Monday, 30 September 2013

Ciri-ciri Isteri Derhaka


Memang jodoh pertemuan di tangan Allah S.W.T. Tetapi tidaklah bermakna usaha dan ikhtiar langsung tidak diperlukan. Ertinya sesudah berikhtiar semampu mungkin, maka selepas itu terpulanglah pada Allah apa yang hendak ditakdirkannya.

Perkahwinan adalah penting. Ia adalah suatu pembentukan awal sebuah masyarakat kecil yang akan berlanjutan ke anak cucu dan turun temurun. Dan ini sesuai pula dengan fitrah semulajadi manusia, iaitu memerlukan pasangan di dalam hidupnya.

Oleh itu merancangkan satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil. Hal yang paling penting ialah mencari jodoh. Siapakah bakal isteri atau suami yang hendak dipilih? Yang mana kalaulah terjadi salah pilih, maka kesannya sangatlah buruk, terpaksa menanggung derita dan seksa di dunia hingga akhirat. Tiada bahagia dan kasih sayang. Rasulullah S.A.W. sudah berpesan tentang syarat memilih isteri.

Sabda baginda:
"Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, Keranaharta, rupa, keturunan dan agamanya. Maka pilihlahyang baik agamanya."

Fahamlah kita bahawa syarat penting memilih isteri atau suami ialah yang beragama. Dengan kata lain yang beriman dan yang mengamalkan syariat Islam. Kalau syarat ini ada barulah kita fikirkan tentang hal-hal seperti rupanya, kekayaannya, keturunannya danlain-lain.

Tidak ada syarat lain lagi yang lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh baginda itu. Sebab, wanita beriman, walau dia kaya atau cantik, nescaya dia tetap merendah diri pada suaminya. Tidak akan dikecilkan hati suami lebih-lebih lagi tidak akan ia derhaka pada suami.

Sebaliknya yang wanita cantik pada wajahnya tetapi tidak beriman selalunya membuat suaminya berkeadaan serba salah. Begitu juga wanita kaya yang tidak beriman, biasanya akan memperbudakkan suaminya.

Ini selalu terjadi di dalam masyarakat kita hari ini. Oleh kerana mereka berkahwin bukan kerana Allah, memilih pasangan pula bukannya kerana agamanya, tetapi kerana jawatan, gaji rupa dan lain-lain, ditambahdengan cara kenduri kahwin penuh kefasikan, maka hasilnya terjadilah seperti apa yang terjadi sekarang.

Kalau isteri berjawatan tinggi atau seorang yang terkenal maka rumahtangga mereka akan berada dalam keadaan:

Suami sering merasa hina diri (inferioritycomplex) terhadap isteri. Isteri tidak melayan dengan sepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri.kalau isteri ada di rumah pula dia merasai berhadapan dengan orang besar, yang dihormati ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra dan melayannya dengan baik. kerana itu hiduplah suami dalam keadaan kesunyian selalu dengan rasa rendah diri. Kebahagiaan bersuami-isteri dan berkasih sayang tidak akan terasa lagi.

Oleh kerana isteri biasa mengarah-arahkan pekerja bawahannya atau orang ramai, maka tentu dia terbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suami. Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orang bawahnya. Maka dalam keadaan apa pun suami akan rasa hina diri.

Mengalah sajalah suami. Ikut sahaja apa isteri kata. kalau pun kadang-kadang ia tidak sukadengan perkara itu, terpaksa ditekan-tekan rasa. Pendeknya jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri.
"Kita balik kampung bang".. "Kita keluar bang".. "Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah".. dan sebagainya.

Bila suami ajak ziarah emak di kampung, dia jawab, "Saya ada mesyuarat esok, tidak boleh cuti."

Kadangpula suami ajak pergi kenduri kahwin dijawab, "I ada 'appointment' petang ini."

Sewaktu suami ajak kebilik tidur dia jawab, "I nak siapkan 'speech' untuk esok. Abang masuklah dulu"

Isteri jadi tuan. Suami jadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suami isteri akan menyangka suami itu orang gajinya.

Isteri sentiasa keluar. Siang keluar, malamkeluar. Bila balik, sudah letih. Maka suami akan menjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanya boleh dipandang-pandang, boleh dipegang sekali-sekali. Tetapi tidak boleh dikawal mengikut kehendak suami.

