Wednesday, 16 October 2013

Kanak- kanak maut jatuh tangga


Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun bermain-main di tingkat dua rumahnya berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas terjatuh dari tangga dalam kejadian di Bukit Belimbing di sini semalam.

Kejadian pada pukul 11 pagi itu mengakibatkan Muhammad Fadhli Zil Ikram maut ketika dia dikejarkan ke Hospital Kajang selepas jantung dan hatinya mengalami kecederaan parah. Bapa mangsa, Mohmad Afandi Saim, 27, memberitahu, sebelum kejadian anak sulung daripada dua beradik itu dibiarkan bermain-main bersendirian.

Katanya, ketika itu, isterinya, Zuliza Sahari, 28, sedang melakukan kerja-kerja rumah di aras bawah manakala dia pula sudah keluar membaiki lori di sebuah bengkel di sini sejak pukul 9 pagi. Mohmad Afandi kemudian terkejut apabila menerima panggilan daripada isterinya yang memberitahu Muhammad Fadhli terjatuh dari tangga di tingkat atas.

Pemandu lori itu berkata, sebaik dia tiba di rumah, anaknya itu berada dalam keadaan terkulai dipeluk ibunya sebelum mangsa kemudian dibawa hospital. "Isteri memberitahu, anak saya jatuh berguling-guling dari tangga di tingkat dua yang mempunyai ketinggian kira-kira tiga meter," katanya ketika ditemui di Hospital Serdang semalam.

Ujar Mohmad Afandi, doktor yang melakukan bedah siasat mendapati, jantung anaknya terkoyak manakala hatinya pula rosak teruk kesan daripada hentakan ketika terjatuh. Pada sebelah pagi sebelum tragedi itu, Mohmad Afandi memberitahu, anak sulungnya itu banyak merengek dan meminta dia membeli mainan dan ayam KFC.

"Saya memang bercadang membeli ayam KFC untuk Muhammad Fadhli tetapi sayangnya dia tidak sempat makan," kata Mohmad Afandi.

- KOSMO

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Rogol Anak


Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Rogol Anak - KUALA TERENGGANU : Seorang bapa kepada lima anak dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan merogol anak sulungnya yang baru berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, dia yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa di sebuah bangsal kebun simpang Santong Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, kira-kira jam 3.30 pagi, 16 Ogos lalu.

Dia yang mempunyai dua isteri itu turut didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat sama, kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 September lalu.

Bagi setiap pertuduhan itu, lelaki terbabit berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Wan Fadhilah Nor menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah turut membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.

Sinar Harian keluaran 1 Oktober lalu melaporkan mengenai seorang penjaga dusun yang tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun.

Perbuatan jijik si bapa terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri, serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek. – Webberita | Terkini via Sinar Harian

Penganjur Persembahan Sxxs Di Phuket Ditangkap


BANGKOK – Sumpahan Rihanna. Mesej dalam twitter mengenai persembahan seks melibatkan binatang di sebuah bar di Phuket, yang dimuat naik oleh Rihanna telah berjaya membuatkan polis di negara berkenaan bertindak.

Twitter Rihanna itu juga menyebabkan pemilik Season bar Warunyu Jornmuang ditangkap atas tuduhan menganjurkan persembahan lucah.

Warunyu juga ditangkap kerana menganjurkan persembahan itu tanpa permit.
`Ia adalah hasil kunjungan Rihanna ke situ. Pihak berkuasa akan lebih tegas terhadap persembahan yang melibatkan hidupan liar, bagi menarik pengunjung,’’ kata ketua polis Kathu, Veera Kerdsirimongkol.

Pihak berkuasa di Thailand sebelum ini menerima tamparan apabila Rihanna yang dalam siri jelajah Diamonds World Tour telah singgah di pekan Patong, di Phuket.

Penyanyi itu kemudiannya telah mendedahkan dalam twitternya bahawa sepanjang persembahan seks berkenaan, binatang seperti burung dan dua ekor kura-kura turut dilibatkan.

Pada 20 September lalu pula, dia telah memuat naik gambar berkenaan dalam Instagram miliknya dengan tulisan ‘Look who was talkin dirty to me!’.

Keesokannya pula, Rihannya telah menyatakan bahawa dia trauma dengan persembahan seks yang disaksikannya melibatkan binatang.

Selepas Rihanna memuat naik gambar berkenaan, polis di Phuket telah mengadakan serbuan di Bangla Road, bagi mencari mereka yang terlibat dengan persembahan tersebut.

“Saya telah mengarahkan Gabenor Phuket untuk menyerbu tempat tersebut.
“Ia amat sukar untuk mengadakan serbuan tersebut kerana mereka mempunya `mata-mata’.
Jika ada orang yang mendengar bahawa polis akan menyerbu, maka mereka akan menyampaikan kepada bar terbabit untuk melarikan diri,’’ kata Ketua Perhilitan, Awat Nithikul.

