Friday, 27 September 2013

Dalang Bocor Filem KL Gangster 2 Dikenalpasti


Filem KL Gangster 2 yang dilaporkan bocor di internet baru-baru ini telah membuatkan bapa kepada pengarah muda, Yusuf Haslam sendiri berang dengan kejadian itu.

"Kejadian ini merupakan satu pengkhianatan, rompakan dan sabotaj bagi kami (Skop Production)," tegas Datuk Yusof Haslam berhubung filem terbitannya, KL Gangster 2 yang kini bocor di internet.

Filem KL Gangster 2 yang dibintang oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan dan Sofie Jikan itu dijadualkan akan ditayang pada 3 Oktober depan.

Akui kecewa dan terkilan dengan insiden itu, Yusof berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Selain laporan polis, beliau turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani masalah tersebut.

"Ia bukan perkara main-main kerana hal ini sangat serius. Apatah lagi ia kali pertama berlaku dalam sejarah perfileman.

"Saya tidak akan membiarkan mereka yang membocorkan filem ini terlepas begitu saja. Saya akan pastikan mereka akan dibawa ke muka pengadilan," tegasnya.

Menurut Yusof, anaknya Syamsul juga sangat kecewa dan terkejut kerana hasil titik peluhnya selama ini hancur begitu sahaja. Sementelah lagi filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya.

Meskipun ada desas-desus mengatakan 'kebocoran' filem itu didalangi oleh 'orang dalam', Yusof bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

"Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu," katanya.

Beliau berkata, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

Menurutnya, filem yang berbentuk digital format itu senang untuk disalin dan dimuat naik terus ke internet untuk tontonan secara percuma.

"Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni.

"Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri," katanya

NABI MUSA MENGAMBIL LIDAH LEMBU DAN MEMUKUL MAYAT


Gambar Hiasan

Pada zaman Nabi Musa, dikisahkan bahawa ada seorang kaya raya yang mempunyai seorang anak lelaki, apabila wafat orang kaya itu, maka semua hartanya itu menjadi milik pewaris tunggal itu. Melihat akan hal yang demikian, maka sepupu dari pewaris itu telah merancang untuk membunuh pewaris itu, dengan ini mereka dapat mengambil harta-harta tersebut. Setelah mereka membunuh pewaris tersebut, maka mereka pun bertemu dengan Nabi Musa dan memberitahu bahawa sepupu mereka telah dibunuh oleh orang yang tidak dikenali dan meminta supaya Nabi Musa dapat menolong mereka untuk menangkap pembunuh itu.


Setelah Nabi Musa mendengar keterangan dari mereka, maka Nabi Musa pun memohon pertolongan dari Allah S.W.T. lalu Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Musa supaya menyembelih seekor sapi (lembu) dn hendaklah mengambil lidahnya dan pukul pada mayat tersebut, dengan izin Allah maka akan bangun kembali orang yang telah mati itu dan akan menceritakan siapakah yang membunuhnya.



Apabila Nabi Musa menyampaikan kepada mereka, agar mereka menyembelih seekor sapi, maka mereka semua mentertawakan Nabi Musa, sebab akal mereka tidak dapat menerimanya. Padahal Nabi Musa telah banyak kali menunjukkan mukjizat-mukjizat yang tidak dapat diterima akal.

Mereka mentertawakan Nabi Musa dengan mengejek Nabi Musa dengan berkata : “ Tanyalah Tuhan kamu, adakah sapi jantan atau sapi betina yang diperlukan dan apakah bentuk warna, agar kami tidak silap membelinya. “ Kemudian Nabi Musa berkata: “
Menurut apa yang Allah S.W.T. telah wahyukan kepadaku, sapi tersebut ialah berwarna kuning tua dan tidak pernah digunakan untuk membajak tanah atau mengirim tanaman, tidak mempunyai apa-apa kecacatan dan tidak pula mempunyai apa-apa belang.”


