Sunday, 24 November 2013

Penyamun tak tahan lihat mangsa hanya bertuala



KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bukan saja disamun, malah turut dirogol dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 9, Cheras, di sini, 1 November lalu.

Dalam kejadian antara jam 1 dan 2 pagi itu, mangsa dilapor bersendirian sebelum rumahnya dipecah masuk seorang lelaki berusia lewat 20-an dipercayai warga asing.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang mandi di dalam biliknya di tingkat dua rumah berkenaan dan selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan pelbagai barangan berharga dianggarkan bernilai RM3,000.

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai memecah masuk rumah mangsa melalui pintu belakang.

“Mangsa tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit. Selepas menyelongkar ruang tamu rumah, lelaki itu terus naik ke bilik mangsa.

“Lelaki itu dipercayai mengetuk pintu bilik sebelum mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membuka pintu kerana menyangka ahli keluarganya pulang,” katanya.

101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !

Sumber itu berkata, lelaki itu yang melihat mangsa hanya memakai tuala kemudian merogolnya.

“Selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan diri bersama wang dan barangan kemas dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya.

Katanya, mangsa menghubungi ibunya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini.

Difahamkan, sehingga kini lelaki itu belum ditahan sebaliknya pengawal keselamatan warga Pakistan berusia lewat 20-an yang bertugas di kawasan perumahan itu ketika kejadian ditahan bagi membantu siasatan. Harian Metro difahamkan, rumah mangsa dan pondok kawalan kawasan perumahan itu bersebelahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan – Hmetro Online

Isteri mandul, suami tiduri adik ipar


Sungai Buloh: Kakak durjana! Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya yang menjadikan adiknya hamba seks dengan alasan mahu menjaga maruah lelaki berkenaan.

Mangsa berusia 30-an dan bertugas sebagai penjawat awam itu dikatakan tampil membuat laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan terlalu tertekan dengan perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain memaksanya untuk mengunci mulut.

Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak tujuh tahun lalu ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan kejadian terbaru, April lalu

Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang bantahan,” katanya.

Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi untuk mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak suaminya tidur bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan reaksi marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan.

“Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya dan meminta mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga terutama ibu bapa mereka.

“Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tertekan selepas kakak mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim selain disahkan mandul,” katanya.

Katanya, perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa akhirnya merayu kakaknya menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas perbuatan suaminya.

“Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan diri dan menurut kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik dalam keluarga mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.

Lisa Surihani Dapat Anak Kembar

Saya tak menolak mungkin kami boleh dapat anak kembar berdasarkan genetik saya.

“Tunggu sahajalah berita gembira nanti. Kalau betul alhamdulillah. Doakan kami,” katanya.


Lisa Surihani Mungkin Dapat Anak Kembar.

LAPAN bulan menyemai cinta di alam rumahtangga, ternyata setiap momen bahagia itu dinikmati dan dihargai oleh pelakon yang cukup dekat di hati masyarakat.

Tentu sekali kita sedang berbicara mengenai si cantik manis Lisa Surihani Mohamed, 26, dan pasangannya Yusry Abdul Halim, 39.

Kemana-mana pun mereka pergi, kedua-duanya tidak pernah gagal meraih perhatian peminat yang begitu gembira dengan penyatuan dua jiwa itu sebagai suami isteri.


“Sebenarnya Lisa rasa bersalah sangat, ” katanya ringkas sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu penulis.

“Lisa rasa bersalah sebab lepas kahwin ni berat badan makin naik. Nampak makanan yang sedap, mesti nak makan.

“Cuba juga kawal, tapi kadang-kala tewas. Mungkin juga macam orang cakap, tengah bahagia agaknya. Tapi sekarang dah susut kembali,” katanya dalam derai tawa.

Sengaja mengusik pelakon filem Sekali Lagi dan Ombak Rindu ini yang seolah-olah menunjukkan tanda-tanda kehamilan.

Namun, Lisa cepat-cepat menepis usikan itu.

“Tak adalah. Belum lagi. Sekarang ini pun kami sedang berusaha untuk dapatkan anak. Tentang berat badan, setakat ini tak ada pula doktor yang kami temui menyarankan saya untuk naikkan berat badan.

