Thursday 27 March 2014

MH370, Mimpi Seorang Ustaz


Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. - USTAZ DARUL MANZIL

Wednesday 26 March 2014

3 beranak maut rempuh lori




Bandar Baharu: Tiga sekeluarga maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori di Kilometer 170 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran sempadan Bandar Baharu-Nibong Tebal, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Asisten Superintenden Azmi Abu Bakar berkata, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dalam perjalanan dari arah Bandar Baharu ke Pulau Pinang.

"Mangsa yang maut di tempat kejadian adalah isteri pemandu berusia 36 tahun serta dua anak mereka berusia lima dan satu tahun.

"Suami mangsa berusia 36 tahun dan anaknya berusia dua tahun serta pembantu rumah warga Filipina cedera parah dan dihantar ke Hospital Parit Buntar, Perak.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya.

Cemas!!! Enjin terbakar, Malindo Air berpatah balik


SHAH ALAM - Sebuah pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik sejurus selepas berlepas kerana kebakaran enjin.

Dalam insiden jam 7.30 pagi itu, kesemua penumpang penerbangan, termasuk pasukan bola sepak Liga Super Terengganu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Malindo Air dalam satu kenyataan menyebut kejadian itu berlaku ketika pesawat itu mendaki pada ketinggian 7,000 kaki.

"Sistem pengesan kebakaran diaktifkan dan krew operasi serta-merta melaksanakan semakan kecemasan seperti prosedur operasi standard dalam situasi ini," kenyataan itu dipetik.

Monday 24 March 2014

Pesawat MAS MH114 dirempuh sekumpulan itik



NEW DELHI - INDIA. Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.

Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.

Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.

Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).

Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu.

Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut.

"Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.

Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.

Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu.

“Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah.

MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat.

Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki.

Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu.

“Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu.

Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990.

Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.

Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas.

Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan.

"Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. - Bernama

Saturday 22 March 2014

Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

- Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan (HALAL).

Rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakan-dagingisi-belangkas-dan-telurnya

Friday 21 March 2014

Gambar rakaman satelit objek dikatakan ada kaitan dengan MH370 ditemui.

Imej yang diperoleh menerusi rakaman satelit mendakwa bayangan dalam air adalah pesawat MH370.

[mstar]- MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-13 pada Khamis, menyaksikan pelbagai pihak tampil dengan teori dan gambar kononnya yang diperoleh menerusi rakaman satelit menunjukkan lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang.

Terbaharu, satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan dalam air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.
Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui. 

Pesawat tersebut kini didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dikesan radar tentera.
Bagaimanapun tiada pihak yang tampil membuat pengesahan mengenai ketulenan gambar tersebut.

Chris Goodfellow : Kapten Zaharie Adalah Wira YG Bertarung Selamatkan #MH370.

Sila baca apa kata orang luar mengenai insiden #MH370. Juruterbang yang berpengalaman dari luar negara ini sendiri memuji kapten Zaharie. Dia telah melakukan analisis mendalam dan menyimpulkan bahawa kapten Zaharie adalah wira yang telah sedaya upaya bertindak untuk menyelamatkan semua penumpang dan krew dalam pesawat #MH370.

Baca dan fahamkan betul2 analisis dia. Apa yang berlaku sebenarnya mungkin lebih ringkas dari apa yang kita dok sangka kan (konspirasi bagai).

Nah, baca ;

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.



"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.



Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.

Rujukan : http://aans1.blogspot.com/2014/03/chris-goodfellow-kapten-zaharie-adalah.html

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/chris-goodfellow-kapten-zaharie-adalah.html#ixzz2wZ1lrzqe

TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!!



Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita...

Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh!
Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.
Ubat utk Cancer sudah ditemui !
Anda percaya?
Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional.
Pesakit cancer tidak seharusnya mati !
Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:
Makan buah segar dan caranya!
Ini sangat informatif!
Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...
Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.

Cara yang tepat makan buah;

* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!

BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton;
Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an,
Anda memiliki;

badan yang sihat,
Penuh tenaga,
Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.

Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus.

Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.

MINUM AIR SEJUK@AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!!

Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU)
maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN).

Cara Terbaik adalah:

Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan
Makan buah segar saat perut kosong.

Thursday 20 March 2014

Apa itu "Skin Head"?


Skin Head adalah “Working Class Struggle”. Subculture ini wujud pada tahun 1969 di Britain akibat penindasan golongan kapitalis terhadap kaum buruh (terutamanya pekerja pelabuhan dan industri). Asal usul Skin Head adalah untuk membela kaum buruh,menentang diskriminasi kelas pekerjaan dan menuntut hak pekerja yang lebih adil. Ketika itu masyarakat Britain secara ringkasnya dikelaskan kepada 3 kelompok :
1) Upper Class
2) Middle Class
3) Working Class

Skin Head berasal dari golongan Working Class. Mereka bekerja di pelabuhan, kilang, industri, perlombongan atau pembinaan. Mereka sering menjadi mangsa penindasan dan diskriminasi golongan middle class dan upper class. Golongan working class dipandang miskin, kotor, tidak berpelajaran dan bawahan. Mereka terpaksa bekerja sehinga 12 jam sehari, gaji tidak berpatutan, kebajikan tidak dijaga, tidak mempunyai skim persaraan dan menjadi mangsa buli kapitalis. Skin Head memperjuangkan hak mereka yang ditindas dan dizalimi. Kelompok ini menggunakan nama Skin Head kerana berimej rambut botak, berkasut but, jaket, braces, jeans dan batch.

