Tuesday, 24 September 2013

Geng Castello Akhirnya Tewas !


PEKAN – Seorang lelaki yang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti jenayah sekitar daerah ini akhirnya berjaya diberkas bersama empat ahli kumpulannya ketika sedang berurus niaga dengan seorang pelanggan yang mahu membeli lembu curi mereka.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah berjaya memberkas semua suspek dan pelanggan tersebut di Bukit Rangin, Kuantan, beberapa hari lalu.

Menurutnya, pelanggan itu merupakan peniaga ayam di Pasar Besar Kuantan dan disyaki membantu mencari rakan peniaga yang menjual daging sebagai pelanggan.

“Polis berjaya menahan anak-beranak berusia 40-an dan 18 tahun ketika mereka menaiki sebuah lori membawa empat lembu curi yang sudah siap dipotong kepala serta kaki untuk dijual.

“Dua lagi lelaki yang juga adik-beradik dari Temerloh berusia 30-an dan 19 tahun yang menaiki sebuah kereta turut ditahan. Mereka disyaki ahli kumpulan Castello serta membantu kerja mencuri lembu di sekitar gugusan Felda Chini dan sekitarnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Yahaya berkata, Castello yang juga suspek utama berasal dari Kampung Salong itu mempunyai sebanyak 25 kes lampau termasuk pecah rumah, rogol, mencuri dan pelbagai lagi perlakuan jenayah.

“Kegiatan terkini suspek ialah mencuri lembu dan ternakan lain di sekitar Felda Chini. Polis sudah menyelesaikan beberapa kes kehilangan ternakan dilaporkan sebelum ini.

“Semua suspek masih ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun,” katanya.

Artis Merokok


Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap..



Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.

Adam AF Dan Fiza Elite Bakal Bernikah

Penyanyi dari kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman yang kini berusia 29 tahun dikhabarkan akan mendirikan rumahtangga dengan pelakon dan penyanyi popular, Fiza pada hari Khamis ini.


Melalui laporan akhbar Berita Harian,dalam sisipan ruangan Hip, wanita yang menjadi pilihan pasangan hidup Adam AF adalah Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim yang kini berumur 33 tahun.


Sebagai makluman, Fiza adalah bekas anggota kumpulan Elite di bawah naungan KRU dan aktif berlakon drama dan filem. Selain itu Fiza pernah mendirikan rumah tangga pada September 2006, namun bercerai pada November 2010 dan mempunyai anak hasil suami pertama.


Difahamkan pasangan ini berkenalan pada Ramadhan lepas, dan Fiza sebenarnya sudah merancang nikah dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identiti pada Jun lalu, tapi tidak kesampaian.

Punca sebenar kematian pelatih PLKN


MUADZAM SHAH - Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul.

Teruskan siasatan

“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya. Menurut sumber Berita Harian.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.

“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan.

“Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya.

Kembar Siam Keluar Dari Mulut


Bandung – Ketika Aep Supriatna melihat bayi yang baru dilahirkan isterinya 19 September lalu dia sangat terkejut kerana mendapati zuriatnya itu kembar siam.

Lebih mengejutkan Aep, 36, bayi pertama lahir dalam keadaan biasa tetapi kembarnya keluar dari mulut.
Menurut Aep, isterinya Yani, 33, bersalin di rumah mereka di Kampung Cikadu di daerah Cipeundeuy, Bandung Barat.

“Anak pertama kali normal tetapi yang ini nampaknya kembar siam,” katanya. Aep berkata, sebaik saja bayi itu dilahirkan dengan bantuan bidan, ia diarahkan segera dibawa ke hospital tetapi dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Hanya selepas itu, kata Aep, dia dimaklumkan anak ketiganya itu kembar siam.

“Saya sangat terkejut,” katanya. Bayi pertama adalah lelaki dan diberi nama Ginan Septian Nugraha dan disahkan sihat.

