Tuesday 11 August 2015

Masih Berzina Sepanjang Perkahwinan - Wajib Tahu

Gambar Hiasan

Zina akan berterusan walau pun dah di ijabkabul… Baca untuk pengetahuan sendiri dan pedoman semua. Hidup sebagai seorang yang beragama islam jangan terusan dalam kejahilan.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 9.

Perkahwinan seumpama ini, Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak “pregnant luar nikah”, cepat cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan tersebut, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya : Ibu bapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat…

Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya: Katakanlah: ‘Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam…
-USTAZ ROSLI AL HAFIZ

Wednesday 5 August 2015

Fenomena kejatuhan nilai mayawang


Fenomena kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding Dollar Amerika Syarikat (USD) secara berterusan semenjak nilai tinggi terakhirnya pada bulan Ogos 2014 (3.1463) telah menimbulkan keresahan kepada ramai pihak. Ringgit telah mengalami kejatuhan drastik dalam tempoh dua hari dengan kejatuhan sebanyak 2.4% pada tarikh 1 Disember 2014 (3.3465 menjadi 3.4300). Penurunan nilai Ringit ini merupakan yang terteruk berbanding semasa krisis ekonomi Asia 1997 sebelum ini. Semasa penulisan ini sedang dibuat, kadar tukaran nilai Ringgit berbanding Dollar adalah 3.6231 (28 Januari 2013).


Pelbagai persoalan timbul sebagai reaksi kepada situasi ini. Apakah yang menjadi punca penyusutan nilai matawang negara kita berbanding USD? Adakah ianya memberikan impak negatif kepada kehidupan kita? Adakah krisis ini berpanjangan?


Penulisan ini akan membantu pembaca untuk memahami faktor yang menjadi pemain utama disebalik kenaikan/penurunan matawang dunia, kesannya kepada kesihatan ekonomi negara dan bagaimanakah jalan terbaik untuk kita menghadapinya pada kapasiti sebagai seorang mahasiswa.


Sejarah Penggunaan Wang Kertas


Sebelum kita memasuki perbincangan ini dengan lebih mendalam, sebaiknya kita telusuri sejarah penggunaan wang kertas terlebih dahulu.


Kita biasa menggambarkan bahawa wang yang digunakan oleh masyarakat silam adalah syiling emas mahupun perak sebagaimana yang sering disajikan di dalam filem dan penulisan klasik. Begitu juga jika kita mengamati sirah Nabi Muhammad s.a.w mahupun al-Quran dan himpunan hadith, kita tidak akan terlepas daripada membaca berkenaan penggunaan dinar (emas) dan dirham (perak) di dalam urus niaga ketika zaman tersebut. Persoalannya disini, bilakah bermulanya penggunaan wang kertas?


Penggunaan emas dan perak telah digunakan secara meluas dan diterima pakai sebagai mata wang hampir di seluruh dunia berikutan nilai yang tersimpan di dalam logam berharga itu sendiri. Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah turut menukilkan berkenaan penggunaan emas dan perak sebagai medium perantaraan jual beli dan penyimpan nilai usaha dan kekayaan manusia:


“Allah telah menciptakan dua jenis logam, iaitu emas dan perak sebagai ukuran nilai bagi semua pengumpulan modal. Penduduk dunia menganggapnya sebagai harta dan kekayaan. Meskipun apabila berada dalam keadaan-keadaan tertentu, barang-barang lain dikehendaki, ia tidak lain daripada mencapai tujuan yang pada matlamatnya adalah untuk memperoleh emas dan perak. Semua barangan lain terdedah kepada turun naik harga pasaran, sementara emas dan perak adalah terkecuali. Emas dan perak menjadi dasar keuntungan, harta dan kekayaan.”


Walaubagaimanapun, emas dan perak mempunyai kelemahan yang ketara iaitu kesukaran untuk membawanya di dalam kuantiti yang banyak dan wujud kebimbangan terhadap jaminan sekuritinya semasa di dalam perjalanan yang jauh. Perkembangan ekonomi dan aktiviti perdagangan yang menuntut kepada penggunaan wang dalam nilai yang besar telah membawa kepada inovasi penciptaan wang kertas. Pada permulaan penggunaannya, ‘wang kertas’ tersebut tidak dikira sebagai mata wang. Ianya hanya sebagai dokumen bukti atau resit bagi mewakili nilai emas atau perak yang dimiliki oleh pendeposit. ‘Wang kertas’ dihasilkan oleh individu atau institusi yang diamanahkan untuk menjaga emas dan perak tersebut.


Penggunaan wang kertas mula dikesan pengamalannya di China pada seawal abad ke-7 masihi. Manakala, negara barat pula mula menggunakannya sekitar 1000 tahun selepasnya dan penghasilan wang kertas di dunia Islam pula hanya bermula pada tahun 1850 semasa pentadbiran Khilafah Turki Uthmaniyyah.


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, masyarakat dunia umumnya menerima emas dan perak sebagai duit. Penggunaan wang kertas pada mula pengenalannya tidaklah sepenuhnya menenggelamkan peranan emas dan perak. Wang kertas hanya mewakili simpanan emas atau perak dan boleh dituntut di bank dengan menukarkannya. Ketika itu, nilaian mata wang diikat dengan emas (gold-standard).


Akan tetapi, peredaran masa telah membawa kepada dominasi penggunaan wang kertas berbanding syiling emas atau perak itu sendiri. Keyakinan pengguna terhadap keupayaan saling-tukaran wang kertas dengan emas atau perak telah dikhianati oleh bank apabila penghasilan duit kertas telah melebihi simpanan emas sepertimana yang pernah terjadi pada tahun 1759 di England.


