Saturday, 14 September 2013

RUPA ANJALI KUCH KUCH HOTA HAI SEKARANG (10 GAMBAR)

Kuch Kuch Hot Dah Hey!



Filem Hindi Kuch Kuch Hota Hai yang keluar pada tahun 1998 adalah antara filem hindi yang dianggap klasik. Di dalam filem ini ada watakAnjali yang dilakonkan oleh Sana Saeed. Sana yang dilahirkan di Leeds England kini sudah berusia 25 tahun. Yeah does that make you feel old? Mari lihat rupa beliau sekarang. 


TAU TAK? - Bagaimana Cara Orang Melayu Dahulu Beraya?

Apa yang kita lalui zaman sekarang adalah jauh berbeza dengan zaman dulu kala. Pernah tak korang terfikir bagaimanakah orang melayu dahulu beraya ?



SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.

Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.

Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.



Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.

Merantau

Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.

Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?


Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.

Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.


SUMBEROh begitu rupanya bagi kita orang melayu beraya sebelum dan selepas kedatangan Agama Islam. Namun yang menyedihkan zaman sekarang adalah, ada jugak anak yang tak pulang ke kampung dan zaman sekarang jugak mungkin ada yang dah tiada kampung dan tak dapat merasakan nikmat berada di kampung dan beraya - Koleksi Informasi

Yang Mungkin Kita Tidak Tahu Tentang Jambatan Pulau Pinang


Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam atas Jambatan Pulau Pinang



Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.

HOTEL 10 BINTANG TERLETAK DI KAWASAN GURUN (6 Gambar)

Sebuah hotel mewah dan berprestij telah dibina di gurun Xiangshawan, Mongolia iaitu 800 km dari Beijing. Namanya adalah Desert Lotus Hotel. 



Isteri Cilik Maut Pada Malam Pertama

SANAA - YEMEN.Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.

gambar hiasan

Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya.

"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya.

"Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas," jelasnya lagi.

Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan. - Sinar Harian

Selimut Mayat Anak Selama 18 Tahun Dengan Alkohol


Seorang ibu yang kematian anak lelakinya sejak 18 tahun lalu, telah menyelimut mayat anaknya itu dengan selimut basah yang direndam dalam alkohol, semata-mata kerana mahu cucunya menyayangi bapa mereka.
Wanita itu, Tsiuri Kvaratskhelia menyimpan mayat anaknya itu, Joni Bakaradze di dalam keranda kayu di rumah mereka.

Joni meninggal dunia pada 1995 pada usia 22 tahun, namun penyakitnya tidak dikenal pasti.
Menurut Tsiuri, dia berbuat demikian selepas bermimpi mendengar satu suara yang meminta dia menyelimut anaknya dengan selimut basah yang direndam dalam alkohol.
“Sejak itu saya menggunakan selimut yang dibasahi alkohol untuk memelihara mayat berkenaan daripada reput.
“Saya tidak boleh membiarkan mayat berkenaan tanpa selimut basah selama semalaman kerana ia akan menyebabkan mayat itu menjadi hitam seperti arang,’’ katanya.
Tsiuri berkata, setiap tahun pada hari lahir anaknya itu, dia akan menukar pakaian pada mayat tersebut.
Namun sejak empat tahun lalu dia gagal berbuat demikian akibat uzur.
“Joni mahu anaknya melihat dia dengan cara demikian. Saya percaya ia akan menyebabkan anak-anak mula menyayangi bapa mereka,’’ katanya.
Bagaimanapun mayat Joni kini semakin reput sejak ibunya uzur serta sakit dan tidak mampu menjaganya lagi.

SMK Seri Sentosa Diminta Pindah CCTV


KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan meminta pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa di sini memindahkan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam tandas pelajar ke kawasan yang lebih sesuai.

Menurut kementerian itu, berdasarkan siasatan didapati kawasan yang dipantau menerusi CCTV itu hanya melibatkan kawasan sinki dan tidak melibatkan keseluruhan tempat dalam kawasan tandas tersebut.

“Pemantauannya juga didapati tidak menghala ke bilik mangkuk tandas (cubical) pelajar,” menurut Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kementerian itu: “Hal pemasangan CCTV ini juga telah dibincang bersama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah sebagai usaha menangani masalah vandalisme, disiplin serta mengawal keselamatan pelajar di sekolah tersebut.”

