Wednesday, 31 July 2013

Terkini : Lagi Insiden Kematian Tembakan Di Parit Buntar


Lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di Parit Buntar

PARIT BUNTAR: Seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2, Parit Buntar di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.

Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.
Menurut Pelajar-pelajar dari sekolah berdekatan juga mengesahkan mereka terdengar 3 das tembakan di lokasi yg juga tidak jauh dari pejabat pendidikan daerah itu

Mangsa dipecayai berbangsa india berdasarkan saksi mata yg dilihat sekarang masih ramai kaum india yg berkumpul di tempat kejadian.

Gambar Pelajar Usia 14 thn Gian Seks Kerana 3gp

Gambar Hiasan
Tabiat melihat klip video lucah melalui telefon bimbit dengan kawan di sekolah menyebabkan seorang pelajar sekolah terpengaruh melakukan hubungan seks bersama teman lelaki yang baru dikenali bulan lalu.

Tanpa rasa takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar pada tengah malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada teman lelaki yang dikenali sebagai Arif.

Pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap keluar secara sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing dan menemui teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan motosikal sebelum dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung Gerong di Jertih.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata apabila sampai di wakaf terbabit, suspek mengajak mangsa melakukan seks dengannya.

Mangsa dikatakan dirogol beberapa kali di tempat berkenaan sebelum dihantar pulang pada pagi keesokan harinya.

Kamaruddin berkata, berasa syak dengan kepulangan anak gadisnya pada pagi berkenaan, bapa mangsa yang berusia 39 tahun menyoal siasat anaknya sebelum pelajar itu mengaku mencuri keluar untuk bertemu teman lelakinya tanpa pengetahuan keluarga.

Marah dengan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada pagi hari sama, sementara mangsa dihantar menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Besut selepas itu.

Kamaruddin berkata, laporan kesihatan kemudian mengesahkan mangsa dirogol dan berikutan itu polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Arif untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Suspek dipercayai menghilangkan dirinya selepas kejadian itu.

Kena Halau Akibat Raba Payudara Dalam Bas

Gambar Hiasan
KAJANG: Helah seorang lelaki yang pura-pura tidur selepas cuba mencabul seorang pelajar perempuan di dalam bas ekspres gagal apabila dihalau keluar selepas mangsa memaklumkan perbuatan kejinya kepada pemandu bas berkenaan, 11 November lalu.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 19 tahun menaiki bas yang dalam perjalanan dari Melaka ke ibu kota dan pada mulanya curiga apabila mendapati tangan penumpang yang duduk di sebelahnya diletakkan berhampiran pinggangnya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pada mulanya mangsa menyangka lelaki itu ingin mengambil beg yang diletakkan di sebelahnya tanpa mempedulikan tindakan suspek.
Katanya, sangkaan mangsa meleset apabila suspek tiba-tiba memegang bahu mangsa beberapa minit.
“Suspek yang beranggapan mangsa tidak menyedari perbuatan itu kemudian semakin berani apabila meramas payu dara mangsa menyebabkan mangsa tersentak dengan perbuatan suspek.
“Mangsa yang bengang diperlakukan sedemikian kemudian menoleh mukanya untuk memandang suspek tetapi sebaik ditoleh, suspek berpura-pura tidur,” katanya.
Ab Rashid berkata, mangsa yang tidak berpuas hati kemudian mempersoalkan tindakan suspek yang cuba mencabul kehormatannya.
Bagaimanapun, suspek yang bijak berlakon kemudian pura-pura tersedar dari tidurnya selepas mangsa memanggilnya beberapa kali tetapi menafikan memegang payu dara mangsa
“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan lakonan dan alasan diberikan segera mendapatkan pemandu bas untuk melaporkan kejadian itu.
“Terkejut dengan aduan mangsa, pemandu bas berkenaan memberhentikan basnya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Serdang dan mengarahkan suspek keluar dari bas berkenaan,” katanya.
Sebelum suspek beredar, pemandu berkenaan sempat mengambil butiran peribadi suspek untuk diberikan kepada pihak berkuasa. Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut. Suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

SEGERA: Inilah Suspek Yang Menembak Mati Hussain Najadi

Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan.

Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, polis percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah saspek utama kejadian.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Polis juga telah menahan pemandu teksi berusia 44 tahun di sebuah restoran di Sri Petaling, di sini, jam 9 malam tadi, dipercayai individu membawa suspek.

Siasatan awal mendapati pemandu teksi itu menurunkan suspek di Jalan Alor selepas insiden berkenaan.

Gambar FB Polis KL

Ponteng Sekolah Untuk Berzina Dengan Kekasih Di Rumah Sendiri

Ponteng Sekolah Untuk Berzina Dengan Kekasih Di Rumah Sendiri
 -Georgetown : Ketika umat Islam bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat, seorang remaja lelaki 16 tahun bersama pasangannya yang berusia 17 tahun, asyik memadu asmara di bilik tidur rumah gadis berkenaan di Kepala Batas dekat sini, Jumaat lalu.

Remaja perempuan itu mengambil kesempatan ketiadaan bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah.
Difahamkan, gadis berkenaan kerap membawa teman lelakinya itu ke rumah, namun kejadian Jumaat lalu, mereka dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 12:15 tengah hari.
Ketika dicekup, kedua-duanya yang ponteng sekolah, mengaku baru selesai melakukan hubungan seks dan pemeriksaan mendapati remaja lelaki itu hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, hasil maklumat awam pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaa dan menemui seluar sekolah lelaki itu dalam bakul di bilik gadis berkenaan.
“Melalui siasatan, remaja perempuan itu mengaku mengambil teman lelakinya di Teluk Air Tawar dan membawa ke rumah ketika ketiadaan bapanya.
“Dia turuk mengaku sudah dua tahun menjalin hubungan dengan lelaki itu dan kerap melakukan hubungan seks,” katanya.
Khairul Azman berkata, mereka ditahan kerana tidak mempunyai hubungan mahram yang sah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 yang sabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya. –

Takut Rahsia Terbongkar Gadis Rela Dirogol

Takut Rahsia Terbongkar Gadis Rela Dirogol
Takut Rahsia Terbongkar Gadis Rela Dirogol - JERTIH : Kepulangan seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kota Bharu, Kelantan untuk melawat dan bercuti di rumah neneknya berakhir tragedi apabila dirogol dua lelaki sebaik tiba di kampung berkenaan pada awal pagi 11 November lalu.
Mangsa yang belajar di sebuah sekolah agama di Kota Bharu tinggal bersama keluarganya di Kampung Lepar Limbat, Kota Bharu dan dihantar pulang oleh teman lelakinya ke kampung neneknya pada hari kejadian.
Ketika ditinggalkan pada jam 2.20 pagi di tepi jalan, mangsa yang berjalan kaki menuju ke rumah neneknya di Kampung Beris, Alor Pisang, Kuala Besut tiba-tiba didekati seorang pemuda.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek kemudian memegang tangan mangsa dan berpura-pura bertanyakan ke mana destinasi mangsa.
Beliau berkata, apabila mangsa enggan melayan, suspek mengugut mangsa dengan mengatakan dia tahu dengan siapa mangsa keluar dan akan memberitahu keluarga, terutama neneknya mengenai tindakan mangsa keluar bersama teman lelaki hingga awal pagi.
Katanya, suspek memberikan syarat yang mangsa perlu melakukan hubungan seks dengannya jika tidak mahu rahsianya keluar bersama teman lelaki terbongkar.
“Akibat bimbang suspek membongkar rahsianya yang sering dihantar pulang ke rumah neneknya oleh teman lelaki, mangsa bersetuju mengadakan hubungan seks dengan suspek.
“Pada masa sama, seorang rakan suspek tiba di tempat berkenaan dan membawa mangsa ke rumah kosong berdekatan rumah nenek mangsa,” katanya.
Kamaruddin berkata, mangsa melakukan hubungan seks dengan suspek di atas pasir di tepi rumah kosong berkenaan dengan disaksikan rakannya itu.
“Tidak lama selepas itu, suspek memanggil seorang rakan lain yang kemudian turut merogol mangsa di tempat sama sambil disaksikan seorang lagi rakan suspek sebelum mangsa dihantar tiga suspek terbabit pulang ke rumah neneknya,” katanya.
Menurutnya, mangsa menceritakan musibah yang berlaku kepada neneknya lima hari selepas kejadian sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut, 16 November lalu.
Katanya, susulan laporan itu, tiga suspek berasal dari Kuala Besut dicekup di rumah masing-masing pada petang hari sama dan mereka direman seminggu bermula kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. –Webberita | Terkini via zoomcerita.blogspot.com