Saturday, 12 October 2013

Anggota Polis Parah Diserang Di Balai Polis ??


SEGAMAT- Dua lelaki termasuk seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am Batalion Keenam, Bakri, Muar, cedera setelah diserang lima lelaki bersenjata parang di kawasan Balai Polis Labis di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukaimi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, anggota polis berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, kaki kanan, dan anggota tubuh badan, manakala rakannya hanya mengalami cedera ringan.

“Kedua-dua mangsa bersama dua orang lagi termasuk isteri mangsa sebelum itu sedang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Labis-Segamat.

“Bagaimanapun ketika di pertengahan jalan iaitu kira-kira dua kilometer daripada Balai Polis Labis, kereta yang dinaiki mangsa telah ditahan oleh sekumpulan lelaki,” katanya ketika dihubungi di sini malam Sabtu.

Menurutnya anggota polis berkenaan yang keluar daripada kereta selepas itu telah ditetak dengan parang daripada belakang oleh salah seorang lelaki terbabit menyebabkan mangsa terpaksa menyelamatkan diri dan kembali masuk ke dalam kereta.

Katanya, melihat keadaan itu rakan mangsa bertindak memecut kenderaan ke arah balai polis, namun telah diekori oleh kumpulan lelaki tersebut dengan sebuah kereta.

“Rakan mangsa yang keluar untuk membuat laporan kemudian telah diserang di kawasan balai polis berkenaan sebelum anggota polis di balai polis berkenaan bertindak menahan mereka yang terlibat,” katanya.

Berikutan itu, polis menahan lima lelaki berusi 30 hingga 40-an di tempat kejadaian dan merampas empat bilah parang yang digunakan untuk menyerang mangsa.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat di sini untuk menerima rawatan lanjut.

Anggota polis berkenan kini masih menerima rawatan di hospital berkenaan manakala rakannya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Dua Sahabat Tak Sempat Balik Beraya

Keadaan Proton Wira dinaiki dua sahabat yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Bukit Sejuk, Paka, petang kelmarin.

PAKA - Hasrat dua sahabat yang juga rakan sekolej menghabiskan masa cuti sempena sambutan Aidiladha di kampung halaman tidak kesampaian apabila keduanya maut dalam kemalangan, dekat sini, petang kelmarin.

Kemalangan kira-kira jam 5.30 petang di Kilometer 25 Jalan Paka-Al Mukhtafi Billah Shah itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dinaiki Hasmadi Zainordin, 30, dan rakannya Mohd Rizairie Mohd Rizan, 23, terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan.

Ketika kejadian, dua sahabat itu yang merupakan penuntut jurusan keselamatan di Institut Marin dan Latihan Ronaco Kemaman dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Hasmadi yang tersepit di tempat duduk pemandu dilaporkan cedera parah dan maut di tempat kejadian, manakala Rizairie meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Dungun.

Rakan mangsa, Maisurah Nor, 19, berkata, sebelum kejadian, dua rakan kolejnya itu sempat menikmati sarapan pagi di sebuah warung makan berdekatan kolej mereka.

Katanya, Allahyarham ketika itu banyak berdiam diri dan hanya melemparkan senyuman ketika rakan-rakan lain sedang asyik berbual.

''Tak sangka kedua-dua mereka akan menemui ajal, baru pagi tadi (kelmarin) kami bersama," katanya.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika mengesahkan kejadian berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Jenazah Hasmadi kemudian dibawa pulang ke kampungnya di Jelawat, Bachok, Kelantan, manakala jenazah Ruzairie dibawa pulang ke Machang, Kelantan.

Pemandu Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan itu, Mohd Khairul Anuar Alias, 19, hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Dungun. - Sinar

Kejam! Lelaki Dibunuh Dan Dikerat Selepas Bertengkar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, memang agak tragis jika berlaku perkara seperti ini, mana taknya, sanggup seorang kawan membunuh dan mengerat mayat rakannya selepas bertengkar.


Bangkok: Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun kerana disyaki membunuh rakannya sebelum mengerat tubuh mangsa. Ketua Polis Daerah Prathai Sanong Boonkerd semalam berkata, Chalermpol Masripha ditahan di kediamannya, 35 kilometer dari tempat kejadian malam kelmarin.

Hasil siasatan mendapati Chalermpol mengakui membunuh Paisal Pachuenjai, 41, selepas mereka bertengkar ketika minum arak di kediaman suspek. Chalermpol berkata, dia hilang sabar selepas Paisal mendakwa keluarganya merampas tanah ibu mangsa.

Suspek menjelaskan kepada mangsa yang ibunya sudah menerima bayaran pembelian tanah berkenaan tetapi dinafikan mangsa. Pertengkaran tercetus antara suspek dan mangsa sebelum suspek hilang sabar lalu membunuh mangsa. Chalermpol mengakui dia mabuk dan menggunakan pisau dapur untuk menikam Paisal sebelum mengerat mayat rakannya berkenaan kepada beberapa bahagian.

Suspek juga mengakui melakukan demikian kerana dia berhalusinasi seolah-olah menjadi seorang doktor yang menjalankan bedah siasat terhadap mayat.

Respon David Teo Isu Larang Wawa Zainal Berkahwin

Respon David Teo Isu Larang Wawa Zainal Berkahwin | David Teo menafikan sekeras-kerasnya mengenai halangan pada Wawa Dan Aeril untuk berkahwin.Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.


Kenapa tipu apabila wartawan tanya tentang perhubungan kalian?