Oleh kerana isteri ada jadual sendiri dan ada pandangan sendiri, maka selalunya arahan suami akan dibahas dan dipertikaikan. Suami jarang merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri meminta keizinannya untuk melakukan sesuatu.

Isteri tidak rasa bersandar hidup dengan suami. Biasanya seorang isteri bergantung hidup, nafkah dan tanggungannya pada suami. Tetapi kerana isteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, maka isteri tidak lagi bersandar pada suami.

Ia tidak memerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup. Hatta kalau suaminya menceraikannya pun dia tidak rasa bimbang apa-apa. Maka dia berani buat apa disukainya terhadap suaminya.

Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:
Isterinya akan membuatkan suami sentiasa rasa hina diri dan rendah diri, kerana isterinya akan banyak mengajarnya. Bukannya suami mendidik isteri tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau tidak tepat selalulah kena komplen atau diketawakan oleh si isteri.

Hendak marah atau hendak merajuk pun takut pula kena leter dengan isteri, maklumlah isteri bijak. Al hasil suami sentiasa rasa diperkecilkan oleh isteri. Dirasa dirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasih sayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat dirasainya lagi.

Isteri tidak yakin dengan sikap, cakap dan arahan suami, maka dengan sebab itu dia tidak boleh taat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar patuh.

Isteri berani mengarah, menentang dan marah-marah pada suami. Si isteri pula, kerana selalurasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaan begini. Maka terjadilah suami menurut kata isteri, suami ikut cakap isteri. Hidup suami diatur oleh isteri.

Suami tidak akan memberi apa-apa maklumat dan tunjuk ajar pada isteri, disebabkan dia rasa malu pada isterinya yang lebih pandai darinya. Oleh kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbang kalau-kalau maklumat atau ceritanya akan disanggah lagi atau dipandang kecil oleh isteri. Kerana itu selalunya isterinya yang banyak cakap, suami menurut saja.

Ertinya suami belajar dengan isteri. Kemuncak dari itu, ialah suami takut untuk membuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnya suami akan takut pada isteri.

Kalau beristeri cantik

Si isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya, maka suami akan selalu kalah dengan kehendak isteri. Si suami pula suka akan kecantikan isteri, dia menyayangi isterinya atas dasar isterinya cantik. maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri diikutinya. Isteri tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan suaminya, ikut ragam dan kerenahnya.

Minta itu minta ini, arah itu arah ini. Kalau tidak dapat, merajuk, meragam dan merengek-rengek. Kalau kemahuannya tidak diikuti dia mengugut hendak balik kg atau minta cerai. Diatahu suaminya tidak akan menceraikannya. Si suami pula kerana terlalu sayang, ikut saja. bukan senang hendak dapat isteri cantik. tetapi hati menderita. Bak kataorang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayang ditelan pahit dibuang sayang. Hal ini jarang berlaku pada wanita-wanita yang tidak cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh menceraikannya, cari yang lain.

Kalau beristeri kaya

Suami akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezeki pada isteri. Isteri jadi 'boss', boleh buat apa saja arahan yang disukai. Oleh kerana rasa termakan budi, suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurut arahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalam keadaan itu suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak berani si suami berlaku sebagai ketua rumahtangga untuk mengarah itu dan ini. Maka akhirnya isterilah yang jadi ketua rumah, jadi 'queen-control'. Jadual dan program isteri yang tentukan. Suami mengiyakan sahaja.

Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidak tinggi jawatan:

Isteri yang setaraf dengan suami atau lebih rendah lagi tidaklah susah sangat suami dibuatnya. Isteri itu terpaksa bersandar sepenuhnya dengan suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dan dirasai suaminya lebih daripadanya. Ada kekuatan dan keistimewaan. Maka mudahlah dia hormat dan taat.

Selamatlah hati suami. namun ketaatan ini bukanlah ketaatan yang suci murni, kerana dibuat dengan terpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya misalnya, nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga.

Ada waktu-waktunya isteri akan engkar juga dengan suaminya, terutama suami ada salah silapnya. Itulah wanita yang tidak beriman yang selalu menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri. Rasa bahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakin hilang dari hari ke hari.