Sebaik saja mereka mendengar penjelasan dari Nabi Musa, mereka pun keluar mencari sapi seperti yang disebutkan. Akhirnya mereka menemui sapi tersebut milik seorang anak yatim-piatu dan sapi itulah satu-satunya sumber pendapatannya.


Ayah anak yatim tu adalah adalah seorang fakir miskin yang sangat taat kepada AllahS.W.T. dan selalu melakukan amal ibadat. Sebelum matinya dia telah memohon kepada Allah S.W.T. supaya menolong anaknya sebab dia tidak meninggalkan sebarang harta selain dari sapi tersebut, maka dengan berkat doa ayahnya itu maka sapi tersebut pun dijual dengan harga yang berlipat kali ganda. Mereka terpaksa membeli sapi tersebut walaupun dengan harga yang sangat mahal demi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Nabi Musa A.S.


Setelah itu, mereka membawa sapi tersebut kepada Nabi Musa A.S. dan terus disembelihnya sapi itu. Nabi Musa A.S. pun mengambil lidah sapi tersebut lalu dipukulnya kepada mayat itu. Bangunlaah mayat itu lalu memberitahu orang ramai bahawa yang membunuhnya ialah sepupunya sendiri.


Kisah ini Allah S.W.T. ada menerang kan dalam Al-Quran dalam surah Al-Bakarah ayat 67 hingga ayat 73)

Haruslah kita ingat bahawa sekiranya Allah S.W.T. menghendaki sesuatu maka tidak ada yang mustahil baginya dan mustahil itu hanya bagi manusia.



SUMBER ---- http://hani51.blogspot.com/

8 juta penonton saksi peserta Realiti dirogol secara ‘Live’ di kaca TV!



Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung di dalam kaca televisyen.

Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian.

Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk.

Kemudian dia menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut.

Monique yang berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar terhadap kejadian yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.

Polis mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengambil keterangan Monique berhubung kejadian itu sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun jika disabitkan dengan kesalahan.

Gempar, 70 pelajar diserang histeria


KUANTAN – Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera gempar apabila sekurang-kurangnya 70 pelajar diserang histeria, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, pelajar lelaki dan perempuan yang terkena gangguan itu, meracau-racau dan lari bertempiaran di sekeliling bangunan sekolah sehingga menyukarkan para guru menenteramkan mereka.

Seorang bapa, Saifullizan Abdullah, 38, memberitahu, kejadian histeria itu sudah berlarutan agak lama dan lebih merisaukan dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah, 13, turut mengalaminya.

Menurutnya, kejadian histeria itu juga sudah berlaku berulang kali malah mengganggu pelajaran dua anaknya itu.

“Sejak kejadian tersebut, sikap kedua-dua anak saya berubah apabila menjadi kuat tidur dan lemah.

“Ketika dirasuk di sekolah, ada sesetengah pelajar didapati tidak sedarkan diri dan ada mendakwa mendengar bisikan yang menyuruh mereka terjun dari bangunan sekolah,” katanya.

Saifullizan berkata, paling membimbangkan apabila kejadian pelajar terjun dari bangunan sekolah pernah berlaku dua kali di lokasi yang sama dan salah seorang daripada mangsa maut pada Mei lalu manakala kejadian terbaru pada bulan lalu.

“Saya risau kejadian buruk ini akan mengganggu dua anak saya atau pelajar lain.

“Justeru, saya amat berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Seorang pelajar yang enggan dikenali pula berkata, semasa kejadian, pihak sekolah mengambil inisiatif melaungkan azan bagi meredakan keadaan. Bagaimanapun, situasi menjadi lebih buruk apabila para pelajar terbabit dikatakan semakin agresif dan marah apabila mendengarnya.

“Sekolah ini menjadi huru-hara apabila pelajar yang diserang histeria berlari bertempiaran di sekitar sekolah.

“Keadaan menjadi kecoh apabila guru sukar untuk mengawal dan menangkap mereka untuk dibawa ke makmal komputer bagi diberikan rawatan,” katanya.

