Tuesday, 17 September 2013

Black: Kenapa Tanya Tentang Status Isteri Saya?


KUALA LUMPUR, 17 SEPT 2013: Anak didik penyanyi dangdut Mas Idayu, Black Hanifah, 26, berasa pelik dan hairan tatkala diajukan soalan tentang status isterinya yang dikhabarkan seorang janda sebelum gadis pilihan hatinya itu disahkan menjadi isterinya pada 13 September lepas.

"Kenapa nak tanya soalan begini kepada saya? Soalan ini tidak masuk akal langsunglah. Isteri saya bukanlah seperti yang dikhabarkan," ujar Black ketika dihubungi murai.com.my petang tadi.

Dalam pada itu, Black juga ingin memperbetulkan tanggapan masyarakat yang mengatakan bahawa isterinya iaitu Naquia Yasirah atau Cira adalah anak saudara kepada pelakon Datin Paduka Umie Aida.

"Saya nak betulkan sedikit kenyataan media. Cira bukanlah anak saudara kepada Umie Aida tetapi dia adalah anak saudara kepada suami Datin Paduka Umie Aida iaitu Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan.

"Umie telah hadir ke majlis resepsi sebelah perempuan pada malam 13 September bersama suaminya. Dari awal lagi, saya pun sudah dimaklumkan bahawa dia tidak akan hadir pada majlis resepsi keesokan harinya kerana dia sibuk.

"Saya tidak kisah perkara tersebut kerana saya lebih mementingkan keluarga terdekat yang hadir. Apapun, saya bersyukur segalanya berjalan lancar," jelas Black yang bercuti dari nyanyian sehingga penghujung September ini.

Mengulas mengenai destinasi bulan madu, Black masih lagi mempunyai pilihan yang pasti. Sebaliknya, selepas majlis yang diadakan selama tiga hari berturut itu, Black bakal ke Langkawi untuk berehat saja dan bukannya berbulan madu.

Roh suami kembali meniduri isterinya yang masih hidup ?


Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.


Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.

Jawapan:

Puan,

Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”

Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.

Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.

Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.

Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.

Wallahu a’lam.
Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.

Kisah benar Akibat kerap onani dapat anak dengan jin


Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah keburukan dari onani (melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut alam ghaibnya. Sebenarnya maklumat ini saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu. Ketika itu saya sering berinteraksi dengan jin yang katanya bernama AZAN yang mengaku sebagai jin islam.

Untuk berinteraksi dengannya, disuruhnya saya membacakan Surah Al-Jin dan menghadiahkan Fatihah kepadanya sebelum dipanggil.

Anak-anak jin Menurut cerita atau maklumat yang diberikan jin bernama Azan ini, katanya orang-orang yang sering melakukan onani walau dimana pun perlakuan itu dilakukan, ketika menitisnya air mani dari si pelaku maka akan ditadah oleh jin-jin betina.

Lalu akan disenyawakan benih manusia tadi dengan jin betina sehingga menghasilkan zuriat.

Saya bertanya juga pada jin Azan ni untuk apa mereka berbuat demikian, tak cukup ke jin jantan yang ada? Namun jawapan dari Azan membuatkan saya termanggu sejenak memikirkan kebenarannya.

Katanya dengan menggunakan benih dari manusia pelaku onani disenyawakan dengan benih jin betina akan melahirkan zuriat jin yang benar-benar memahami naluri dan tabiat manusia.

Zuriat-zuriat yang lahir itu lebih memahami kekuatan dan kelemahan manusia kerana mereka juga dari benih manusia.

Malah menurut Azan lagi, anak-anak hasil dari percampuran benih inilah yang akan mengikat manusia selamanya dengan mereka sehingga diheret ke neraka kelak.

Kata Azan kepada saya, “Wahai ahli bai’at (gelaran Azan kepada saya), cubalah saudara bayangkan jika seorang manusia sewaktu usia remajanya mungkin dari usia 16 tahun sudah melakukan onani hinggalah mencapai usia 20 tahun.

Jika mereka melakukan seminggu 2 kali berarti sebulan 8 kali dan jika dihitung setahun sudah 96 kali dan dihitung selama 4 tahun berarti 384 kali. Dan setiap kali itu pula benih mereka disenyawakan dengan jin betina maka telah menghasilkan seramai 384 zuriat.

Kesemua zuriat ini akan menuntut kepada si pelaku onani tadi di Masyar sebagai anak-anak kepada si pelaku onani tadi.” Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juru urus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan. “Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut. “Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”

“Akibat dari tuntutan anak-anak tadi maka si bapa yakni pelaku onani yang ‘mendermakan’ benihnya kepada jin pasti akan tertanggung atau dipertanggungjawabkan atas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh ‘anak-anak campur’ tadi. ‘Anak-anak campur’ ini pula dijadikan tentera-tentera syaitan untuk menggoda manusia kerana meraka lebih mengetahui kelemahan-kelemahan manusia kerana meraka juga dari benih-benih manusia” terang Azan lagi.

Dengan penjelasan inilah yang membuatkan saya termanggu-manggu memikirkan hal orang-orang yang melakukan onani sewaktu di Masyar Allah nanti apabila dengan tiba-tiba didatangi makhluk-makhluk hodoh bertanduk mungkin berekor memegang kaki dan lutut mereka mengaku sebagai anak dan menuntut diselamatkan dari neraka.