Suami merasai lebih bahagia kalau berada di luar rumah atau jauh dari isteri.Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menanti apa pula ragam si isteri. Soalan apa yang akanditanya. Apa pula yang akan dirungutkan, apa yang akan dimintanya. Panjang mana pula leter yang akan didengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam lagi ragam dan kerenah yang akan dihadapi.

Kesah ini pernah berlaku kepada seorang pendakwah, seorang suami tiba-tiba saja menghulur RM50.00 pada isterinya.

"Hadiah," katanya. Hairanlah isterinya kerana kejadian yang tiba-tiba itu.

"Hadiah apa ni?" Ditanya kepada suaminya.

Maka berkatalah suaminya, "Hadiah kerana tadi ketika saya balik ke rumah, awak sambut baik, tak tanya itu ini macam selalu. Pada hal biasanya kalau saya tidur diluar, pagi baru balik, awak tak gini. Sebab itu dalam perjalanan balik tadi saya sudah bimbang apa nak jadi. Rupa-rupanya awak sudah berubah. Itu pasal saya hadiah RM50."

Isterinya pun tersipu-sipu.

Itulah cerita isteri yang sedang dididik dengan iman. Suami keluar dakwah, kadang-kadang tidak balik. Maka sedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan itu,boleh bersabar dengan ujian kesusahan. tetapi kalaulah tidak dididik dengan iman, mustahil seorang isteri boleh bermanis muka dengan suami di waktu dia sendiri sedang berduka.

Isteri solehah akan sentiasa berfikir untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya, dalam apa jua keadaanpun, akan sanggup mengorbankan dirinya untuk menghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allah dan syurga-Nya.

Lihatlah sejarah seorang wanita Mukmin, ketika anaknya meninggal dunia, ditutup mayat itu baik-baik menunggu suaminya pulang. Bila kembali suaminya ia tidak terus mengadu kejadian malang itu tetapi dihiburkan, dilayan suaminya hinggalah selesai suami menunaikan hajatnya barulah dia bertanya, "Abang, kalau kita diberi pinjam sesuatu, adakah kita kena memulangkan barang itu kepada tuan punyanya? "Tentu sekali," Jawab suaminya.

Kemudian dia menyambung, "Allah telah meminjamkan kita seorang anak. Tapi sekarang Allah ambil kembali anak itu dari kita." "Innalillah wa inna ilaihi raajiuun,"kata suaminya dengan tenang. Maka barulah ditunjukkan mayat anaknya pada suaminya. Begitu mampunya wanita solehah menenangkan hati suaminya. Bukan memekik, melolong, menangis, merapu dan mengungkit itu ini hingga suami jadi dua kali susah. Susahkan ujian yang berlaku, susahkan sikap isteri.

Hari ini mana ada wanita salehah yang mengorbankandiri untuk kebahagiaan suami demi mengharapkan keredhaan Allah dan nikmat syurga di akhirat kelak.Yang ada ialah wanita-wanita yang selalu menyusahkan suami untuk keuntungan dirinya kerana semata-mata memuaskan diri dan nafsunya.

Sebenarnya perkara-perkara yang saya senaraikan diatas, tidak akan atau kurang berlaku kalau kita beristerikan wanita salehah. Sekalipun wanita itu berpangkat tinggi, bijak bistari, cantik molek, kayaraya, namun dia tetap taat dan merendah diri padasuaminya. Suka berkhidmat, menyelesaikan masalah suami (bukan membuat masalah) bahkan semua miliknya ditukargeran menjadi milik mutlak suaminya. Lihat SayidatinaKhadijah, Sayidatina Aisyah dan Siti Fatimah Az Zahrah.

Semua kekayaan, kepandaian dan jiwa raganya dikorbankan untuk membantu perjuangan Rasulullah S.A.W. Siti Khadijah yang asalnya hartawan Quraisy, tetapi setelah menjadi isteri Rasulullah S.A.W., habis hartanya diserahkan, untuk menyumbangkan pada agama Allah. Hingga waktu wafat beliau, tempat tinggalnya hanya satu bilik usang berpintu satu.