Walaupun usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh pihak pentadbir dan PIBG sekolah itu merupakan usaha yang baik, namun pemasangan CCTV bagi memantau dan menangani isu tersebut dalam kawasan tandas sekolah adalah tidak wajar dilaksanakan kerana bertentangan dengan hak kebebasan pelajar, menurutnya. – BERNAMA

Kemarahan Mumia Punca Titanic Karam?


DARIPADA semua kisah luar biasa, sumpahan Puteri Amen-Ra yang hidup kira-kira 1,500 tahun Sebelum Masihi dikatakan cerita paling mengganggu dan sukar untuk dijelaskan kerana dipercayai menjadi penyebab kapal paling hebat pernah dibina, Titanic, tenggelam.
Apabila meninggal dunia, mayat puteri itu dimasukkan dalam keranda kayu dan dikebumikan di Luxor, di tebing Sungai Nil.Sumpahan Amen-Ra bermula pada lewat 1890-an apabila empat lelaki Inggeris yang kaya melawat Luxor dan terdorong membeli keranda mengandungi mumia puteri itu. Mereka saling berlumba meletakkan harga tertinggi dan akhirnya keranda dimiliki salah seorang daripada lelaki berkenaan yang membayar harga sehingga beribu Pound.
Unlucky Mummy – Princess Amen-Ra

Dia membawa keranda itu balik ke hotel penginapannya dan beberapa jam kemudian lelaki itu dilihat berjalan seorang diri ke arah gurun dan tidak pernah kembali lagi ke penginapannya sejak itu. Keesokan hari, salah seorang daripada tiga yang masih ada di hotel itu ditembak secara tidak sengaja oleh pembantu berketurunan Mesir. Tangannya cedera teruk sehingga terpaksa dipotong.
Lelaki ketiga tidak terkecuali menerima nasib buruk sebaik kembali ke tanah air apabila mengetahui bank yang menyimpan wangnya muflis, manakala rakannya yang dulu kaya raya mengalami sakit teruk hilang kerja dan terpaksa menjual mancis di jalanan.
Bagaimanapun, keranda berkenaan tiba di England dan dibeli oleh seorang ahli perniagaan tetapi dia mendermakannya kepada Muzium Britain selepas tiga anggota keluarganya cedera dalam kemalangan jalan raya dan rumahnya dijilat api.
Keranda Putri Amen-Ra yang disimpan di Muzium Britain, London

Misteri terus melingkari keranda itu apabila trak yang digunakan untuk mengangkutnya ke muzium tiba-tiba berundur ketika kerja memunggah dilakukan. Ketika diangkat menaiki tangga oleh dua pekerja, seorang daripadanya terjatuh dan patah kaki, manakala seorang lagi, yang sihat, meninggal dunia secara mengejut dua hari kemudian.
Sebaik keranda puteri itu diletakkan dalam Ruang Mesir di muzium itu, masalah lain pula timbul. Penjaga malam muzium melaporkan kerap mendengar suara tangisan dari dalam keranda. Apabila seorang pengunjung mengejek wajah yang dicat pada keranda itu, anaknya meninggal dunia disebabkan campak tidak lama kemudian.
Akhirnya, pihak berkuasa terpaksa memindahkan mumia itu ke bawah tanah dengan harapan ia tidak lagi mencetuskan masalah. Namun, ia tidak menjadi kenyataan kerana dalam masa seminggu, seorang pembantu sakit teruk dan penyelia yang bertanggungjawab memindahkan keranda itu ditemui mati di mejanya.
Seorang jurugambar yang mengambil gambar keranda itu mendapati cat padanya jelas menunjukkan wajah manusia yang menakutkan. Dia kemudian balik ke rumah, mengunci diri dalam bilik tidur dan menembak dirinya.
Kisah paling menarik mengenai sumpahan Puteri Amen-Ra ialah apabila seorang pakar arkeologi yang menganggap apa yang terjadi cuma kebetulan, membayar harga mahal untuk memiliki mumia itu dan mengatur pemindahannya ke New York.
Pada April 1912, pemilik baru mayat Amen-Ra mengiringi keranda itu menaiki kapal persiaran yang akan melakukan pelayaran bersejarah ke New York. Pada malam 14 April, keranda Amen-Ra mengiringi mayat 1,500 penumpang yang tenggelam ke dalam lautan Atlantik apabila Titanic, yang dikatakan tidak akan tenggelam kerana memiliki ciri-ciri keselamatan tercanggih ketika itu, karam selepas terlanggar bungkah ais.
Kredit: Berita Harian: Oleh Hazirah Che Sab

