Wednesday 30 April 2014

Juruterbang Dakwa MH370 Di Laut Cina Selatan



[TERKINI] Juruterbang Dakwa MH370 Di Laut Cina Selatan?? ... Seperti Yang GB Jangka..

MH370: Juruterbang Dakwa Temui Pesawat Terhempas

SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.


Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai satelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.

Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.

Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.

Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".

Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini. -mstar

ULASAN GB

Jika dakwaan juruterbang berkenaan adalah benar, bahawa serpihan MH370 ditemui berhampiran pantai Thailand, ini bererti jangkaan GB sebelum ini bahawa pesawat MH370 terhempas di Laut Cina Selatan, bukan di Lautan Hindi adalah benar.

Sebelum ini GB pernah mengulas di SINI. Petikan:

GB berpendapat bahawa pesawat itu telah terbakar dan terhempas ke dasar laut di titik dimana dikatakan ia membuat U-turn. Ada yang bertanya kalau terhempas tentu ada serpihannya dan mengapa satelit tak menemui apa-apa?

Di dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, menjelaskan tiada serpihan jika pesawat terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.

Satelit tidak menemui apa-apa kerana pesawat telah tenggelam ke dasar laut. Satelit hanya dapat merakam imej objek-objek di pemukaan laut, bukan di dasarnya!

Masalahnya ialah pencarian selama ini di Laut Cina Selatan dilakukan hanya di permukaaan, tidak di dasar laut. Tiada kapalselam yang mencari di dasar laut di titik dimana radar kali terakhir mengesan kedudukan pesawat berkenaan. Tiba-tiba pencarian di Laut Cina Selatan dihentikan. Terbabas penariannya ke tempat lain. Kejap ke sana sekejap sini.

Seandainya ada kapalselam yang mencari pesawat di Laut Cina Selatan berkemungkinan ia sudah ditemui sejak hari pertama ia dilaporkan hilang dan kemungkinan ada nyawa yang dapat diselamatkan. Tetapi lansung tidak dijengah di dasar laut itu.

Dan sekali lagi GB telah tegaskan di SINI. Petikan:

Sekarang dimana sebenarnya MH370 jika Inmarsat sendiri hari ini menafikan bahawa mereka berkesimpulan MH370 di Lauatan Hindi?

Sekalipun ada spekulasi menyatakan pesawat berkenaan ada di Diego Garcia, di Andaman, di Mexico, dan lain-lain tempat, GB tetap berpegang kepada prinsip "jika sesat dihujung jalan baliklah ke pangkal jalan". Ertinya di dalam keadaan bercelaru di dalam menentukan dimana sebenarnya kedudukan MH370 hari ini, adalah perlu untuk memulakan pencarian di tempat dimana ia terputus hubungan dengan satelit iaitu di Laut Cina Selatan. Itu pangkalnya. Carilah sampai ke dasar lautnya. Mengapa terlalu cepat SAR memberhentikan operasinya di Laut Cina Selatan?

Mungkin telahan GB (bahawa MH370 terhempas di Laut Cina Selatan) salah, tetapi proses pengesanan MH370 MESTI bermula dari situ kerana di situ tempat ia mula-mula "hilang". Jika tidak peluang untuk mengesan pesawat berkenaan semakin tipis.

Seperti yang GB utarakan sebelum ini berlaku jujurlah terhadap pencarian pesawat MH370. Kasihanilah keluarga mangsa yang telah menunggu lama...

Marilah kita sama-sama terus berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Kelab Greenboc.

Tuesday 29 April 2014

Sumbangan Amal Pembedahan Rahim



Salam.. Mungkin ada yang kenal Ust Firdaus Latif(Gambar). Kadang2 kuliah d masjid almunawwarah. Kemalangan motosikal di depan kuaters Polis sebelah Plaza Masalam. Baru habis kelas di Mediu. Isterinya pecah rahim dan terpaksa dibuang. Bayi dalam kandungan meninggal.
Isteri masih koma. Dia sendiri baru sedar.
Sebelum ni anak pertama meninggal, kali ni anak kedua juga meninggal cuma bila rahim dibuang maka tiada peluang utk menimang cahayamata sendiri. Hebat sungguh dugaan Allah ke atas pasangan khususnya zaujah beliau.
Semoga Allah memberi kesabaran dan ketabahan kepada mereka.. Ustaz firdaus ni juga adalah anak saudara ustaz Mokhtar Senik.
Pembedahan buang rahim terpaksa dibuat segera di hospital swasta dan kos dia Hampir rm20k.
Bimbang bahayakan nyawa isteri tersebut... suami pulak koma masa tu... so, keluarga terpaksa bersetuju walaupun memang tak mampu nak bayar rm20k... sekarang ni isteri ana dan kawan2 dia sedang lancarkan tabung kutipan derma melalui group2 whatApps dan telegram utk bantu cari RM20k.
Mudah2an Allah permudahkan. Aminnn.