England merupakan antara negara pertama yang meleraikan ikatan mata wangnya daripada emas pada tahun 1931 lanjutan daripada krisis ekonomi yang melanda dunia barat (Great Depression). Pada tahun 1944, konferens Bretton Wood dianjurkan sebagai medium perbincangan untuk mengstrukturkan semula polisi kewangan dunia pasca perang dunia kedua. Hasilnya, mata wang dollar kemudiannya secara tidak langsung telah memainkan peranan sebagai mata wang dunia. Semua mata wang telah diikat dengan dollar, manakala dollar pula diikat kepada emas dengan kadar nilai 1 dollar bersamaan 35 oz emas.


Percetakan dollar yang melangkaui nilai rizab emas yang dimiliki oleh Amerika Syarikat (AS) pasca perang Vietnam telah mendorong AS untuk mengakhiri ikatan mata wangnya dengan emas secara persetujuan sehala (uni-lateral) pada tahun 1971. Sejak daripada itu, mata wang di seluruh dunia tidak lagi didokong nilai komoditi berharga. Tindakan presiden Nixon pada tahun 1971 itu telah membuka lebaran sejarah yang baharu di dalam sejarah pengamalan kewangan global iaitu dengan bermulanya zaman penggunaan wangfiat. Dinamakan fiat kerana merujuk kepada sifat wang itu yang tidak disandarkan nilainya pada apa-apa komoditi melainkan hanya anggapan semata-mata.


Sejak nilai mata wang telah diapungkan nilainya bergantung kepada kondisi pasaran, ianya mudah terdedah kepada risiko spekulasi dan ketidakstabilan. Perlaksanaan sistem Fractional Reserve yang menjadi asas kepada penghasilan wang kertas pula telah membawa implikasi yang lebih teruk apabila ianya menjadi faktor utama kepada inflasi.


Kenapa Nilai Mata Wang Sesebuah Negara Jatuh/Meningkat?


Untuk memahami punca jatuh naik (appreciate/depreciate) sesuatu nilai mata wang, sewajarnya kita memahami terlebih dahulu konsep permintaan-pembekalan (demand-supply).


Mata wang diniagakan dalam pasaran tukaran mata wang asing (Foreign Exchange Market) dan turun naik nilainya bergantung pada tahap permintaan dan jumlahnya yang berada di dalam pasaran. Secara asasnya, semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu mata wang, maka nilainya akan meningkat. Manakala, jika pemintaan terhadap sesuatu mata wang menurun atau ramai menjualnya sehingga berlaku lebihan di dalam pasaran, maka nilainya akan jatuh.


Apakah yang menyebabkan berlakunya peningkatan dan penurunan permintaan?


Faktor peningkatan:


1. Perkembangan sektor eksport
Untuk mengimport barangan daripada sesebuah negara, perlu menggunakan mata wang negara tersebut. Negara yang produknya kompetitif di dalam persaingan eksport, nilai mata wangnya kukuh kerana permintaan terhadap mata wangnya tinggi.


2. Kadar bunga (interest) tinggi
Kadar bunga yang tinggi yang ditetapkan oleh bank negara menjadi tarikan kepada pelabur asing untuk menyimpan di dalam negara tersebut. Secara tidak langsung akan mengembangkan permintaan terhadap mata wangnya.


3. Peningkatan permintaan di dalam pasaran tukaran mata wang asing
Apabila sesuatu mata wang dijangka nilainya akan meningkat, biasanya akan membawa kepada pembelian mata wang negara tersebut oleh pemain pasaran dan seterusnya melonjakkan nilainya.


4. Kemasukan pelabur asing
Negara yang dilihat menjadi destinasi yang menarik untuk perlaburan, akan membawa kemasukan pelabur luar ke dalam negara (capital inflow). Mereka perlu membeli mata wang negara tersebut untuk terlibat di dalam perlaburan di negara tersebut.


5. Campur tangan bank negara
Terdapat negara yang sengaja merendahkan mata wangnya seperti yang dilakukan oleh China. Bank pusatnya akan membeli bon terbitan AS supaya mata wangnya akan menjadi lebih rendah daripada dollar. Tindakan ini dibuat supaya barangan lokalnya mampu kekal lebih murah dan mampu mengekalkan momentum persaingan di dalam pasaran eksport.


6. Kadar pengangguran rendah dan peningkatan pendapatan rakyat
Kadar pengangguran yang rendah dan tahap pendapatan rakyat yang tinggi meningkatkan permintaan wang di dalam pasaran domestik seterusnya meningkatkan nilai mata wang negara tersebut.


Faktor penurunan:


1. Kadar bunga yang rendah
Kadar bunga yang rendah akan mengurangkan tarikan yang ada untuk pelabur luar menyimpan di dalam sesuatu negara.


2. Peningkatan inflasi
Inflasi yang tinggi akan mengurangkan kuasa beli yang dimiliki oleh pengguna di dalam sesebuah negara, seterusnya merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Kesannya, ekonomi negara tersebut di nilai sebagai lemah dan tidak stabil oleh pelabur asing.


3. Aktiviti spekulator
Tindakan spekulator di dalam pasaran tukaran mata wang asing menjual mata wang sesebuah negara dalam jumlah yang besar berupaya menyebabkan kekacauan dan ketakutan di kalangan pasaran saham.


4. Campur tangan kerajaan
Sepertimana yang pernah dilakukan oleh AS melalui tindakan Quantitative Easing. AS membeli bon terbitan negaranya sendiri dan secara tidak langsung mengwujudkan impresi permintaan yang tinggi terhadap dollar.


Faktor Kejatuhan Nilai Ringgit


Setelah kita memahami punca naik dan turunnya mata wang sesebuah negara, kita akan lebih mudah untuk mengenal pasti punca penguncupan nilai mata wang negara kita.


1. Penurunan ketara harga minyak dunia
Mutakhir ini, harga minyak menah dunia telah mencatatkan sejarah apabila mencecah serendah 48 USD/setong pada 19 Januari yang lalu. Penurunan harga hampir 50% daripada harga tahun lalu yang setinggi USD100-115/setong telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah.


Penghasilan minyak dunia yang meningkat disebabkan oleh kemajuan teknologi AS yang berupaya menghasilkan shale oil dan kelembapan ekonomi yang dialami oleh negara penyumbang utama ekonomi dunia seperti China dan Jepun telah mengurangkan permintaan terhadap minyak seterusnya menjadi faktor kejatuhan harga minyak dunia.


Keputusan Organisasi Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang diwakili oleh Saudi di dalam kenyataan media sebelum ini bahawa mereka tidak akan mengurangkan penghasilan minyak untuk mengembalikan semula harga asal minyak telah memberikan ramalan bahawa harga minyak mentah akan kekal pada kadar yang rendah.


30% daripada pendapatan Malaysia adalah datang daripada sektor minyak. Di dalam Bajet 2015, diunjurkan bahawa sektor ini bakal menyumbang sejumlah RM 82 billion atau 11.1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Akan tetapi apabila berlaku kejatuhan harga minyak dunia secara drastik sebegini, Malaysia dijangka akan mengalami kehilangan pendapatan sebanyak RM 25 billion. Kelompongan pada pendapatan negara ini tidak dapat ditampung sepenuhnya oleh lebihan yang dinikmati melalui penghapusan subsidi petrol sebanyak RM 18 billion.


Kebimbangan timbul terhadap status Imbangan Akaun Semasa negara (trade account/current account). Akaun semasa adalah jumlah baki perdagangan (jumlah eksport – jumlah import barangan dan perkhidmatan). Penguncupan lebihan pada akaun semasa (import lebih daripada eksport) akan menunjukkan marginal surplus yang makin mengecil. Dibimbangi sekiranya pendapatan melalui aktiviti eksport minyak mentah kita terjejas akan membawa kepada defisit pada akaun semasa seterusnya menjerumuskan Malaysia ke dalam masalah deficit berkembar (twin-deficit).


Ketidakstabilan ini mengurangkan keyakinan dan tarikan terhadap pelabur luar.


2. Polisi dan urustadbir kewangan kerajaan
Sebelum daripada berlakunya kejatuhan harga minyak mentah dunia, ramai penganalisa ekonomi sudah menjangkakan akan berlaku penurunan nilai mata wang Ringgit Malaysia kerana polisi kewangan yang dilihat tidak fleksibel dan kurang mesra pelabur berbanding negara membangun yang menjadi pesaing kepada Malaysia seperti Indonesia dan India.


Malaysia kini dilihat sebagai prospek yang berisiko kepada pelabur; takat hutang awam yang tinggi, peningkatan hutang asing dan penguncupan marginal lebihan akaun semasa telah menjadi antara faktornya.


Pegangan hutang oleh pelabur asing mewakili 45% daripada hutang negara telah meletakkan negara Malaysia berada di dalam posisi yang membimbangkan. Ini berbeza dengan Indonesia yang hanya mempunyai 32.5% sahaja hutangnya daripada luar, begitu juga India dengan hanya serendah 2 %.


3. Kekukuhan dollar Amerika Syarikat (USD)
Semenjak daripada tahun lepas, AS telah meningkatkan kadar faedahnya. Menyebabkan berlakunya kemasukan modal (capital inflow) ke dalam negaranya seterusnya mengukuhkan kedudukan USD itu sendiri.


Apakah Langkah Yang Diambil Oleh Kerajaan?


Perdana Menteri kita, Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan kondisi semasa ekonomi Malaysia dan tindakan susulan kerajaan dalam menghadapi kemelut ekonomi ini. Sikap positif dan optimis yang ditunjukkan oleh beliau dalam menanggapi isu ini adalah sesuatu yang saya anggapkan adalah untuk mengelak timbulnya kebimbangan yang melampau di kalangan rakyat dan juga untuk mengelakkan daripada berlakunya krisis keyakinan terhadap kendalian kerajaan. Sikap ini penting supaya, rakyat akan sederap langkah dengan yakin bersama kerajaan dalam mengembleng kudrat memulihkan ekonomi negara kita.


Untuk memudahkan pemahaman pembaca, suka untuk saya rumuskan pelan tindakan kerajaan kepada beberapa isi:


1. Mengembangkan pasaran eksport dan perlancongan
Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya. Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.


Antaranya seperti membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk menerokai pasaran luar dengan mempromosikannya kepada 46 buah negara. Begitu juga meningkatkan kualiti dan capaian tahan logistik dan pengangkutan bagi tujuan perdagangan.


Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun beberapa pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita. Antaranya seperti menghapuskan caj permohonan visa kepada pelancong luar.


2. Mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import
Barangan import akan menjadi lebih mahal di kala kejatuhan nilai mata wang negara seperti sekarang. Kebergantungan yang tinggi kepada barangan import akan membawa kepada inflasi dan membawa kepada risiko defisit –bekembar.


Justeru, kerajaan telah menyusun beberapa tindakan seperti mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Begitu juga menggalakkan pembelian barangan tempatan di kalangan rakyat dan meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh jualan mega di seluruh Malaysia.


