Thursday, 21 August 2014

Bomoh KANTOI rogol gadis bawah umur


Seorang lelaki berusia 64 tahun bergelar Ustaz yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur ketika mangsa mendapatkan rawatan tradisional daripadanya, kini sedang diburu Polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan berkata polis menjejaki suspek yang dikenali sebagai 'Walid' itu sejak Februari lepas, susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa.

Gadis berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol beberapa kali oleh bomoh tersebut ketika menjalani rawatan membuang sihir, di sebuah rumah sewa di Taman PKNK, Jalan Sultanah di sini antara September dan November lepas, katanya di sini hari ini.

Katanya polis mendapati suspek sudah berpindah keluar daripada rumah sewanya yang turut dijadikan pusat rawatan dan dipercayai berada di luar daerah ini.

Sementara itu, ibu mangsa yang ditemui pemberita, berkata anak saudaranya yang berusia 16 tahun juga mendakwa dicabul bomoh tersebut ketika menemani sepupunya menjalani rawatan berkenaan.

Dakwanya setiap kali rawatan, lelaki tersebut akan meminta untuk bersendirian dengan anak gadisnya di dalam sebuah bilik, kononnya bagi melancarkan proses rawatan.

"Selepas beberapa kali jalani rawatan anak saya cerita perkara sebenar yang dia dirogol oleh pengamal perubatan itu dan terus membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

"Doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan anak saya," katanya.

Teknik ibu mengenali identiti empat orang anak kembar


Lawak!! Inilah Jadinya Apabila Seorang Ibu Sukar Membezakan Anak Kembar 4..



Memiliki anak kembar memang sesuatu yang menyeronokkan kepada ibu bapa. Namun sekiranya mempunyai 4 orang anak kembar ianya menjadi sedikit kesukaran untuk membezakan namun kebiasannya ibu bapa akan kenal pasti anak mereka sendiri walaupun kembar. Di China, terdapat seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun memiliki empat orang anak kembar. Dirinya telah mencetuskan idea unik apabila bertindak mencukur rambut bagi membentuk angka di setiap kepala anaknya.

Jika kita mempunyai anak kembar, sudah pastinya orang yang melihat akan keliru yang mana satu abangnya, yang mana satu pula adiknya. Tambah lagi, yang mana keluar dulu, yang mana keluar kemudian. Melihat masalah ini, seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun mencetuskan sebuah solusi yang dianggapnya paling efektif. Ia mencukur keempat rambut anaknya berbentuk angka, sesuai dengan urutan usia, dari angka 1 sampai 4.

Daripada yang tua sampai termuda, Jiang Yunlong (1), Jiang Yunxiao (2), Jiang Yunhan (3) dan Jiang Yunlin (4)


Keadaan ini tentu saja menjadi buah mulut di internet. Foto kelucuan empat bersaudara ini mendapat perhatian dari seluruh dunia.


Meski banyak yang mentertawakan kerana di luar kelaziman, namun keempat anak itu tidak peduli. Sama dengan keinginan orang tua mereka, hal terpenting bagi Yunlong, Yunxiao, Yunhan dan Yunlin adalah bersekolah dan mendapat pendidikan yang baik.


Tan Chaoyun, memutuskan memberi nombor di kepala anak-anaknya agar mudah membezakan mereka.







Gempar!! Jalan Sesak Teruk Di Jalan Kuching


Jalan Kuching berdekatan dengan Batu Caves malam tadi menjadi sesak malam tadi berikutan kes seorang perempuan yang tiba-tia berb0gel di bahu jalan terseut.

Jalan menjadi sesak setelah pemandu disitu memperlahankan kenderaan untuk melihat situasi itu. Kejadian ini juga telah disaksikan oleh juru gambr The Rakyat Post sendiri yang sempat merakam gambar perempuan itu yang sedang ditenangkan oleh pihak polis.

Mengikut apa yang dilaporkan, wanita itu pada mulanya berjalan di bahu jalan dengan pakaian yang lengkap sebelum mula menanggalkan baju dan duduk di bahu jalan sambil menyanyi.

Sebab musabab wanita tersebut berkelakuan begitu buat masa ini masih belum diketahui.

Bagaimana pun kami pasti manusia normal tidak akan bertindak mengaibkan diri sendiri begini melainkan dia kurang waras atau berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.