Monday, 16 December 2013

5 TAHUN TIDUR DENGAN MAYAT ISTERI


Takdir alam, setiap yang hidup pasti mati dan tiada siapa yang dapat melawan hakikat ini. Tetapi kasih sayang seorang suami yang mahukan isterinya berada di sampingnya walaupun telah meninggal dunia adalah sesuatu yang mustahil. Namun seorang warga Vietnam telah berjaya melakukannya! Dia menggali semula mayat isterinya dan menyelimutkan mayat itu dengan tanah liat sehingga meyerupai patung seorang wanita.

Lelaki tersebut, Le Van, 55, dari Ha Lam, wilayah Quang Nam berbuat demikian agar dapat memeluk isterinya setiap malam sejak lima tahun lepas. Isterinya meninggal dunia pada tahun 2003 dan Le Van tidur di pusara isterinya semenjak itu.

Setahun selepas itu, dia menggali sebuah terowong berhampiran tempat itu untuk melindungi dirinya dari hujan dan angin. Namun tindakan yang tidak masuk akal itu dikesan oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.

Tetapi Le Van tidak dapat meneruskan hidupnya tanpa isterinya di sisi. Oleh itu, dia menggali mayat isterinya dan membawanya balik ke rumah. Sehingga hari ini, dia masih tinggal bersama mayat isterinya serta anak mereka. Le Van memberitahu akhbar Lao Dong bahawa pada awalnya jiran-jiran tidak berani menjenguknya, tetapi kini mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut dan berkunjung ke rumahnya sekali-kala.

“Saya melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan bukan seperti orang kebanyakan,” katanya.

Dia juga dapat merasakan kehadiran roh isterinya sentiasa bersama mereka dua beranak. Mereka juga tidak takut untuk tidur bersama mayat itu. Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka sedang merancang untuk memeriksa kes tersebut kerana di bawah undang-undang sanitasi yang baru digubal, mayat mestilah dibakar atau dikebumikan.

Perbuatan menanam mayat di kawasan perumahan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.

Kisah Bunuh Diri Beramai-Ramai Mengerikan

Didirikan pada akhir tahun 1970-an, di bawah kepemimpinan Jim Jones, aliran pemujaan ini hidup menyendiri terpisah dari dunia di sebuah hutan di Amerika Selatan. Pada tahun 1978, anggota kongres Amerika, Leo Ryan, mengunjungi wilayah Jonestown dalam misi pencari fakta. Ketika Ryan hendak meninggalkan Jonestown,lapan belas anggota aliran pemujaan yang ingin meninggalkan aliran pemujaan itu mencuba ikut menyertainya, yang membuatkan menjadi awal kerusuhan . Anggota aliran pemujaan melepaskan tembakan kepada mereka yang mencuba meninggalkan aliran pemujaan itu.

Anggota kongres Ryan, tiga orang wartawan, dan seorang anggota aliran pemujaan yang mencuba untuk lari, terbunuh. Sebelas orang terlcedera. Beberapa jam setelah kejadian, pemimpin aliran pemujaan memerintahkan anggota-anggotanya untuk melakukan bunuh diri massal dengan meminum potasium sianida. Kanak-kanak meninggal lebih dulu, bayi dibunuh dengan racun yang dimasukkan ke mulut dengan sedotan. Setelah itu, lebih dari sembilan ratus orang, termasuk kanak-kanak, meracuni diri mereka sendiri.














Penjara Paling Best Di Dunia....


Norway merupakan sebuah negara yang terkenal dengan sistem penjara liberalnya.
Terdapat kira-kita seramai 115 orang banduan yang ada di pulau penjara Bastoy ini dimana mereka boleh pergi ke mana sahaja sesuka hati mereka asalkan tidak keluar dari pulau tersebut. Terdapat ramai pengawal bersenjata yang mengawal dan sekeliling pulau telah dipagar untuk menghalang mana-mana banduan daripada melepaskan diri.


Ramai banduan yang ditempatkan di pulau ini telah disabitkan dengan jenayah yang serius iaitu bermula dari pengedaran dadah, rogol dan bunuh. Idea pulau penjara Bastoy ini dibina bukanlah bertujuan untuk menyinggung perasaan rakyat Norway dengan memanjakan penjenayah dan bukannya menghukum mereka tetapi ianya bertujuan untuk mengubah sikap mereka.


Semua banduan di pulau ini mempunyai pekerjaan yang mereka perlu melaporkan dari jam 8:30 pagi hingga 3:30 petang. Antara pekerjaan mereka adalah seperti berkebun, pertanian, menjaga kuda, dan lain-lain lagi. Mereka akan dibayar kira-kira $USD10 (kira-kira RM30) sehari sebagai gaji mereka untuk membeli barangan di kedai runcit dan lain-lain. Pihak penjara juga menawarkan mereka menu makan yang pelbagai untuk dipilih sebagai makanan mereka setiap malam.