“Iyalah, memandangkan saya ni kurus sangat dulu, ada juga yang kata begitu. Tapi alhamdulillah, doktor pun tak minta saya naikkan berat badan dan saya sihat,” katanya.

Lanjut bercerita mengenai anak, kata Lisa, dia tidak setuju jika ada yang mengatakan dia mahu merancang keluarga seperti sesetengah pasangan suami isteri lain yang baru berkahwin.

Menyedari bahawa ada pasangan yang membuat keputusan begitu kerana mahu menikmati masa berdua dan enggan terbeban dengan anak, kata Lisa, perkara itu tidak berlaku pada dia dan Yusry.

“Untuk kehamilan pertama, saya dan Yusry kalau boleh mahu anak cepat. Kami ambil kata-kata orang lama yang banyak menasihatkan agar usah merancang keluarga untuk kehamilan pertama.

“Bagi kami, anak itu adalah rezeki. Tuhan nak beri kita terima. Tapi untuk anak kedua, saya dan Yusry dah bersetuju yang kemungkinan kami akan merancang. Itu baru cara yang betul kalau kita sebut pasal bab merancang keluarga.

“Orang kita sekarang ni banyak yang dah salah faham.
“Ramai ingat yang kehamilan pertama perlu dirancang, padahal yang disarankan adalah untuk kehamilan kedua.
“Tapi nak merancang pun, kenalah berpada-pada. Banyak faktor kena ambil kira. Perkara ini pun dah diterangkan dalam kursus pra perkahwinan.

“Biasanya, dari segi kewangan, kerjaya dan macam-macam lagi,” katanya panjang lebar.

Diminta jaga diriSemestinya, sebagai seorang wanita yang melalui fasa hidup sebagai seorang isteri, anak keempat daripada lima beradik ini juga mahu bergelar ibu sama seperti wanita lain.
Mempunyai suami prihatin dan penyayang seperti Yusry tentu sekali menyebabkan Lisa dalam masa yang sama turut dicemburui ramai.

Mungkin juga sebagai langkah dan usaha mereka untuk menimang cahaya mata, kongsi Lisa, suaminya itu kerap kali memintanya supaya sering menjaga diri.

“Ada jugalah masa-masanya, Yusry minta supaya saya berhati-hati ketika melangkah kemana-mana. Macam-macamlah pesanan dia.

“Jangan jalan laju-laju sangat, jangan selalu sangat pakai kasut tinggi, jaga pemakanan, pendek kata dia memang banyak berpesan pada saya,” katanya.

Seronok dapat kembarIbarat satu soalan lazim untuk mana-mana pasangan yang baru berkahwin bila ditanya soal anak.

Soalan susulan tentunya akan muncul dan ia biasanya berkisar tentang jantina anak pula.
Sama seperti Lisa, dia juga mengaku tak pernah surut ditanya dengan soalan-soalan sedemikian. Namun tidak pernah sekali pun dia mengelak untuk menjawab.

“Biasalah, orang akan tanya benda-benda begini. Tapi soal jantina sama ada saya atau Yusry, kami berdua tak pernah kisah pun.

“Bagi kami anak itu rezeki. Cuma, kalau ditanya dan ikutkan rasa mahu tu, kalau boleh saya nak anak lelaki sebagai anak pertama.

“Sebab nanti dia boleh jadi pembimbing pada adik-adiknya. Kalau Yusry pula, dia mahu anak perempuan.

“Tapi lagi seronok kalau dapat anak kembar. Kebetulan, masa ibu mengandungkan saya, dia kata saya ada kembar.

“Tapi kembar saya tu tak kuat. Saya tak menolak mungkin kami juga boleh dapat anak kembar berdasarkan genetik saya.

“Tunggu sahajalah berita gembira nanti. Kalau betul alhamdulillah. Doakan kami,” katanya.

Lisa & nombor duaJangan salah faham. Ini tidak ada kaitan dengan keinginan Yusry untuk menambah bilangan isteri selepas Lisa.