Jika si pelaku tadi insaf dan melakukan banyak amalan adakah cukup untuk menampung dosa-dosa ‘anak luar nikah’ dengan bangsa jin yang dijadikan sebagai tentera penggoda manusia ini?.

Saya tidaklah menyuruh mempercayai cerita ini bulat-bulat apatah lagi maklumatnya diperolehi dari bangsa jin tapi boleh juga dipikirkan kemungkinannya. Jika hal ini benar bagaimana keadaan kita di Masyar Allah kelak? Sudah siapkah kita menerima kesan dari perbuatan kita? Bukankah lebih baik jika hentikan perbuatan onani yang jelas bertentangan dengan syariat agama. Mudahan cerita dan maklumat ini dapat memberi sedikit kesedaran dan pengajaran kepada kita terutama si pelaku onani.

Mungkin juga kita boleh meyampaikan dan berkongsi maklumat dari cerita ini kepada anak-anak remaja kita agar menghindari perbuatan onani yang terkutuk ini.

Firman Allah :
“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya” (Al-Muddaththir: 38) “Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun” (Al-Baqara: 281)

Pelakon popular Adi Putra bakal berdepan hukuman penjara 5 tahun


LAPORAN Harian Metro hari ini menyebut, pelakon popular tanah air bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi Whats App Mesengger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan berkata siasatan kes itu mengikut seksyen 509. Kanun Keseksaan. Bagaimanapun semua hanya boleh ditentukan mahkamah.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya”, katanya.

Pada masa sama Ruslan berkata pihaknya masih menunggu laporan analisis yang dibuat terhadap telefon bimbit milik wanita lingkungan 30-an terbabit.

“Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.

Berdasarkan satu laporan polis seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit, pelakon itu kononnya di dakwa menghanar gambar berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu.

Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon ini berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

Suami wanita itu dikatakan menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selalin gambar terbabit sebelum melaporkannya di balai Polis Skudai. Manakala si pelakon pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang.

Ustazah dicekup khalwat dengan memiliki kondom dan kesan Lovebite Di Leher


MASAI – Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.

Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.

Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.

Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.

Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.

Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.

Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.

Angkara RM1, buruh berdepan penjara 10 tahun



KOTA BHARU - Seorang buruh berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencuri RM1 duit tabung masjid, Selasa lalu.
Hafizuddin Mohmed@Mohamed, 23, dituduh mencuri duit Masjid Al-Tarbiahislimiah di Wakaf Che Yeh di sini, pada jam 11. 41 malam, 10 September lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. Dakwaan dijalankan Pendakwa Raya, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Pada prosiding semalam, tertuduh bagaimanapun menafikan tuduhan itu sebaliknya memberitahu mahkamah duit berkenaan adalah duit kepunyaannya yang mahu didermakan kepada masjid itu.

“Saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan berhenti untuk solat Isyak. Belum sempat nak derma saya dah kena cekup dengan orang kampung,” katanya.

Majistret yang tersenyum mendengar alasan itu kemudian berkata, kalau begitu ramailah yang hendak sembahyang Isyak ditangkap oleh orang kampung.

Beliau kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Kes bersambung 13 Oktober depan. Jaminan kemudian dijelaskan ibu tertuduh.


Kepala hampir digilis tayar, peserta konvoi terbabit kemalangan ngeri

“Hati saya berdegup kencang melihat dua rakan saya sudah berada di bawah kenderaan itu dengan kepala seorang daripadanya berada betul-betul bersebelahan roda belakang kenderaan pacuan empat roda itu.

“Saya cuba memanggil dan bersyukur kerana nyawa mereka masih panjang apabila memberi respons selepas nama dipanggil,” kata peserta konvoi ‘Malaysia Ride’, Mohd Rizal Ismail, 38.

Pasangan suami isteri itu yang hanya dikenali sebagai Mizi dan Zuraidah berusia 30-an antara lima peserta konvoi yang cedera akibat dirempuh Toyota Hilux di Kilometer 43, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Cherating, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.

Katanya, pasangan itu dikatakan tercampak ke bawah kenderaan berkenaan sejurus dirempuh dan si suami mengalami patah kaki kanan manakala isterinya hanya cedera ringan.

Menceritakan kembali kejadian itu, Mohd Rizal berkata, 60 motosikal membabitkan 80 penunggang dan pembonceng berkonvoi dari Kuala Terengganu, Terengganu menuju ke Melaka dan merancang singgah di bandar ini untuk makan tengah hari ~ myMetro


KUANTAN – Lima orang penunggang motosikal cedera parah apabila motosikal yang mereka tunggangi terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 47 jalan Kemaman-Kuantan petang tadi berhampiran simpang Suria Beach Resort.


Kejadian dilaporkan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda itu membuat pusingan U sebelum dilanggar empat buah motosikal yang berkonvoi bersama lebih 45 buah motosikal yang lain.

Lima orang yang cedera parah telah dihantar ke hospital Kemaman untuk rawatan lanjut manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda itu cedera setelah dipukul oleh peserta konvoi yang lain.