Tuesday, 28 January 2014

Cara Rawatan Selsema Untuk Bayi

[ Rawatan selsema/kahak untuk bayi- secara semulajadi ] Assalamualaikum wbt.. Memandangkan ramai ibu-ibu yang tanya apa nak buat bila anak bawah dua tahun batuk dan selesema, jadi, saya nak kongsi tips yang amat berguna. Sebaik-baiknya, jgn bagi baby makan apa2 ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih, rawatan stim dan tepukan percussion. Ini ialah cara semulajadi yang sgt sesuai utk bayi. Orang dewasa pun kalau nak buat boleh je. Baru-baru ni baby saya 2 bulan batuk dan selesema, saya cuba cara ni walaupun mula2 tu ragu2 juga, tapi alhamdulillah, mmg BERKESAN. Mak dan suami sy pun impressed. Berikut, sy kongsi cara2 nya: 

1) buat minyak bawang putih. For your info, bawang putih ni antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambik sebijik bawang putih, cucuk dgn garfu n bakar atas api sampai masak, kemudian letak atas pinggan, buang kulit yg hangit tu dn lenyek2 bwg putih tu dgn myk habbatussauda atau evoo atau vco atau myk masak pn boleh. 

2) rawatan stim: cara ni boleh guna air panas letak dalam baldi atau periuk nasi atau steamer apa2. Macam saya, guna air panas dalam baldi je sbb senang tp wap cepat hilang. Dalam air panas tu, titikkan minyak bawang putih tadi. Nak campur dgn minyak habbatussauda' lagi bagus. Then, letak baby atas riba, tiarapkan dan pastikan baby dpt hidu bau wap tadi. Dalam proses ni, lagi kuat baby nangis, lagi bagus sbb kahak lg senang keluar. Untuk yg new born sgt, pastikan muka baby jgn terlalu dekat dgn wap. 

3) tepukan percussion Lps dah abis stim dalam 10 minit, tepuk belakang baby dengan cara tgn cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK. tepuk di bahgian kiri dan kanan shj. Bukan tengah2. Takut kena tulang belakang. Tepuk dalam 5 minit setiap kiri dan kanan. Tepukan ni untuk keluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Macam anak saya, kahak x banyak keluar ikut hidung tapi najis. Cara nak tau, najis dia warna lain dan lbh likat dp biasa. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan. 

4) lap peluh baby dan peluk dia supaya dia tenang. Then, sapu bawang putih tadi kat dada, belakang dada, ubun2 dan tapak kaki. Siap. Hasil perkongsian seorang ibu. Semoga bermanfaat Ibu-ibu jom dapatkan susu HALAL BUATAN MUSLIM dengan MAKANAN SUNNAH dan TERAPI RUQYAH di Rangkaian Susu Suffy.

Sumbangan untuk Rumah Perlindungan Wanita Baitus Solehah

Sebenarnya, saya malu nak cerita, nak minta tolong, namun perlu juga luahkan kerana ini untuk kemudahan bayi-bayi yang menetap di Baitus Solehah. Oleh kerana bayi -bayi ini menetap dalam jangka masa yang lama, dan bilangan bayi bertambah, bertambahnya bayi apabila ibu memelihara anak sendiri tetapi tidak mendapat sokongan keluarga. Maka waris tidak datang menjemput ibu bayi untuk dibawa pulang ke rumah. Baitus Solehah menyokong hasrat ibu memandangkan manafaat yang lebih besar untuk ibu dan bayi, selain tuntutan anak sendiri yang menyusu dari susu ibu. Dengan itu saya berhasrat untuk membina satu ruangan untuk mandi bayi di kawasan porche kereta. Selama ini bayi dimandikan menggunakan singki dapur. Dalam tempoh yang sekejab dan bilangan bayi yang sedikit, cuma satu atau dua bayi dalam satu masa. Itu pada peringkat awal dulu. Sejak Baitus Solehah menyokong ibu memelihara bayi mereka sendiri dan ibu terpaksa menetap di Baitus Solehah dalam satu tempoh yang tidak diketahui, maka saya perlu membina table top berserta singki khas untuk dijadikan tempat mandi bayi. Singki ini juga digunakan sebagai tempat untuk mencuci / berinstinjak apabila bayi qada hajat. Ia sesuai dengan ajaran agama yang menggalakkan bersuci menggunakan air mutlak. Memang bayi-bayi di Baitus Solehah tidak menggunakan wet tissue bagi mengelakkan ruam lampin. Saya pernah menulis tentang mandi bayi di laman Baitus Solehah dimana ada komen tentang unhygienic menggunakan singki dapur sebagai tempat mandi bayi. Walaupun gambar itu telah saya edit, tutup dengan warna, masih orang dapat meneka saya menggunakan singki dapur sebagai tempat mandi bayi. Tambahan kini penghuni yang bertambah, aktivit memasak juga bertambah. Sedikit kos diperlukan untuk membina table top, singki dan pemasangan paip air. Sebenar-benarnya saya merasa amat malu nak berkongsi hal ini dengan kawan-kawan. Saya bukan jenis meminta-minta. Melainkan jika ada golongan asnaf yang memerlukan perhatian, bantuan dan pertolongan, saya akan menulis dan menghebahkan kepada umum untuk kita sama-sama membantu. Sebarang sumbangan untuk Rumah Perlindungan Wanita, Baitus Solehah boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank : 551306513550 atas nama Baitus Solehah. Emailkan :baitus_solehah@yahoo.com, atau sms 0197799682 Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan tidak terhingga dari sumber yang tidak diketahui, memudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kepada semua penyumbang dan keluarga. Menjadikan kita jutawan yang memiliki kekayaan iman, kekayaan jiwa dan kekayaan harta dalam rahmat Allah Ta'ala.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)