“Bagaimanapun rongga mulutnya penuh kerana berisi tubuh bayi kedua,” katanya.

Kemaluan hampir putus ditetak


Tawau – Seorang pemandu lori balak hanya sempat berlari beberapa meter sambil memegang kemaluannya yang hampir putus sebelum rebah dan meninggal dunia selepas diserang rakan sekerja dipercayai akibat salah faham dalam kejadian di sebuah kawasan pembalakan di Batu 38, Kalabakan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Roslan Nordin, 35, mati akibat kecederaan parah di kepala dan badan termasuk kemaluan akibat diserang menggunakan parang.

Menurut sumber, ketika kejadian, seorang daripada pekerja di lokasi pembalakan melihat mangsa berlari menuju ke arah kilang papan dalam keadaan berlumuran darah.

“Namun, sebelum sempat memasuki kilang terbabit, mangsa dikatakan terjatuh sebelum dihampiri rakan sekerja lain.

“Sebaik dihampiri, beberapa pekerja pembalakan yang cuba membantu terkejut melihat keadaan mangsa berlumuran darah selain mengalami kecederaan parah di kepala dan kemaluan,” katanya.

Katanya, mangsa dipercayai cuba memberitahu apa yang berlaku, tetapi tidak sempat sebelum meninggal dunia.

Menurut sumber, rakan mangsa kemudian memaklumkan kepada pengurus kawasan pembalakan itu sebelum mereka membuat laporan polis.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat parah di kepala, pinggang dan kemaluan dipercayai ditetak menggunakan parang panjang.

“Kejadian ini dipercayai dilakukan suspek iaitu rakan sekerja yang menghilangkan diri sebaik menyedari perbuatannya diketahui umum,” katanya.

Menurut sumber, siasatan lanjut mendapati suspek berusia 30-an ada menemui abang iparnya yang bekerja berhampiran kawasan pembalakan dan mengaku membunuh seorang lelaki.

“Abang ipar suspek yang mendengar pengakuan lelaki terbabit bagaimanapun enggan campur tangan mengenai perkara itu.

“Suspek dipercayai menemui abang iparnya sambil membawa sebilah parang dan mengaku menetak seseorang sebelum menghilangkan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi semalam mengesahkan perkara itu dan memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat. “Setakat ini, polis masih menyiasat motif kejadian dan berusaha mengesan suspek yang sudah melarikan diri selepas menyerang mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Kreatif : Tayar Buruk Dijadikan Patung Menarik

Biasa kita tengok tayar buruk dibuang bila sudah tidak dapat digunakan lagi. Ini lain pula disuatu tempat admin pun x tahu kat mana. Mereka jadikan tayar sebagai patung yang sangat menarik.












GAMBAR: Jutawan Ananda Krishnan Melawat Anaknya Dalam Hutan Bukit Bendera


GEORGE TOWN – Jutawan terkemuka, T. Ananda Krishnan meluangkan sedikit masa daripada kesibukan kerja untuk bertemu dengan anaknya, Ven Ajahn Siripanyo, seorang sami Buddha yang berada di Bukit Bendera di sini, Isnin lalu.

Dengan hanya berkemeja-T dan berseluar jean, taikun berusia 74 tahun itu tiba di tempat tumpuan pelancong berkenaan dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis BMW dan ditemani beberapa pengawal peribadi kira-kira pukul 9 pagi, Isnin.

Beliau dibawa ke lokasi yang tidak diketahui jauh di dalam hutan di Bukit Bendera di mana anaknya berada di situ bersama dengan 60 sami yang lain.

Difahamkan Ven Siripanyo adalah anak tunggalnya daripada perkahwinan terdahulu.

Akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh merakamkan detik-detik pertemuan individu kedua terkaya di Malaysia itu bersama anaknya.

Ven Siripanyo dilaporkan berada di situ pada Ahad sebelum bermalam di sebuah bangunan ala kolonial di dalam hutan itu.