Katanya lagi, situasi itu bagaimanapun kembali tenang apabila pihak sekolah memanggil seorang ustaz untuk memulihkan pelajar terlibat, menurut sumber Sinar Harian.

“Saya tengok kakak saya yang turut terkena histeria terbaring dan kemudiannya sedar kembali selepas ustaz memulihkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail ketika dihubungi berkata, beliau masih menunggu laporan mengenai kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan lanjut.

“Kita akan siasat kejadian ini selepas menerima laporan daripada pihak sekolah,” katanya.

Inilah Ibu Termuda dan Tercantik di Rusia Yang Berusia 11 Tahun!

Perkembangan kehidupan remaja jaman sekarang benar-benar sangat cepat, padahal masih berumur 11 tahun, tapi sekarang gadis cantik ini sudah menjadi ibu termuda di Rusia! Teman lelaki pun juga masih muda, ia bernama Habib dari Tajikistan. Dia berkerja di bidang pembinaan. Walaupun mereka sudah punya anak, tetapi mereka belum berkahwin, kerana di Rusia tidak membenarkan perkahwinan di umur 11 tahun. Dan berikut beberapa gambar ibu termuda tersebut:

Habib sering melawat mereka, dan katanya mereka akan segera menikah jika usia mereka sudah memenuhi peraturan di Rusia. Lalu foto-foto ini diambil pada masa gadis tersebut sudah berusia 14 tahun, dan anaknya sudah berusia 3 tahun.






Kerja Pembersihan Empangan Di China ( 12 Gambar ).



Kerja-kerja pembersihan empangan ini berlaku di empangan Xiaolang yang terletak di China. Proses pembersihan ini dilakukan setahun sekali. Setiap kali kerja pembersihan di jalankan, ianya akan menarik perhatian penduduk tempatan dan juga pelancong.



Ianya menarik perhatian penonton kerana ianya kelihatan seperti bencana besar seperti di dalam filem sedang berlaku di empangan ini. Jom kita tengok gambar di bawah.












Pelajar Tingkatan 5 Dirogol Oleh 6 Lelaki

(Gambar Hiasan)

KOTA BHARU - Akibat terlalu percaya kepada teman lelakinya, seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki dikenali termasuk kekasihnya sendiri, dalam kejadian di Kampung Tok Akil di sini Jumaat lalu.

Sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah pada jam 1 pagi mengikut teman lelakinya ke rumah datuk salah seorang rakan kekasihnya itu di Kampung Tok Akil di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan selepas menemani teman lelakinya itu dan kemudiannya dirogol bergilir-gilir.

“Hasil laporan awal yang diperoleh dari pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, terdapat kesan koyakkan baru pada kemaluan mangsa.

“Selepas menerima aduan daripada mangsa, pihak polis terus melakukan serbuan di kampung terbabit dan berjaya menahan enam lelaki berumur antara 17 hingga 18 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Azham berkata, kesemua suspek yang ditahan merupakan bekas pelajar tingkatan lima yang juga merupakan sekolah mangsa berkenaan.

“Kes terbabit disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Cara Mandikan Bayi


Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.


1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share kepada semua , biar semua tahu..

Kanak – Kanak Terpaksa ‘Berkhatan’


Kuala Lumpur – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas kemaluannya membengkak dan sel kulit rosak akibat diikat dengan getah oleh rakan sekolah selama lebih empat jam.

Akibat kejadian Isnin lalu itu, Aqil Danish Yusri, murid tahun satu sebuah sekolah swasta di Taman Sri Gombak, dekat ini, juga terpaksa dikhatankan doktor bagi ‘menyelamatkan’ anggota sulitnya, menurut sumber Metro.


Ibu kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai Salina, 35, berkata, pembedahan dilakukan selama lebih dua jam di Hospital Ampang Putri, pagi semalam dan kini anaknya masih berada di bawah pemerhatian doktor.

