Saturday, 15 June 2013
Tanda Terkena Santau dan Cara Mengelakkan Santau
Walaupun sekarang kita duduk di zaman moden dan teknologi, tapi budaya santau dalam kehidupan harian tetap ada.Selalunya berpunca dari perasaaan cemburu,iri hati,perasaan dendam terhadap seseorang lalu dihantarnya santau.
Tanda Terkena Santau dan Cara Mengelakkan Santau
Santau terbahagi kepada dua:
Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah dirawat.
Jenis Kedua – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.
Secara umumnya, santau ditujukan kepada mangsa bertujuan seperti berikut:
- Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.
- Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
- Ingin menguji tahap kekuatan atau ketahanan kebatinan seseorang.
- Sebagai medan menguji tahap kekuatan dan kesan santau yang dimiliki.
- Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluargannya.
- Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang.
Bahan-bahan Santau
- Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
- Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
- Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.
- Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.
Tanda-tanda terkena santau
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
- Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
- Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
- Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
- Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
- Lenguh seluruh anggota badan.
- Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
- Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
- Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
- Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
- Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
- Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
- Sentiasa sakit pada tulang belakang
- Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
Kesan-kesan Santau
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
- Hilang daya ingatan
- Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah.
- Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran.
- Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
- Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.
- Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.
- Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.
- Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.
Panduan Mengesan Kehadiran Santau
Apabila orang yang terkena santau angin, makan limau nipis atau nenas bersama kicap dan mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan dan pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam.
Panduan untuk kita mengesan kehadiran santau bila kita makan di kedai makan ataupun di restoran daripada Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Bin Rozali:
Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.
Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau
Ayat Pelindung Diri dari Santau
Ayat di atas ini adalah amalan bagi mengelakkan dari terkena santau ataupun bagi pendinding diri dari segala mudharat. Hadith nabi “Sesiapa yang membacanya ketika pagi sebanyak 3 kali dan petang sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu pun”. Segalanya dengan izin Allah SWT. Seeloknya ayat ini diamalkan sekurang-kurangnya sebanyak 3 atau 7 kali sebelum keluar daripada rumah setiap hari
Antara ayat-ayat lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan santau boleh ke website Darussyifa yang diasaskan oleh Dato` Dr. Haron Din
Semoga ilmu ni bermanfaat untuk semua.
Ilmu Untuk Kaum Lelaki/Suami
SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.
MENANAM URI ANAK
Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya,kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
Gempar!!! Ikan Haruan Gergasi 200kg Diangkut Guna Jentolak
KUALA TERENGGANU – Kemunculan ikan haruan seberat 200 kilogram (kg) menggemparkan penduduk Kampung Che Kundur apabila ikan berkenaan terpaksa dibawa menggunakan alat mengangkut barang beroda tiga dan jengkaut.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Saad Mahmud berkata, ikan yang dibawa lebih kurang 150 meter dari rumahnya ke tali air berhampiran menyebabkan ramai penduduk keluar dari rumah masing-masing.
“Replika ikan haruan yang disiapkan dalam masa hampir dua minggu ini sebagai simbolik tali air Kampung Che Kundur yang terdapat banyak ikan, selain menjadi lokasi pertandingan memancing.
“Saya sengaja meletakkan replika ikan haruan sebagai mercu tanda kampung,” katanya setelah selesai meletakkan replika berkenaan di Kampung Che Kundur, di sini.
Saad berkata, replika itu sebahagian daripada persediaan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat daerah dan Anugerah Desa Cemerlang.
“Kita juga dalam proses membina pintu gerbang dan menceriakan seluruh kampung dengan menanam pokok bunga dan memberi fokus kepada aspek kebersihan,” katanya.
Tambahnya lagi, menerusi pertandingan berkenaan, sudah dua kali kampungnya tersenarai tetapi hanya menang sagu hati.
“Kali ini kita mahukan yang terbaik untuk kampung ini,” katanya.
Padah Akibat Cuba Merangsang Nafsu Isteri Dengan Bola Golf
SUBANG JAYA – Tindakan seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan menggesel bola golf di kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola berkenaan tersangkut dan gagal dikeluarkan sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke hospital.
Difahamkan, sebaik saja bola golf itu tersekat dalam kemaluan isterinya, lelaki terbabit berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi tidak berjaya.
Kejadian malang itu berlaku apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya melakukan hubungan intim tetapi ditolak kerana keletihan.
Namun, tindakan suami menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya yang sudah nyenyak tidur.
Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya.
Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya.
Apabila tersedar, wanita berkenaan mendapati suaminya sedang menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola golf yang tersangkut dalam kemaluannya.
Bagaimanapun, pada awalnya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam kemaluannya kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa isterinya ke hospital, katanya.
Wanita itu dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di situ.
Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya mengeluarkannya, katanya.
Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya mengeluarkannya, katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan polis tidak lama selepas itu.
Menurut sumber itu, wanita berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan ke jabatan agama untuk tindakan susulan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)