Menurut penduduk di situ, Ananda Krishnan membeli sebuah bangunan yang mempunyai 30 bilik itu tiga tahun lalu.

Akhbar itu turut melaporkan Ven Siripanyo tunduk sebagai tanda hormat apabila melihat bapanya.

Dia kemudiannya membawa bapanya ke sebuah taman di mana Ananda Krishnan mengambil gambar pemandangan sepanjang lawatannya.

Ananda Krishnan dilihat meninggalkan kawasan itu pada tengah hari manakala anaknya dan beberapa yang lain berlepas ke Thailand pada sebelah petang.

Ananda Krishnan atau nama ringkasnya, AK mempunyai harta kekayaan bernilai RM29.66 bilion menurut majalah Forbes.

Beliau merupakan individu kedua terkaya di Asia Tenggara selepas Robert Kuok dan menduduki tempat ke-89 di dunia.

Beliau memiliki empayar multimedia termasuk dua syarikat telekomunikasi Maxis Communications dan Measat Broadcast Network Systems (Astro). – The Star/ Foto Kwong Wah Yit Poh

Duit Syiling 1 Sen Berharga RM7,500

Ia hampir dileburkan ke dalam relau apabila dianggap sekeping logam tidak bernilai apabila ia telah dibuang pada tahun 1919. Tetapi sekarang, duit syiling bernilai satu sen yang dianggap ‘tak berguna’ itu boleh dijual lebih daripada £ 2,500 – 600,000 kali ganda dari nilai asalnya. Syiling tersebut yang dibuat dari campuran tembaga dan nikel dan bukannya gangsa, adalah satu-satunya yang wujud akibat kesilapan semasa proses mencetak.

Ia telah dibuang pada 1919 selepas Royal Mint di London subkontrakkan kerja tersebut untuk sebuah kilang di Kings Norton, Birmingham, kerana berdepan dengan kesibukkan membuat medal perang.

Pada masa itu, Kings Norton Metal Company telah membuat matawang British West Africa untuk kegunaan di negara-negara jajahan seperti Ghana, Nigeria, Sierra Leonne dan Gambia.

Semasa proses pembuatan, jurutera telah tersilap memasukkan bahan mentah dan ia telah dibuat dalam kuantiti yang banyak.

Apabila kesilapan itu disedari, ada yang dibuang ke dalam relau dan ada sebahagian disimpan oleh jurutera.








Duit syiling tembaga-nikel itu kemudiannya diserahkan kepada Francis Edward Brown, seorang usahawan tempatan, dan kekal dalam keluarganya sejak itu.

Turut bersama mengiringi syiling itu adalah surat daripada Encik Brown di mana beliau menggambarkan ia sebagai syiling nikel yang wujud satu-satunya di dunia ini.

Kertas kerja membuktikan sejarah syiling yang akan dimasukkan ke dalam lelongan. Pada tahun 1919 terdapat 240 sen dalam satu paun.

Daniel Fearon, pakar syiling di syarikat lelongan Woolley dan Wallis, berkata bahawa Royal Mint telah mengesahkan syiling tersebut adalah asli.

Beliau berkata: “Syiling ini tidak mempunyai status rasmi kerana ia tidak memasuki edaran”.

“Berikutan perang yang melanda, Royal Mint sangat sibuk menyiapkan pingat perang yang menarik dan mereka telah subkontrakkan banyak kerja kepada Kings Norton Metal Company berhampiran Birmingham”

“Duit syiling ini mungkin mempunyai nilai muka yang kecil tetapi ia adalah unik”.

“Anggaran kami adalah sehingga £2,500 tetapi ia boleh dijual lebih tinggi dari itu.” – DailyMail

SUMBER : Wikipedia

Jual Anak Untuk Dapatkan Duit Cara Mudah

-Gambar Hiasan-

JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.


Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.

Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah (gambar) yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.

“Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.

“Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. “Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.

“Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. “Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.

“Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan,” katanya.

Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.

Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971.

Kereta Lutsinar Pertama Di Dunia

Pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa. Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

“Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan,” jelasnya lagi.








Restoran Pinggir Bukit Di China

WOW : RESTORAN PINGGIR BUKIT DI CHINA | Restoran tergantung Fangweng ini terletak di wilayah Hubei, 12km utara bandar Yichang, China. Restoran ini terletak di kawasan pinggir bukit, gua dan taman darat yang popular di kawasan tersebut.

Pintu masuk ke restoran ini ialah melalui jambatan konkrit yang sempit.







Headphone Terbesar Didunia

Mendengar muzik dalam persekitaran terpencil hingga menyebabkan anda dalam keadaan khayal dan melupakan apa yang berlaku di sekeliling anda merupakan salah satu perasaan yang paling menakjubkan yang anda perolehi. Dallyn Rule yang merupakan seorang peminat setia kepada muzik sejak dari zaman kanak-kanak telah mencipta sebuah headphone yang terbesar di dunia untuk Maker Faire di Vancouver, BC dan ia sudah tentunya besar.

Dengan besar yang hampir menyamai besar tubuh badan manusia, headphone yang juga boleh berfungsi ini dibuat dari 100% bahan kitar semula / guna semula. Seperti yang telah dijelaskan Dallyn dalam videonya, fon kepala ini telah menjadi impian sejak zaman kanak-kanak kerana dia mahu mencipta sesuatu yang besar dan ketara.

Fon kepala adalah hampir kepada saiz pembesar suara yang besar dan pengguna boleh duduk ditengah-tengah untuk mendengar muzik pilihannya. Perkara yang menarik tentang headphone ini adalah ia direka untuk tidak menyentuh telinga atau kepala anda namun masih menghasilkan muzik yang membuatkan anda percaya bahawa anda seperti dalam keadaan memakai fon kepala. Lebih menakjubkan, orang lain di sekeliling anda tidak boleh mendengar muzik yang datang dari headphone ini semasa lagu kegemaran anda dimainkan.

Dallyn Rule juga telah merancang untuk membuat lebih banyak penambahbaikan kepada reka bentuk semasa headphone ini.







SMS Jual Perempuan

Gadis yang menawarkan perkhidmatan seks akan ditempatkan di salah sebuah hotel
di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Dalang di sebalik sindiket pelacuran kini lebih kreatif apabila mereka didapati menggunakan taktik menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mencari pelanggan baharu terutamanya dalam kalangan orang Cina.

SMS berbahasa Mandarin itu yang dihantar secara rawak turut mengandungi maklumat lengkap senarai gadis yang dibekalkan selain harga dan lokasi urus niaga seks terbabit.

Menurut butiran SMS berkenaan, pelacur yang ditawarkan terdiri dalam kalangan pelajar tempatan. Ia mendakwa sebahagian mereka baru berusia 15 tahun dan boleh dilanggan dengan harga RM298 termasuk sewa bilik.

Seorang wartawan yang menyamar sebagai pelanggan berjaya menghubungi nombor telefon yang tertera dalam SMS berkenaan.

Gempar! Mat Luthfi Lawat Gereja Di Pagi Raya Cetus Kontroversi (4 Foto)

Siapa yang tidak kenal dengan Mat Lutfi kan? Seorang yang sangat popular dalam video-video Youtube keluarannya. Kali ini kita tidak akan bercerita tentang Mat Lutfi dengan video-videonya, tetapi tentang isu panas yang dikatakan mat lutfi telah melawat gereja di pagi raya. Gambar yang dimuat naik oleh beliau, telah mencetuskan kontroversi sehingga ada yang menganggap ia satu perbuatan yang salah. Di samping itu juga, ada juga yang turut memberikan pendapat yang positif. Boleh lihat screen shot di bawah ini.



