Thursday, 12 March 2015

Hukum Menutup Cermin Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah

Gambar Hiasan

Perbuatan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada didalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tanda tanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja.

Namun, bila melihatkan amalan menutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas. Apa hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didlam rumah. Berikut ialah maklumat yang perolehi dari sebuah laman soal jawab agama. Wallahu’alam bissawab

Hukum Menutup Cermin Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah

     Assalamualaikum ustaz,

    Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.

    Terima kasih.

Ini jawapan:

Bismillahi wal hamdulillah,

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut, setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.

Pekerjaan Paling Berat Dan Bahaya

Bagi yang selalu sahaja merungut dan merasakan beban kerja mereka adalah yang paling berat di dunia ini, sila ambil masa seketika untuk bertukar tempat dengan mereka di sini. Bayangkan anda, setiap hari berjalan kaki ke tempat kerja dengan mendaki gunung sejauh 4000 meter untuk sampai ke kawah gunung berapi yang masih aktif mengeluarkan asap dan cecair sulfur dengan penuh kesedaran di hati anda bahawa gunung berapi ini mungkin akan meletus pada bila‐bila masa sahaja.
Sebaik sahaja sampai ke tempat kerja anda iaitu kawasan kawah gunung berapi, anda terpaksa menuruni cerun berbatu untuk sampai ke tempat punca rezeki anda iaitu sebuah tasik sulfur yang panas dan menggelegak serta mengeluarkan asap toksik berbahaya jika disedut dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan maut. Tugasan anda seterusnya dengan menggunakan sebatang besi, anda terpaksa pecahkan sulfur yang sudah disejukkan kepada kepingan kecil dan meletakkannya ke dalam dua bakul rotan yang anda bawa bersama. 







 Apabila sudah cukup kepingan sulfur yang kebiasaan beratnya sehingga 90kg, cabaran sebenar akan bermula. Anda sudah boleh pulang dari tempat kerja anda dengan mengangkut kedua bakul tersebut. Dengan hanya menyandarkan dua raga seberat 90 kg ini kepada sebelah bahu , anda perlu mendaki naik dari cerun kawah yang berbatu dan berjalan pulang sejauh 4000 meter ke tempat pengumpulan sulfur. 



Sekarang, anda sudah boleh menerima bayaran untuk gaji harian anda. Bakul yang anda bawa akan ditimbang. Bagi kerja yang paling berat dan berisiko yang anda pernah lakukan ini, anda hanya dibayar rm15 sahaja bagi setiap 90 kg sulfur yang anda bawa pulang. Itulah mata pencarian bagi 300 pelombong sulfur di kawah gunung berapi Ijen, Indonesia.

Akibat Terburu-buru


Sebuah kapal terbang yang dinaiki oleh Datin Seri, seorang budak berumur 8thn, Atlit Negara, seorang pemuda genius 20thn dan seorng Doktor berumur 55thn mengalami kerosakkan dan akan terhempas ke gunung.

Beg payung terjun keselamatan hanya ada 4.

Kata Atlet Negara "Saya seringkali mengharumkan nama negara di mata dunia jadi saya tidak boleh mati dahulu. Saya patut mendapat 1 payung terjun."

Kesemua penumpang bersetuju dan Atlet Negara pun melompat keluar dengan memakai beg payung terjun tersebut.

Pemuda genius jg memberikan alasan yg sama bahawa dia masih muda dan boleh menyumbangkan sesuatu kepada negara di masa akan datang dan dipersetujui untuk mendapat 1 lagi beg payung terjun tersebut.

Datin Seri juga tanpa memberikan alasan terus sahaja mengambil salah satu beg dan terus memakainya sambil berkata "Saya isteri Perdana Menteri dan Wanita Pertama di dalam Negara. Saya juga seorang yang amat bijak."

Datin Seri tersebut kemudiannya melompat keluar dari kapal terbang tersebut.

Jadi yang tertinggal hanya doktor tersebut dan budak berumur 8thn tersebut.

Doktor tersebut terus berkata "Nak, kau sahaja la yg pakai payung terjun itu. Kau masih muda dan mungkin akan menyumbangkn sesuatu kepada negara. Pakcik sudah lama hidup dan akan mati juga sebelum kamu. Perjalanan hidup kamu masih panjang. Kamu pakai la dan selamatkn diri kamu. pakcik redha dengan takdir ini."

Lantas doktor itu pun memakaikan budak tersebut dengan beg payung terjun yang masih tersisa.

Budak 8thn pun berkata "Doktor tidak perlu berkorban untuk saya. Marilah kita sama2 terjun menyelamatkan diri. Di bawah kerusi itu masih ada 1 lagi beg payung terjun. Saya pun tak taw kenapa nenek tadi tu pakai beg sekolah saya dan terjun. Mudah-mudahan dia selamat"