Friday, 4 October 2013

Pelacur Maki Hamun Pegawai Imigresen Waktu Ditahan Sedang Memadu Asmara



TELUK INTAN – Seorang lelaki tempatan yang asyik memadu asmara bersama seorang wanita di sebuah hotel murah di Jalan Raja terkejut apabila diserbu sekumpulan anggota Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan, dalam satu operasi, malam kelmarin.

Bahkan wanita berkenaan juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Imigresen yang menyertai Ops 6P Bersepadu di hotel murah tersebut.

Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, operasi yang diketuai beliau turut disertai 12 anggotanya dan dua kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Teluk Intan.

Menurutnya, sebanyak enam lokasi diserbu dalam masa dua jam dan pihaknya berjaya menahan dua wanita di premis berasingan.

“Dua wanita berusia lingkungan 30-an itu disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di hotel murah di sini dan salah seorang daripada mereka dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Hasil risikan dibuat mendapati, hotel murah berkenaan turut menawarkan aktiviti tidak bermoral dengan bayaran sekitar RM30 hingga RM50 bagi satu sesi, malahan pelanggan boleh membawa wanita tersebut ke lokasi lain namun dikenakan caj,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Khairul Anuar berkata, kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan bagi tujuan siasatan.

Katanya, JPN turut memeriksa wanita yang dikatakan mempunyai kad pengenalan namun, MyKad salah seorang daripadanya diragui.

Dalam kes ini, JPN turut menyiasat kes tersebut bagi mengesan sindiket mengeluarkan MyKad palsu yang digunakan oleh wanita warga Indonesia tersebut.

“Wanita warga Indonesia berkenaan disiasat di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 dan kini ditempatkan sementara di Depot Langkap untuk tindakan lanjut,” katanya. – SINAR HARIAN

Mertua Mintak Habuan Seks Dari Menantu Sebagai Hadiah Birthday!


(Petikan: Harian Metro Online)

Kajang: Seorang lelaki pertengahan usia dengan selamba mengajak menantunya mengadakan hubungan seks sebagai hadiah hari lahirnya dan mencabul wanita itu apabila mangsa enggan melayan kehendaknya.

Kejadian memalukan itu berlaku di pejabat lelaki berkenaan di satu kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 8 malam, Isnin lalu.

Selepas berjaya meloloskan diri daripada bapa mentuanya yang berusia 50-an itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, keesokan hari.

Menurut sumber polis, dalam aduannya mangsa yang berusia 30-an berkata sebelum kejadian dia dihubungi suspek memintanya datang ke pejabat lelaki itu untuk mengambil anak lelakinya berusia lima tahun.

“Sebaik mangsa masuk ke pejabat, suspek menyuruh cucunya keluar dan memberitahu mahu meminta hadiah sempena hari lahirnya daripada mangsa.

“Lelaki itu kemudian berkata dia mahu menyambut hari lahir ala Barat dan mengajak menantunya melakukan hubungan seks dengannya sebagai hadiah,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan melayan kehendaknya, lelaki itu tidak puas hati dan mula bertindak rakus.

“Suspek memeluk, mencium serta meraba tubuh menantunya itu. Mangsa marah dan cuba melawan, menyebabkan berlaku pergelutan kecil di antara mereka.

“Ketika dicabul, mangsa merayu dikasihani selain turut memarahi mentuanya itu, namun tidak diendahkan lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, selepas kira-kira 10 minit, mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri daripada suspek sebelum pulang ke rumah.

“Keesokan harinya (Selasa), mangsa membuat laporan berhubung kejadian berkenaan. Dalam laporannya itu, mangsa turut memberitahu suspek sebelum ini sudah beberapa kali cuba mencabulnya, namun setiap cubaannya gagal,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa juga memberitahu dia nekad membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan perbuatan keji suspek selain bimbang dengan keselamatan dirinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Mayat Polis Melayu Bertatoo Salib



Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.
Pengajaran Cerita
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah.Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
3. Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
4. “Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. TETAPI ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak, Fikir-fikirkan.

Orang Islam Berkahwin Dengan Jin Islam?



Soalan: Ada seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya.
Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?

Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami’ as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.

Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya),
“Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga”. (Surah an-Nahli ayat 72)

Firman Allah (mafhumnya), “Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T.” (Surah ar-Rum, ayat 21).

Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.

Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.
Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.

Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.
Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.

Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.
Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima.

Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.
Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.

Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, “Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta.”
Wallahu’alam….

10 Tanda Bahawa Dia Sesuai Menjadi Pasangan Hidup Kita


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadaanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Jodoh itu umpama sebuah perjalanan. Ada orang cepat sampai ke destinasinya, ada orang lambat.
Sepanjang perjalanan itu pula, ada orang dapat sampai dengan mudah, ada orang terjerat dalam kesesakan lalu lintas, kenderaan rosak dan seumpamanya. Perlu tabah dan sabar menghadapi ujian.
Dalam semua perjalanan itu, tidak semua orang akan sampai dengan selamat. Ada yang meninggal dunia sebelum sampai ke destinasinya. Inilah hakikat jodoh… Tidak semua yang akan dapat memilikinya ketika hidup di dunia.
Namun usahlah berduka. Peluang masih ada di Syurga. Di sana tiada siapa yang berkeseorangan. Semuanya memiliki pasangan.
Oleh itu, jika mahu mencari jodoh, carilah jalan untuk ke Syurga. Jika tidak temui jodoh itu di dunia, InsyaAllah akan berjumpa nanti di Syurga.