Kudeta Perak : bebaskan segera peserta demontrasi


SHAH ALAM, 13 SEPTEMBER : 13 peserta demontrasi yang dipenjara ekoran membantah rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) digesa dibebaskan segera, tegas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Pengarah Propagandanya, Eddy Noor Reduan berkata, ianya bagi memberi laluan kepada proses rayuan dijalankan di mahkamah rayuan.

“Ketika pembunuh dibebaskan dan perasuah serta pencuri wang rakyat berprofail tinggi diberi hukuman ringan, 13 rakyat biasa menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa di Perak dijatuhkan hukuman berat tidak setimpal.

“Kerajaan pemerintah sebelum ini menjatuhkan kerajaan sah negeri Perak melalui rampasan kuasa, hari ini menunjukkan belang taringnya menggempur rakyat menyuarakan bantahan dan selepas menang PRU13,” kata Eddy.

Eddy Noor menyeru agar rakyat negara bangkit dan memberikan sokongan kepada 13 tahanan itu yang disifatkan hukuman yang tidak adil.

“Semua rakyat khususnya anak muda diseru supaya bangkit dan lawan. Ayuh bersama SAMM Perak, turun ke penjara Tapah memberi solidariti kepada 13 saudara kita yang dianiaya oleh rejim legasi penjajah,” kata beliau.

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS melancarkan tabung bagi membantu keluarga 13 peserta demonstrasi yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda 5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala kangsar.

“Sebagai tanda solidariti dan zahirkan keprihatinan Dewan Muslimat melancarkan tabung segera ini bagi meringankan beban keluarga mereka yang pasti belum bersedia menerima keputusan ini.

“Rata-rata mereka isteri tidak bekerja dan anak-anak masih bersekolah. Sokongan dan kasih sayang semua sangat diharapkan,” kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al-Jundi dipetik Harakah Daily.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank DMPP 564025400711.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp: 0192135353 atau emailpsu1.dmpp@pas.org.my

http://www.selangorku.com/?p=34524&fb_source=pubv1

Penduduk Kampung Jln Kenangan terharu dapat TOL selepas 40 tahun


SHAH ALAM, 13 SEPTEMBER : Penantian 67 penduduk Kampung Jalan Kenangan, Kapar lebih 40 tahun yang tinggal berstatuskan setinggan berakhir apabila Kerajaan Negeri meluluskan Lesen Menduduki Sementara (TOL).

Kegembiraan penduduk terbabit bertambah manis apabila mereka dijangka bakal memperolehi Borang 5A dalam jangkamasa tiga tahun sebaik tamat tempoh TOL pada 2016 nanti.

Menurut penduduk, Hamdan Bakri, 43, kejayaan itu berhasil usaha Penyelaras Adun Bukit Melawati, S.Manikavasagam ketika itu masih Ahli Parlimen Kapar, Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi dan Pegawai Daerah Kapar memperjuangkan isu itu bagi mendapatkan status TOL tanah kediaman penduduk kampung.

“Mujur Kerajaan Negeri sekarang prihatin bantu kami, terima kasih juga kepada (Penyelaras Adun Bukit Melawati) S. Manikavasagam, (Exco Kesihatan) YB Dr Daroyah (Alwi) dan Pegawai Daerah yang bersusah payah berusaha hingga kami memperolehi TOL,” ujar Hamdan kepada TV Selangor.

Sementara itu, Manikavasagam ketika dihubungi memberitahu, usaha mendapatkan TOL untuk penduduk Kampung Kenangan sudah dimulakan sejak beliau memulakan tugas sebagai Ahli Parlimen Kapar pada 2008.

