Wednesday, 14 August 2013
Pencuri pakai baju raya
SABAK BERNAM - Aksi licik seorang lelaki lengkap berbaju Melayu cekak musang berserta sampin mengumpil masuk sebuah rumah di Kampung Banting, Sabak Bernam berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu
Rakaman CCTV berdurasi selama 3.29 minit itu menunjukkan lelaki berambut pendek ala ‘komando’ itu menjalankan kegiatan itu seorang diri sambil mencuri barangan berharga dalam tempoh tidak lebih 30 minit.
Aksi rakaman itu kini tersebar luas dan dimuat turun dalam laman sosial Facebook bagi mengenal pasti suspek yang menjalankan perbuatan terkutuk itu ketika umat Islam menyambut hari raya pertama.
Mangsa, Mohd Hamsari Basri, 52, berkata, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama isteri dan empat lagi anaknya itu tiada di rumah kerana pergi beraya di rumah ibunya di Kampung Sungai Lang, Air Tawar.
“Kami keluar beraya dalam jam 12 tengah hari dan pulang semula ke rumah kira-kira jam 4.30 petang, namun sebaik sampai di rumah, kami terkejut apabila mendapati bilik berselerak dengan pakaian atas lantai,” katanya.
Mohd Hamsari berkata, berdasarkan rakaman CCTV di rumahnya itu, suspek yang berpakaian merah dipercayai cuba memasuki bahagian depan rumahnya itu pada jam 3.18 petang dengan menunggang sebuah motosikal, bagaimanapun suspek gagal memasuki pagar rumah berkenaan.
“Suspek kemudiannya beredar bagaimanapun, enam minit selepas itu, suspek tiba-tiba muncul dan kelibatnya dilihat berada di belakang rumah dipercayai menggunakan laluan jalan kebun sebelum bertindak mengumpil pintu tepi kiri rumah dengan menggunakan parang,” katanya.
Mohd Hamsari yang juga seorang guru berkata, suspek dilihat masuk ke dapur rumah dan kemudiannya menyelinap masuk dalam bilik dan mencuri barangan berharga yang ditinggalkan dalam rumah berkenaan.
“Antara barangan yang hilang adalah tiga komputer riba, kamera digital, kamus digital dan wang tunai RM500,” katanya.
Katanya, kelibat lelaki itu tidak lagi kelihatan menerusi CCTV pada jam kira-kira 3.52 petang selepas semua barangan yang dicuri itu dibawa lari.
Katanya, dia yang pulang 30 minit selepas itu menyedari rumahnya dipecah masuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kira-kira jam 5 petang hari yang sama. -Sh

Gempar !!! Penduduk temui mayat berulat
RANTAU PANJANG – Seorang penduduk terkejut apabila terdapat satu mayat tersangkut pada pukat, di Sungai Golok dekat belakang Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau Panjang, kira-kira jam 12.10 tengah hari, semalam.
Tanpa melihat mayat tersebut, saksi yang dikenali sebagai Paudin Harun segera melaporkan perkara terbabit kepada anggota polis di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Rantau Panjang.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, identiti mangsa yang ditemui itu, masih belum dikenal.
Namun katanya, mangsa dipercayai warga negara asing kerana tidak mempunyai kesan suntikan BCG.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, lelaki yang berusia 20-an ini ditemui terapung di Sungai Golok dekat Kampung Kedap, di sini.
“Mangsa ditemui agak jauh dari kawasan kediaman dalam keadaan telentang, lengkap berpakaian baju hitam lengan panjang dan seluar paras lutut.
“Mayat dihantar ke Hospital Pasir Mas dan kita masih menunggu hasil bedah siasat,” katanya. -Sh

Pelacur Kanak-Kanak Di Melaka Cuma RM20
Pelacur Kanak-Kanak Di Melaka Cuma RM20 - MELAKA : Harga yang ditawarkan untuk enam pelacur kanak-kanak hanyalah RM20 bagi setiap sesi berserta pil psikotropik untuk menjadikan mereka khayal.
Keenam-enam mereka yang semuanya berusia di bawah 14 tahun, telah ditahan ketika operasi anti-narkotik dijalankan oleh beberapa agensi penguatkuasaan.
Apabila ditanya, mereka mengaku secara rela menjual diri mereka untuk khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah mereka.
Pihak berkuasa mendapati sukar untuk mendakwa mereka yang mengadakan hubungan seks dengan gadis-gadis bawah umur ini kerana identiti ‘pelanggan’ tidak diketahui.
“Dan, anak-anak gadis ini enggan memberitahu nama mereka,” kata Pengerusi Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar.
Beliau percaya terdapat banyak lagi gadis-gadis yang bersedia untuk dieksploitasi secara seksual kerana mereka mengalami ketagihan dadah.
“Kita bimbang. Pelacur remaja amat terdedah kepada HIV kerana kekurangan pengetahuan atau akses kepada kaedah pencegahan,” katanya.
Latipah berkata polis baru-baru ini menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang telah memaksa teman wanita berusia 13 tahun dari Merlimau terlibat dalam kancah perdagangan seks.
Bapa gadis yang melarikan diri dari rumah itu telah menyerbu masuk ke dalam sebuah rumah di Peringgit Pantai pada 26 Julai lalu selepas menerima maklumat bahawa anaknya dipaksa melayan lelaki lain oleh teman lelakinya yang merupakan penagih dadah.
“Gadis itu berkata, dia juga terbabit dengan dadah dan menerima RM20 untuk setiap sesi seks daripada teman lelakinya,” kata Latipah.
Siasatan polis mendapati gadis itu telah diminta untuk melayan pelanggan di hotel dan juga di rumah sejak Jun.
Latipah berkata remaja-remaja perempuan itu sedang menjalani pemulihan.
Sumber berkata beberapa pelacur kanak-kanak juga telah melancarkan perniagaan mereka secara bersendirian yang mana ‘hasilnya’ tidak perlu dikongsi dengan orang tengah dan bapa ayam.
“Mereka menawarkan perkhidmatan mereka melalui media sosial,” kata satu sumber.
“Kebanyakan mereka menyewa rumah secara kumpulan untuk melayan pelanggan mereka,” katanya.
“Ada juga yang melakukannya di lorong-lorong belakang.” – Mstar.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)