Pada tahun 1960an, ramai orang Jamaica berhijrah ke Britain. Jamaica adalah salah sebuah negara jajahan kolonial British dan mereka yang membawa masuk muzik ska dan reggae serta budaya subculture Rude Boys ke Britain. Skin Head terpengaruh dengan muzik dan budaya ini. Rude Boys berasal dari Kingston, Jamaica. Di Jamaica, mereka sangat terkenal kerana selalu lepak di jalanan, menunggang motosikal Vespa dan menggemari muzik ska dan reggae. Pada tahun 1970an, muncul muzik keras yang dikenali sebagai Oi muzik. Muzik ini sangat popular kerana menggunakan gitar letrik dan lagu berdasarkan “resistance”(penentangan) terhadap kapitalis, diskriminasi, kezaliman dan working class struggle.

Skin Head secara ringkasnya dibahagikan kepada 4 kelompok :
1) Traditional Skin Head atau Trojan Skin Head … (Dikenali Spirit 69)
2) Neo Nazi Skin Head (White Power)
3) SHARP Skin Head (Skin Head Against Racial Prejudice)
4) RASH Skin Head (Red Anarchist Skin Head)

Traditional/TrojanSkin Head
Traditional Skin Head adalah kelompok terawal yang cipta subculture Skin Head. Diwujudkan pada tahun 1969 di kota London. Mereka adalah golongan yang memperjuangkan “working class struggle”. Spirit 69 adalah trade mark yang dipopularkan oleh kelompok ini. Mereka bercampur dengan semua bangsa dan tidak berminat pada politik. Traditional Skin Head sinonim dengan muzik ska dan reggae serta motor Vespa yang dipopularkan oleh orang Jamaica.

Neo Nazi Skin Head
Pada awal 1970an, ketika ramai imigran mencari pekerjaan di Britain maka wujud pecahan kelompok Skin Head yang racist. Mereka digelar sebagai Neo Nazi, White Nationalist National Front dan White Aryan Resistance. Kelompok ini sangat perkauman dan memperjuangkan Racism dan Fascism. Menggunakan lambang Swastika sebagai simbol serta “White Power” sebagai trade mark. Kelompok ini memusuhi siapa saja yang bukan berbangsa eropah dan selalu menyerang sesiapa yang tidak setuju dengan perjuangan mereka. Budaya Fascism dan Racism sinonim dengan Neo Nazi Skin Head.

SHARP Skin Head
SHARP Skin Head diwujudkan pada tahun 1987 di New York, USA. Golongan ini tidak setuju dengan fahaman Neo Nazi yang terlalu rasis dan taksub pada fascism. SHARP Skin head menentang perkauman dan kebencian agama. Kelompok ini lebih mudah diterima di asia dan benua lain. Mereka berpendapat, jika working class mahu memperjuangkan nasib mereka dalam masyarakat hendaklah bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap anggota juga harus mempunyai ilmu pengetahuan dan kesedaran politik supaya dapat bergerak di seluruh dunia memperjuangkan working class struggle.

RASH (Red Anarchist Skin Head)
RASH Skin Head juga dikenali sebagai Red Skin, diwujudkan pada 1 January 1993 di New York. Kelompok ini berasal dari SHARP Skin Head, tetapi lebih utamakan golongan pekerja. Mereka memperjuangkan ideology Anarcho Syndicalist iaitu mengutamakan union(kesatuan) dan co-operative ekonomi. Seperti juga SHARP, RASH jga anti rasis dan fascist. Golongan ini mementingkan keterlibatan individu dalam kesatuan dan mobilisasi massa rakyat untuk perlawanan menentang kapitalis dan penindasan.

Persepsi negative masyarakat selalu mengaitkan Skin Head dengan rusuhan dan keganasan. Sedangkan golongan ini wujud adalah akibat penindasan upper class dan middle class terhadap working class. Semua grop Skin Head hanya akan bertindak jika diprovokasi, kecuali Neo Nazi. Golongan Neo Nazi terlalu taksub dengan racism dan fascism dan bertindak menyerang siapa yang tak setuju dengan perjuangan mereka. Neo Nazi sangat memusuhi elemen Skin Head yang lain. Mereka tidak boleh bercampur dalam masyarakat dan selalu wujudkan perpecahan.

Selain Neo Nazi Skin Head, yang lain semua OK. Keterlibatan Skin Head dalam working class struggle diakui berjaya memperjuangkan nasib pekerja dan massa rakyat. Di eropah setiap sambutan Mayday, golongan Skin Head akan bersatu di bawah ANTIFA.

Skin Head suka lepak di jalanan kerana disini lah komunity mereka bergerak. Selain pergi ke gig, mereka cipta batch dan creativity lain untuk solidarity sesama angota. Mereka sangat mengutamakan brotherhood(persaudaraan) dikalangan ahli. Skin Head menentang keras penggunaan dadah. Skin Head benci polis. Mereka berpendapat polis dipergunakan oleh kapitalis dan kerajaan untuk melindungi orang kaya. Sebaliknya, working class yang selalu jadi mangsa penindasan langsung tidak mendapat pembelaan daripada polis.

By Rejimen Anarki
ANTIFA

Wednesday 19 March 2014

Lima maut langgar pokok

Juru: Lima remaja terbunuh apabila kereta mereka naiki terbabas sebelum melanggar pokok dalam kejadian di Kilometer 141.9, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, depan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, di sini, 10.20 malam tadi.

Berikutan perlanggaran itu, tiga daripada mangsa tercampak keluar dari kenderaan berkenaan, manakala dua lagi rakan mereka tersepit di dalam kereta yang remuk.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Prai Norizal Md Rabani berkata, dua daripada mangsa tersepit di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

“Kami mengambil kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terpaksa memotong badan kenderaan menggunakan alat pemotong khas.


Keadaan kereta yang mengorbankan 5 remaja di depan R&R Juru.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 malam dan sampai ke lokasi bersama sebuah jentera dan 17 anggota beberapa minit kemudian,” katanya.