Menceritakan kejadian itu, Salina berkata, kira-kira jam 5 petang Isnin lalu Aqil Danish pulang dari sekolah ke rumah mereka di Tamn Sri Gombak seperti biasa, namun dia mendapati anaknya itu tidak bermaya dan kerap ke tandas.

“Pelik dengan sikapnya, saya bertanya sama ada dia sakit atau demam, namun Aqil hanya memberitahu dia berasa seperti hendak demam,” katanya ketika ditemui, semalam.

Membezakan Ais Yang Dibuat Menggunakan Air Paip Atau Air Masak

Pernahkah kita terfikir apakah ais yang kita minum itu betul-betul bersih, adakah ia sudah dimasak? Ini cara-caranya nak tahu adakah ais itu dibuat daripada air mentah atau air yang sudah dimasak:

Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.



Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Pelik! Kilang Menjadi Beku Selepas Disiram Bomba (Foto+Video)

Pelik! Kilang Menjadi Beku Selepas Disiram Bomba (Foto+Video) | Sebenarnya kami sendiri pun tidak pasti bagaimana bangunan ini boleh diseliputi ais beku. Mengikit laporan, bangunan ini terbakar, dan sejurus pihak bomba memadam kebakaran, tidak semena-mena air tersebut menjadi ais. Berkemungkinan ia terjadi kerana cuaca yang terlaju sejuk sehingga air membeku menjadi ais. Jom tonton video di atas ini.



Sebuah kilang lama yang kosong tidak digunakan lagi terbakar di Chicago. Api padam setelah disembur oleh pihak bomba. Api yang terus membakar dipercayai dari dalam kilang membuatkan pihak bomba terus menyembur hingga bangunan itu diselaputi ais dan akhirnya seluruh kawasan itu membeku.













Bangunan Buatan Manusia Paling Condong Di Dunia



Capital Gate sebuah menara atau bangunan yang menjadi tumpuan orang ramai di Abu Dhabi. Bangunan ini telah dinobatkan oleh ‘Guinness Book of World Records’ sebagai bangunan buatan manusia paling condong di dunia. Bangunan ini mempunyai ketinggian 160 meter dan mempunyai 35 tingkat.

Bangunan ini condong sebanyak 18 darjah ke arah barat, empat kali lebih condong dari Menara Condong Pisa. Untuk memastikan bangunan ini tidak timbang, sebanyak 490 batang besi telah dimasukkan ke bawah tanah sedalam 100 meter bagi menampung bangunan ini.

#This is DUBAI!

















Seram! Lima Bangunan Di Malaysia Yang Menakutkan (5 Gambar)

Lima Bangunan Di Malaysia Yang Menyeramkan Di Malaysia, banyak rumah – rumah dan bangunan lama diklasifikasikan menyeramkan dan berpenunggu.

1. Apartment Riviera II, Cheras



Sekitar akhir tahun 1990-an, apartment ini menempatkan pelajar-pelajar asrama beberapa buah universiti dan juga orang ramai, termasuk warga asing.

Ketika para pelajar baru ditempatkan, tiada apa yang tidak kena dengan bangunan ini. Kegiatan pelajar berjalan rancak meliputi aktiviti keagamaan, pembelajaran dan kecergasan. Bangunan diselenggarakan dengan baik, malah ramai pelajar sering menggunakan kolam renang di bahagian tengah apartment untuk mandi-manda.

Tahun demi tahun, keadaan mula berubah. Bangunan apartment yang dulunya ceria, menjadi semakin suram. Khabar angin bertiup kencang, bahawa bangunan ini menjadi tempat para pelajar berduaan dan melakukan aktiviti maksiat. Sejak semua ini berlaku, semakin banyak kejadian mistik mula berlaku di apartment tersebut.

Menaiki atau menuruni bangunan menggunakan lif menjadi sesuatu yang menakutkan, terutamanya di waktu malam. Kadangkala butang menyala sendiri lantas lif berhenti di tingkat-tingkat tak berpenghuni. Kadangkala muncul pula entiti yang tidak diingini sebaik saja pintu lif terbuka di tingkat-tingkat yang tidak ditekan oleh pelajar. Menaiki tangga pula bakal terserempak dengan entiti lain. Kebanyakan hanya berharap nasib mereka baik tidak bertemu dengan entiti setiap kali menggunakan lif.

Dikhabarkan, banyak kejadian mistik berlaku di apartment ini, sehingga jumlah penghuni kian berkurangan. Selenggaraan bangunan semakin diabaikan, air dalam kolam renang menjadi semakin keruh dan perabot semakin rosak. Kejadian histeria dan rasukan berlaku dengan kerap, sehinggalah pada suatu hari, salah seorang pelajar perempuan dikatakan terjun dari tingkat lima kerana mendengar suara aneh yang memintanya berbuat demikian. Kecederaan pelajar tersebut agak serius, sehingga memaksa pihak pengurusan mengosongkan bangunan tersebut kira-kira enam tahun lalu.

Kini bangunan Apartment Riviera II, Taman Kencana, Cheras hanya tinggal bangunan, tiada siapa pun berani menghuninya. Ia semakin suram dan menyeramkan walaupun dilihat dari jauh pada waktu siang. Hanya kumpulan penyiasat paranormal tempatan yang melawat sekali-sekala menceritakan pengalaman seram mereka sewaktu di sana.

2. Rumah Deposit RM 50 Seksyen 2, Shah Alam


Rumah sewa ini sering diperkatakan, terutamanya sewaktu penulis masih belajar di sebuah universiti di Shah Alam. Ramai yang menganggap ia sekadar legenda urban, dan ada yang mengatakan rumah tersebut memang wujud. Khabarnya, penyewa yang menyewa di rumah tersebut akan diganggu dan biasanya akan berpindah keluar selepas hanya sehari atau dua hari.

Walaupun terdapat pelbagai cerita mengenai rumah tersebut, masih ramai yang cuba hendak menyewa. Mungkin kerana depositnya hanya RM 50? Tuan rumah dikatakan sering menolak sekiranya ada yang hendak menyewa, tetapi kebanyakannya tetap berkeras mahu mencuba. Biasanya jumlah penyewa yang ramai menyebabkan ada yang berani menanggung risiko. Kalau ramai, apa yang hendak ditakutkan bukan?

Namun begitu, percubaan mereka berakhir mengecewakan. Pernah satu kumpulan tabligh cuba menyewa rumah tersebut. Pada hari pertama, di waktu maghrib, mereka duduk berkeliling dan berdoa, secara tiba-tiba satu kepala manusia jatuh di tengah-tengah mereka. Kesemua anggota tabligh terus lari keluar dari rumah tersebut dan tidak pulang lagi.

Cerita yang paling terkenal tentang rumah ini ialah cerita salah seorang penyewa yang pada masa itu berjumlah sepuluh orang. Dua orang dari mereka telah meratakan sedikit busut yang betul-betul berada di belakang pintu dapur. Akibatnya, mereka mula diganggu. Ada antara mereka yang kaki direntap sewaktu sedang tidur sehingga jatuh katil.

Ada pula yang terjumpa batu nesan di atas katil, serta diganggu suara perempuan ketawa mengilai.

Kisah penyewa ini berakhir malang apabila diganggu sehingga dua orang yang meratakan busut telah meninggal dunia, seorang akibat kemalangan semasa lari keluar dari rumah tersebut, dan seorang lagi jatuh sakit selepas itu.

Apa sejarah rumah ini? Khabarnya ia ialah rumah seorang pengamal sihir. Satu ketika dahulu, keluarga pengamal sihir ini dijumpai mati dibunuh di rumah tersebut.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar rumah tersebut, yang dikatakan berdekatan dengan sebuah taman tema air yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam.

