Thursday 31 October 2013

Jejaka Mat Saleh Juga Jadi Pilihan

Pelakon dan penyanyi Maya Karin mengakui hatinya kini sudah dimiliki seseorang. Lelaki bertuah yang berjaya menambat hatinya itu adalah seorang jejaka kulit putih atau mat saleh. Nampaknya kegagalan rumah tangga terdahulu tidak membuatkannya serik untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dari bangsa tersebut.

Namun, Maya masih belum bersedia mendedahkan identiti teman lelakinya kepada umum.
“Setakat ini hubungan kami berjalan lancar dan dia sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.
Selebriti berusia 34 tahun ini juga tidak akan merahsiakan perkahwinannya sekiranya jodohnya sudah sampai kelak.
Oleh: AUDREY LEE