Thursday, 17 October 2013

Jurutera bakar diri kerana isteri


Melaka – Akibat gagal mengawal emosi berkaitan masalah rumah tangga, seorang jurutera menyiram petrol dan membakar diri di depan isterinya di rumah mereka di Taman Sutera, Batu Berendam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, bapa kepada tiga anak berusia 40-an berkenaan mengalami kesan lecur 40 peratus pada muka dan badannya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Superintendan P R Gunarajan berkata, siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan isterinya berusia 40-an di rumah berkenaan pada jam 4 petang. “Berdasarkan maklumat diperoleh, lelaki itu pulang semula ke rumah membawa sebotol petrol dua jam kemudian.

“Dia menyiram petrol itu ke tubuhnya sebelum menyalakan pemetik api dan membakar dirinya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang, di sini, semalam.
Menurutnya, isteri mangsa yang bekerja sebagai kerani bergegas mengambil air lalu menyiram tubuh mangsa untuk memadamkan kebakaran berkenaan.
“Wanita itu seterusnya menghubungi polis untuk tindakan lanjut dan mangsa dikejarkan ambulans ke Hospital Melaka (HM),” katanya.

Gunarajan berkata, mangsa yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HM dilaporkan masih dalam keadaan tidak stabil.
“Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan secara menyeluruh mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri,” katanya.

Menurutnya, pasangan yang berkahwin 20 tahun lalu itu dikatakan sering bertengkar berkaitan masalah keluarga.
Harian Metro difahamkan, pasangan itu menyewa di rumah berkenaan hampir dua tahun lalu dan ketika kejadian, dua anak mereka turut berada di situ.

Sarjan Tertembak Kanak-kanak 10 Tahun


IPOH – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun mengalami kecederaan parah dipercayai terkena tembakan. Tembakan dipercayai dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis ketika sedang mengosongkan senjata dalam kejadian yang berlaku di Kampung Belanja Kiri, Parit, petang semalam.

Mangsa, Mohd Amar Mohd Azizi, dipercayai berada dalam jarak antara 30 ke 40 meter dari rumah anggota polis yang berpangkat Sarjan itu, dalam kejadian yang berlaku jam 4.30 petang. Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Leong Ah Kow berkata, lebih kurang 45 minit selepas bunyi tembakan itu, orang awam yang berada di kawasan berhampiran menemui mangsa cedera di bahagian kepala dipercayai akibat terkena peluru sesat tersebut.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Parit untuk mendapatkan rawatan namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Batu Gajah apabila mendapati kecederaan yang dialami mangsa adalah serius.

“Bagaimanapun, selepas ujian imbasan x-ray dijalankan, doktor menemui anak peluru sudah masuk ke dalam kerongkong mangsa.

“Berikutan itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pembedahan bagi membuang peluru berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, sejurus menerima laporan mengenai kejadian tersebut, pihaknya telah memeriksa rumah anggota polis terbabit dan merampas sepucuk pistol jenis P99 dan satu magazine berisi 14 butir peluru termasuk kelongsong peluru.

“Berdasarkan siasatan awal ke atas suspek, senjata tersebut dibekalkan secara mingguan kepadanya,” katanya.

Ah Kow berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan daripada suspek dan ahli keluarga mangsa. Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Menurut Ah Kow, suspek sedang bercuti dari 12-18 Oktober dan pihak polis akan mengambil tindakan tatatertib ke atas suspek.

Tisu Tandas Di Perbuat Dari Emas


Tisu tandas di perbuat dari emas?. Memang benar gulungan itu adalah kertas tandas yang diperbuat daripada emas 22 karat dan boleh dibeli di Toilet Paper Man, dengan harga US $ 1.376.900 untuk satu gulung.

Harga yang hebat itu membuatkan inovasi aneh ini menyandang predikat tisu tandas termahal melampau tisu tandas super lembut. Kelly Wearstler telah memuatnaik gambar gulungan tisu tandas emas ini ke Instagram, gambar itu telah menarik reaksi ramai orang.

Gulungan emas ini mungkin akan menjadi hadiah yang sempurna bagi orang yang mempunyai segala-galanya di dunia ini. Adakah anda berminat untuk membeli tisu tandas ini?