Dari sumber yang saya terima peristiwa ini terjadi di Brazil beberapa waktu yang lalu, penyebabnya adalah kes rogol. Seorang ayah tergamak memperkosa anaknya kemudian anak tersebut dibunuh dengan kejam, hal tersebut membuatkan warga sekitar marah dan menghakiminya dengan membunuh dan memenggal kepalanya. Bukan itu sahaja, setelah di penggal, kepalanya di gantung pada sebuah kayu dipinggir jalan agar dilihat oleh masyarakat setempat sebagai pengajaran kepada orang ramai agar tidak melakukan kejahatan yang sama seperti yang dilakukan oleh lelaki biadab tersebut.
Monday, 22 July 2013
Mengapa Guru-Guru Ini Ditembak ?
Insiden berlaku di Kelantan dan Kedah. Dalam ketiga-tiga kes itu, guru lelaki ditembak dari jarak dekat semasa berada dalam kereta. Dua daripadanya mati serta merta manakala seorang lagi berada dalam kecederaan serius.
Ketiga-tiga insiden berlaku apabila guru itu sama ada dalam perjalanan ke sekolah atau sedang meninggalkan kawasan sekolah.
Polis sedang mencari motif termasuk kemungkinan membabitkan hutang tidak berbayar daripada ceti haram akan tetapi setakat ini, tiada laporan mengenai sebarang penangkapan.
Dilaporkan hutang isi rumah Malaysia mencapai angka merbahaya, dengan 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan dikatakan kebanyakan daripada yang berhutang adalah penjawat awam.
The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini kebanyakan penjawat awam berhempas pulas membayar pinjaman untuk memenuhi keperluan keluarga. Sesetengahnya mencari pekerjaan kedua untuk menampung kehidupan.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng menggesa pihak berkuasa menyiasat kes ini serta merta dan meminta ahli mereka berjaga-jaga.
“Guru seharusnya memberi tumpuan kepada profesion mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman mendesak Kementerian Pendidikan memberikan perhatian terhadap kes tembakan ini dan mengambil langkah sepatutnya untuk melindungi guru.
“Kelihatan nyawa guru sudah tidak bernilai,” kata Normala dipetik dari Harakahdaily.
"Kita tidak mahu suatu hari nanti murid pula mati ditembak di bilik darjah ketika guru mengajar jika isu ini tidak diambil perhatian serius oleh Kementerian Pendidikan," katanya.
Beliau mencadangkan kerajaan mewujudkan skim insurans sebagaimana yang diperuntukan kepada setiap pelajar untuk semua guru di samping bantuan kepada mana-mana ahli keluarga mangsa yang ditimpa musibah seperti ini.
"Isu kebajikan guru seperti ini perlu diambil perhatian segera terutama apabila berlaku kejadian di mana guru pula mati ditembak ketika pergi dan balik bertugas.
"Suatu mekanisme penyelesaian bagi menjaga kebajikan guru perlu diberi perhatian sewajarnya di saat warga pendidik dan ibu bapa serta pelajar berasa tidak selamat walaupun berada di bangunan sekolah," katanya kepada Harakahdaily.
Pembunuhan Hashim Mat Zain pada 8 Julai dipercayai membabitkan masalah kewangan dan polis kini menemui beberapa petunjuk berhubung kes itu.
Hashim, 43, yang menguruskan hal ehwal murid di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor Tawang mati selepas ditembak sebanyak tiga das.
Mangsa ditemui mati dengan tiga tembakan apabila keretanya terbabas berhampiran sebuah rumah 300m dari sekolah.
“Siasatan setakat ini mendapati mangsa dibunuh disebabkan masalah kewangan,” kata seorang pegawai kanan polis.
Tetapi pegawai itu mengatakan polis masih belum menemui motif percubaan bunuh terhadap seorang lagi guru Mat Zaki Hashim, 35, di Pasir Mas, Kelantan pada 12 Julai.
Mat Zaki menderita kecederaan serius apabila ditembak di lehernya di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas. Beliau kini masih lagi berada dalam wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Insiden ketiga berlaku pada 18 Julai apabila seorang guru sekolah mati selepas ditembak sembilan kali di lampu isyarat berhampiran Simpang Empat Keladi di Kulim.
