dapat membantu.

Sila maklumkan sumbangan kepada Dr Adda 019-3617502 bagi memudahkan kami menyemak segala bantuan yang diterima.

Jazakumullah Khairan,
daripada AJK Muslim Care Malaysia.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Thursday, 22 May 2014

Khidmat Masyarakat (SILA SHARE)



Muhammad Haidar Bin Zahidi di lahirkan pada 3/1/2013 ( 3bulan) merupakan bayi comel yang dilahirkan normal. Menurut bapanya Zahidi Azhar, anaknya menghidap kanser mata di mana mata sebelah kanan tidak boleh lagi digunakan terpaksa di buang melalui pembedahan manakala mata kiri kini telah menghampiri stage 3 kanser.

Bapanya memohon semua warga Malaysia yang prihatin berdoa agar anaknya cepat sembuh bagi menghadapi kimoterapi pada 1/5/2013 ini di Hospital Kuala Lumpur .

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan sila hubungi En. Zahidi Azhar di talian 0125574577 No. Akaun CIMB 0722-0015302-529 dan sekiranya anda ingin melawat anaknya yang baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital, bolehlah ke 279-5-7 lorong tampin 10150 Georgetown Penang.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Tuesday, 20 May 2014

Sumbangan Dana Untuk Pembedahan

Gambar ketika pembedahan pertama

salam...
saya sedang mencari dana utk pembedahan (kali ke-2) dan perubatan jantung ank OKU sy

ank sy seorg ank istimewa (Down Sindrom),mempunyai masalah jantung berlubang(ada 2lubang),salur darah bercantum dan bocor..ank sy pernah menjalani pembedahan pertama pada tahun 2012..
doktor memberitahu ank sy perlu menjalni pembedahan kali ke-2 utk menukar salur injap jantung yg bocor..


ank saya perlu pergi temujanji setiap 3-6bln sekali...saya amat memerlukan DANA PERUBATAN termasuk kos pengangkutan,tempat tinggal,makan dan minum..
utk pengetahuan sy dr tganu..

sesiapa yg ingin menyalurkan bantuan boleh salurkan ke acct berikut:

MBB 112184001770 Muhammad Raffi bin Mat Hasan (suami/ayah)
CIMB 12100032018524 Nor Julaily Bte Johor (isteri/ibu)




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)




Tuesday, 29 April 2014

Sumbangan Amal Pembedahan Rahim



Salam.. Mungkin ada yang kenal Ust Firdaus Latif(Gambar). Kadang2 kuliah d masjid almunawwarah. Kemalangan motosikal di depan kuaters Polis sebelah Plaza Masalam. Baru habis kelas di Mediu. Isterinya pecah rahim dan terpaksa dibuang. Bayi dalam kandungan meninggal.
Isteri masih koma. Dia sendiri baru sedar.
Sebelum ni anak pertama meninggal, kali ni anak kedua juga meninggal cuma bila rahim dibuang maka tiada peluang utk menimang cahayamata sendiri. Hebat sungguh dugaan Allah ke atas pasangan khususnya zaujah beliau.
Semoga Allah memberi kesabaran dan ketabahan kepada mereka.. Ustaz firdaus ni juga adalah anak saudara ustaz Mokhtar Senik.
Pembedahan buang rahim terpaksa dibuat segera di hospital swasta dan kos dia Hampir rm20k.
Bimbang bahayakan nyawa isteri tersebut... suami pulak koma masa tu... so, keluarga terpaksa bersetuju walaupun memang tak mampu nak bayar rm20k... sekarang ni isteri ana dan kawan2 dia sedang lancarkan tabung kutipan derma melalui group2 whatApps dan telegram utk bantu cari RM20k.
Mudah2an Allah permudahkan. Aminnn.


Nota AA: Saya panjangkan disini supaya kita semua dapat membantu sorang sikit..

Boleh terus masukkan ke akaun ini:
Mohd Firdaus bin Latif
113015307780 Maybank
12038025657290 bank islam

Friday, 21 February 2014

Bayi Lahir Usus Diluar Perlukan Sumbangan!!!


Khidmat Masyarakat (mohon sebaran)

"Assalamualaikum w.b.t...