Semua mangsa yang maut berusia 17 hingga 18 tahun dan berasal dari Sungai Bakap, Nibong Tebal, manakala seorang lagi rakan mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Suasana hiba menyelubungi lokasi kejadian selepas keluarga seorang daripada mangsa yang tiba terus menangis.

Empat mangsa yang terbunuh adalah Tan Chee Win, 17, Mar Jing Quan, 18, Song Jing Ping, 17, dan Chye Zhi Fei, 17, manakala identiti seorang lagi mangsa belum dikenal pasti.

Lelaki maut leher kena kelar


Keadaan mangsa yang ditetak dan dikelar dengan kejam dalam kejadian pagi semalam. - Foto Sinar Harian


SUBANG JAYA – “Dia cuba bangun dan lari setelah ditetak kali pertama, tapi lelaki yang datang ditemani seorang perempuan itu terus menetak tengkuk mangsa berkali-kali. Lepas tu saya lihat dia dah tak bergerak," demikian menurut seorang peniaga nasi lemak, Waliah Made, 55.

Waliah yang menyaksikan kejadian pembunuhan seorang warga Myanmar di Taman Perindustrian Maju Jaya, pagi semalam berkata, mangsa ketika itu sedang berjalan kaki untuk menghantar barang makanan dari pasar mini tempatnya bekerja ke medan selera berdekatan.

Sebelum kejadian, dia menyedari seorang lelaki dan wanita meletakkan motosikal di tempat parkir berhampiran bangunan rumah kedai tiga tingkat berkenaan.

Menurutnya, dia ternampak lelaki tersebut terus menetak tengkuk mangsa dan dalam keadaan berlumuran darah mangsa bangun dan berlari untuk menyelamatkan diri.

Mangsa dikejar sejauh 20 meter dan terus diserang bertubi-tubi menggunakan parang sehingga dia rebah berdekatan tangga rumah kedai tersebut.

“Saya hanya berani lihat dari jauh, apabila mangsa sudah tidak bergerak saya terus memaklumkan kejadian kepada pemilik pasar mini tempat dia bekerja,” katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 7.55 pagi.

Pemeriksaan mendapati mangsa bekerja sebagai penghantar barang dan dikenali sebagai Khin Win Maung, 34.

Leher mangsa dikelar sepanjang tiga inci, terdapat dua kesan hentakan di belakang kepala berukuran satu inci dan kesan luka di belakang badan sebelah kanan dpercayai dibelasah dengan objek tumpul.

Yahaya berkata, mangsa tinggal di kawasan sama bersama isteri dan bekerja di tempat yang sama sejak tiga tahun lalu.

Kedua-duanya menyewa sebuah bilik terletak di belakang kedai tempat mereka bekerja.

Maklumat mengatakan berlaku pergaduhan antara kumpulan warga Myanmar yang dipercayai dalam keadaan mabuk, Ahad lalu.

“Kita percaya ia bermotif dendam,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Suspek masih diburu dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian difahamkan ia kes pembunuhan ketiga membabitkan warga Myanmar di kawasan berkenaan sejak setahun lalu.

Kawasan berkenaan didakwa menjadi port warga Myanmar menikmati minuman keras sebelum akhirnya bergaduh sesama sendiri.

Sunday 16 March 2014

HISAB HARTA



Alkisah seorang Konglomerat telah menulis satu surat wasiat : "Barang siapa yang dapat menjagaku di dalam kubur setelah Aku mati nanti akan kuwarisi separuh dari harta peninggalanku". Lalu ditanyakanlah hal itu pada anak-anaknya apakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Namun anak-anaknya menjawab, "Mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah karena pada masa itu ayahpun sudah menjadi mayat". Selang keesokan harinya dipanggillah semua adik-adiknya dan beliau berkata, “Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga aku setelah aku mati nanti selama 40 hari bersamaku di dalam kubur? nanti aku akan memberi setengah daripada hartaku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku. Dan adik-adiknya pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin ada manusia yg sanggup bersama mayat selama itu di dalam tanah.” Lalu dengan sedih Konglomerat tersebut memanggil ajudannya untuk mengumumkan penawaran istimewanya itu ke seantero negeri.

