Tuesday, 25 June 2013

PROSES HUJAN BATU MELALUI PERSPEKTIF QUR’AN

Pengenalan

Qur’an menjelaskan banyak fenomena semulajadi yang hanya dapat ditemui atau dijelaskan oleh saintis melalui sains moden sejak 1400 tahun lalu lagi. Proses meteorologi bagi hujan batu turut dinyatakan di dalam Qur’an lama sebelum sains moden mampu menjelaskan bagaimana ia terjadi. Qur’an adalah satu bahan bacaan atau rujukan dalam bahasa Arab yang secara keseluruhannya paling sempurna.Qur’an mengandungi panduan hidup dan moral yang suci kepada umat manusia terutamanya Muslim. Muslim menjadikan Qur’an sebagai bukti utama kenabian Muhammad. Berdasarkan pada buku ‘Meteorology Today by Ahrens hujan air batu adalah kepingan ais, samada lutsinar atau separuh telap yang bersaiz di antara sekecil kacang pea sehingga sebesar bola golf, sebahagiannya berbentuk bulat, sementara ada juga yang berbagai bentuk.
Ayat al-Quran yang menjelaskan pembentukan hujan air batu


(Surah An-Nuur : 43)
Terjemahannya:
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
Pembentukan hujan batu
Allah menyatakan di dalam Qur’an, di dalam Surah An-Nuur : 43, bahawa pembentukan awan membawa kepada hujan dan hujan air batu. Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa hujan batu adalah faktor utama di dalam pembentukan kilat.
Hujan batu dihasilkan dalam awan kumulonimbus (rajah 3) yang terkumpul menghasilkan titisan hujan beku yang besar, bertindak sebagai embrio dengan mengumpulkan cecair yang sangat sejuk, yang dipanggil’accretion’. Di dalam awan terdapat pergerakan tekanan angin yang ganas, membawa embrio kecil ke atas paras beku. Apabila embrio melalui banyak kandungan cecair,ia menghasilkan salutan ais dikelilingnya dan menjadi semakin besar.
Selepas ais itu menjadi besar dan terlalu berat untuk ditampung, ia turun sebagai hujan air batu.Apabila ia mula jatuh, hujan batu mungkin terperangkap di dalam tekanan udara yang kuat lalu dibawa semula ke atas melalui pusingan yang sama semula. Di dalam hujan air batu yang besar, haba  yang dilepaskan boleh mencairkan lapisan luar hujan batu. Hujan batu mampu melalui ’wet growth’ ataupun ‘pembesaran basah’ di mana cecair lapisan luar mengumpul hujan batu kecil yang lain.

Rajah 1 : Bentuk hujan air batu

Hujan batu kecil selalunya cair sebelum sampai ke bumi. Bagaimanapun di dalam angin ribut yang kuat, hujan batu mungkin menjadi cukup besar untuk jatuh ke bumi sebelum ia dapat cair sepenuhnya.
Menariknya mengenai hujan batu adalah ia hanya terjadi ketika waktu paling panas dalam setahun – musim panas. Hujan air batu lebih kerap terjadi di kawasan selain kawasan tropika walaupun kawasan tropika mengalami kadar hujan lebat disertai kilat yang lebih tinggi, kerana atmosphere di kawasan tropika lebih panas berbanding kawasan yang lain.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kita boleh menyatakan bahawa pembentukan hujan air batu telah dijelaskan lama lagi sebelum dapat dijelaskan para saintis. Ayat Qur’an di atas menjelaskan melalui pembentukan awan,maka datanglah hujan air batu. Kita,sebagai Muslim perlulah menjadikan Qur’an sebagai bimbingan sepanjang masa.
Fakta menarik mengenai hujan batu
  • Kira-kira kerugian $1 billion U.S dollar di dalam bentuk tanaman dan harta benda disebabkan oleh hujan air batu setiap tahun di Amerika Syarikat.
  • Hujan air batu di Amerika Syarikat yang mengalami kerugian tertinggi  adalah pada Mei 1995. Jumlah kerosakan adalah $2 billion di mana dianggarkan $1.1 billion adalah akibat kerosakan hujan air batu.
  • Hujan air batu terbesar direkodkan jatuh di Coffeyville, Kansas pada 3 September 1976. Ia berukuran kira-kira ukur lilit 17.5 inci ( diameter lebih 5.6 inci ) dan berat lebih dari 26 auns ( hampir 2 pound ).
  • Apabila dibelah dua, hujan air batu mempunyai lapisan bulat seperti bawang, yang menunjukkan berapa kali ia sampai ke bahagian atas ribut sebelum jatuh ke bumi.
  • Hujan air batu berlaku pada musim panas.
  • Tempoh hujan air batu jarang melebihi 15 minit.
  • Hujan batu jarang berlaku di kawasan tropika kecuali di kawasan tinggi.