Bagaimanapun usaha itu menghadapi kesukaran apabila pihak Pejabat Daerah Klang meletakkan kawasan tersebut sebagai kawasan pemantauan banjir.

“Selepas kira-kira lima hingga enam tahun, didapati rumah-rumah di Kampung Kenangan tidak dinaiki banjir kecuali dua, tiga buah rumah sahaja, barulah permohonan itu berjaya baru-baru ini.

“Dr Daroyah juga memaklumkan pihak beliau akan mengusahakan geran bagi tanah kediaman penduduk terbabit selepas TOL tamat tempoh tiga tahun akan datang melalui skim pemberian geran Kerajaan Negeri.

“Kesemua mereka dah tinggal atas tanah itu sudah lebih 10 tahun, jadi mereka memang layak sebab ada yang dah tinggal situ hingga 43 tahun,” kata Manikavasagam.

http://www.selangorku.com/?p=34529&fb_source=pubv1

Hasrat Bakal Graduan Tak Kesampaian


HILIR PERAK – Jika mahasiswa lain teruja dan tidak sabar untuk menghadiri majlis konvokesyen yang menjadi simbolik berakhirnya sesi pengajian mereka, namun bagi Mohd Saiful Aiman Zulkifli, 20, dia terpaksa melupakan hasrat itu.

Dia yang sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen di Pusat Latihan Sawit Malaysia (PALSMA) di Keratong, 10 Oktober depan kini hanya terlantar di rumah selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, 7 Ogos lalu.

Bapanya, Zulkifli Endut, 52, berkata, ketika kejadian, anaknya yang menunggang motosikal kemalangan dengan sebuah motosikal lain di kawasan Parit 4 Chenderong Balai, kira-kira jam 10 malam.
Katanya, akibat nahas itu, anak lelakinya itu mengalami kecederaan serius di kepala dania akan mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya.

“Tengkorak Mohd Saiful retak dan otaknya mengalami pendarahan. Doktor kata, ambil masa untuk anak saya kembali normal berdasarkan kecederaannya itu,” katanya yang menerima kunjungan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Pasir Salak, Dr Faizal Tajuddin.

Zulkifli berkata, anaknya itu kini memerlukan penjagaan rapi dan dia serta isterinya Normah Mat Lazim, 45, akan memastikan Mohd Saiful diberi perhatian sepenuhnya.

Katanya, Mohd Saiful sangat lemah dan tidak boleh bergerak.
Pemuda malang itu hanya meminum susu menerusi tiub yang disalurkan menerusi hidungnya.
“Saya membelanjakan RM75 untuk membeli susu tepung disyorkan pihak hospital yang hanya bertahan untuk tiga hari.

“Selain itu saya juga terpaksa memakaikan Mohd Saiful lampin pakai buang yang perlu ditukar selalu,” katanya.

Bapa kepada lima cahayamata itu berkata, dia perlu membawa anaknya itu ke Hospital Teluk Intan pada pertengahan bulan ini bagi mendapatkan rawatan susulan.

Katanya, anak ketiga dari lima beradik itu juga tidak boleh bertutur secara normal, kesan trauma kemalangan terbabit.

“Dia hanya boleh memanggil ibu, bapa dan kakak dengan suara yang sangat lemah,” katanya.
Menurutnya, untuk meringankan bebannya bagi menampung kos penjagaan dan rawatan Mohd Saiful, dia akan meminta bantuan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Teluk lntan.

“Kami sudah puas menangis melihat penderitaan dialami anak saya ini. Kami sekeluarga berserah kepada ALLAH dan berdoa agar dia cepat sembuh,” katanya.

Sementara itu, Faizal berkata, beliau simpati kepada Mohd Saiful dan meminta keluarganya bersabar.

“Saya akan maklumkan kesulitan dialami mereka sekeluarga kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman supaya mereka dapat dibantu,” katanya. –Sinar Harian

Disorok Bunian Ketika Mencari Ketam


KUALA SELANGOR – Misteri kehilangan seorang nelayan pantai sejak Khamis lalu masih belum terjawab dan gerakan mencari masih aktif dijalankan di sekitar kawasan hutan paya bakau di Jeti Sungai Yu, di sini.
Malah, banyak andaian dan ramalan pawang yang memaklumkan kehilangan Jamaludin Abd Ghani, 50, mungkin disorok bunian memandangkan kawasan yang dilalui untuk mencari ketam dikatakan keras dan merupakan perkampungan bunian.

