Tuesday 10 March 2015

MH370 Saya masih tak boleh terima - Mahathir


Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat ‘permainan teknologi’ berhubung kehilangan pesawat itu.

Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.

“Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.
“Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, semalam.
Dr Mahathir ditemui selepas berakhir ‘International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace’ (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau turut menganggap dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik.

“Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi),” jelas Dr Mahathir.

Semalam, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan.
Laporan itu, antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan.

Antara yang ditemubual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain.

Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lalu. - Bernama

Asam Pedas Ikan Pari


Bahan-bahannya :
● 600 gm ikan pari
● 300 gm bendi
● 2 tomato - dibelah 4, jika suka
● 2 batang serai, dititik
● 2 kuntum bunga kantan
● 4 - 6 helai daun kesum
● Sedikit minyak untuk menumis
● Sedikit air asam jawa
● Garam secukupnya
Bahan-bahan digiling halus:
● 15 tangkai cili kering
● 5 biji bawang merah
● 3 ulas bawang putih
● 2.5 sm halia
Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing.
2. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata.
3. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata.
4. Apabila masak sedia untuk dihidangkan, semestinya bersama telur masin.
Selamat mencuba. Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

Karipap Sosej Cheese


Bahan kulit:
225gm tepung gandum
80gm margerin
70ml air @ secukupnya
sedikit garam halus

Caranya:
1. Satukan tepung dan margerin, gaul hingga rata .
2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.
3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin (saya guna mixer).
4. Pastikan masukkan air separuh2 . Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lg.
5. Ambil sedikit adunan, bulat2kan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya, tutup dan kelim ditepinya.
6 . Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas2....cheese meleleh2!

Bahan inti:
2 biji kentang ~ direbus dan dilecek halus
sedikit daun sup
lada sulah secukupnya
mayonis secukupnya
susu cair secukupnya
sausage secukupnya ~ direbus dan dipotong2
cheese cheddar secukupnya ~ dipotong2 ikut citarasa

Caranya:
1. Kentang yg dah dilecek, gaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair. Masukkan susu cair sikit2, kalau adunan dh lembut dan tak kering sangat, dah ok. Saya guna lada sulah berperisa AjiShio, mmng dah masin dan tak perlu tambah garam. Kalau guna lada sulah biasa, tambah garam sedikit.
2. Sausage boleh digantikan dgn jejari ketam jika suka ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.
3. Cheese tu.....kalau suka banyak, boleh potong 2 @ 3....kalau takut muak, potong kecil je.
4. Dah siap semuanya, bolehlah dimasukkan dalam karipap.
5. Kalau tak nak letak kentang, letak cheese dgn sausage je pun boleh....tp bagi saya, letak kentang lg sedap, tak muak sangat!!!.
6. Yg pasti.......karipap cheese mmng sedap!

selamat mencuba