Petua Halau Nyamuk


TIPS UTK ELAK NYAMUK DARI BAYI ANDA & TIDAK MEMUDARAT KN KESIHATAN DARI BAU RACUN.. Mempunyai masalah nyamuk? cuba kaedah ini. SELAMAT dan BERKESAN menghalau nyamuk! Hanya potong separuh daripada limau nipis dan tekan beberapa ulas cengkih . Ini adalah cara mudah menghalau nyamuk ... Boleh SHARE.. Pastikan untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda!..

Pekerjaan Ngeri Mencari Mayat


Percaya atau tidak mencari mayat telah menjadi rutin harian seorang lelaki bernama Wei Xinpeng. Dia telah bertahun-tahun melakukan pekerjaan tersebut dengan tekun meskipun kedengaran sangat aneh.

Wei Xinpeng, lelaki separuh umur yang biasa memburu mayat di Sungai Kuning. Wei, seperti diungkapkan oleh portal berita BBC, kerap memulakan aktivitinya dengan melepak sambil merokok di tepi sungai kuning. Matanya tetap tajam mengamati aliran Sungai Kuning yang keruh. Dia yakin, sungai itu pasti selalu menyimpan mayat manusia, entah korban kecelakaan, dibunuh, atau pun bunuh diri.



Lelaki berusia 55 tahun itu seperti telah hafal betul aliran sungai Kuning, dan dia faham dengan melihat ke mana arus membawa mayat-mayat yang tenggelam di sungai itu. Biasanya, Wei mendayung perahunya ke satu jambatan kecil di hilir. Di sana, biasanya mayat tersangkut di celah besi jambatan. Dalam tujuh tahun terakhir, mencari mayat kini adalah kegiatan rutin Wei. Dia menjual penemuannya (mayat) itu ke ahli keluarga mangsa. “Saya memberi penghargaan kepada si mayat,” ujarnya seperti dilansir BBC.

Wei mengaku telah mengumpulkan lebih 500 mayat dari dasar sungai. “Orang-orang ini mati dengan cara menyedihkan,” ujar Wei. Dia mengumpulkan mayat penemuannya itu di satu teluk kecil yang tidak dibawa arus. Mayat-mayat beragam bentuk itu dikumpulkan di sana. BBC melaporkan, di teluk kecil itu ada empat mayat yang tubuhnya telah kaku, dengan kepala tertelungkup ke bawah. Setiap kali berhasil menangguk mayat, Dia menyebut ciri fisikal mayat itu, sehingga ahli keluarga yang bersangkutan dapat segera mengenalinya. Biasanya, ahli keluarga si mayat akan menelefon Wei, dan meminta dihantarkan ke tempat dia menyimpannya.


Wei membawa ahli keluarga si mayat ke teluk kecil itu. Dia membalikkan tubuh si mayat agar wajahnya dapat terlihat. Jika ahli keluarga si mati ingin membawanya pulang, maka mereka harus membayar wang (sebangai penat lelahnya) lebih dari US$500, Wei mengatakan, selama ini dia telah menjual sekitar 40 mayat. Tapi kadang2, keluarga si mayat enggan membayar, dan pulang tanpa membawa jenazah yang ditemui Wei. “setelah Mereka melihat sebentar, lalu pergi tanpa berkata apa-apa. Mereka tak membawanya pulang,” ujar Wei.

Jika sudah begini, Wei terpaksa harus menguburkan mayatnya secara pantas. Soalnya, pemerintah akan membiarkan mayat yang ditemuai membusuk tanpa melakukan apapun. Wei mengatakan apa yang dia lakukan bukan semata-mata kerana wang, tapi kerana alasan lebih pribadi. Dia pun berkisah. Pekerjaan ini, kata Wei, bermula dari usahanya untuk mencari anaknya sendiri, yang tenggelam di Sungai Kuning. “Anak saya tenggelam di sungai ini dan saya tidak dapat menemui mayatnya. Sangat menyakitkan. Itu sebabnya saya melakukan pekerjaan ini,” ujar Wei. Putra Wei sampai sekarang belum ditemui.

tujupakale??? apa tu???


Di kedai mamak yang sarat dengan pengunjung dan ada kemudahan WIFI yang canggih, seorang pemuda dengan semangatnya membuka laptop barunya dan bertanya dengan pekerja mamak password WIFI di situ.

-Tam : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
-Tam : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
-Tam : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
-Tam : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
-Tam : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Tam pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

-Tam : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
-Tam : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
-Tam : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
-Tam : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Tam pun taip)
-Tam : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
-Tam : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
-Tam : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
-Tam : %@$#@%#!!!!…. [ tam]

Ini Dia Orang Yang Terlalu Malas Didunia

Kita memang tahu bahawa di dunia ini banyak orang malas tentang hal-hal yang mereka lakukan dalam hidupnya. Sebagian kita menyebutnya orang yang malas dan sebagian lagi kita menyebutnya orang yang SUPER MALAS.

Berikut adalah kumpulan foto dari orang-orang yang super malas tersebut. Foto-foto ini adalah raliti! Anda akan tersenyum atau mungkin mengatakan “ada jugak orang kaya begini!!”.




Sanggup beratur panjang semata2 malas nak naik tangga


22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah