Tuesday, 29 October 2013

Pelajar 16th Hilang


Salam sahabat semua... Fatin Afiffah seorang pelajar tingkatan 4 di laporkan hilang dlm perjalanan ke Sekolah Men Khir Johari Sg petani pd Ahad 27 Okt 2013... Pohon kpd semua supaya dapat share kan gambar dan posting ini supaya dapat di lihat oleh semua rakyat Malaysia bahawa sesiapa sahaja bersama pelajar ini mungkin akan berhadapan dgn tuduhan menculik.. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui di mana Fatin Afifah berada diminta segera menghubungi Zarina di talian 017-5847659 atau laporkan ke balai polis berdekatan... pohon share dan tag seramai mungkin....tq

Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Tuah Nabil Dapat Kondominium RM1.036 Juta Secara Percuma

Nabil bersama isteri dan anak

Hasrat Nabil untuk membeli sebuah kondominium akhirnya bertukar menjadi tuah buat dirinya apabila dia diberi sebuah rumah kondominium yang bernilai RM1.036 juta secara percuma… Cerita Nabil, pada awalnya dia sekadar ingin bertanya mengenai kondominium yang terletak di Antara Persiaran Gurney, Kuala Lumpur namun pihak pemaju bersedia memberikan sebuah unit percuma jika Nabil sudi menjadi duta perumahan tersebut..

“Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan ‘house hunting’ dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.

“Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu,” katanya. (Mstar)

Nabil yang menganggap kondominium yang masih dalam pembinaan itu adalah hadiah terbesar yang pernah diterimanya serta menyifatkan ia sebagai rezeki anaknya, Naera Mikayla yang genap setahun pada 25 November ini…

“Mungkin ia rezeki anak saya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini. Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub),” ujar Nabil yang kini bergiat aktif dalam pelaburan hartanah.