Sofwatul Amani... anak kecil yang dilahirkan dgn keadaan usus di luar (Gastroschisis) adalah anak kepada kawan kepada abang ipar saya. saya tidak mengenali Ahmad Syahidin (bapa Amani) secara personal, hanya pernah keluar minum ramai2 tapi bila melihat keadaan si kecil ini, hati saya runtun... kasihannya kamu wahai anak kecil...

Amani kini masih berada di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. dalam usia yg baru 5 hari, Amani telah menjalani 2 pembedahan dan pembedahan seterusnya pada Ahad depan (23.02.14) kerana sekarang ususnya sedang membengkak dan mengikut ayah amani, platelet darah Amani tgh drop, kemungkinan terkena infection.

Dengan keadaan si ayah muda (24 thn) yg bekerja sbg technician yg kini sdg cuti tanpa gaji untuk menjaga Amani dan ibu Amanii, berulang alik dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, saya pasti... memerlukan perbelanjaan yg besar.

Saya berharap sangat kita semua dapat membantu meringankan beban Din (Matt Dean) sekeluarga. semoga sumbangan kecil kita dapat memberi harapan besar buat SOFWATUL AMANI.

Untuk sumbangan, bank in ke akaun CIMB: 7050332235 AHMAD SYAHIDIN BIN ANUAR (+6013 963 7401) Minta sahabat2 panjangkan‪#‎donationforamani‬ dan segala sumbangan dan jasa baik dari pihak sahabat2 semua, saya dahulukan dgn ucapan jutaan terima kasih.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Sunday, 16 February 2014

[DERMA KILAT] Sebarkan..



Maahad Tahfiz Muhammadiah Bkt Rangin, Kuantan telah musnah dijilat api pada 13 Feb 14. Ust Tg Muhammad mudirnya. Ada 17 orang pelajar anak yatim disini. Allah uji baru-baru ini tenggelam banjir dan malam hangus dijilat api . Mhn bantuan derma segera. Berita lanjut menyusul.

Sumbangan boleh disalurkan kepada

Nama Pemegang Amanah: Amnan Asri Abdullah (Bendahari MMG Pahang Terengganu)
No Akaun:
7036598065 CIMB
156094153154 Maybank

Masukkan butiran emel sumbangan tuan/puan ke: ch3d33n@gmail.com
No hp 0146193396
dengan tajuk "SUMBANGAN KEBAKARAN"

Semoga usaha murni tuan puan dirahmati Allah SWT.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Wednesday, 12 February 2014

Derma kilat untuk adik Cha Cha mangsa langgar lari


Assalamualaikum W.B.T.

Saya bagi pihak adik Putri Nurdanischa Bt. Nordin ingin mohon bantuan derma kilat untuk adik ni...dia nak discaj hari ni tapi atuk dan nenek dia tak mampu nak bayar bil hospital..adik ni bersama atuk dan nenek dia kemalangan, kes langgarlari pada 24/01/2014 semasa menunggang motosikal di lebuhraya utara selatan
berhampiran susur ke Cheras (menghala ke KL) kira-kira jam 9.15 pagi. Van yang langgar keluarga ni gagal dikesan sebab tak buat report polis...Kesian adik Cha Cha membesar dengan atuk dan nenek sejak lahir (kini berusia 3 tahun)...Dia panggilatuk & nenek dia papa & mama...

Saya berada di tempat kejadian ketika kemalangan baru saja berlaku, Alhamdulillah saya bersama pasangan suami isteri yang kebetulan berhenti untuk membantu segera menghantar mereka ke hospital. Keadaan adik ni agak parah di kepala, hidung (patah),mulut (koyak) dan kaki kerana terseret lebih kurang 2 meter. Saya rasa tak sanggup nak cerita lebih-lebih..Saya ada melawat keluarga ini beberapa kali, hingga kinimasih mengikuti perkembangan mereka sekeluarga.

Saya cuma membantu seberapa yang boleh, kepada sesiapa yang bermurah hati dan sudi boleh salurkan bantuan ke akaun adik ini...

NAMA : PUTRI NORDANISCHA BT NORDIN
AKAUN RHB BANK : 1142 3100 1927 03

Saya dah buat pengesahan dengan pihak RHB Bank berkenaan akaun ini.

In Sya Allah, semoga usaha semua pihak diberkati Allah S.W.T.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di talian 013-2998346.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)