K Shanmugam, 45, dari Taman Bidara berhenti di simpang lebih kurang jam 12.30 tengah hari apabila dua lelaki menaiki motorsikal Yamaha LC mendekatinya dari sebelah kiri kereta.
Saksi memberitahu polis, seorang daripada lelaki itu mengambil pistolnya dan menambak mangsa berulang kali. – 20 Julai, 2013. - TheMalaysianInsider
Cemar Kesucian Bulan Ramadhan Dengan Tarian Tiang
GEORGETOWN - Seorang janda dicekup Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) ketika sedang asyik mempamerkan aksi ghairah menari tarian tiang di sebuah pusat hiburan awal pagi semalam.
Wanita berusia 27 tahun itu pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguatkuasa JAINPP, namun kemudiannya dia serta merta terjun dari pentas tarian setelah melihat penguatkuasa menyerbu masuk premis berkenaan.
Ibu beranak satu itu pada mulanya mengaku namanya Alvy dan menggunakan loghat Cina untuk bercakap Melayu.
Ia bagi mengelakkan penguatkuasa mengecamnya Melayu yang beragama Islam.
Ketika diminta memberikan kerjasama menyerahkan kad pengenalan, wanita yang menggelar dirinya Alvy itu cuba menengking anggota penguatkuasa JAINPP.
“You don't know my father (awak tidak kenal ayah saya), why you don't respect me (kenapa tidak hormat saya), saya datang untuk seronok-seronok saja,” katanya.
Namun setelah hampir 15 minit barulah dia dalam keadaan ketakutan meminta JAINPP tidak memberitahu perkara sebenar kepada ayahnya.
“Saya beritahu dia datang ke majlis harijadi, bukannya ke sini, tolonglah, tolonglah,” katanya dalam keadaan ketakutan.
Pusat hiburan di Seberang Jaya itu diserbu pada jam 12.30 malam dan turut menahan GRO beragama Islam dan juga lelaki Melayu yang sedang leka minum arak.
Sementara itu, pada jam 2 pagi, JAINPP bersama dengan tujuh anggota unit cawangan khas berjaya mencekup sekumpulan lelaki yang berpesta arak dalam sebuah premis.
Kesemua lelaki berkenaan tanpa segan silu menikmati arak dengan meja yang penuh dengan bekas-bekas arak.
Bukan itu sahaja, lima wanita Islam ditahan dalam premis yang sama dipercayai menjadi GRO.
Salah seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang bekerja di situ mengakui menerima gaji bulanan sebanyak RM3,000 sebulan walaupun hanya bekerja dari jam 10 malam hingga 3 pagi.
Rata-rata mereka juga sudah mempunyai anak, namun bergelar ibu tunggal kerana ada yang bercerai dan juga yang masih belum berkahwin namun mempunyai anak.
“Kami akan layan mereka yang datang minum (arak) sekiranya mereka bayar lebih saja pada kami, kalau RM7 cuma dalam masa lima minit saja mereka boleh bercakap dengan kami.
“Biasanya pelanggan tanya kami siapa nama, tinggal mana, kami bukan bagi mereka pegang-pegang,” katanya.
Operasi bersepadu antara JAINPP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula dari jam 11 malam hingga jam 3 pagi.
Seramai 13 lelaki dan 9 wanita yang semuanya beragama Islam disaman mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang.
Ia adalah atas kesalahan minum apa-apa minuman yang memabukkan, sekiranya disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Sembilan wanita yang bekerja sebagai GRO itu juga dikeluarkan notis oleh JAINPP atas kesalahan mengikut Seksyen 47 bersangkutan Seksyen 35.
Ia melibatkan percubaan seseorang individu yang menganjur, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat dan ia adalah melakukan suatu kesalahan.
Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan.
Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, kesemua yang ditahan berusia dari 22 tahun hingga 44 tahun.
Menurutnya, ada antaranya yang bekerja sebagai pensyarah, pekerja kilang, kontraktor, dan juga tukang paip.
“JAINPP sudah pun beberapa kali memberikan amaran, namun mereka tetap berdegil dan kami sebagai penguatkuasa telah mengambil tindakan tegas dan mahu mengingatkan kepada mereka yang masih berdegil, operasi maksiat ini akan diteruskan sepanjang masa,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)