‘Jika Islam Itu Benar, Tempatkan Bilikku Di Neraka’



Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya..
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.
Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Di Sebalik Lirik Lagu Bawaku Pergi By Zizan Feat Kaka

Siapa tahu maksud lagu Bawaku Pergi By Zizan Feat Kaka??

Bawa aku pergi menceritakan tentang keadaan Roh Rohani yang menginginkan untuk berada d alam yang jauh. Bermula dari alam Mulki, kemudian ke alam Malakut, seterusnya ke alam Jabarut dan pengakhirannya di alam Lahut. Alam lahut terlalu jauh dari dunia manusia tetapi terlalu hampir dengan Allah.


~~”Pacu laju-laju” memberi makna tentang alunan zikir. Untuk mencapai / keberadaan DIRI di alam malakut, Jabarut mahupun Lahut, hentakan zikir amat penting. Itu juga menggambarkan betapa hati menginginkannya.

~~”Tak perlu kita kembali” membawa maksud apabila roh rohani telah berada di alam Lahut, atau di panggil juga fanalillah… maka, tidak akan ada perasaan untuk kembali semula ke dunia ini kerana Alam Lahut adalah negeri asal Qurbah (roh rohani/DIRI). Firman Allah dalam hadith Qudsi : “Aku adalah kanzun Mahfiyyan (Yang terpendam dan Tertutup). Aku ingin ditemukan dan dikenali. Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenal-Ku.” Ini adalah cerita tentang makrifatullah.

~~Tengah malam atau 1/3 malam merupakan waktu yang paling baik untuk seseorang hamba yang beriman bangun menghadap Allah Ta’ala. Begitu juga dengan keadaan diri penulis. Sudah cukup lama penulis menantikan saat untuk ditemukan dengan Qurbah.

~~”Sejak kali terakhir kau hantar pulang” membawa erti penulis pernah berjumpa dengan Qurbah tetapi hanya seketika apabila dia kembali berada dalam dunia reality…langsung hidupnya terasa begitu sepi dan sunyi…

~~”Tolong jangan bilang mama…tolong jangan bilang papa…malah jangan bilang teman karibmu…Jangan bilang sesiapa..” membawa makna apa yang dilihat di alam Lahut itu terlalu rahsia. Kerana, di alam Lahut itu, syaitan dan iblis mahupun malaikat tidak mampu untuk menembusinya. Hanya insan sahaja. Firman Allah dalam Hadith Qudsi : “Manusia adalah rahsiaKU, dan Aku adalah rahsia manusia.”

~~Ilmu batin adalah rahsia di antara rahsia-Ku, Aku jadikan di dalam hati hamba-Ku dan tidak ada yang menempatinya keuali Aku.”

~~”Buku merah” sinonim dengan passport. Di dunia reality, apabila kita hendak keluar daripada Malaysia, pasti perlukan passport. Begitu juga dengan keadaan alam ini. Passport akhirat amat diperlukan. Passport itu adalah amal ibadah. Semoga amal itu kian berterusan..dan tidak luput di akhirnya…

~~”Mata dalam kaca” adalah mata hati. Firman Allah : “Hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya,” ( surah an_Najm :11)

~~”Sarung tangan hitam, Atas muka ada topeng” memberi makna luaran tidak menggambarkan dalaman. Kerana Allah itu menilai hambaNya melalui dalaman seseorang.

~~Untuk mengingati Allah, tidak perlu menggunakan lafaz lisan. Cukuplah dengan detik-detik di hati. Firman Allah : ”Katakanlah : “Serulah Allah atau serulah ar-Rahman. Dengan nama yang mana sahaja kamu seru. Dia mempunyai Asma-ul Husna.” Nabi bersabda : “ ilmu ada dua macam. Pertama, Ilmu lisan. Itulah hujjahnya Allah bagi makhluknya. Kedua, ilmu Hati, itulah ilmu yang bermanfaat kerana kebanyakan manfaat ilmu bersumber di daerah hati.”

~~”Hero” yang dimaksudkan adalah DIRI yang telah menanti. Bersedia untuk membawa diri ke sempadan negeri Lahut, iaitu negeri asal Qurbah.

~~”Aku pacu, engkau bonceng” Diertikan dengan jalan-jalan yang ditunjuk oleh Allah. Kita hanya perlu melalui jalan itu dengan keyakinan yang tinggi pada Allah. Rasul berdoa : “ Ya allah, tunjukilah kami jalan yang benar adalah benar dan beri kemampuan kepada kami mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami bahawa yang salah itu adalah salah dan berilah kami kemampuan untuk menghindarnya.”

~~Tinggalkan alam Mulki, Malakut, Jabarut..ayuh kita tawan puncak dunia. Itulah dunia Lahut. Tinggalkan kemewahan dunia yang lagha, mari kita kembali kepada cara hidup Rasul dan pemimpin terdahulu dengan sentiasa zikir mengingati Allah. “kejarlah Akhirat, nescaya dunia mengekorimu.”

~~Merenung (tafakur) jauhlah ke dalam dirimu sendiri. Keluarkan sifat-sifat haiwan yang membaluti mu. Bersihkan segalanya. Sehingga DIRI Qurbah itu benar-benar suci, putih dan bersih..maka berjumpalah kalian dengan ‘syurga’.

~~Apabila kita telah berada di alam Lahut, tiada siapa akan peduli…tiada siapa akan ambil tahu..bahkan kita tidak tahu apa yg berlaku di dunia reality. Hanya DIRI dan ALLAH sahaja mengetahui apa yg berlaku di alam Lahut. Hadith Qudsi: “Wali-waliKU berada di bawah kubah-kubahKU. Tidak ada yang mengetahuinya selain AKU…