Gambar Mat Luthfi lawat gereja di pagi raya telah cetus kontroversi. Akibat daripada tindakan tersebut, ramai peminat yang memberi komen negatif dan ada juga yang menyokong tindakan Matluthfi dan mengatakan tindakan tersebut tidak salah. Menurut Matlufti, dia hanya melakukan site visit ke gereja tersebut untuk tugasan beliau. Selain itu dia juga dijemput untuk melakukan ceramah pada ahad nanti. Sebenarnya, menjejakkan kaki di gereja dan ada niat atau tujuan tertentu memang tidak salah namun jika mengikuti upacara keagamaan itu adalah salah. Apapun, memang terbaik Mathluthfi kerana dengan ayat ” We welcome Everbody. Doesn’t Matter Who You Are”. Menghormati antara agama lain adalah nilai paling penting dalam Islam.

Antara Komen Positif Dari Peminat

Laluan Keretapi Api Sangat Bahaya Di Dunia

Gempak kan... Laluan kereta api paling bahaya di dunia. Tiba-tiba ada kosong antara bukit antara laluan yang digunakan. Lokasi tidak diketahui. Dari pandangan admin, ia terjadi akibat runtuhan hakisan tanah... 









Sejarah Ringkas Mat Kilau Yang Mungkin Tidak Diketahui Umum


SEJARAH PERJUANGAN MAT KILAU

Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Bapanya bernama Imam Rasul atau gelarannya Tok Gajah, seorang pembesar Pahang.

Ibunya bernama Mahda binti Tok Kaut Burau. Dari kecil beliau telah pandai membaca al-Quran, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’.

Hobi beliau ialah bermain gasing dan berlaga buah keras, sejenis permainan tradisional yang telah pupus.

Beliau sentiasa menjadi juara di kampungnya. Ketika berusia 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud dari Kampung Kedondong dan dianugerahkan tiga orang cahaya mata.


Mat Kilau belajar silat, menuntut ilmu kebatinan dan seni mempertahankan diri serta bermain senjata seperti keris, tombak dan parang daripada ayahnya, Tok Gajah. Beliau menuntut ilmu agama daripada
Allamah Haji Botok bin Osman, ulama Kelantan yang berpindah menjadi mufti Pahang pada zamannya.

Sekitar tahun 1890-an, tugas memungut cukai dan hasil tanah oleh pembesar negeri yang dilantik telah diambil alih E.A. Wise, wakil penjajah British. Rakyat Pahang marah dengan tindakan British itu lalu bangun memberontak termasuk para pembesar negeri antaranya Tok Gajah dan Dato’ Bahaman.

Mat Kilau, pahlawan muda berusia 27 tahun ketika itu muncul membantu perjuangan Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Pahlawan tiga serangkai ini menguatkan pasokan tentera menentang British. Mereka berperang dengan British di Lubuk Terua, Temerloh, Bentong, Jeram Ampai dan Kuala Tembeling.Gerakan ini mendapat sokongan padu daripada ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Dengan kemahiran selok belok ilmu hutan dan treking Mat Kilau menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini masih digunakan oleh pencari hasil hutan seperti damar dan kayu gaharu dikenali sebagai Laluan Mat Kilau atau Mat Kilau Trail. Pada 14 Jun 1894 Dato’ Bahaman dengan bantuan Mat Kilau bersama 100 orang pengikut mereka menawan semula Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas di bawah pimpinan Kolonel Walker. Sejak itu mereka terus diburu oleh British dan dilabel sebagai penderhaka.

Akhirnya mereka terpaksa berundur ke Kelantan. Pada 22 Oktober 1895 akhbar The Straits Times melaporkan, “Ketua Penderhaka, Dato’ Bahaman telah ditawan pemerintah Siam.” Akhbar The Free Press pula melaporkan, ”Mat Kilau telah melawan apabila ditahan. Akibatnya dia telah cedera parah di muka dan kepalanya. Dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu.”