Isteri mangsa, Chek Tom Shaari, 40, berkata, dia bimbang selepas suaminya tidak pulang ke rumah sebelum gerakan mencari pada jam 7 petang bermula dengan penemuan motosikal di jeti terbabit.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar menuju ke jeti dalam keadaan hujan renyai tanpa disedari isterinya sedangkan pada awalnya dia memaklumkan tidak mahu turun ke laut disebabkan cuaca yang kurang elok.

“Perangai suami memang berbeza. Selama ini sebelum keluar dia akan beritahu saya jika mahu ke mana-mana,” katanya.

Apabila suami tidak pulang, dia segera memaklumkan jiran dan bersama-sama mencari di jeti, malangnya tiada sebarang petunjuk ditemui sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan Balai Polis Tanjong Karang.

Katanya, gerakan mencari diteruskan melibatkan pasukan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), rakan nelayan sehingga jam 2 pagi manakala penduduk kampung membuat solat hajat di Surau At Taqwa Taman Desa Mawar dan Surau Jeti Sungai Yu.

“Semua mencari suami saya sampai jam 7 pagi dan berhenti kerana solat Jumaat,” katanya.
Pernah lihat perkampungan cantik

Chek Tom tidak menolak andaian suaminya itu disorok bunian memandangkan kawasan itu memang keras dan pernah berlaku kejadian seumpama itu sebelum ini.

Menurutnya, suaminya juga pernah bercerita dia ada terlihat perkampungan yang sangat cantik dalam hutan paya bakau itu, namun dia tidak pergi dekat.

“Mungkin kali ini suami saya diduga sampai tidak boleh keluar dari kawasan itu. Ada yang kata suami termakan buah limau yang ranum di dalam hutan itu menyebabkan penunggu kawasan itu tidak mahu melepaskannya.

“Yang penting sekarang ini saya mahu suami selamat sahaja. Apa cara sekali pun yang terpaksa digunakan saya akan usahakan demi suami,” katanya.

Tapak kaki mangsa ditemui

Sementara itu, Ketua Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Sahrul Hafizan Daud berkata, meskipun tapak kaki mangsa ditemui, namun kelibatnya masih belum dikesan menyebabkan mereka terpaksa menghentikan operasi pada jam 8 malam sebelum disambung hari ini.

Menurutnya, seramai 10 anggota menyertai gerakan mencari mangsa bermula 10 malam kelmarin bersama penduduk setempat dengan keadaan hutan paya bakau yang dipenuhi selut.

“Cuaca gelap agak menyukarkan pergerakan lebih-lebih lagi anggota kerap menemui ular dan haiwan berbisa lain. Namun usaha mencari tetap diteruskan pada hari ini (semalam) bermula jam 9 pagi tadi,” katanya.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Selangor Utara, Mohd Zulhilmi Mohd Ridzuan pula berkata, seramai 11 anggota bomba dengan kekuatan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor serta Tanjong Karang dikerahkan dalam usaha mencari mangsa bermula jam 3 petang sehingga 8 malam.

“Meskipun mangsa sudah dilaporkan hilang lebih 24 jam, namun pihak bomba hanya dimaklumkan selepas solat Jumaat dan bergegas menyelusuri sungai dengan bot untuk mencari mangsa.

“Usaha mencari akan diteruskan esok (hari ini) dengan bantuan anjing pengesan K9,” katanya.
Simpati nasib penduduk

Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak turut bersimpati dengan musibah yang menimpa Ketua Persatuan Nelayan Jeti Sungai Yu itu dan turut membantu mencari mangsa menerusi bantuan orang kampung.

“Saya juga memaklumkan kepada pihak Syabas supaya menyediakan tangki statik untuk kemudahan penduduk yang datang ke jeti itu terutamanya keluarga mangsa yang datang dari Pontian, Johor.