AERIL: Saya nafikan perkara ini kerana hormat permintaan Wawa. Dia takut dimarahi MIG. Sebab itu kami terpaksa rahsiakan. Lagi pun memang kami ada rancang untuk memberitahu hubungan ini selepas tamatnya kontrak Wawa dengan MIG pada 2015. Tetapi ia dibongkar terlebih dahulu oleh pihak media. Sekarang ini saya rasa seperti dalam peperangan ketika menghadapi situasi ini.
WAWA: Macam ini, kami meminta maaf kepada semua kerana penafian ini. Apa yang dilakukan semuanya bersebab.

Aeril menyarungkan cincin ke jari Wawa semasa majlis pernikahan mereka.

DIKUARANTIN PIHAK MIG
Kenapa nak takut dengan David Teo (Ketua Pegawai Eksekutif MIG) pula?
WAWA: Kamu semua tidak tahu bagaimana cara pengurusan MIG. Memang saya takut dimarahi David. Mereka pernah kuarantin saya selama sebulan semata-mata mahu menghalang saya berjumpa dengan Aeril. Dan bukan senang untuk saya keluar daripada MIG.
Jadi kontrak sekarang macam mana?
WAWA: Saya masih mahu meneruskan karier lakonan, tetapi tentang kontrak saya tak pasti.
Sebelum ini Wawa kata kena sihir dan pada masa sama Wawa mengandung. Macam mana pula ceritanya itu?
WAWA: Saya terkena sihir ketika bulan Mac (2013) dan masa itu memang sedang mengandung. Alhamdulillah penyakit saya itu sudah sembuh sebelum melahirkan anak lagi.
Menyesal kerana tidak mendedahkan perkara ini lebih awal?
AERIL: Ya saya menyesal kerana tidak mendedahkan status perhubungan ini lebih awal dan pada masa sama tertanya-tanya apakah tujuan wartawan itu mendedahkan hal kami? Mengaku atau tidak, itu hak kami untuk memberitahu.
Saya sedih apabila banyak tohmahan dilemparkan kononnya anak saya tidak sah taraf. Apabila tengok anak sedang tidur, saya menangis sedih kerana anak itu dianggap anak haram. Saya tak kisah diri ini dihina, tetapi disebabkan pihak itu mendedahkan anak saya tanpa kebenaran, buatkan saya sedih.



DAVID TEA NAFI HALANG CINTA AERIL & WAWA
Sementara David Teo yang dihubungi pula menafikan dakwaan pihaknya tidak memberi kelonggaran kepada artis naungan mereka berkahwin.
Katanya, walaupun dalam kontrak menjelaskan seseorang artis di bawah jagaan MIG dilarang bercinta, tetapi mereka tetap memberi kelonggaran sekiranya artis tersebut mengesahkan status masing-masing.
Adakah benar David menghalang cinta Aeril dan Wawa?
DAVID: Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.
Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.
Adakah benar MIG sendiri pernah mengkuarantin Wawa?
DAVID: Tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar di kuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika di kuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan?
Dalam situasi sekarang ini, adakah David masih menerima Wawa sebagai artis MIG?
DAVID: Setakat ini dia tidak melanggar kontrak. Cuma dia tidak membuat pengesahan mengenai statusnya sebagai isteri dan ibu. Ya, saya masih menerimanya kerana kejelitaannya yang dilihat boleh pergi jauh dalam industri seni tempatan.-mStar

“Orang kata anak saya anak haram” – Aeril


SHAH ALAM – Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu.

Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

“Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan.

“Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta,” katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, hari ini.

Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu.

“Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah, menurut sumber Sinar Harian.

“Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini,” kata Aeril.

Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.

“Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa…tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.

“Tetapi…apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya…itu hak peribadi.

“Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi,” kata Aeril sedikit emosi.

Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.

Wanita Kena Tembak 2 Das Berdekatan Balai Polis

KES MELEPASKAN TEMBAKAN DI TEPI BALAI POLIS BINJAI.
KEJADIAN BERLAKU L/KURANG 1840 HRS.MANGSA 1 (P) (M) NAMA : NURUL ATIKAH BT SIDIK.
KPT :
ALAMAT : KG. KARANG BINJAI.

MANGSA MENAIKI M/KAR JENIS PERSONA NO PENDAFTARAN : WWB 5519 DARI RUMAH KG KARANG UNTUK KE K/KERIAN.

APABILA SAMPAI DI TRAFIK LIGHT BINJAI DALAM KEADAAN BERHENTI KERANA LAMPU MERAH,MANGSA TELAH DI TEMABAK 2 DAS TEMBAKAN DIBAHAGIAN LENGAN KANAN DAN TAPAK TANGAN KANAN.

MANGSA TELAH DIBAWA KE WAD KECEMASAN DI ZON KUNING HUSM UNTUK RAWATAN LANJUT.

SASPEK DIPERCAYAI 2 (L) (M) MENAIKI M/SIKAL JENIS YAMAHA 135 LC WARNA MERAH DAN BERTOPI KELEDAR WARNA HITAM NO PENDAFTARAN TIDAK PASTI.

TINDAKAN : TELAH MAKLUM KEPADA KJSJ DAN T/KJSJ.
MAKLUM KEPADA FORENSIK.
DCC KOTA BHARU TELAH HEBAHKAN KEPADA SEMUA DCC,MPV,PEMEGANG W/TALKIE KELANTAN.
ARAHAN T/KPD KOTA BHARU MENGADAKAN OPS TUTUP DILOKASI DI SETIAP BALAI DAERAH KOTA BHARU.

ASP HJI. ABDULLAH BIN OTHAMAN
PEG. BERTUGAS CCC KN