Pengurusan Hafiz Shuib Besar Kepala?

Salam Aidil Adha...Kisah bermula apabila seorang pengurus program tv dikatakan telah mempelawa pihak pengurusan Hafiz Shuib untuk Hafiz Suip menyertai satu game show di sebuah stesen televisyen (TV) tempatan.

Malangnya bila dia menghubungi syarikat pengurusan Hafiz jawapan yang diterima cukup menghiris perasaan pengurus program berkenaan.

Kata pengurusan Hafiz (lebih kurang). "Kalau nak terlibat dalam game show itu bukan standard Hafiz.Kalau jemput nak menyanyi okey," lebih kurang begitu kata pihak pengurusan Hafiz. Ikuti petikan penuh artikel tersebut dibawah.


Bila sudah di langit biru, rumput di bumi jangan dilupa. Syed memang ingat pesan orang dulu-dulu agar kita tak lupa diri bila berada di tempat tinggi. Tapi apa yang berlaku pada orang produksi baru-baru ini memang membuatkan Syed terkejut. Nampaknya bila dah ada nama besar makin susah untuk berurusan.

Macam yang berlaku pada seorang pengurus program baru-baru ini apabila niatnya nak menjemput Hafiz Suip menyertai satu program (game show) di sebuah stesen televisyen (TV) tempatan.

Tapi bila dia menghubungi syarikat pengurusan Hafiz jawapan yang diterima memang cukup menghiris perasaan pengurus program berkenaan.

“Kalau nak terlibat dalam game show itu bukan standard Hafiz. Kalau jemput nak menyanyi okey," lebih kurang begitu kata pihak pengurusan Hafiz.

Jadi orang yang mendengar pun mula terasa hati sebab pihak pengurusan artis berkenaan jawab begitu. Kenapa perlu cakap yang program game show tak ada standard untuk Hafiz? Kalau tak sesuai untuk Hafiz apa program yang standard untuk dia?

Syed rasa Hafiz memang tak ada kena mengena dalam hal ini tetapi bila pihak pengurusannya bertindak begitu membuatkan namanya terpalit.

Cuma yang Syed fikirkan kenapa artis popular selalu tolak untuk terlibat untuk program game show? Masa tak popular dulu semua program mereka ‘sapu’ asalkan keluar TV. Tak apa, langit tak selalu cerah. Tak gitu?

Gambar mayat warga asing tergantung pada besi penyangkut baju

MIRI - Seorang lelaki warga asing tergamam selepas menemui rakan baiknya mati tergantung pada besi penyangkut baju di sebuah rumah pekerja di Kuala Baram di sini kelmarin.

Mayat Utiya Handoko, 29, berasal dari Jawa Timur, Indonesia ditemui pada pukul 8.30 malam dengan lehernya terjerut pada sehelai baju yang diikat pada besi penyangkut baju tersebut.

Rakan mangsa yang ingin dikenali sebagai Sigit, 25, berkata, mangsa yang bekerja sebagai mekanik di sebuah kilang dikatakan ada menelan sebanyak 12 biji paracetamol pada malam Ahad lalu.

Malah ceritanya, dua hari sebelum kejadian, Utiya pernah menceritakan masalah yang dihadapinya sejak beberapa bulan bekerja dengan majikannya.

"Saya tidak sangka, dia yang pernah memberontak untuk berhenti kerja bertindak menggantung diri.
"Saya sendiri pun tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi sehingga dia sanggup bertindak seperti ini kerana Utiya merupakan seorang yang ceria dan senang didekati," katanya ketika ditemui di sini semalam. -Kosmo!

GAMBAR ANAK WAWA ZAINAL DITUNJUKKAN KEPADA UMUM


Ya, masih dengan isu perkahwinan Wawa Zainal & Aeril Zafrel namun ini satu perkara yang baik untuk di’kongsikan dengan semua. Wawa Zainal melalui akaun Instagram beliau telah kongsikan sekeping gambar yang memang di’nanti para peminat.

Wawa Zainal mengirimkan sekeping gambar bayi yang di’percayai anak hasil perkongsian hidup dengan Aeril Zafrel dan disertakan tulisan — “menanti cahaya mata ini sedar. menatap kami berdua. rindu dengar tangisannya” — awww kali sejuta.

Aeril Zafrel juga melalui akaun Instagram beliau memuat naik sekeping gambar menunjukkan tangan bayi menggenggam erat tangan yang dipercayai tangan Aeril Zafrel & kedua dua keping gambar ini mendapat lebih 34,000 likes secara keseluruhan.


Dalam perkembangan berkaitan, Wawa Zainal bercakap kepada Kosmo! mempersoal tindakan seorang jejaka bernama Abdul Rashid yang tiba tiba muncul membuat pengakuan yang mereka masih bertunang walaupun sudah empat tahun tidak berhubung.