“Saya berharap mangsa dapat ditemui dalam keadaan baik dan turut meminta kariah di Masjid Sungai Terap dan Masjid Sungai Yu supaya mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Jamaludin,” katanya. - SINAR HARIAN

Lelaki Temui Mesej Dalam Botol 107 Tahun



SEORANG lelaki kebetulan berjaya menemui mesej di dalam botol yang tertua di sebuah kawasan pantai di Tofino, Kanada.
Steve Thurber dikatakan menemui sebuah botol yang ditutup rapat dengan kertas bertulis satu pesanan di dalamnya berusia 107 tahun di pantai Schooner’s Cove.
Selepas menemuinya, Thurber dari Courtenay bagaimanapun enggan membuka dan melihat kandungan mesej di dalam botol itu.
“Mungkin ini sahajalah satu-satunya botol yang dihantar oleh lelaki ini dan saya menemuinya, ia adalah seperti satu dalam berbilion kebarangkalian,” katanya.
Walaupun tidak dibuka, beberapa tulisan di atas mesej berkenaan boleh dilihat dari luar botol berkenaan.
Nota itu bertarikh 29 September 1906 ditandatangani oleh Earl Willard yang sedang berlayar dari San Fransisco ke Bellingham dengan kapal berkuasa stim Rainier.
Willard menghantar mesej berkenaan selepas kira-kira 76 jam dalam pelayaran yang memakan masa kira-kira dua minggu.
Alamat yang diberi Willard di dalam mesej itu kini merupakan sebuah muzium keretapi di Bellingham.
Thurber dikatakan menemui botol itu di dalam pasir pantai di kawasan yang ditutup untuk tujuan projek pemulihan semula Taman Negara Kanada.
Tahun lepas, seorang pemancing dari Scotland Andrew Leaper menemui botol berusia 98 tahun dengan satu mesej di dalamnya dan ia tercatat sebagai Rekod Dunia Guiness dan penemuan ini pasti memecahkan rekod itu.

GAJI DR MORSI PALING RENDAH DI KALANGAN PEMIMPIN DUNIA !

Mengikut kajian terkini yang dibuat oleh Universiti Brussels International tentang gaji pemimpin dunia, mereka mendapati gaji Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir] adalah yang terendah.

Dr Mursi Presiden Mesir = 10 ribu USD setahun.
Raja Norway = 14.4 juta Euro setahun.
Raja Belanda = 9.948 juta Euro.
Raja Luxembourg = 7.74juta Euro.
Pres AS, Barack Obama = 355 ribu euro.
Raja Saudi = 24 juta USD
Raja Sepanyol = 175 ribu euro.
Pres Rusia = 115 ribu USD
Pres Filipina = 24 ribu USD
PM Iraq = 3 juta USD
Pres Turki = 13 ribu USD

Sumber : FJP Newspaper

Yang ni gaji untuk pemimpin Malaysia :

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40
Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (Ahli Parlimen) - RM4,112.79

Sumber : Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005

Pelajar 14 Tahun Antara Yang Dicekup Khalwat Malam Merdeka


Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka.

Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.

Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah.

Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu.

“Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya.
Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.

Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.
Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Beri pelbagai alasan

Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak.

Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.

Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat.

Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.

“Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani,” katanya.
Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu.

Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.

Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama.

Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam.

Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.

Rumah sewa turut diserbu

Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang.

Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan.
Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam.

Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima.

Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu.

Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.
Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan.

Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi.
Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu. -SINAR HARIAN

Lelaki Kantoi Khalwat Dengan Wanita Separuh Bogel


Kepulangan isteri ke kampung halaman memberi peluang si suami melakukan adegan ‘mesra’ bersama kekasih yang juga rakan kepada isterinya.

Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.

Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel.

“Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.


“Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut,” katanya.

Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah, Sheikh Radzi Abd Mutlib mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang berkongsi maklumat bagi membantu membanteras kegiatan maksiat di kawasan masing-masing.

Beliau turut menasihati orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan sebarang kegiatan mencurigakan supaya menghubungi imam, pejabat agama atau agensi berkaitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian.