3. Kemayan City, Johor Bahru



Sebenarnya bangunan Kemayan City, bolehlah dikatakan sebagai satu projek ‘gajah putih’. Ia pada asalnya hendak dibina sebagai salah satu pusat membeli belah di Johor Bahru sekitar 90’an, namun pembinaannya tergendala apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1998.

Selepas ekonomi kembali pulih, bangunan itu terbiar begitu saja. Ada yang mengatakan ia menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian, dan ada juga pasangan yang mengambil kesempatan duduk berduaan di situ. Khabarnya, ada juga penagih dikatakan cuba mencuri kabel elektrik di situ, malang sekali mereka terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia.

Sebelum ini tersebar juga cerita mengenai keluarga dari Singapura yang lalu di hadapan bangunan itu melihatnya begitu meriah, dengan lampu warna warni terpasang dan dipenuhi begitu ramai pengunjung. Keluarga ini telah masuk ke bangunan itu, membeli belah dan makan.

Setelah beredar, mereka singgah di rumah saudara dan menceritakan pengalaman membeli belah di situ. Kemudian barulah mereka tahu yang Kemayan City hanyalah bangunan kosong yang terbengkalai. Barang yang telah mereka beli di situ hilang begitu saja manakala baki wang yang didapati bertukar menjadi daun kering.

Kata orang arif, ia ialah kerja syaitan yang mahu melekakan dan menyesatkan manusia. Mungkin ada benarnya.

4. Rumah Banglo Jalan Turi, Bangsar



Rumah ini pernah mendapat liputan meluas sekitar tahun 1992, apabila dua orang kanak-kanak lelaki dan pembantu rumah (kesemuanya warga asing) yang menghuni rumah itu telah dibunuh oleh seorang pengawal keselamatan. Pembunuhan mereka dikatakan dilaksanakan secara kejam, dan mayat mereka dicampak dan disembunyikan dalam lubang najis di belakang rumah.

Akibat perbuatannya, pengawal keselamatan itu telah dijatuhkan dan menjalani hukuman mati. Namun cerita itu tidak berakhir begitu saja.

Rumah banglo itu terbiar tidak berpenghuni apabila pemiliknya pulang ke negara asal. Keadaan rumah tersebut menjadi semakin daif kerana tiada siapa berani tinggal di situ. Perabot telah musnah dan keadaan rumah semakin uzur. Biarpun begitu, acap kali diberitakan orang ramai yang melawat rumah itu atau lalu lalang di bahagian hadapan terlihat bayangan dua orang budak dan juga wanita di situ, terutamanya waktu senja.

Kini, rumah itu telah dirobohkan sepenuhnya. Oleh siapa, tidak pula diketahui. Yang tinggal hanya serpihan rumah saja. Namun bila melihat runtuhan rumah saja pun, seseorang itu masih boleh berasa seram.

5. Penjara Pudu



Antara yang tempat yang terkenal sebagai tempat yang menyeramkan, ialah Penjara Pudu yang terletak di Jalan Hang Tuah. Bangunan penjara itu menempatkan bukan saja banduan biasa malah banduan akhir.

Antara cerita mengenai Penjara Pudu ialah mengenai seorang detektif yang sedang menyoal siasat seorang banduan wanita sekitar tahun 60’an. Sewaktu sedang menyoal siasat secara tiba-tiba kepala wanita tadi terjatuh dan bergolek ke pintu bilik.

Detektif tersebut telah lari keluar dan mendapati sebenarnya dia tidak menyoal siasat sesiapa pun. Banduan wanita tersebut sebenarnya tidak wujud di penjara itu.

Kini Penjara Pudu telah diruntuhkan sepenuhnya dan proses pembinaan bangunan baru sedang dijalankan. Khabarnya sebuah pusat membeli-belah akan dibina di situ.

sumber: informasi

Masjid Ini Didirikan Oleh Makhluk Ghaib

Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.


Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.

Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.


Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan
kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.

Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan
untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.




sumber: billyinfo.blogspot.com