Wednesday, 24 July 2013

6 Khasiat Taugeh

1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Lebih Muda
Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Lagi Mangsa Bunuh!! Mayat Ditemui Terikat

Mayat kena ikat ditemuiAnggota polis melakukan pemeriksaan ke atas mangsa bunuh di Kampung Padang Siding, Arau, semalam. - Foto Amran Hamid
Arau: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kaki dan tangan terikat di tangga kayu yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di dusun di Kampung Padang Siding di sini, semalam.

Ketika mayat ditemui orang awam kira-kira jam 9 pagi, kemaluan mangsa dikatakan dibiarkan terdedah, dipercayai untuk mengaibkannya. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, berkata polis tidak menemui dokumen pengenalan diri mangsa serta tiada kesan kecederaan. 



Tiada tanda kecederaan

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kematian serta motif utama pembunuhan kerana tiada sebarang tanda kecederaan ditemui pada mayat itu.

“Bagaimanapun, keadaan mayat yang terikat dengan kemaluan yang sengaja didedahkan mungkin boleh memberi petunjuk bahawa kes itu kemungkinan besar bermotifkan dendam,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk bedah siasat. 
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Sarih Salleh di talian 019-3334940 untuk membantu siasatan.

Suami BELASAH Isteri Sebab Tak Kejut Sahur Di Kampung Baru



Gambar Hiasan

Kuala Lumpur – Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baru, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.

“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.

“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya.

Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.

“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu.

“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.

“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan. – Harian Metro