Sayidatina Aisyah, Ummul-Mukminin selaku pembantu kuat Rasulullah, turut giat sama berjuang dengan mengorbankan segala kebolehannya kepada perjuangan suaminya. Sesudah wafat Rasulullah, dia bertindak selaku mahaguru kepada para sahabat besar. Siti Fatimah binti Rasulullah adalah isteri yang rela miskin dan bersusah payah untukIslam, pun begitu dia tetap dapat memberi senyum manis pada suaminya.

Itulah ciri dan contoh wanita beriman. Wanita beginilah yang mesti kita sediakan untuk diperisterikan. Sifat wanita beginilah yang mesti kita didik terhadap ahli keluarga kita.

Agar rumahtanggakita nanti dan generasi akan datang adalah syurga kecil yang sementara, yang menjadi sumber tenaga buat kita dan keturunan kita berjuang mendapatkan syurga yang maha besar lagi kekal abadi di akhirat nanti.

Gempar!!! Orang Minyak Akhirnya Ditangkap Polis

(Sekadar Gambar Hiasan)

BENTONG – Pihak polis akhirnya berjaya menyelesaikan satu kes misteri orang minyak yang digembar-gemburkan berlaku pertengahan tahun lalu menerusi pengakuan daripada seorang suspek yang ditahan pada 14 November lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, hasil siasatan ke atas suspek berusia 42 tahun dan berasal dari Tambunan, Sabah itu, polis telah berjaya menemui bukti lelaki terbabit melakukan 13 kes melibatkan jenayah rogol, bunuh dan samun.

Tambahnya lagi, suspek dipercayai melakukan enam kes rogol dan empat kes bunuh melibatkan lima kematian yang berlaku sejak Mac 2009 hingga 14 November lalu.

“Suspek yang kini masih ditahan reman sehingga 27 November dilaporkan tidak mempunyai masalah mental dan memberi kerjasama baik kepada polis yang menjalankan siasatan.

“Selain 13 kes itu, polis juga sedang menjalankan siasatan melibatkan beberapa lagi kes pecah rumah yang dipercayai dilakukan suspek,” katanya.

Tambah Abdul Aziz lagi, hasil siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah bekerja di kilang dan pencuci kereta, namun kemudiannya tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.

Dalam tempoh itu, pihak polis percaya suspek telah menjalankan kegiatan jenayah yang dilaporkan.

“Bagaimanapun sebelum penangkapannya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Menerusi bukti yang ada polis yakin dapat mendakwa suspek atas kes yang dilakukan selama ini,” katanya.

Suspek telah berjaya ditahan di hutan belakang Taman Hussein, pada 14 November lepas oleh tiga anggota polis berpangkat konstabel dan seorang orang awam ketika cuba meninjau kawasan perumahan di situ menggunakan teropong.

Dalam kejadian itu, seorang anggota cedera di bahagian leher akibat dilibas dengan pisau Rambo oleh suspek.– Info Terkini @ forblogger.net

Subhanallah! Satu Keajaiban Di Bumi Gaza Telah Berlaku

Subhanallah! Satu Keajaiban Di Bumi Gaza Telah Berlaku | Kisah pelik dan unik memang banyak terjadi dan ditemui di bumi yang diberkati Allah swt. Palestin terutamanya di wilayah Gaza tidak terkecuali. pada kali ini ingin berkongsi tentang seekor burung di Gaza yang dipetik daripada laman sosial milik Aman Palestin Mesir, mereka mendakwa burung peliharaan as-Syahid Ahmad Abu Kamil masih lagi setia hinggap di sisi darah bekas tuannya itu. Gambaran seperti ini menunjukkan bahawa terdapat keajaiban yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya yang berjuang ikhlas fi sabililah.



Seekor burung kakak tua kepunyaan As- Syahid Ahmad Abu Kamil ketika dia masih hidup, beliau telah syahid setelah serangan 8 hari Israel terhadap Gaza..

Setelah kesyahidan beliau,burung itu hinggap dengan setia diatas darah bekas As- Syahid Ahmad Abu Kamil. Difahamkan,burung ini telah di alihkan dan di buang ketempat yang lain beberapa kali,akan tetapi dia tetap pulang semula ke kawasan tersebut dan hinggap di atas bekas darah As -Syahid Ahmad Abu Kamil..


Sumber : Aman Palestin Mesir

Pelajar Mengaku Dah Biasa Buat Maksiat


Pelajar Mengaku Dah Biasa Buat Maksiat | Setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.Hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.


SUNGAI PETANI – Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin.
Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.
Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah.
Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu. “Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya.
Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.
Beri pelbagai alasan

Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak.
Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.
Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat.
Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.
“Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani,” katanya.
Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu.
Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.
Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama.
Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam.
Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.
Rumah sewa turut diserbu


Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang.
Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan.
Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam.
Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima.
Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu.
Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.
Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan.
Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi.
Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu

Sejarah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

sumber : arkid sejarah

Kemalangan Ngeri Putus Kepala


Dungun – “Ayah mengelak ke kiri jalan dalam usaha menyelamatkan diri, namun kereta itu berpusing dan merempuhnya,” kata Muhammad Keeri Mohd Nor, 19, menceritakan kemalangan yang mengorbankan ayahnya di Kilometer 23, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Bukit Sejuk, di sini, kelmarin.

Kemalangan ngeri jam 6.40 petang itu menyebabkan ayahnya, Mohd Nor Samat, 61, peneroka FELDA Kerteh 4, yang menunggang motosikal putus kepala dan tercampak 30 meter dari tempat kejadian.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu penumpang kereta, Wan Ayuzita Wan Yusof, 23, yang mengandung lapan bulan serta anak sulungnya Mohamad Amizi Azmi berusia setahun manakala suaminya yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback, Azmi Mohamad, 41, serta dua anak saudaranya Mohd Arif Basri Adnan, 11, dan Ahmad Amizan Akmal Ibrahim, 14, hanya cedera ringan, menurut sumber Metro.

Muhammad Keeri berkata, sebelum kejadian, dia bersama ayah, ibunya, Khatijah Wang, 56, isterinya Siti Nor Azizah Mohamad, 17 dan empat adik-beradik ke kebun di Kampung Apu tidak jauh dari tempat kejadian.

“Kami sekeluarga bersama ayah membersihkan kebun sejak jam 8 pagi dan sempat makan nasi bersamanya.

Ulangkaji SPM dalam semak


Hasrat sepasang kekasih berusia 17 tahun untuk memadu kasih di kawasan semak berhampiran Jana kuasa TNB di sebuah taman perumahan di Kulim tidak kesampaian apabila aktiviti mereka berjaya dihidu polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya curiga apabila ternampak sebuah motosikal diletakkan berhadapan jana kuasa itu.

“Setelah mengepung kawasan belukar itu, kami ternampak seorang remaja lelaki keluar dari belakang semak dan beberapa minit kemudian seorang remaja perempuan pula keluar dari tempat sama.

“Siasatan mendapati mereka masih bersekolah dan memberikan alasan berbincang tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diduduki,” katanya.

Ghuzlan berkata, sepanjang ditahan, pelajar perempuan menunjukkan reaksi agresif seperti menangis, ingin mencederakan dirinya sendiri selain berpura-pura hendak pengsan.

Katanya, bagaimanapun setalah dimaklumkan kepada pasangan itu bahawa polis akan menghubungi kedua-dua keluarga remaja terlibat, keadaan mula terkawal, menurut sumber Wow Berita.

“Kedua-dua remaja itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga masing-masing,” katanya.

Perogol Bersiri Diberkas


BATU GAJAH – Selepas 17 hari aktif mencari gadis bawah umur untuk dijadikan ‘santapan’, seorang perogol akhirnya tumpas apabila diberkas polis di rumah keluarganya di Taman Batu Gajah, di sini, petang kelmarin.

Bekas mekanik berusia 27 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan jijiknya itu di antara 11 sehingga 28 September lalu dengan menjadikan Jalan Kubur Mandailing, di sini, tempat melampiaskan nafsu.

Bagaimanapun, hasil tindakan pantas jawatankuasa bertindak yang menjalankan siasatan terperinci dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Batu Gajah dan JSJ Kampar, penjenayah terbabit berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa pertama lelaki terbabit ialah pekerja kedai kasut berusia 14 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mewah Indah, di sini.

Menurutnya, mangsa yang menaiki motosikal bersama kakaknya singgah di sebuah stesen minyak untuk mengisi angin tayar sebelum didatangi suspek yang mendakwa seorang mekanik serta mempelawa mangsa menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna merah untuk ke bengkel.

“Mangsa mengikut suspek yang mengajaknya menemaninya lelaki itu ke bengkel di Taman Tasek Batu Gajah bagi mengambil tayar ganti memandangkan tayar sedia ada pecah.

“Setibanya di Jambatan Sungai Kinta, Jalan Gopeng suspek terus memesongkan laluannya ke Jalan Kubur Mandailing dan mangsa yang ketakutan melompat dari motosikal dan melarikan diri serta segera membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Shaharon Anuar berkata, kejadian kedua berlaku pada waktu pagi membabitkan seorang mangsa berusia 13 tahun yang tinggal di Taman Desa Pinji, Lahat.

“Difahamkan semasa cuba dirogol, mangsa memberitahu suspek bahawa dia sedang datang bulan.

“Kemudian, suspek mengarahkan mangsa pusing ke belakang sebelum meliwat mangsa,” katanya yang memberitahu kes tersebut berlaku di Kota Bharu, Gopeng pada 21 September lalu.

Beliau berkata, dalam kejadian terbaru Rabu lalu, seorang pelajar tingkatan lima bersama seorang rakan lelaki menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Pinji Mewah, Lahat sebelum suspek menahan motosikal itu ketika mereka tiba berhampiran sebuah kilang di kawasan perumahan tersebut.

“Suspek kemudian memberitahu mangsa serta rakannya dia adalah seorang anggota polis dengan menunjukkan vest polis dan mendakwa mereka menunggang motosikal melebihi had laju.

“Selepas itu, suspek memberitahu jika tidak mahu masuk lokap mangsa perlu ke Balai Polis Simpang Pulai dan menyuruh rakan lelaki mangsa pulang. Mangsa yang ketakutan terus mengikut suspek.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke hutan Jalan Mandailing di sini dan diperkosa. Selepas itu mangsa dihantar ke perhentian bas Kampung Tersusun Seri Rahmat, di sini,” katanya.

Beliau berkata, mangsa terus membuat laporan di balai polis berhampiran.

Menurutnya, kes-kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376, 376/511 dan 377C Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau tidak menolak berkemungkinan suspek mengamalkan ilmu hitam dan mencari anak dara untuk dikorbankan memandangkan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau malah ujian air kencingnya juga didapati negatif.

“Saya menasihatkan orang ramai khususnya gadis yang masih bersekolah supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana orang tidak dikenali yang menawarkan bantuan

“Sebaliknya pelajar perlu menghubungi keluarga untuk mendapatkan bantuan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes-kes berkenaan.

12 ditahan di Kampung Hakka


SEREMBAN – Seramai 12 individu yang terdiri daripada ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), aktivis NGO Jerit dan penduduk kampung ditahan polis di Kampung Hakka, Mantin di sini apabila hampir 200 penduduk kampung tersebut cuba menghalang pemaju merobohkan kediaman mereka.

Antara yang ditahan termasuk Setiausaha PSM, S Arutchelvan dan Setiausaha PSM Seremban, S Tinagaran. Daripada 12 individu tersebut, sekurang-kurangnya dua adalah wanita.

Kesemua mereka ditahan atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam.

Penduduk kampung bersama-sama dengan ahli PSM dan aktivis Jerit sudah berkumpul sejak awal jam 8.00 pagi.

Penduduk menghalang pemaju membawa masuk jentera dengan meletakkan kenderaan dijalan masuk ke rumah-rumah penduduk kampung.

Pasukan polis juga tiba untuk mengawal keadaan termasuk pasukan ‘Light Strike Force’ (LSF).

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, Arutchelvan dan penduduk kampung berunding dengan Pegawai Bailiff Mahkamah Tinggi Seremban, Adzahari Ramli.

Dakwa pemaju gagal

Arutchelvan berkata bahawa pemaju gagal memberikan notis yang secukupnya kepada penduduk kampung untuk mengosongkan rumah.

“Walaupun mahkamah memutuskan bahawa penduduk kampung harus mengosongkan rumah, tetapi pemaju gagal memberikan notis yang secukupnya.

“Pemaju hanya memberi notis pada 25 September dan sepatutnya pemaju hanya boleh merobohkan rumah penduduk kampung bermula 2 October ini

“Penduduk kampung juga telah memfailkan ‘perintah penggantungan pelaksanaan’ (stay of execution) di Mahkamah Tingi Seremban dan kes tersebut akan didengar pada 17 Oktober ini,” jelas Arutchelvan.