Facebook Lucah Perguna Gambar Gadis Melayu


Sebuah laman sosial dikesan mempergunakan gambar-gambar gadis Melayu dengan status berbaur seks..
Laman Facebook ‘Awek melayu malaysia’ https://www.facebook.com/awekmelayumalaysia yang mula diwujudkan , mendapat sambutan hangat dan hingga ke hari ini..
Admin FB ini didapati memuatnaik gambar-gambar gadis Melayu dengan pelbagai aksi lalu diletakkan status yang kurang sopan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gadis-gadis yang dipaparkan dalam FB ini menyedari atau tidak gambar mereka telah digunakan di sini.
Apa yang pasti, laman sebegini tidak ada faedahnya malah hanya mengundang salah laku moral dan menggalakkan aktiviti porno.
Sesuatu harus dilakukan agar FB ‘Awek melayu malaysia’ ini ditutup terus. Antaranya, marilah kita beramai-ramai membuat laporan kepada Facebook tentang salahguna laman ini dengan kandungannya yang berbaur seksual.

Remaja 14 Tahun Muat Naik Video Lucah Sendiri Ke Facebook


The Mirror menyiarkan berita tentang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Cheltenham yang ditangkap dan diberi amaran keras oleh pihak polis kerana memuat naik video lucah yang melibatkan dirinya dan seorang remaja perempuan sebaya dengannya di Facebook.
Klip video pendek itu memaparkan aksi seks budak lelaki tersebut dengan remaja perempuan dari Forest of Dean, kata polis.
Berikutan kes itu, ibu bapa di kawasan kejadian telah diberi amaran tentang kewujudan klip tersebut yang dipercayai telah tersebar secara meluas.
Jurucakap Polis Gloucestershire berkata: “Kami telah menerima laporan bahawa video itu dimuat naik ke laman Facebook. Video itu memaparkan aksi seks antara remaja lelaki berusia 14 tahun dari Cheltenham dengan remaja perempuan dari Forest of Dean.
“Aksi seks tersebut adalah bersifat sukarela.
“Video tersebut telah dikeluarkan dari laman sosial tersebut tetapi kita sedar bahawa remaja lain telah menonton rakaman itu.
“Remaja lelaki itu telah ditangkap dan diberi amaran terakhir kerana merakam dan mengedarkan imej lucah.
Selain diberi amaran keras, kejadian itu akan dimasukkan ke dalam rekodnya untuk tempoh enam tahun.
“Kami sedar bahawa ibu bapa amat prihatin terhadap kejadian ini. Kami menasihati orang ramai agar tidak memuat naik bahan lucah ke laman sosial.”

Rumah Almy Nadia Terbakar, Ibu Patah Tulang


Baru sahaja kes putus cinta dengan pelakon Fizz Fairuz reda, aktres Almy Nadia ditimpa ujian lain apabila rumahnya di kampung terbakar, manakala ibunya patah tulang rusuk kanan.
Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu, apatah lagi tidak dibenarkan pulang ke kampung oleh syarikat produksi kerana masih lagi terikat dengan penggambaran drama.
“Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.
“Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain,” katanya.
Almy memberitahu pada 16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama.
Bagaimanapun, menurut Almy, tiada ahli keluarga yang tercedera dalam kejadian tersebut.
Manakala pada malam Rabu lalu, ibunya Roshida Hashim, 45, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.
“Alhamdulillah walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas.
“Saya difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut.
“Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini,” jelasnya.
Tambah Almy, perniagaan makanan sejuk beku yang baru sahaja diusahakan bersama ibunya turut tergendala.
“Kami baru sebulan mulakan bisnes karipap sejuk beku yang dibuat sendiri namun selepas rumah terbakar ia dihentikan sementara, ditambah pula ibu sekarang dalam keadaan tidak sihat.
“Insya-Allah kalau rumah sudah siap dibaiki dan ibu sihat, perniagaan itu akan disambung semula kerana permintaan setakat ini menggalakkan,” katanya.
Bagaimanapun, kata Almy dia menerima dugaan tersebut dengan hati yang tenang dan menganggap ia adalah sebagai satu ujian daripada Allah.
“Saya susah hati dan tiada pula tempat mengadu, semuanya saya tanggung sendiri.
“Sekarang saya hanya fikir positif dan anggap ujian tersebut adalah penghapus dosa-dosa yang telah saya lakukan,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Maahad Al-Amin untuk televisyen Al-Hijrah.