Rajah 2 : Pembentukan hujan batu

Rajah 3 : Awan Kumulonimbus.
Saksikan Visual Hujan Batu Dibawah

References :
1.       Ahrens, C. D. Meteorology Today : An introduction to weather, climate and the environment. (2007). Thomson Brooks/Cole.
2.       Yahya, H. Keajaiban Al-Quran.Terjemahan : Syed Mahazir Shariff Ahmad. (2003). Perniagaan Jahabersa.
-TERIMA KASIH-


Pengetahuan mengenai bahaya JEREBU

Ramai tidak faham apa dia jerebu dan kesannya kepada kepada kesihatan. Tulisan ini cuba menjelaskannya. Disusun oleh Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali. (Al-Fatihah buat beliau)

Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO, O3, PM10, SOx dan NOx.
Apa kaitan jerebu dengan manusia? Segala debu,habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan

Apa yang menyumbang kepada jerebu?

1. Pembakaran secara terbuka
2. Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
3. Penggunaan minyak mengandungi plumbum untuk kenderaan
4. Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
5. Pelbagai semburan atau aerosol
6. Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
7. Mungkin juga pembakaran rokok !!!

Alam sekitar adalah merupakan salah satu 'amanah' yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia untuk diurus tadbir dengan jujur dan baik. Alam sekitar tidak boleh dibiarkan saja, apalagi dicemari kerana ini bukan saja menodai `amanah' yang diberikan, tetapi akan menyebabkan berbagai kesulitan kepada kehidupan seharian serta semua makhluk.

Golongan yang berisiko tinggi -menurut Bahagian Kawalan Penyakit (1998):

1.Kanak-kanak dan bayi
2.Orang tua
3.Golongan berpenyakit seperti:

  •  Asma
  •  Bronkitis
  •  Radang paru-paru
  •  Penyakit paru-paru yang kronik
  •  Penyakit jantung
  •  Alahan

4.Perokok
5.Mereka yang sentiasa berkerja di luar rumah



Apakah kesan kesihatan kepada manusia


  • Gangguan saluran pernafasan dan paru-paru seperti asma atau lelah, sesak nafas dan radang paru-paru
  • Mata terasa pedih-pedih,berair dan rengsa serta menyebabkan konjuntivitis
  • Kepala berasa berat dan sakit
  • Dada ketat dan terasa sesak
  • Letih yang berlebihan dari biasa
  • Ketidak stabilan emosi
  • Gangguan kepada hormone terutama wanita
  • Kesan kepada ibu yang mengandung dan juga kepada janin
  • Mungkin menyebabkan maut jika gangguan pernafasan menyebabkan serangan asma atau bronchitis yang teruk


Partikel terampai ini boleh menyebabkan kesan kepada:


  • Kematian bayi dalam kandungan
  • Masalah pernafasan
  • Asma yang kritikel
  • Bronkitis yang kronik
  • Kerosakan paru-paru

Menurut EPA ( Unit Pencemaran Udara USA ) (1992)

Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia

Indeks Pencemaran Udara
Dari Hingga Keputusan
0 50 Sihat
51 100 Sederhana
101 200 Tidak sihat
201 300 Sangat tidak sihat
>300   Berbahaya

Sumber: JAS 1997



Apa yang perlu anda lakukan


  • Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
  • Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
  • Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
  • Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
  • Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
  • Selain itu, anda boleh lakukan perkara berikut
  • Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
  • Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
  • Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
  • Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
  • Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
  • Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
  • Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
  • Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran 
  • Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
  • Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
  • Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
  • Pengharaman pembakaran secara terbuka
  • Kawalan lebih ketat kepada industri.
  • Mengurangkan waktu persekolahan .
  • Mengurangkan masa bekerja
  • Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat
  • Mengurangkan aktiviti kemungkaran dan kemaksiatan kerana setiap yang berlaku didunia ini pasti ada kaitannya dengan dosa, kerosakan dan kezaliman yang dibuat manusia itu sendiri
  • Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diturunkan hujan bagi membersihkan kembali udara


---------------------

Penulis pernah menjadi Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hal Ehwal Luar Dewan Muslimat PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat & meninggal dunia pada 17 Julai 2011. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau.