Saturday 16 November 2013

Padah melarikan diri daripada polis


TASEK GELUGOR – Dua lelaki, dipercayai penjenayah, maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah jengkaut ketika dikejar peronda polis dalam satu nahas di Ara Kuda petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, insiden pada 5.45 petang itu berlaku selepas dua anggota peronda dari Balai Polis Padang Serai, Kedah melihat dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC di kawasan Padang Serai dalam keadaan mencurigakan.

“Dua polis yang menaiki dua buah motosikal itu bertindak mengejar mereka sehingga sampai ke sempadan Kedah dan Pulau Pinang di Ara Kuda di sini, dan ketika itu, terdapat satu sekatan jalan raya oleh polis.

“Dua lelaki terbabit bertindak melanggar sekatan berkenaan dan ekoran itu, sebuah kereta peronda polis yang berada di situ turut mengejar motosikal terbabit sambil mengarahkan suspek memberhentikan motosikal, bagaimanapun, mereka terus memecut laju ke arah Tasek Gelugor,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata, ketika keluar di simpang tiga di Ara Kuda, motosikal dinaiki suspek berusia 19 dan 27 tahun itu gagal dikawal ekoran laju sebelum merempuh bahagian depan jengkaut yang ingin masuk ke simpang berkenaan.

Abdul Rahman berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala dua anggota polis yang menunggang motosikal jenis Kawasaki cedera selepas turut terlibat dalam kemalangan itu.

“Dua anggota polis yang mengejar mereka turut cedera selepas terlibat dalam kemalangan itu akibat tidak sempat mengelak manakala dua anggota polis yang menaiki kereta peronda tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki dua lelaki berkenaan adalah motosikal yang dilaporkan dicuri di Kulim, bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya, menurut sumber Rakyat News.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UPSR 5A dapat hadiah kereta mini cooper


KOTA BHARU – “Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12.

Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam.

Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31.

“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.

“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini, menurut sumber Sinar Harian.

“Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya.

Kanak2 Hilang Di Bangi

Khidmat Masyarakat @ Sukan Star

``Bro-bro admin,mintak tolong war warkan..
Salam kawan2..... Nak mintak tlg sikit ..Kawan aku baru hilang Anak dia.....Budak ygsongkok senget tu after solat maghrib td Mohd Afiq b Azmil, alamat semasa hilang No18 jln 5 c/ 9 bandar baru bangi.Nak buat laporan polis tak boleh lg...tak cukup 24 jam lg.. Sapa ada apa2 info boleh contact 0129432803- kamal`` - Zainee Othman

*Org2 area Bangi dan seluruh Malaysia sila alert..




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)