Friday, 25 October 2013

‘Jangan lukai kami’

Kuala Lumpur: Keluarga kepada pegawai operasi AmBank Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak pengawal keselamatan dalam rompakan kelmarin, kesal dengan penyebaran gambar dan rakaman video yang menunjukkan kejadian sehingga meragut nyawa mangsa.

Sehubungan itu, suami mangsa Irwan Kamaruddin, 37, meminta mana-mana individu yang menyimpan gambar dan rakaman video terbabit supaya dapat memadamkannya kerana perkara sedemikian tidak sepatutnya menjadi bahan tontonan umum.

“Anak-anak masih bersedih melihat gambar ibu mereka dalam keadaan sedemikian sudah pasti akan menambah lagi rasa sedih mereka.

“Secara tidak langsung penyebaran gambar dan rakaman video ini turut mengaibkan arwah isteri dan keluarga kami,” katanya.

Suami arwah, Irwan ditenangkan ahli keluarga di perkarangan Hospital Serdang.

Satu rakaman video berdurasi 32 saat tersebar dengan meluasnya terutamanya di laman Facebook sejak petang kelmarin merakamkan kejadian suspek yang juga pengawal keselamatan bank berasal dari Sabah berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian Norazita.

Sumber: MyMetro

Suspek minta ajar solat

Kuala Lumpur: “Saya terkejut mendapat tahu rakan serumah menikam empat individu hingga menyebabkan dua daripada mereka maut. Pada mulanya saya tidak percaya, tetapi rakan lain mengesahkan perkara itu,” kata rakan serumah suspek.

Rakan suspek berusia 20-an itu yang enggan dikenali berkata, dia yang sudah tinggal serumah dengan suspek sejak enam tahun lalu mendakwa tidak menyangka rakan baiknya itu tergamak bertindak sedemikian.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa dengan rakan serumahnya itu adalah kira-kira jam 7 pagi semalam, ketika sama-sama mahu keluar rumah di Selayang untuk ke tempat kerja. “Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan. Namun beberapa hari sebelum kejadian, rakan saya itu ada menyuruh saya mengajarnya membaca al-Quran dan solat.

“Dia tidak pernah menunjukkan sikap pelik atau mengikuti kumpulan ajaran sesat,” katanya.

Sumber: MyMetro

Mesti Tonton!!! Pengorbanan Seorang Abang





Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Suspek Kes Bunuh Pegawai Bank Ditangkap Adalah Palsu?


INFO SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI BANK DI SUBANG JAYA TELAH DITANGKAP DALAM PERJALANAN KE SABAH DI LCCT ADALAH PALSU Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan khabar angin yang mengatakan suspek kes bunuh dalam rompakan di sebuah bank di Subang Jaya petang semalam telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah adalah palsu. Suspek bernama Ardi Hamza, 37, dan berasal dari Tawau Sabah, manakala mangsa bernama Norazita Abu Talib, 37, ialah seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999. Dari sibuk2 share gambar Arwah Puan Norazita bt Abu Talib tu, baik kita semua share gambar ni banyak2. PDRM ingatkan kepada kita agar berhati2 kerana beliau bersenjata. Ardi tu kemungkinan nama samaran sahaja. So kita panggil dia Beruk sahaja. Sebarkan dan cari BERUK sampai dapat. Untuk Makluman dia belum lagi di tangkap.

Dua Maut Mangsa Amukkan


DALAM tempoh 40 minit, seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi berasingan sekitar Taman Melati, Gombak, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan dua mangsa termasuk seorang pelajar kolej swasta, meninggal dua di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.

Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok, membuat penghantaran ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak.

Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan kemudiannya bertindak melanggar sebuah van penghantar barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan, terletak kira-kira tiga kilometer dari stesen lokasi kejadian pertama.

Ketika mangsa turun dari van untuk melihat keadaan, suspek yang bagaikan dirasuk, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga tusukan menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sejurus selepas itu, suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan melakukan modus operandi sama apabila bertindak melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun.

Dalam kejadian di Jalan Tumbuhan itu, mangsa yang merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia.

Saksi kejadian, seorang peniaga dikenali sebagai Farid, 30, berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membelasah suspek namun suspek hanya melaungkan takbir sambil mengucap berulang-ulang kali.

"Ketika itu dia dalam keadaan bergari dan berlumuran darah setelah dibelasah orang ramai,"katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian hanya berakhir kira-kira jam 12 tengah hari setelah suspek berjaya ditahan oleh anggota polis peronda Dang Wangi.

Katanya, terdapat tiga kesan tikaman di bahagian badan dan tangan pada mangsa terakhir sementara suspek cedera di bahagian kepala.

"Kita dapati suspek yang berasal dari Segamat Johor ini, berada dalam keadaan tidak normal dan mengalami masalah 'kejiwaan' berkemungkinan berkaitan dengan ajaran yang dituntut.

"Siasatan awal mendapati, suspek bebas daripada rekod jenayah, bagaimanapun ujian akan dilakukan sekiranya suspek berada di bawah pengaruh dadah.

"Kita juga akan libatkan jabatan agama, dan kaunseling bagi menentukan tahap kesedaran suspek ketika kejadian, sama ada normal atau tidak,"katanya.

Beliau menambah, motif kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

"Kejadian ini tiada kena mengena dengan isu perkauman, tetapi lebih kepada masalah individu yang mengalami masalah jiwa dan bertindak di uar kawalan,"katanya.

Mangsa yang cedera dan suspek dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan 302 Kanun Keseksaan — Sinar Harian