Monday, 17 June 2013

Terhempas Ketika Melakukan Latihan Payung Terjun!!!

Mangsa Koperal Mohd Faizi Rashid adalah seorang anggota polis yang pada ketika itu sedang melakukan latihan payung terjun. Kejadian berlaku di Padang Tekah Asam Kumbang, Taiping, Perak pada kira-kira jam 9.30 pagi Sabtu lalu.Mangsa dikatakan hilang kawalan ketika cuba mendarat sebelum terhempas. Detik cemas itu berjaya dirakam oleh orang awam yang menyaksikan seisi latihan terjunan tersebut.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian itu. Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati terdapat masalah teknikal semasa pendaratan selain masalah perubahan cuaca pada ketika itu.

Mangsa yang bertugas di Cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya didapati patah kedua-dua belah kakinya kini telah ditempatkan di Hospital Ttaiping bagi mendapatkan rawatan. Keadaan mangsa dilaporkan stabil.

Saksikan Visual tersebut di sini : - 
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Anggota_Polis_Patah_Kedua_Belah_Kaki_Terbabit_Kemalangan_Payung_Terjun.html

Tragedi Kemalangan Ngeri 4 Pelajar Universiti Maut Di Shah Alam.



Tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, dekat Shah Alam, hari ini. Insiden 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Viva, Adam Abdul Rahman yang berasal dari Muar, Johor dan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman (Jasin, Melaka) dan Nurul Maizura Maidan Dali (Labuan, Sabah) meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Trafik Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah ketika dihubungi berkata, seorang lagi rakan mereka, Nurfarina Mokhtar berasal dari Kelantan, yang juga penumpang di bahagian depan hanya cedera ringan.
“Mayat Adam, Ameer dan Nurul Maizura dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk bedah siasat manakala Nurfarina menerima rawatan lanjut di hospital yang sama.
“Kesemua mangsa berusia 18 tahun. Adam, Ameer dan Nurfarina adalah penuntut di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam manakala Nurul Maizura pula penuntut di Universiti Putra Malaysia, Serdang,” katanya.
Ruslan berkata, ketika kejadian, keempat-empat sahabat itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari taman tema i-City, di sini ke Kuala Lumpur.
“Berikutan kejadian itu, kesemua mangsa tersepit dalam kereta dan kita (polis) terpaksa meminta bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk mengeluarkan mangsa.
“Polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan… sama ada ia disebabkan kecuaian pemandu atau berpunca dari (kerosakan) kenderaan itu,” katanya.