Akhirnya sampai jugalah pada hari di mana konglomerat tersebut kembali ke Rahmatullah. Kuburnya telah dihias dg megah laksana sebuah peristirahatan termewah yg pernah ada dg semua perlengkapannya. Pada waktu yang hampir bersamaan seorang Tukang kayu yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya. Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah artinya menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerjamu ketika menebang kayu di dalam hutan dan bertemu dg harimau dan hantu penunggu hutan. Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesa segera datang ke rumah konglomerat tersebut untuk memberitahukan kepada ahli waris konglomerat tersebut akan kesanggupannya. Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah Sang Konglomerat, Si Tukang kayu itu pun ikut turun ke dalam liang lahat bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para pengantar jenazah meninggalkan area pemakaman tsb, maka datanglah Malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut. Si Tukang kayu menyadari siapa yang datang maka Ia segera agak menjauhkan diri dari mayat konglomerat tersebut. Terbetik di fikirannya bahwa sudah tiba saatnya Sang konglomerat tersebut akan diinterogasi oleh Mungkar dan Nakir. Tetapi yg terjadi malah sebaliknya, Mungkar dan Nakir malah menuju ke arahnya dan bertanya "Apa yang kau buat di sini" ?. Aku menemani mayat ini selama 40 hari untuk mendapatkan setengah harta wasiatnya" jawab si Tukang kayu. "Apa harta yang ada pada kau sekarang"? lanjut Mungkar-Nakir. "Aku cuma memiliki sebatang kapak ini saja untuk mencari rezeki" timpal si tukang kayu. Kemudian Mugkar-Nakir beritanya lagi "Dari mana kau dapat kapak ini" ?. "Aku membelinya" balas si tukang kayu. Lalu pergilah Mungkar dan Nakir di hari pertama dari dalam kubur tersebut. Hari kedua Mereka datang lagi dan bertanya "apa yang kau buat dengan kapak ini"?. "Aku menebang pohon untuk dijadikan kayu bakar untuk dijual" sergah tukang kayu. Di hari ketiga di tanya lagi "Pohon siapa yang kau tebang dengan kapak ini?. "pohon itu adanya di hutan belantara jadi ngak ada yg punya" timpalnya. "Apa Kau yakin" lanjut malaikat.Kemudian Mereka menghilang dan datang lagi di hari ke empat. Kemudian Mereka bertanya lagi "Adakah kau potong pohon tersebut dengan kapak ini dg ukurannya dan beratnya yg sama untuk dijual?. "Aku potong dikira-kira saja, mana mungkin ukurannya bisa sama rata" tegas tukang kayu. Begitu terus yg dilakukan malaikat Mungkar Nakir datang dan pergi sampai tak terasa sekarang 39 hari sudah dan yg ditanyakan masih berkisar dg kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang kayu tersebut. Berkata Mungkar dan Nakir "hari ini aku akan kembali bertanya soal kapak ini". Belum sempat Mungkar dan Nakir bertanya, si Tukang kayu tersebut malahan dg segera melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Ternyata di luar sdh banyak orang yg menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut. Namun si Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah semua bagian harta wasiat tersebut oleh kalian karena aku sudah tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan konglomerat tersebut. Maka si Tukang kayu menjawab "Aku tidak menginginkannya lagi, di dunia ini harta yg kumiliki padahal cuma semata kapak ini, tapi malaikat Mungkar dan Nakir sampai 40 hari yg mereka tanyakan dan persoalkan masihlah saja di seputar kapak ini. Bagaimana jadinya kalau hartaku begitu banyak...entah berapa lamanya dan bagaimana Aku menjawabnya"

Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf ra. Beliau dikatakan adalah sahabat yang paling terakhir masuk surga karena lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau, seperti dari riwayat Aisyah ra yg pernah mendengar Rasullullah SAW bersabda "Kulihat Abdurrahman bin’Auf masuk surga dengan perlahan-lahan (merangkak)!” (HR Bukhari)

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi Muhammad SAW bahwa beliau bersabda, "Tidak akan bergerak tapak kaki anak Adam pada hari kiamat, hingga ia ditanya tentang 5 perkara yaitu umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya, kemana dipergunakannya, hartanya darimana ia memperolehnya & kemana dibelanjakannya & ilmunya sejauh mana diamalkan?" (HR. Turmudzi)

====
Kaya tidak masalah tapi yang menjadi masalah dari mana harta kita dan untuk apa digunakan.
Mari sama-sama kita mencari rezeki yang halal dan baik serta digunakan dalam jalan kebaikan.
====
Silahkan BAGIKAN/SHARE agar lebih banyak yang berhati-hati dalam mencari harta dan membelanjakan hartanya.

sumber asal : amekaw.com

Saturday 15 March 2014

Rahsia remaja hilang terbongkar


Nasib remaja perempuan berusia 15 tahun itu ditentukan oleh Mahkamah Majistret Parit Buntar semalam.


PARIT BUNTAR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sekitar kawasan Alor Pongsu, Bagan Serai sejak dua bulan lalu ditemui Ketua Kampung Bukit Merah di sebuah rumah penduduk di Lembah Beriah, bulan lalu.

Bagimanapun, rahsia remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah ibunya di Langkawi, Kedah pada awal Januari lalu terbongkar setelah dia dikatakan mengikut ‘abang angkatnya’ pergi ke Alor Pongsu, Bagan Serai tanpa pengetahuan keluarga.

Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hassan berkata, pihaknya difahamkan remaja itu sudah menginap di beberapa rumah rakan lelakinya sebelum ditemui di kediaman berkenaan.

Menurutnya, dia menyerahkan remaja itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kerian, sebelum dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Kuala Kangsar untuk perlindungan sementara.

“Sewaktu remaja itu ditemui, saya ada bertanyakan punca dia lari rumah. Remaja itu mendakwa dia keluar rumah sebab tidak tahan dengan perangai ibunya yang dikatakan terbabit aktiviti gadis pelayan pelanggan (GRO).

“Bagaimanapun, alasan diberikan remaja itu tidak benar setelah latar belakangnya diselidik. Saya mengetahui ibunya bekerja sebagai nelayan di Langkawi,” katanya sewaktu ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Parit Buntar, semalam.

Mohammad Nor berkata, ketika disoal selidik, remaja terbabit mendakwa dia sudah melakukan hubungan seks bersama lebih 10 lelaki sejak berada di kawasan Alor Pongsu.

Beliau berkata, bagaimanapun, remaja itu enggan memberikan kerjasama apabila ditanya mengenai identiti kesemua individu terbabit.

“Seminggu selepas dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Kuala Kangsar, saya terkejut dihubungi pengurusan rumah berkenaan memaklumkan remaja itu cuba melarikan diri bersama lapan penghuni lain.

“Tindakan itu amat mengejutkan dan saya terpaksa menghubungi ahli keluarga terdekatnya untuk memaklumkan perkara itu,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara remaja berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia pernah mengajak anak saudaranya tinggal bersamanya pada Oktober tahun lalu.

Katanya, ajakan itu dibuat berikutan dia kasihan dengan keadaan ibu remaja berkenaan yang sering mengadu mengenai sikap liar anaknya.

“Ibu remaja berkenaan merupakan bekas kakak ipar saya dan saya pernah menjaga anak saudara saya sejak berusia tujuh hingga 10 tahun disebabkan tidak mahu emosinya terjejas dengan keretakan rumah tangga ibu bapanya pada ketika itu,” katanya.