Sebenarnya Mat Kilau tidak mati. Ini disahkan oleh kawan-kawannya iaitu Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lagi. Disebabkan Mat Kilau telah sedia dicop ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau menyembunyikan identiti dirinya serta berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Akhirnya beliau bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak tahun 1930, beliau menukar namanya beberapa kali dan akhirnya menggunakan nama Mat Siam. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, anak Mat Kilau yang bernama Omar Mat Kilau mengiring bapanya ke masjid Kampung Masjid, kampung kelahiran Mat Kilau, untuk solat Jumaat. Beliau yang memakai serban hitam dan gamis putih diusung dan dipayungi oleh sekumpulan pengikutnya. Selepas solat beliau membaca al-Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau dengan kad pengenalan no. 2044778 atas nama Mohamad bin Ibrahim.


Kerajaan negeri Pahang menubuhkan sebuah jawatan kuasa pada 8 Januari 1970 dan beberapa orang ditemuramah bagi mengesahkan bahawa Mat Siam itu sebenarnya ialah Mat Kilau. Pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh. Empat hari kemudian pada 10 Ogos 1970 Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur ketika berusia 105 tahun.

sumber: kesinambunganzaman.blogspot.com

Lelaki ‘Warak’ Jadi Pencuri Di Stesen Minyak


KUALA LUMPUR – Para pengusaha stesen minyak kini berdepan dengan jenayah licik seorang penganggur yang bertindak mencuri wang dari stesen berkenaan beberapa jam selepas diambil bekerja.

Kosmo! difahamkan sekurang-kurangnya tiga stesen minyak di Lembah Klang telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit akibat dipedayakan oleh lelaki berusia 20-an itu.

Terbaharu, lelaki terbabit berjaya mempedayakan pengusaha sebuah stesen minyak di Puchong, Selangor untuk mengambilnya bekerja pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, lelaki yang menggunakan identiti palsu semasa memohon kerja itu mencuri RM4,268 dari stesen minyak itu.

Penyelia stesen minyak tersebut, Noorzieanna Naim berkata, dia tidak menyangka pemuda yang kelihatan warak itu didapati bertanggungjawab mencuri wang di stesen minyak berkenaan.

“Semasa dia minta kerja, kami lihat dia begitu baik dan jujur serta mempunyai pengetahuan dalam urusan stesen minyak.

“Mujur kami berjaya merakam perbuatannya mencuri melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. – Kosmo Online

Suami Dedah Rakaman Penuh CCTV


Calven Chik Foo Keong, suami yang didakwa mendera isterinya, Amanda Fong Kim Yen, 19, hari ini mendedahkan rakaman penuh kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian, pada 23 Ogos lalu.

Calven Chik, 26, berkata rakaman video selama 90 minit itu terpaksa didedahkan bagi membersihkan namanya yang tercemar selepas hanya sebahagian daripada rakaman berkenaan dimuat naik, ke dalam laman Facebook isterinya.

Jelas beliau, isterinya melakukan provokasi terhadapnya dan segala tindakan yang dilakukan beliau ketika itu, adalah untuk mempertahan diri.
“Beliau (Amanda Fong) yang mula memukul saya dan saya pegang tangannya dan minta beliau bertenang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Calven Chik mendakwa kejadian itu berpunca daripada Amanda Fong yang tidak berpuas hati dengan penjelasannya berhubung perbualan beliau dengan seorang pelanggan butik milik mereka melalui laman sosial.

“Saya dikutuk orang ramai dan diancam selepas rakaman CCTV itu tersebar,” katanya sambil menafikan dakwaan beliau memukul isterinya yang hamil dua bulan secara berterusan selama kira-kira satu jam.

Mengakui masih menyayangi isterinya, Calven Chik berharap rumah tangga yang dibina sejak Januari lepas dapat diselamatkan. – BERNAMA