Friday, 26 July 2013

Rumah Hantu Terbesar Dan Paling Seram Di Dunia



Rumah hantu merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tempat pengunjung untuk mencuba pengalaman yang menyeramkan. Terdapat sebuah rumah hantu yang paling seram dan ia terletak di negara Jepun.
Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untukmemberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.
Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.
Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.
Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.
Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.
Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu. Berikut adalah di antara gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut :











NGERI!!! Sungai Mayat Membusuk



Sungai Ganges ialah Sungai yang dianggap paling Suci oleh penganut Agama Hindu. Setiap hari ribuan orang datang untuk mandi didalam Sungai ini bagi menyucikan diri mereka dari dosa. Setiap hari juga ratusan mayat dibakar pada tebingnya dan debunya ditaburkan terus kedalam Sungai. Menurut kepercayaan Hindu, Sungai Sepanjang 2510 km ini adalah penjelmaan Dewi Gangga. Sekiranya penganut hindu ingin mencapai TAHAP Moksha, yakni Kebebasan dari Dilahirkan semula kedunia (macam Nirvana dalam Buddhisme) mereka perlu menaburkan Debu mereka kedalam Sungai Ganges dengan Upacara Asthi Visarjan. Debu Gandhi dan George Harrison adalah antara Debu yang pernah ditaburkan kedalam Sungai ini. Gambar-gambar ini menunjukan bagaimana sungai yang di anggap suci oleh bangsa hindu ,penuh dengan mayat-mayat mebusuk yang terapung dan terdampar tebing sungai...mengerikan...



















Dua Beranak Parah Ditembak Sebelum Tarawih



“Ayah berlindung di sebalik pintu dan adik pula berdiri di belakangnya. Apabila pencuri itu cuba menghidupkan enjin Toyota Hilux milik ayah, ayah terus melibas parang ke arahnya, tapi tidak mengena.
“Berang dengan tindakan ayah, seorang lagi penjenayah mengeluarkan pistol dan melepaskan satu das tembakan ke perut ayah. Peluru dipercayai tembus dan kena pula paha kanan adik.”



Demikian kata Aizzat Zahari, 18, ketika menceritakan kejadian ayahnya, Zahari Din, 51, dan adiknya, Zaharith Aiman, 13, cedera ditembak seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun rumah mereka di Taman Sejahtera, di Kampar, malam kelmarin.
Aizzat berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam ketika bapa dan adiknya baru selesai berbuka puasa dan bersiap untuk menunaikan solat Isyak serta Tarawih, manakala ibunya berada di ruang tamu menghantar SMS.
Menurutnya, ketika itu dia tidak berada bersama mereka kerana kerana berbuka puasa bersama rakan di Ipoh.v

Gadis 16 Tahun Diperkosa Bergilir-Gilir Oleh ‘Pegawai Agama’

Gambar Hiasan

Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.
Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.
“Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad. Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.
“Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa,” katanya, semalam.
Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.
“Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.
“Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir,” katanya.

Kemaluan Disimbah Asid Disyaki Perkosa Gadis Bawah Umur



Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.

“Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.