Nota AA: Saya panjangkan disini supaya kita semua dapat membantu sorang sikit..

Boleh terus masukkan ke akaun ini:
Mohd Firdaus bin Latif
113015307780 Maybank
12038025657290 bank islam

Monday 28 April 2014

MPV terbabas



Sebuah kenderaan MPV terbabas dan terbalik di KM 147 LPT pada jam 1610 petang kelmarin. 7 orang cedera termasuk seorang wanita parah. Bomba dan penyelamat Maran respons kepada Operasi menyelamat.

Bas UIA Gombak Terbalik



Bas UIA Gombak terbalik dekat highway NKVE dari Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh jam 1000hrs. 31 penumpang, 4 cedera parah. Masih dalam proses menyelamat, doakan semuanya selamat.

Pelakon Sidek Hussain Kembali ke Rahmatullah



Pelakon Sidek Hussain meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pukul 11.55 malam tadi akibat kanser. Al-Fatihah

Thursday 24 April 2014

WANITA-WANITA YANG JAUH DARI RAHMAT ALLAH


Wanita-wanita yang tak akan masuk Syurga
Oleh : Al allamah Habib Zain bin Sumaith

1. Wanita Bertatu
لعن الله الواشمات والمستوشمات المغيرات خلق الله
“Allah melaknat wanita pembuat tatu dan yang bertatu, yang merubah ciptaan Allah Ta’ala.” (HR. Bukhari)
Tatu adalah memasukkan jarum kedalam tubuh kemudian di isi dengan pewarna hitam atau seumpamanya

2. wanita mencukur alis (bulu kening)
لعن الله المتنمصات
Allah melaknat wanita yang di cukur alis
" Annashu " adalah orang yang mencukur Alis atau menipiskan alis
sedangkan " Al-munammishah" adalah orang yang di cukur alis nya, orang yang meminta untuk di cukur alisnya.

3. wanita yang dikikir giginya
لعن الله ..... والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله
" Allah melaknat wanita yang dikikir giginya dengan tujuan mempercantik diri mereka merubah ciptaan Allah"
Yang disebut taFallaj, iaitu meletakkan sesuatu di celah-celah gigi, supaya nampak agak sedikit jarang.

4. wanita penyambung rambut
لعن الله الواصلة والمستوصلة
Allah melaknat wanita penyambung Rambut dan yang disambung rambutnya
Al-washilah " Adalah orang yang menyambung Rambut dengan rambut yang lain, di antaranya adalah wig.
sedangkan Al-mustaushilah " adalah wanita yang meminta disambung rambutnya.

5. wanita yang suami nya marah kepada nya
(إذا دعى الرجل امرأته الى فراشه فأبت فبات غضبان عليها لعنتها الملائكة حتى تصبح ) البخاري ومسلم
“Bila seorang suami mengajak isterinya ke pembaringan (untuk melakukan hubungan jimak ) lalu isterinya menolak untuk datang sehingga semalaman, ia (suami) marah, maka malaikat akan melaknatnya (isteri) hingga pagi hari. (HR Bukhari-muslim)

6. Wanita yang menyerupai Laki-laki
لعن صلى الله عليه وسلم المتشبهات من النساء بالرجال
Rasulullah sahllahu alaihi wa sallam melaknat wanita yang menyerupai lelaki

7. Wanita yang meratap.
Adalah wanita yang meratapi mayyit dengan berteriak-teriak serta merobek-robek sakunya.

8. Wanita yang tabarruj ( menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian laki-laki)
نساء كاسيات عاريات ....... ملعونات
wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, adalah wanita-wanita yang di laknat
Laknat itu adalah di jauhkan dari Rahmat Allah, peringatanku wahai saudaraku bahawa kecantikan dunia ini akan lenyap, tidak akan kekal kecuali amal yang soleh.

Kesimpulan :
Sesungguhnya kita berada di sebuah zaman di mana para pemuda dan pemudi kaum muslimin suka meniru-niru kebiasaan musuh-musuh Allah dan RasulNya dan menganggap baik tradisi kebiasaannya. Bahkan sampai menggemari dan bangga terhadap mereka. Sesungguhnya Allah melaknat orang yang suka menyerupai orang-orang kafir dan di jauhkan dari RahmatNya serta mencelakannya

Oleh itu wahai kaum muslimin pengikut agama yang toleran, sebaik-baik nya agama yang di turunkan dari langit, dan Rasul penebar rahmat, agamamu ini adalah agama yang agung tak ada banding nya bila di bandingkan dengan agama lain, Agama kemudahan dan kebaikan, agama yang berinteraksi secara baik dan bijak. Mungkinkah ada kebuta'an dalam hati, ataukah pura-pura bodoh?.... .ataupun kita telah menjadi orang yang tidak peduli di sebabkan oleh kecintaan terhadap dunia yang telah membutakan kita sehingga dapat memutuskan hubungan antara kita dan Tuhan kita, Takutlah kepada Allah yang mencintai kalian dan melimpahkan nikmatNya untuk kalian, dialah Allah Maha Suci dan Maha Kuasa untuk merampas nikmat-nikmat nya jika seorang muslim terus-menerus berpaling sehingga Allah menghukumnya

Maka dari itu berpeganglah kepada Agamamu, menirulah kepada Nabimu dan ahlu baitnya dan orang-orang pilihan setelahnya dan berpegang teguh kuat-kuat jangan terumbang-ambing oleh angin dan jangan terpengaruh oleh goda'an fitnah. dengan iman yang kukuh di hati dan akal yang unggul

Panutilah kekasih mu iaitu Sayyidina Muhammad dan Ahlu bait nya, para sahabat nya, dan sekalian tabi'in setelahnya , mereka inilah manhaj mu, cahayamu, jalan mu, panutanmu, titianmu, penunjuk jalanmu, sanadmu, kemulia'anmu, kebahagiaanmu, dan mereka adalah orang-orang yang dekat kepada Allah
....... هم الــقــوم لا يـشـقــى بـــهـــم جــلــيـــســهــــم ......

Mereka itu adalah kaum yang tidak mencelakakan teman duduknya”

Wallahu`alam

“Allahumma shalli wa sallim ‘ala Sayyidina Muhammad nuuri-kas saari wa madaadikal jaari wajma’nii bihi fi kulli athwaari wa ‘ala alihi wa shahbihi yannuur”

Sejarah Pulau Besar


Pulau Besar terletak di pantai selatan Negeri Melaka.Ada terdapat 9 buah pulau dalam Gugusan Pulau Besar iaitu:

1.Pulau Besar

2.Pulau Serimbun

3.Pulau Lalang

4.Pulau Burung

5.Pulau Nangka

6.Pulau Hanyut

7.Pulau Dodol

8.Pulau Hantu

9.Pulau Undan.

Dalam 9 buah pulau hanya ada 2 buah pulau di diami olih manusia iaitu Pulau Undan..rumah api dan Pulau Besar.

Pulau Besar di buka kira kira tahun 1400 m,hampir sama dengan pembukaan Melaka atau mungkin lebih dahulu !!!Pemduduk asal Pulau ini ialah Orang Jakun(laut),Jawa dan Maluku

Di Melaka Pesantren pertama di buka olih Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Sayyid Muhyidin Abdul Qodir Jailani di satu tempat bernama UPIH nama nya sekarang ialah TENGKIRA.Masjid Tengkira adalah salah satu masjid tertua di Melaka.Pesantren ini tidak lah formal.Pada tahun 1440 m Sayyid Thanauddin(datuk Adi Putra) sampai ke Melaka beliau terus memilih Pulau Besar untuk dijadikan tempat belajar ILMU KEROHANIAN SUFI.Di Pulau ini juga Daeng Mempawah bin Raja Bajung belajar dan berguru dengan Datuk Sayyid Thanauddin/Adi Putra.Daing itu ialah Laksamana Hang Tuah.Jadi yang menjadikan Pulau Besar Pesantren pertama Nusantara ialah Saiyyid Thanaudin/Adiputra/Panglima Hitam.

Pada tahun 1495 m satu rombongan Ulama dari Arab dan Pasai telah tiba di Pulau Besar.Rombongan ini di ketuai olih Maulana Ishaq dan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail beserta dengan 16 orang ulama dan keluarga mereka.Mereka bergabung dengan Datuk Adiputra menjadi tenaga pengajar di Pulau Besar.Di masa ini lah Sunan Giri,Sunan Kalijaga,Syeikh Subatris dan Syeikh Abdul Jalil/Siti Jenar datang menuntut ilmu di Pulau ini.Datang pada waktu yang lain ialah Puteri Mas Nyawa dan Suami nya Pati Unus/Raden Abdul Qodir Al Idrus.Di samping itu turut belajar ialah Sultan Mahmud Syah sendiri.

Pada tahun 1510 m Datuk Adiputra wafat,Ketua Ulama diambil alih olih CUCU SAUDARA nya Maulana Ishaq.Dan bila Maulana Ishaq wafat pada tahun 1512 m.Jawatan Ketua Ulama diambil alih olih menantu nya Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail.Dan hingga lah di hancur luluh kan olih PENJAJAH PORTUGIS pada tahun 1521 m.Selepas itu Pulau Besar hanya lah sebagai tempat berkumpul nya nyamuk dan agas tiada lagi menjadi TEMPAT BELAJAR UGAMA SECARA PESANTEREN !!!.Mungkin ada yang belajar secara tidak formal atau menyorok nyorok,kerana masih ada saki baki keturunan dari Syeikh Ismail di Pulau Bersejarah ini TETAPI NAMA MEREKA TELAH BERTUKAR menjadi orang kampung biasa !!!.

Di Pulau Besar memang terdapat makam para ulama seperti Maulana Ishaq,Sayyid Thanudin,Sayyid Ismail dan makam para SHUHADA seperti Raden Abdul Qodir/Pati Unus,Raden Abu Bakar,Raden Abu Syahid dan Syarifah Siti Zubaidah.Sebenar nya banyak lagi makam para SHUHADA yang saya tidak tau nama nya kerana mereka di kebumikan dalam makam yang satu di panggil ‘MAKAM SERIBU’.

Kalau mengikut cerita2 yg telah diturunkan dari turun temurun, barisan pulau2 yg ada boleh kita ibaratkan sbg R&R. Kws rehat utk mereka yg dalam perjalanan dari tanah jawa atau sumatera ke tanah melayu begitu juga disebaliknya. Kalau kita lihat faktor geografi itu sendiri sepanjang selat melaka mmg banyak deretan pulau2 yang semuanya berfungsi, dan yang paling menarik ketika hanya satu bhs saja yg digunakan iaitu bhs MELAYU.

Ini lah serba ringkas Sejarah Pulau Besar yang sampai sekarang masih di kunjungi orang.Kalau hari hari kebesaran Islam seperti Maulad Nabi atau Awal Muharram pengunjung nya mencapai 7000 orang…sampai kan nak mandi pun kena tunggu tengah malam,kerana perigi nya kekeringan air…perigi ada 7 buah yang masih bolih di gunakan !!!.Di sana ada banyak tempat Sejarah yang bolih di lawati TETAPI JANGAN LAH KITA MEMBUAT KERJA SYIRIK

Ramuan khas untuk sakit tekak.


Ramuan khas untuk sakit tekak.

Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
1 cawan madu

1. Dalam bekas (350ml – 400ml), campurkan hirisan lemon (tinggal 3-4 hirisan) dan halia.
2. Tuangkan madu ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu. Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.
3. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar.
4. Campurkan 1 – 2 sudu teh ‘agar-agar’ madu itu cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya.
5. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 1 hingga 2 bulan.

Selamat mencuba!

-----------------------------------------------

Two lemons (thoroughly cleaned and sliced)
Two piece of ginger about the size of your thumb (sliced into coin size pieces)
Honey (about 1 cup-maybe more)

In a 12-16 oz. jar combine lemon slices and sliced ginger.
Pour honey (organic is best) over it slowly.
This may take a little time to let the honey sink down and around the lemon and ginger slices.
Make sure when the honey has filled in all the voids, there is enough to cover the top of the lemon slices.
Close jar and put it in the fridge, it will form into a "jelly".
To serve: Spoon jelly into mug and pour boiling water over it.

Store in fridge 1-2 months.

Lori Trailer Hilang Dicari



Minta sebarkan & Share..
WANG SAGUHATI : RM1000
Lori trailer saya didapati hilang awal pagi tadi di parking rahman putra. Lori trailer putih WVK 1548 (AK15) volvo FM12 diamond light bersama ekor biru no TWC 1735. Minta kerjasama kalau terjumpa lori ini hubungi sy atau balai polis bedekatan.


ARAS KILAT SDN BHD.
Hj. Kadir
012 231 1548

Saturday 19 April 2014

Tahukah Anda Maksud Label Pada Buah-buahan


Korang perasan tak?
Kenapa setiap buah-buahan & sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar.
Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?
Ni adalah perkara asas yang perlu korang tahu apabila membaca label :


1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?
>>bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga. So.. please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?
>>ini bermakna produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms). Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?
>>itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.. Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.

Selamat membelek pelekat!! ekeke

Credit to Salbiah Ismail

3 WAKTU DILARANG MANDI



A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.
Dikatakan :- ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. ۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mngetahui
TARIKH PENTING TERDEKAT:

Isra' wal Mi'raj🌓
- 27th Mei 2014
- tuesday.

Nisfu Sya'ban🌓
- 13th June 2014
- friday.

Ramadan🌓
- 28th June 2014
- saturday.

Lailat-ul Qadr🌠
- 17th July to 26th July 2014
- thursday to saturday

Eid-ul-fitr🌠
- 28th July 2014.
- monday

First day to hajj KT 1
- 27 Ogos 2014
- wednesday

Eid-ul-Adh🐄🐐🐪
- 4th October 2014.
- saturday

Bas Ekspres berpusing 3 kali


Keadaan bas ekspres dan sebahagian mangsa yang terbabit dalam kemalangan di KM111 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur. Menurut penumpang, bas dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur itu berpusing sekurang-kurangnya tiga kali. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga ini.

-HMetro

Monday 14 April 2014

Petua mengatasi masalah kitaran haid tidak teratur dengan madu lebah


Perempuan,tempat yang paling iblis suka juga ialah rahim.Kerana Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadis yang berbunyi,"Sesungguhnya pendarahan yang berlaku itu adalah kesan daripada cakaran iblis".Dalam rahim seseorang.Kenapa iblis cakar rahim seseorang?

Pada umur 18 iblis dah ganggu rahim dia sebab ibli tidak mahu tengok umat Nabi Muhamad ramai atas muka bumi ini.Bagaimana cara untuk mengatasi dan merawat masalah ini?Kepada wanita yang mengalami masalh kitaran haid tidak teratur,guna kaedah ini,insyaallah:-


1.Ambil madu asli,letak depan sejadah buat solat hajat.
2.Baca dalam madu tersebut Al-Fatihah,Ayat Qursi,Selawat dan Surah An-Nahl ayat 69
3.Baca Ayat 69 sebanyak 21 kali.
4.Tiupkan dalam madu.
5.Ambil satu sudu madu letak dalam air suam dan minum satu kali sehari.
Kalau guna air Zam-zam lebih baik

Perbezaan ikan keli halal dan haram




Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Islam diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

Salam Ukhuwah..~

Wednesday 9 April 2014

Temui ajal atas kecuaian orang lain


Al-Fatihah..
sedih.ngeri.pengajaran.ingatan

[SMS sambil driving.. kecuaian kita boleh jadi sbb kematian org lain.. ]

Kes ni kat Bandar Baru Uda, JB..
Arwah keje dgn perodua BBU, tgah buat persediaan nk turun kan kereta.

Tiba-tiba datang sebuah Alza dan terus naik atas tu melanggar arwah san myvi itu. Driver Alza tu budak muda. Dia tgah bce msj time tu. Cuba lari tapi berjaya ditangkap.

Ini je info. Ada pembetulan dan penambahan bolehlah kongsi
Aduhai... Innalillah

Mohon Bantuan ! Budak lelaki belum dijumpai



Bantuan diperlukan dari semua,

adik Mohamad Farhan bin Afandey telah hilang sejak 3hari lepas masih belum dijumpai, pada sesiapa yang menjumpai adik tersebut sila hubungi :-

0109838411-Adiey atau ibu beliau 0133396428-Rumaizah,

mohon sebarkan. terima kasih diatas bantuan semua.

9 Jenis Nama Anak Setan Menurut Khalifah Umar Bin Khattab R.A.


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai / Mall kalo jaman sekarang..Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mau mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, prostitusi, klub malam & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merusakkan dan melalaikan Alloh dan orang yg suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour dsg.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.

Ada 2 pilihan untuk Anda:

1. Biarkan di dalam BBM, catatan atau pikiran Anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.

2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

Ya Allah... Kami berlindung dari segala tipu daya Godaan Syetan. Aamiin.

(Cantumkan jika ada doa khusus, agar kami para jamaah bisa mengaminkannya)

Silahkan Klik Like dan Bagikan di halamanmu agar kamu dan teman-temanmu senantiasa istiqomah dan bisa meningkatkan ketakwaannya kepada ALLAH SWT.

Ya ALLAH...
✔ Muliakanlah orang yang membaca tausiah ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan membagikan tausiah ini.

Aamiin ya Rabbal'alamin

Friday 4 April 2014

Penduduk jumpa bayi dalam plastik sampah

Kapar: “Kali pertama melihat wajah bayi tidak berdosa itu yang diletakkan dalam beg, perasaan geram dan marah terus bermain dalam fikiran saya kerana masih ada manusia tergamak bertindak kejam.

“Apa dosa bayi itu diperlakukan demikian dan jika tangisannya tidak didengari, tidak mustahil bayi itu dihurung semut, malah lebih teruk mungkin digigit haiwan liar,” kata Jamsari Ali, 45.

Jamsari adalah individu menemui bayi lelaki cukup sifat yang diletakkan dalam beg pakaian sebelum ditutup plastik sampah dan ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2 di sini, Selasa lalu.

Bayi berkenaan ditemui jam 10.30 pagi selepas penduduk setempat mendengar suara dari arah tempat pembuangan sampah itu yang mulanya disangkakan tangisan anak jiran tetangga.

KEADAAN bayi yang dijumpai Jamsari di tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2.

Menurutnya, selepas beberapa minit tangisan bayi itu tidak berhenti, dia mulai curiga sebelum mencari suara itu sebelum akhirnya menemui bayi dalam beg pakaian yang dimasukkan dalam plastik sampah bersama botol susu.

Pelancong China diculik lelaki bersenjata di Sabah

Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.

Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.

Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah dari Filipina.

Pagi hari ini, akhbar tersebut melaporkan semua 61 tetamu, 59 daripadanya warga Cina, memutuskan untuk keluar dari pusat peranginan tersebut.

Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai jaket kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Dilaporkan polis tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 11 ​​malam, selepas wanita itu dilarikan dengan bot.


Seorang wartawan dari West China Metropolis Daily yang bercuti di Semporna, merupakan orang pertama yang memecahkan berita tersebut, yang kemudiannya tersebar luas selepas dipetik oleh akhbar-akhbar Ckina yang lain.

Sebuah gambar nota beliau (kiri) juga telah dimuat-naik.

Menurut wartawan tersebut, pelancong berkenaan mendakwa kumpulan lelaki bersenjata itu turut melepaskan beberapa das tembakan.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata pegawai kedutaan China di Malaysia telah menemui Pesuruhjaya Polis Sabah dan menteri pelancongan negeri itu, dan menggesa mereka mengesahkannya dan menyiasat kejadian itu dengan segera.

Para pegawai kedutaan itu dalam perjalanan ke pulau peranginan itu yang terletak di sebelah tenggara Sabah, tambah Xinhua.

EssCom sahkan kejadian itu

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dijangka ke Semporna berhubung perkara itu dan mengadakan sidang akhbar di Kota Kinabalu pada pukul 4 petang ini.


Seorang pekerja di Singamata Reef Resort, yang dihubungi Reuters, mengesahkan penculikan itu berlaku, tetapi enggan bercakap lanjut.

Wartawan yang berpejabat di Kota Kinabalu mendakwa bahawa polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, laporanBernama menyatakan EssCom telah mengesahkan kejadian itu.

Ketua Pengarah (Kawasan Keselamatan Khas) Pantai Timur Sabah
EssCom, Datuk Mohammad Mentek berkata penculikan itu berlaku pada kira-kira jam 10.30 malam.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut dan untuk memberikan laporan penuh.

Insiden terbaru datang itu berlaku ketika ketegangan tercetus di China berhubung pengendalian Malaysia terhadap krisis kehilangan MH370.


Kerajaan telah membelanjatakan berjuta-juta ringgit untuk
meningkatkan keselamatan di sepanjang pantai timur Sabah ekoran serangan berdarah oleh puak Sulu di Lahad Datu awal tahun lepas.

Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditembak mati dan isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna.

Dia kemudian diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina di selatan pulau Sulu.