Ibu saudara remaja itu berkata, anak saudaranya ada memintanya membelikan sebuah telefon pintar atas alasan mahu melayari laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka remaja bertindak menghilangkan diri seminggu selepas diberikan telefon pintar berkenaan.

Sementara itu, sumber JKM ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menyatakan perintah mahkamah sudah dikeluarkan ke atas remaja tersebut bagi membolehkan hak penjagaan diserahkan kembali kepada waris.

Kerajaan Malaysia sahkan pesawat MH370 dirampas


AP melaporkan kerajaan Malaysia mengesahkan pesawat MH370 yang hilang sejak minggu lalu dirampas. Gambar fail oleh Reuters, 15 Mac, 2014.Pesawat Malaysia Airlines MH370 dirampas, menurut laporan agensi AP.

AP melaporkan seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap 'konklusif'.

Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu, berkata mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.


Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.

Sementara itu, AFP memetik seorang pegawai kanan tentera Malaysia sebagai berkata, penyiasat percaya pesawat itu dirampas dan dipandu oleh seorang yang "mahir, cekap" yang memandunya beberapa jam.

"Ia mesti seorang yang mahir, cekap dan seorang juruterbang semasa," kata pegawai itu.

"Dia tahu bagaimana untuk mengelakkan radar awam. Dia nampaknya sudah mengkaji bagaimana untuk mengelakkan radar,” katanya.

Bagaimanapun, akhbar British The Daily Telegraph melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, menafikan pesawat itu dirampas.

"Ia belum sah. Saya mengetuai siasatan ini dan tiada siapa yang mengatakannya. Ia tidak benar. Kami meninjau pelbagai kemungkinan, kita melihat semua kemungkinan. Kami melakukan profil setiap penumpang dan anak kapal tetapi tidak ada bukti yang sahih setakat ini," katanya kepada Telegraph.

Perkembangan baru mengejutkan ini datang selepas seminggu operasi mencari dan menyelamat besar-besaran kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing.

Sementara itu, Bloomberg melaporkan pesawat yang hilang itu dikesan ke Lautan Hindi di luar pantai Australia, memetik kenyataan seorang penganalisis.

Menurut laporan itu, laluan dari Malaysia ke laut di luar pantai Australia akan melalui perjalanan sejauh 3,000 batu - jarak maksimum MH370 boleh diterbangkan dengan bahan api yang ada.

Bloomberg juga melaporkan penyiasat mendapati seseorang di dalam kokpit MH370 memprogramkan pesawat itu untuk berpaling dari jalan asalnya ke Beijing, kata sumber daripada kerajaan Amerika Syarikat yang biasa dengan penyiasatan itu.

Laporan itu memetik jurucakap Awam Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Australia, Peter Gibson, sebagai berkata dia tidak sedar maklumat baru yang meletakkan MH370 berhampiran Perth.

Bagaimanapun, katanya, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia mempunyai bidang kuasa untuk membuat penggeledahan jika maklumat itu benar.

Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar dijangka diadakan pada jam 1.30 petang ni di Hotel Sama-Sama, KLIA selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga penumpang pesawat MH370.

Difahamkan, Najib hanya akan membacakan satu kenyataan dan tidak akan menjawab sebarang soalan daripada media, lapor Sinar Harian Online.

The Star Online melaporkan, sebahagian ahli keluarga di Hotel The Everly Putrajaya mula berkumpul di depan dua televisyen di lobi hotel dan kelihatan gelisah tetapi kebanyakannya masih mampu mengawal perasaan. – 15 Mac, 2014.

Thursday 13 March 2014

Satelit China Mengesan Objek Kemungkinan MH370



[6:15]: Imej yang diambil oleh satelit Cina menunjukkan tapak kemalangan berkemungkinan MH370. Tiga objek bersaiz 13m x 18m, 14m x 19m dan 24m x 22m telah dikesan di Laut China Selatan. Lebih lanjut di sini.

TUDM kesan pesawat tak dikenali lepas MH370 hilang


SHAH ALAM - Tentera Udara Diraja Malaysia mendedahkan, sebuah pesawat tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan.

Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.

“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Rodzali berkata, pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.

Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliaumenafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.

Wednesday 12 March 2014

Penyelamat China temui objek terapung


Pasukan penyelamat China menemui objek terapung di permukaan laut, yang disyaki dari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MB370.

Laporan agensi berita Xinhua menyebut, ditemui di satu kedudukan mungkin menjadi lokasi kehilangan pesawat tersebut, pada Sabtu.

Xinhua pagi ini menyiarkan gambar pasukan penyelamat sedang memungut satu objek berwarna oren dari permukaan laut.

Sumber : Malaysiakini

Monday 10 March 2014

Jari kanak-kanak tersepit pada tombol pintu



TANJUNG MINYAK - Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam apabila jari telunjuk kanannya tersepit dan melekat pada tombol pintu utama rumah yang tercabut, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, El Nayli Uzma Kamaruddin, 8, dikatakan membuka pintu utama rumahnya di Taman Tanjung Minyak Jaya, di sini, untuk menjemput bapanya, Kamaruddin Ismail, 36, yang bekerja di Hospital Mahkota.

Ibu mangsa, Norzali Hanim Jantan, 37, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas pelik melihat kelakuan anak keduanya itu yang tiba-tiba senyap ketika dia sedang mengambil baju yang tersidai di ampaian.

"Melihatkan perubahan Nayli, saya bertanya kepadanya apa yang terjadi selepas melihat perlakuannya seperti menyembunyikan sesuatu dan ketika itulah Nayli menunjukkan jari telunjuknya kanannya yang melekat pada tombol pintu yang tercabut.

“Pada mulanya saya terkejut dengan kejadian itu, tapi dapat mengawal perasaan cemas memandangkan Nayli kelihatan begitu tenang menghadapi situasi itu meskipun jarinya sudah mula membengkak,” katanya.

Menurutnya, pelbagai cara dilakukan termasuk menggunakan air, minyak gamat dan losyen namun usaha itu tidak berjaya.

“Sewaktu melihat jarinya itu, saya hairan kerana ia basah dan Nayli memaklumkan bahawa sebelum itu dia cuba mengeluarkan jarinya dengan membasahkannya, namun usaha itu tidak berhasil.

“Selepas 15 minit berusaha, saya akhirnya menelefon suami dan memaklumkan mengenai kejadian itu. Suami saya meminta kami menjemputnya dahulu sebelum bergerak ke balai bomba bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat Kubu, di sini, petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Yazid Mohd Tahir berkata, mangsa datang ke balai melaporkan kejadian berkenaan kira-kira 6.30 petang.

“Tujuh anggota bomba dengan menggunakan inovasi baru yang direka khas iaitu Fire Rescue Ring Cutter untuk mengeluarkan jari mangsa dari besi tombol berkenaan.

“Operasi itu berjalan dengan lancar kerana mangsa tenang memberikan kerjasama bagi mengeluarkan jari telunjuk kanannya yang tersepit dan ianya berakhir kira-kira 7.15 petang,” katanya.

Cari di perairan Pulau Pinang


Sepang: Siasatan terkini kehilangan pesawat MH370 mendedahkan bukti dan kemungkinan baru bahawa pesawat berkenaan cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas radar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan pergerakan pesawat itu.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, perkembangan terbaru itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang.

Beliau berkata, ada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan akan berpatah balik sekiranya ia tidak dapat meneruskan perjalanan.

"Buat masa ini, kami sudah periksa dengan khidmat radar daripada beberapa negara jiran berhubung penemuan pergerakan patah balik pesawat berkenaan.

"Pada masa sama, operasi mencari dan menyelamat turut dilakukan di kawasan darat," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kerosakan daripada pesawat yang memaksa pesawat berkenaan berpatah balik.

"Berdasarkan siasatan kami, tiada sebarang hubungan dibuat antara pesawat dan pusat kawalan udara berhubung tindakan patah balik penerbangan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya mengesahkan hanya dua identiti penumpang disiasat berhubung pemilikan pasport individu lain berbanding empat dilaporkan sebelum ini.

Katanya, pasukan penyiasat sedang meneliti rakaman sistem litar tertutup bagi mengesan dan mengenal pasti dua penumpang yang menggunakan pasport palsu itu.

Beliau berkata, lima lagi penumpang disahkan tidak menaiki pesawat MH370 ketika berlepas dan semua bagasi mereka telah dikeluarkan terlebih dahulu.

Sebelum ini dilaporkan warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christan Kozel didaftar menaiki pesawat MH370 tetapi hasil pemeriksaan kedutaan negara terbabit mendapati pasport mereka telah dipalsukan.

Sehingga kini, Jabatan Penerbangan Awam China mendakwa serpihan ditemui di koordinat 103.29 Timur 6.42 Utara di Laut China Selatan tetapi masih belum disahkan milik MH370 manakala pesawat APMM berjaya mengesan tompokan minyak di permukaan laut kira-kira 100 batu nautika dari Kuala Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Kesan tompokan kedua itu dikesan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish ketika melakukan tinjauan udara dengan pesawat Agusta di kawasan seluas 200 batu nautika, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sampel tompokan minyak sudah diambil dan dijangka tiba di pangkalan maritim Tok Bali jam 7.30 malam nanti. - HMetro

Kemaskini: Kesemua perkembangan kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 boleh dirujuk di 

Sumber : MyMetro

Masih tidak jumpa MH370, serpihan dekat pulau Tho Chu bukan dari pesawat

Antara kapal yang menjalankan operasi mencari MH370. Sumber: APMM
KUALA LUMPUR: Setelah hampir 48 jam sejak Sabtu, pihak berkuasa Malaysia dan beberapa negara lain masih tidak dapat menemui pesawat MH370 yang hilang.

Dalam sidang media pada 8.15 malam tadi, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan operasi mencari dan menyelamat pesawat itu masih berjalan.

Katanya, kawasan operasi yang terlibat telah berkembang daripada 20 batu nautika kepada 50 batu nautika.





Ia melibatkan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal daripada Vietnam, China, Singapura, Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, Filipina, dan Australia.



“Mereka menjumpai objek (dekat pulau Tu Jo), tetapi ia bukan daripada bahagian pesawat,” Azharuddin menjawab soalan wartawan.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan bahawa pihak berkuasa Singapura telah menjumpai objek yang mencurigakan 100km daripada pulau Tho Chu di Vietnam.



Ditanya samada mendapat laporan yang mengatakan sebuah kumpulan dari China mendakwa mereka bertanggungjawab atas insiden kehilangan pesawat MH370, Azharuddin berkata: “Kita tidak tahu mengenai tuduhan ini, China tidak memaklumkan apa-apa.”



Ditanya mengenai perkembangan siasatan keatas pasport curi yang didakwa digunakan oleh penumpang, Azharuddin menegaskan fokus sekarang adalah tertumpu kepada operasi mencari dan menyelamat.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/masih-tidak-jumpa-mh370-serpihan-dekat-pulau-tho-chu-bukan-dari-pesawat-31573?cp

Saturday 8 March 2014

TOMBONG / RAHIM JATUH / PROLAPSE


Pernah dengar tentang tombong atau rahim jatuh atau nama saintifiknya Prolapse.

Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’'.

Antara sebab Tombong (Keluar Peranakan):

>>Mengangkat benda2 berat ketika pantang.Angkat baby pun dah kira berat juga.

>>Jalan laju2 sbb tu org2 tua marah sangat kalau masa pantang jalan laju2.X boley jalan laju2 tau, lemah lembut jalannyer. Kepit2 sikit .

>>Elak dari terjatuh x kira lah camne cara JATUH pun sama ada jatuh terduduk ke, bahaya.Jatuh peranakan tu nanti.

>> Berbengkung! JANGAN lah x berbengkung akibatnyer amat buruk.Berbengkung bleh support peranakan, bentuk badan akan lebih ramping & yg paling penting ELAK TOMBONG!

>> Wajib jaga pantang genap 44 hari atau 100 hari tanya lah diri sendiri lama mana kiter jaga pantang? Sekarang memang x nampak sgt effectnyer bila berusia nanti tunggulah padahnye. PENDEKKAN masa pantang boleh mngakibatkan rahim menjadi bengkak & x pulih sepenuhnya akibatnya urat saraf menegang semula sakit2 bada especially yg bersalin CEASER.

Pesawat MAS yang hilang terhempas di Laut China Selatan

KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-mas-yang-hilang-terhempas-di-laut-china-selatan-31471?cp

Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang



KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - Bernama

Syamsul Yusof dan pasangan, Puteri Sarah Liyana telah sah bergelar suami isteri. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Tahniah!

Friday 7 March 2014

Kerna No plat palsu, pemilik lain disaman

Arinee menunjukkan surat saman membabitkan kereta Volvo (gambar kecil) yang mempunyai nombor pendaftaran sama dengan kereta miliknya.


RANTAU PANJANG – Seorang suri rumah disaman kerana memandu melebihi had laju di KM 18.7 Jalan Senai, Johor Bahru pada 2 Februari lalu.

Namun yang menjadi persoalan, surat saman diterima Arinee Hama, 38, menunjukkan jenis kereta terbabit ialah Volvo, sedangkan dia memandu Daihatsu Charade, walaupun nombor pendaftaran kedua-duanya sama, BCP 4909.

Arinee berkata, pada tarikh kejadian itu, dia berada di Golok sejak sebulan lalu.

"Justeru, kenapa pula saya yang disaman. Saya hanya mengetahui kejadian ini selepas dimaklumkan ibu mentua kerana surat saman dihantar menggunakan alamat di Rantau Panjang.

"Saya risau jika pemilik kereta Volvo tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu, seterusnya melakukan jenayah dan sebagainya, jadi saya mohon pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya.

Menurutnya, ia adalah kejadian pertama sejak dia membeli kereta tersebut pada 2009.

Sementara itu suaminya, Isma Airfath Hassamuddin turut memohon pihak polis menyiasat kejadian itu kerana menyebabkan emosi isterinya terganggu.

Isma yang juga dikenali sebagai Koseng Kombi berharap, isterinya dapat dilepaskan daripada tindakan saman tersebut.

"Bagi mencari keadilan, saya dan isteri telah membuat laporan polis mengenai kejadian ini," katanya.

Sumber : Sinar Harian

100 tonto kepung anggota imigresen

Pemangku Pengarah Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan (berdiri tengah) memeriksa pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di Melaka, malam tadi. - Foto Bernama


MELAKA - Lebih 100 orang 'tonto' dilaporkan mengepung anggota Jabatan Imigresen Melaka kira-kira dua jam di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya malam tadi.

Pemangku Pengarah Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidek Hasan berkata dalam kejadian 7 malam itu, seramai 23 anggota Grup Taktikal Khas dan tujuh anggota penguat kuasa Imigresen berjaya keluar daripada premis terbabit bersama 35 warga asing termasuk 34 wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dengan diiringi 15 anggota polis dari Balai Polis Bandar Hilir.

"Tanpa bantuan, pasukan kita mungkin bermasalah kerana bangunan pusat hiburan tersebut dikepung lebih 100 orang yang kita percaya tonto untuk menghalang anggota Imigresen membawa keluar GRO terbabit.

"Beberapa tonto juga bertindak mengambil gambar nombor pendaftaran kenderaan yang dinaiki anggota kita yang dikhuatiri untuk tujuan tidak elok," katanya kepada pemberita di Kompleks Keselamatan Dalam Negeri.

Beliau berkata beberapa pelanggan lelaki tempatan dalam keadaan mabuk juga bertindak mempersoalkan tindakan anggota Imigresen menahan kumpulan GRO terbabit, namun ketegangan tersebut dapat diatasi dengan baik.

Mengulas lanjut tentang operasi yang mereka jalankan, Abu Bakar Sidek berkata sebanyak 33 wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga China yang kesemunya berusia antara 18 hingga 35 tahun ditahan ketika sedang melayan pelanggan di bangunan tiga tingkat yang mula beroperasi seawal jam 3 petang.

Beliau berkata turut ditahan ialah seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun yang dipercayai pekerja pusat hiburan tersebut.

"Antara GRO yang ditahan iaitu warga China berusia 30-an yang merupakan isteri kepada warganegara tempatan, manakala seorang daripada mereka dipercayai 'ibu ayam' warga Vietnam yang berusia 35 tahun," katanya.

Beliau berkata berdasarkan intipan selama tiga hari sebelum serbuan dilakukan, GRO terbabit akan dihantar dengan kenderaan dalam kumpulan kecil secara berperingkat bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan mereka akan dibawa keluar dari pusat hiburan tersebut oleh pelanggan yang berminat.

Katanya siasatan awal mendapati 13 wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga China terbabit disyaki melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan manakala 20 wanita warga Vietnam dan lelaki Bangladesh itu dipercayai masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit sah.

"Semua mereka yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, Alor Gajah untuk siasatan lanjut," katanya. - Bernama

SMS anak sebelum gantung diri


KOTA KINABALU: Seorang lelaki sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anak-anaknya sebelum menggantung diri pada sebatang pokok di kawasan semak berhampiran sebuah restoran makanan segera, di Jalan Sulaman, dekat sini, malam tadi.

