SARATOK – Mayat seorang lelaki mangsa kemalangan ditemui dalam keadaan mengerikan apabila separuh badannya hilang dari pinggang ke atas disyaki dibaham buaya selepas tiga hari berada di dalam sungai di Kampung Kupang dekat sini semalam.
Sebelum itu, Mohd. Munir Yusuf, 24, dikhuatiri lemas selepas kereta Proton Saga dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai berdekatan Pangkalan Feri Kaba, Ahad lalu. Jarak tempat kemalangan dengan lokasi mayatnya ditemui kira-kira 20 kilometer, menurut sumber Kosmo!.
Sumber berkata, mayat mangsa ditemui pada pukul 7.15 pagi oleh seorang penduduk kampung yang dalam perjalanan ke kebunnya sebelum dia menghubungi polis.