3. Meneruskan pengstrukturan semula pendapatan dan mengkaji perbelanjaan negara
Bagi meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara, kerajaan komited untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi negara melalui mempelbagaikan sumber kewangan dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dengan meneruskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dijadualkan bermula pada 1 April 2015 ini.


Kerajaan juga akan menghentikan sementara Program Latihan Khidmat Negara yang akan membawa kepada penjimatan sebanyak RM 400 juta. Seterusnya, mensasarkan penjimatan sebanyak RM 1.6 billion melalui mengoptimumkan pengurangan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional.


Kerajaan juga akan mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit. Kerajaan juga akan menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit


Kerajaan tidak mengambil tindakan menghentikan projek mega dan memotong kebanyakan perbelanjaan (austerity) dan menggalakkan rakyat berbelanja melalui penganjuran jualan mega dilihat adalah untuk memastikan kitaran ekonomi terus berjalan dan mengelakkan kelembapan ekonomi disebabkan oleh perlahannya kitaran duit dalam negara.


Bank Negara Malaysia (BNM) juga tidak mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar bunganya seperti mana negara yang lain kerana ianya akan membebankan rakyat. Persoalan yang paling utama perlu diamati dan dijawab di dalam menanggapi isu kejatuhan mata wang ini adalah, “Adakah perlu untuk naikkan semula nilai mata wang atau fokus kepada kestabilan ekonomi?”.


Alternatif: Ekonomi Islam?


Akhir tinta, saya percaya ramai yang ingin mengetahui apakah jawapan di sebalik kekalutan dan kekusutan yang ditimbulkan oleh sistem ekonomi konvensional ini. Jika ditanya pada saya, saya sentiasa optimis bahawa jawapannya adalah dengan kembali kepada Islam.


Jika kita renungi semula sejarah peradaban manusia, kita akan mendapati kerosakan sistem ekonomi pada hari ini adalah berpunca daripada tangan-tangan manusia yang melepaskan diri daripada kerangka wahyu. Sebagai contoh, kita lihat pada sistem kewangan itu sendiri. Bermula daripada peperangan sesama sendiri yang memaksa negara-negara mencetak lebih banyak wang sehingga terpaksa meleraikan ikatan nilai mata wangnya dengan emas. Seterusnya, pengamalan sistem penghasilan wang (Fractional Reserve System) yang berasaskan kepada riba dan sifat matawang tanpa sokongan sebarang komoditi, telah membawa kita ke dunia yang tidak henti dengan sindrom inflasi. Semua ini terjadi kerana kita membelakangi panduan yang digariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


Walaubagaimanapun, kita perlu menerima hakikat bahawa kita sudah berada di dalam krisis ini. Sebaiknya bagi kita yang mendokong penerapan nafas Islam dalam segenap kehidupan termasuk di dalam urusan kenegaraan dan urus tadbir ekonomi hendaklah memikirkan jalan keluar dan alternative kepada permasalahan yang dihadapi sekarang.


Adakah kita perlu memperjuangkan sistem Full-reserve sepertimana yang diperjuangkan oleh ahli ekonomi daripada sekolah aliran Austria? Adakah kita perlu mengikat kembali wang kertas dengan komoditi yang bernilai? Bagaimana pula caranya untuk mengembangkan kredit dan apakah regulasi yang kita akan guna pakai?


Ingin saya tinggalkan kepada kalian banyak lagi persoalan, tetapi cukuplah sekadar yang diatas dahulu sebagai permulaan.


Penutup


Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada kita selaku mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan pelbagai lagi yang dirasai oleh kita di sini.


Pesanan saya, jika kita mempunyai masalah kewangan disebabkan oleh sumber pendapatan yang tidak menentu, laksanakanlah tiga perkara:


1. Berniaga
Di Mesir, pasarannya sangat luas untuk diterokai peluang meraih pendapatan. Jumlah pelajar yang mencecah ribuan orang memberi makna bahawa terdapat berbagai keperluan dan kehendak yang wujud. Sama ada terhadap barangan mahupun perkhidmatan.


Saya sering memberitahu rakan saya bahawa “kemalasan orang adalah peluang untuk kita.” Maka manfaatkanlah kemahiran dan pengetahuan yang kalian miliki. Tetapi pastikan bahawa pekerjaan tersebut selari dengan syariat dan tidak sehingga menganggu pelajaran.


2. Melabur
Jika tidak mampu berniaga kerana kesuntukan masa, maka melaburlah dengan wang yang anda ada. Anda boleh membantu rakan yang ingin berniaga tetapi tidak mempunyai modal melalui konsep Mudharabah, atau anda boleh bekerja bersama-sama dengan berkongsi modal melalui konsep Musyarakah.


Ingat, jangan terperangkap di dalam janji manis skim cepat kaya.


3. Berjimat dan memulakan simpanan
Setelah memperolehi wang, berjimatlah. Pastikan anda tahu kemana setiap sen yang anda belanjakan. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Sentiasa amati perkembangan nilai mata wang, tukarkan simpanan anda ke mata wang yang lebih kukuh atau aset yang dijangka dapat mengekalkan nilainya setelah peredaran masa.

Sekian.

Monday 1 June 2015

Mohon Bantu Adik Mohd Farid


Adik Mohd Farid bin Jamal,pelajar Tingkatan 5 SMK Chenderiang, Temoh Perak, memerlukan bantuan anda semua. Adik Farid menderita masalah kegagalan buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit memerlukan bantuan atau sumbangan untuk membiayai kos rawatan serta bekalan susu + pampers.


Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun bank ibu pelajar ini atau melalui Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang,35350 Temoh Perak.

Akaun BSN: HATIJAH BINTI ABDUL MALEK
No Akaun: 08700-41-00010624-7
Alamat: 65 Jalan Murai, Kg Pasir Kinjang,35300 Chenderiang Perak.



Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Monday 25 May 2015

KERAJAAN MALAYSIA TABUR JANJI, TIPU PELAJAR GENIUS MACAM SAYA - ADI PUTRA

Adi Putra genius matematik Malaysia yang disisihkan


Tokoh Matematik Islam Abad, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.

Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.

Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati.

Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam.

Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar.


“Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya mula guna buku itu mengajar di Brunei.

"Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Tanjung Malim, Perak.

“Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu.

"Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada 'orang di atas'," dakwanya.

"Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus.

"Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik,” katanya.

Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus makmal oleh program pembangunan pendidikan .

Katanya, walaupun banyak janji yang ditabur kerajaan untuk membangunkan program genius kanak-kanak suatu masa dahulu, namun ia sekadar janji tinggal janji.

“Saya seperti tikus makmal jadi bahan uji kaji. Itu apa yang saya rasa terjadi masa itu, sebab saya dijanji untuk membuat modul kanak-kanak genius.

"Ketika itu saya 6 tahun. Pagi saya di Sekolah Islam Antarabangsa, masa Sains, saya masuk darjah 5, Matematik, saya masuk darjah 6, Bahasa Inggeris, saya masuk darjah 3. Ia berlangsung lebih setahun.

“Tengahari masa pelajar lain rehat, saya kena pergi ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk belajar A Level. Belajar 5 subjek – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan," katanya.

Bagaimanapun, kata Adi, beliau berhenti sekolah separuh jalan bagi menumpukan sepenuhnya kepada pengajian A Level di UIAM.

Tetapi yang menghairankannya, walaupun tamat pengajian, beliau mendakwa tidak dianugerahkan sijil oleh universiti berkenaan.

Terkilan kerana sehingga kini masih dipandang sepi kerajaan, remaja yang berazam untuk mencipta satelit ini tidak lagi mahu mengenang janji yang ditabur kerajaan sewaktu zaman awal kanak-kanaknya.

Katanya, menjadi harapannya agar sarjana mahu pun profesor yang arif dalam matematik dapat mengesahkan dan mengiktiraf kesemua 235 formula matematiknya.


“Banyak sejarah saya dengan kerajaan. Saya pun sudah malas. Terlalu banyak saya dijanji," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Banyak sangat kejadian saya dengan kerajaan sampai saya sudah serik. Sebab itu saya sudah tidak kenal apa-apa, tidak suka cakap pasal politik, tidak sentuh pasal kerajaan. Saya sudah lalui semua itu.

“Saya mahu ahli falsafah dokumenkan dan sahkan formula saya. Formula saya dari ilham, dan ada yang dari zaman dahulu, seperti Al-Khawarizmi,” katanya merujuk tokoh Islam keturunan Parsi yang menguasai bidang matematik, geografi dan astronomi dan turut dikenali sebagai bapa algebra.

Luka lama yang masih disimpan anak muda ini apabila ubat yang cuba dikomersialkannya pada 2010, iaitu Penawar Stress dan Produk Minda, didakwa mengandungi bahan terlarang, steroid.

Katanya, segala dakwaan pihak berkenaan tidak benar kerana ubat berkenaan sudah diuji di makmal Universiti Teknologi Malaysia.

“Beberapa kali sebelum itu saya cuba minta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi tidak pernah dapat.

“Selepas Adi jumpa KKM, mereka gugurkan tuduhan steroid, tetapi mendakwa ia tiada pengesahan KKM.

"Tidak sampai seminggu selepas itu, mereka beri saya pengesahan KKM. Ubat itu masih dijual, tetapi lepas kejadian itu, semuanya jatuh,” katanya.

Adi berkata, sudah tiba masanya Putrajaya membangunkan modul kanak-kanak genius di Malaysia bagi mengelak banyak tenaga pakar terus lari meninggalkan Malaysia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing yang bekerja di syarikat besar malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing, di kalangan mereka yang bekerja di syarikat besar, malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

“Orang Melayu kita bukan calang-calang. Di Nasa (Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang Melayu.

"Universiti terkemuka dunia sekali pun, ramai pensyarah kita, pelajar kita. Masalahnya, mengapa kita jumpa mereka di luar?" soalnya, jelas kecewa dengan keadaan itu.

"Kita perlu ada satu modul untuk cerdik pandai di Malaysia. Bukan sedikit, tetapi ramai. Semua ada kelebihan masing-masing.

“Orang luar menghargai. Mereka nampak kebolehan orang Melayu yang hebat-hebat. Mereka yang hebat ditawarkan duduk di luar dengan gaji US dolar. Diberikan dana dan segala-galanya,” katanya.

Adi mendakwa, disebabkan itu, warga Malaysia yang cemerlang terus berada di luar negara dan hanya mereka di gred kedua dan ketiga berhajat pulang ke Malaysia.

“Kita tiada lagi pakar di Malaysia. Kalau kita teruskan, sampai bila pun kita tidak dapat kumpulkan satu kumpulan pakar, terutamanya dalam Sains dan Matematik.

“Wang bukan salah satu sebab mereka tidak balik. Ramai yang belajar di luar tetapi masih ada semangat perjuangan orang Melayu. (Tetapi) Mengapa mereka nak balik ke satu tempat yang mereka tidak dihargai pun?” soalnya. – 24 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adi-putra-genius-matematik-malaysia-yang-disisihkan#sthash.qqRRTF9A.dpuf

Thursday 21 May 2015

SENARAI NASI KANDAQ PALING BEST DI PENANG


Pagi

1. Jelutong (Nasi kandaq Ali Amir) - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak) org panggil nasi kandar daud
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)


Tengahari

1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)


Malam

1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)


-Restoran Deen 24jam (Jln Jelutong sebelah &-Eleven - yg ni sedap & terkenal di kalangan Penangites)

-Line Clear - rasa tak menentu, kekadang rempahnya rasa maung tak ditumis betul

-Cargas Cafe (Byn Lepas) - cuma terkenal dikalangan pekerja kilang (katogeri "bole makan")
nasik kandar kpg melayu rasanya lain sikit dr nasi kandar kedai lain..especially daging nye...
Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar

Pagi

1. Jelutong (Nasi kandaq Ali Amir) - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
- ayam ros, daging, sotong & udang (udang besar dijual pd harga yg agak murah)

2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
- daging tempatan, sotong, ayam kicap madu.

3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
- daging, gulai ikan.

4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
- daging, ayam goreng bawang (kali terakhir makan ayamnya dah tak sedap)

5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak)
- daging cincang

6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
- daging cincang, ayam goreng bawang


Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar

Tengahhari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
- nasi tomato, sambal kelapa, ayam ros, sotong.

2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
- daging kambing, nasi tomato / beryani, ayam ros (best in town), sambal kelapa, cili kering goreng, gulai anak ikan,

3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
- tak ada yg istimewa tapi masakannya panas2.

4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
- ayam goreng bawang

5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)
- gulai ikan


Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar

Malam

1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
- daging, gulai ikan

2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
- gulai ikan talang kering, sotong

3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
- daging, telur dadar (rasa mcm murtabak), sambal kelapa

4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
- ayam goreng bawang, daging

5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
- daging kambing, nasi tomato / beryani, ayam ros (best in town), sambal kelapa, cili kering goreng, gulai anak ikan,

6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
- gulai ayam, daging kambing.

7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)
- nasi dimakan bersama bawang goreng

Wahai si IBU... pulang laaa pd ank2 mu....

Mohon ada pihak bertanggungjawab ziarah keluarga ni.. Anak2 hidup tanpa ibubapa ... mohon bantuan ikhlas... Serba daif dan kekurangan. Nenek yg jaga skarang. Lokasi Pangsapuri Angsana USJ 1... Ayahnya dlm penjara, ibunya menghilangkan diri.
Mana2 sahabat2 yg ingin menderma berupa barangan boleh terus ke alamat
H10-10-11,Pangsapuri Angsana,persiaran Subang Mewah, USJ 1, 47610 Subang Jaya Selangor.



Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Monday 11 May 2015

Kabel @ Wayar disangka "Hook"... Xpasal2 brader nie jadi mangsa suspek kes Samun



Masih ingat x kes penunggang dan pembonceng motosikal yang membawa hook untuk samun. Disini Admin ingin memohon maaf kepada semua para pembaca dan lebih2 lagi pada Brader dua org nie berkenaan penyebaran tersebut. Imej yang kelihatan seperti Hook tu sebenarnya adalah kabel @ wayar. Sape2 yang dah tershare post palsu tersebut xkira la dari blog nie ka atau mana2 sumber sila jalankan tanggungjawab anda untuk membetulkan keadaan. Tak pasal2 brader motor tu jadi mangsa. Kes setel bende tu hanyalah wayar @ cable.


Apa2 pown kita kena la jugak berhati2 dengan keadaan sekarang. Nak menyamun nie ada 1001 cara utk samun. Hati naa...




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

KASIH IBU SEJATI


KASIH IBU...Warga emas berusia 101 tahun Meliah Md Diah menjaga anaknya Abd Rahman Saud, 63, yang tidak boleh bercakap, berjalan dan bergerak secara normal sejak lahir. Ibu tunggal yang kehilangan suami sejak 20th lalu bertekad untuk menjaga anaknya sehingga akhir hayatnya. Itulah pengorbanan seorang ibu mithali yang sebenar. Bayangkan lah jika ibunya sudah tiada, apa nasib anaknya nanti... Mungkin sebab itulah Allah S.W.T. panjangkan umur Ibu Tunggal ini.

Bagi yang ingin membantu atau menghulur sumbangan ikhlas bolehlah Bank-in kan ke:-

Nama : Mohd Sofian bin A.Rahman
Talian Persaudaraan : Cucu Saudara 
No akaun BSN : 02113-41-00009525-0

Atau

Bagi yang ingin membuat sumbangan terus, boleh hubungi talian atau berkunjung ke :-
No. Telefon : 013-5954155
Alamat : Kg Bukit Nambua, 06300 Kuala Nerang, Kedah.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Thursday 7 May 2015

Ahli Keluarga Mangsa Dicari


Assalamualaikum semua..ado x sapo2 kehilangan ahli keluarga @ belum tahu pasal ni melibatkan ahli keluarga anda sila rujuk gmbr kad pengenalan mangsa..satu mayat telah dijumpai di kawasan belukar bwh jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti bersebelahan Universiti Lim Kok Wing..mangsa ore kelate tu ‪#‎PasirMas‬




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Thursday 30 April 2015

Mohon Sumbangan Buat Adik Muiz




Assalamualaikum....
Mohon bantuan rm1.00 ..semoga allah sahaja yang membalas jasa murni semua ...same2 berdoa untuk adik muiz yg skrg di wat icu .semoga adik muiz cpt sembuh diatas penyakit tidak tahu puncanya.


Nama murid : MUIZZUDIN BIN YAZID
Nama ibu : ZARINA BINTI SULAIMAN
No akaun : 151016964105
Bank: maybank
Alamat : No 1577 JALAN ANGGERIK 1/3, TMN ANGGERIK, BANDAR TENGGARA
h/p : 012 7563170

Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Wednesday 29 April 2015

Baby Aisyah perlu bantuan untuk menjalani Pembedahan


Baby Aisyah memerlukan bantuan anda untuk menjalani Pembedahan untuk memasukkan pacemaker (bateri) ke dlm badan Aisyah memandangkan jantungnya agak lemah tanpa bantuan pacemaker ini (setelah 15 hari pembedahan menutup lubang dalam jantungnya). Baby Aisyah perlu dilakukan pembedahan segera kerana lubang dijantung semakin membesar.

Bagi yg tertanya2 kenapa tidak ke IJN shj memandangkan kosnya jauh lebih rendah, Aisyah sebenarnya sudah 3x ditangguh pembedahannya di IJN dari tahun lepas atas sbb selsema / demam etc. Memandangkan lubang pd jantung Aisyah semakin membesar (VSD 1.17cm dan ASD 1.54mm), dan paru2 sudah mulai punya tekanan tinggi (pulmonary hypertension), maka keluarga buat keputusan utk buat di Gleneagles sahaja.

Jumlah kutipan setakat ini sudah RM20,000 tetapi hospital Gleneagles telah meminta bayaran bil 38k sebagai deposit(seperti dalam gambar)

Kosnya yang diperlukan rm150k. Jika 1% follower siakap keli menyumbang rm10 seorang, sudah cukup untuk membantu.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank 154110003967 Suzilawati Osman

Mohon doakan Aisyah kuat dan cepat sembuh.. Mohon doakan Aisyah stabil dan mampu travel balik JB dan dpt jumpa abg3 yg sudah sarat rindu pd Aisyah sbb dah hampir sebulan tidak bertemu Aisyah... Mohon doakan urusan mereka dipermudahkan sehingga Aisyah sihat kembali.. Mohon doakan segala keperluan mereka sepanjang musafir di sini Kuala Lumpur dicukupkan Allah.


Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Thursday 23 April 2015

Danny Blum Peluk Islam


 Seorang pemain bola sepak Jerman bernama Danny Blum yang mengumumkan telah memeluk agama Islam dan menyifatkan agama ini sebagai sumber kekuatan kepada dirinya. “Islam memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya,” beritahu Blum kepada akhbar Bild . Blum yang menyertai FC Nurnberg di Bavaria sejak Julai lalu juga pernah mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.


Bagaimanapun, beberapa minggu yang lalu pemain bola sepak ini akui mengambil keputusan untuk memeluk islam setelah tertarik agama ini ketika dalam lawatannya ke sebuah masjid. “Saya ada melawat sebuah masjid dan entah mengapa saya terus tertarik untuk mengetahui lebih dalam mengenai agama ini.” kata Blum.



Jejaka berusia 24 tahun ini akui sedang belajar mengamalkan ajaran agama Islam seperti solat dan pengambilan makanan halal. Menurut Blum, pada mulanya dia gusar dan takut keputusannya memeluk agama Islam dihalang oleh ibu bapanya namun berita tersebut disambut baik oleh keluarganya.



 “Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama selepas itu mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa Islam adalah agama betul,” katanya. Kisah Danny Blum yang memeluk agama Islam ini heboh diperkatakan oleh media barat.

Rahsia Pedang Paling Tajam Didunia!!!

Inilah Pedang PALING TAJAM Di Dunia... Anda Akan MERASA BANGGA Apabila Mengetahui Pemiliknya !!! | Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat adalah pedang yang dimiliki oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, pembuka Kota Palestine. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.


Pedang "Damascus" yang digunakan Salahuddin Al-Ayyubi

Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.

Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini

Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.

Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi

Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.

Apa itu CNT?

Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.



Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.

Salahuddin Al-Ayyubi


Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "Damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Kehebatan pedangnya di geruni musuh-musuh Islam

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.

Teks kajian barat tentang Pedang "Damascus"

Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman. KREDIT I-MALAYSIAKINI.COM.

UPDATED.


Wednesday 22 April 2015

Sumbangan Ikhlas Buat Bayi 5 Bulan Hidap Penyakit Pfeiffer Syndrome


SubhanaAllah, bayi yang berumur 5 bulan ini mengalami penyakit Pfeiffer Syndrome (tengkorak kepala tertutup awal). Adik Muhammad Adam Hamka Bin Norisam memerlukan dana kewangan untuk menjalani pembedahan lain dimana sebelum ini dia telah menjalani pembedahan membuka ruang penafasan dan memasukkan tempurung kepala. Orang ramai boleh salurkan bantuan ke 0510229000139274 BSN Khairiyah bt Shamsudin (ibu) 01123266907/ 05100043569520 CIMB (Bapa) 0126503806
Norisam bin Mhd Jaafar




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Friday 17 April 2015

Berhati2... Taktik Penipuan Di Lebuhraya


salam.

mintak tolong semua viralkan.

tarikh : 16 April 2015
masa : 10.00 am
lokasi : federal highway @ lebuhraya persekutuan (dlm gambar kat lepas exit axis tower sebelum masuk ke lrt asia jaya)

kronologi kejadian:

ayah saya drive pergi kerja macam biasa, tiba2 mamat ni hon dari belakang sambil tunjuk kat tayar. ayah saya ni berhenti tapi x keluar kereta. mamat ni datang cakap dah ramai org hon kereta ayah saya dr tadi tp ayah saya x berhenti. dia kata tayar berasap. dia suruh ayah saya pusing stereng sambil dia buat sesuatu kat tayar. lepas buat camtu, ayah saya keluar kereta, tengok minyak brek bocor. then ayah saya kata nak g kerja dulu nanti baru baiki cos dah lambat. tp lepas start kereta balik, brek xleh guna dah sedangkan sebelum tu okay lg brek. then mamat ni offer kata nak tolong. dia kata 'nak tolong saja'. tanya charge berapa pun dia cakap 'nak tolong saje'. then after dia buat something, konon2 tukar parts, dia dtg bawak member india 3 org and resit. katanya 1420. ayah saya terkejut n tanya mcm2 and ckp xde duit banyak tu. dia kata bagi je berapa dulu. ayah saya bg 350 and mintak resit. mak saya nak amek gambar untuk bukti bayar n nak resit untuk bukti, dia marah2. adik saya ambil gambar pun dia marah2, dia rampas duit, dia xbagi resit dan dia hentak kereta ayah saya dengan helmet. dia marah2 ugut2 siap cakap dia tahu mana nak carik ayah saya lagi. dia terus ajak kawan2 dia blah dan ajak mak ayah saya g balai polis. dia pecut dulu, konon2 nak g balai dulu. sampai balai, bayang dia memang xde. polis ckp mmg xde dia datang. parents saya buat report polis.

ayah saya dah 60 years old, and adik saya yg pergi dgn mak tadi perempuan. memang diorang x berani nak lawan sangat cos tgkla badan mamat tu aje. then dia bawak kawan org laki lagi. apa-apa jadi mungkin lebih dari 350 hilang. memang Alhamdulillah, keluarga saya selamat. duit tu mungkin bukan rezekikami. tapi tujuan saya nak hal ni diviralkan supaya org lain xkena. mamat ni aim org2 tua, perempuan, n org2 yg lemah n macam baik2. dia nampak ayah saya tua, berkopiah, berjanggut, n berseorangan kot dia berani nak pijak.

hati2 semua. jangan stop kalau ade org2 buat camni. mamat ni dah byk kali tipu orang sampai polis balai pj pon xperlu dah nak ambil gambar dia yg adik saya capture. pls semua, sebarkan! thanks.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Ibu Tunggal 4 anak Perlu Bantuan Bina Rumah


Assalamualaikum dan Salam sejahtera sahabat2.
Marilah sama2 kita membantu Puan Azizah seorang ibu tunggal yang hidup sebatang kara bersama 4 anaknya yang masih bersekolah.. Beliau hanya memerlukan bantuan untuk membina rumah dan bekalan dapur...Puan Azizah sudah meminta bantuan bulanan zakat dan masih dalam proses..Beliau sekarang telah menerima bantuan dari JKM..Sedih tak terkata apabila melihat rumah yang bukan seperti rumah ini..Rumah dibina bukan atas tanah sendiri tapi rezab kerajaan yang dibina mengguankan keringatnya sebagai tempat berteduh bersama anak2 yang masih kecil..Marilah sama2 kita bantu beliau seikhlas mungkin walaupun RM1..Adik beliau Azlina Muhammad pun boleh sekadar menolong serba sedikit kerana bukan dari golongan berkemampuan juga...

Untuk bantuan boleh salurkan ke

Akaun Maybank
152108173551 azlina muhammad (Adik)

0124428693 Puan Azlina
012 4835943 Puan Azizah

Bagi mereka yang hendak melawat boleh berbuat demikian ke Kampung Sg Pasir Kecil, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sg Petani, Kedah
Bagi sesiapa dapat membantu Puan Azizah mendapatkan rumah bantuan amatlah diperlukan..Terima Kasih

Kredit Siakap Keli




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Wednesday 8 April 2015

Tahukah anda Wong Fei Hung ialah Ulama' Hebat

Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib.Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.


Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch’in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch’in ialah Kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau pendudukan Kerajaan Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan ilmu pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia muda.

Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.
Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. .. Aamiin

Adik Farisha Menghidapi Kanser Mata Perlu Sumbangan


Adik Farisha telah disahkan menghidapi kanser mata dan kansernya telah merebak ke otak menyebabkan dia tidak boleh berjalan. Dengan doa sahabat2 semua tidak mustahil untuk adik Farisha sembuh.
Kepada sesiapa yang ingin memberi bantuan boleh salurkan ke
0211929000158015
INTAN SAFINA BINTI MOHD RETHUAN
BANK SIMPANAN NASIONAL

dan kepada sesiapa yang ingin melawat adik Farisha, ini alamatnya
906 Lorong Angsana 26
Taman Keladi
08000 Sungai Petani
Kedah Darul A man
No Fon 019-5682636




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Monday 6 April 2015

Bayi hidap Jantung Berlubang perlu sumbangan


Assalamualaikum..Baby Muhammad Damien b.Mahyudin berumur 8 bulan memerlukan bantuan anda kerana menghidapi sakit jantung berlubang tahap kritikal. Untuk menjalankan pembedahan baby Damien memerlukan dana sebanyak RM50 ribu.


Untuk bantuan boleh salurkan ke 
maybank 152050057145 norliza ahmad

No fon ayah: 0142594470 (Mahyudin)
Maybank si ayah: 164221273136

Sesiapa ingin melawat baby Damien boleh berbuat demikian di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Wad Melor 1, aras 6, no katil 21.. Sambil itu bersama kita doakan kesihatan baby Damien..



Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)