Mangsa yang berasal dari Kampung Contoh Suang Parai, Menggatal, dekat sini, ditemui ahli keluarganya yang dipercayai pergi ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa telah menghantar SMS kepada anak-anaknya untuk datang ke tempat kejadian bagi menemuinya.

Pada mulanya, anak mangsa menyangka SMS terbabit hanya satu gurauan namun selepas risau kerana mangsa belum pulang ke rumah, mereka kemudian bergegas ke lokasi yang dimaksudkan.

Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan tergantung, dipercayai membunuh diri menggunakan tali nelon warna hijau.

Ahli keluarga mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudian terus memaklumkan perkara itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Tiada unsur jenayah didapati dalam kes ini dan polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.

“Siasatan awal juga mendapati mangsa menghadapi masalah keluarga,” katanya sambil menambah mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk bedah siasat.-WB

Thursday 6 March 2014

Ultraman Dilarang Masuk Malaysia!!!

Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.

Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuatkuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport,
menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

- Bernama

Padah terbabit dalam sindiket pengedaran dadah

Sepang: Padah terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, nyawa seorang wanita berakhir dengan sebutir peluru menembusi kepala sebelum mayatnya ditinggalkan di sebuah ladang sawit di Sungai Pelek, di sini.

Mayat wanita berusia 29 tahun yang lengkap berpakaiannamun ada kesan tembakan di kepala ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu jam 9 pagi Sabtu lalu, sebelum mereka memaklumkan kepada polis.

Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan terbabit dengan sindiket pengedaran dadah.

“Mangsa tinggal di Cheras bersama anaknya manakala suaminya tinggal berasingan kerana mereka di dalam proses bercerai.

MAYAT mangsa ditemui lengkap berpakaian dengan kesan tembakan di kepala.


“Mangsa tidak terbabit sepenuh masa dalam aktiviti pengedaran dadah, tetapi hanya mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupannya bersama anak kecil,” katanya.

Sumber : MyMetro

Anak saudara timbalan menteri terjun jambatan baru Pulau Pinang


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri menjadi orang pertama bertindak terjun daripada jambatan kedua Pulau Pinang kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, individu itu kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Menurut Lai Fah Hin lagi, dia dikatakan terjun daripada jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang baru dirasmikan Sabtu lalu dengan niat membunuh diri.

Tambah beliau, dia telah diselamatkan oleh nelayan yang berada kira-kira 500m daripada Kilometer 13.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Nama dan motif membunuh diri enggan dinyatakan oleh Lai Fah Hin.
Sumber : Astro Awani

Wednesday 5 March 2014

Gadis 13th dipaksa jadi GRO


MELAKA - Seorang gadis warga Vietnam berusia 13 tahun yang dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, di sini, diselamatkan polis dalam Ops Noda tengah malam semalam.

Serbuan jam 12.30 tengah malam itu dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Bukit Aman jam 12.30 tengah malam itu turut menahan 34 GRO warga asing selain tiga warga tempatan termasuk pengurus pusat hiburan terbabit.

Ketua Unit D7 Bukit Aman Asisten Superintendan Sharulnizam Jaafar berkata, 32 GRO yang ditahan membabitkan warga Vietnam, manakala tiga lagi warga Indonesia berusia antara 13 hingga 32 tahun.

“Siasatan polis mendapati GRO terbabit didapati mempunyai pasport lawatan, namun menyalahgunakannya untuk bekerja di pusat hiburan terbabit.

“Selain GRO terbabit, 65 pelanggan pusat hiburan itu turut diperiksa dan siasatan mendapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, gadis berusia 13 tahun yang diselamatkan itu diletakkan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 – ATIP (Pindaan) 2010 dan Akta Imigresen, lapor Hmetro.

Menurutnya, pengusaha pusat hiburan itu melakukan kesalahan di bawah ATIP dan menggunakan khidmat GRO warga asing dan semua mereka dibawa ke Balai Polis Melaka Tengah untuk tindakan lanjut.

Lelaki baling Al-Quran ditahan


KUALA TERENGGANU - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kejadian membaling Al-Quran di sebuah masjid di Besut.

Lelaki yang dipercayai pesakit mental itu didakwa bertanggungjawab membaling kitab suci umat Islam ke dalam tandas dalam kejadian pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Besut pada pukul 5 petang Selasa berdasarkan imej yang diperolehi daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Dengan penangkapan lelaki terbabit kita menganggap kes ini selesai dan kami berharap ia juga akan menghentikan spekulasi tidak berasas di media sosial oleh kumpulan-kumpulan yang ingin menghasut kebencian,” kata Jamshah pada sidang akhbar, lapor mStar.

Polis maut diserang warga asing


KLANG - Seorang anggota polis dari dari unit kereta peronda maut manakala seorang lagi cedera selepas diserang dua lelaki dipercayai warga Indonesia, dalam satu kejadian di Taman Sentosa, di sini awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa, dua anggota polis itu dipercayai diserang suspek berkenaan ketika mereka sedang membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa.

Kedua-dua anggota polis itu terserempak dengan lima lelaki disyaki warga Indonesia sebelum berlaku pergelutan ketika sedang membuat pemeriksaan.



Seorang angggota polis berkenaan maut ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Rakan setugasnya kini sedang dirawat di hospital sama.

Kedua-dua suspek itu berjaya ditembak mati, lapor mStar.

Monday 3 March 2014

Kemalangan pertama di jambatan kedua

Kemalangan kecil selepas plaza tol.


NIBONG TEBAL - Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.

“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Sunday 2 March 2014

Kanak-kanak 12 tahun kantoi berbogel sembunyi bawah katil


Segamat – Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.

Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya.

“Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu menapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya.

Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya.

“Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel.

“Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian di bawa ke balai polis, lapor kartikel.com.