Walaubagaimanapun Adzahari ingin berbincang dengan peguam penduduk iaitu Siow Kim Leong di mana ketika itu peguam pemaju Sharif Mohamad turut serta dalam perbincangan tersebut.

Adzhari memberikan masa hinggga pukul 11.00 pagi untuk memberi masa kepada Siow hadir untuk mengadakan perbincangan.

Walaubagaimanapun Siow yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Lobak untuk kali pertama terpaksa menghadiri Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Yang
D iPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Lebih kurang pukul 11.00 pagi, kakitangan Tenaga Nasional sudah tiba untuk memutuskan bekalan elektrik ke dua buah rumah. Jentera untuk merobohkan rumah juga berada di sekitar lokasi tersebut.

Rantai manusia

Penduduk kampung mula menghalang dengan membuat rantai manusia dihadapan dua buah rumah tersebut.

Keadaan menjadi tegang dan kecoh apabila penduduk kampung berusaha menghalang usaha pihak polis menyuraikan mereka.

Apabila penduduk kampung ingkar untuk bersurai, pihak polis terpaksa menahan beberapa penduduk kampung.

Seorang penduduk kampung Yong Kai Hong, 46, mendakwa polis bertindak kasar dan isteri beliau Cheng Pit Kee, 42, patah bahu kiri.

Seorang lagi penduduk kampung, Lee Kam Hua, 60, pula mendakwa cedera di kening kiri dan lengan kiri kerana kekasaran polis.

Kesemua 12 individu yang ditahan di bawa ke Balai Polis Mantin untuk siasatan.

Sementara itu lebih kurang pukul 11.35 pagi, Siow bersama Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Loke Siew Fook
(DAP) dan beberapa lagi ADUN Pakatan Rakyat tiba di lokasi kejadian.

Siow dan Loke mengadakan perbincangan dengan peguam pemaju, Sharif.

Minta tangguhkan tindakan

Loke meminta Sharif menangguhkan tindakan meroboh kediaman penduduk kampung sementara kes ‘perintah penggantungan pelaksanaan’
yang difailkan oleh penduduk kampung yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Seremban pada 17 Oktober akan datang.

Selepas berbincang lama akhirnya Sharif mengarahkan pemandu dua jentera yang sedang merobohkan dua rumah penduduk supaya berhenti
meroboh rumah tersebut.

Sharif memaklumkan bahawa beliau akan berjumpa dengan Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Siti Mariah Ahmad, petang ini untuk tindakan seterusnya, sama ada meneruskan tindakan merobohkan rumah penduduk kampung atau menangguhkan dulu tindakan meroboh ini sehingga kes ‘perintah penggantungan pelaksanaan’ didengar pada 17 Oktober ini.

Penduduk asal Kampung Kakka di bawa oleh penjajah British untuk bekerja di lombong bijih timah berhampiran kawasan kampung mereka.
Kini generasi kelima seramai 61 keluarga masih tinggal di kampung yang dilengkapi dengan kemudahan air, elektrik, tokong dan jalan bertar.
Penduduk kampung ini telah banyak menyumbang untuk pembangunan di sekitar kawasan Mantin ini.

Pada tahun 1998 penduduk kampung terkejut apabila mendapati tanah rezab kerajaan negeri telah dijual kepada pemaju tanpa pengetahuan
penduduk. Di dapati, sehingga tahun 1998 penduduk kampung telah membayar TOL kepada kerajaan negeri. Sehingga hari ini penduduk kampung masih membayar cukai taksiran kepada Majlis Perbandaran Nilai.

Pada tahun 2005 Majlis Perbandaran Nilai dan Pemaju Mega 9 Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa satu projek Mega akan dilaksanakan yang dikenali sebagai ‘Mantin New Township’, menurut sumber FMT.

Pada 2011, Pemaju Mega 9 telah merobohkan dua buah rumah kampung untuk memulakan projek perbandaran Mantin. Justeru itu penduduk kampung menentang tindakan perobohan rumah penduduk dan mahu pemaju berunding.

Namun pemaju enggan berunding dan masih mahu meneruskan kerja kerja projek di kawasan kampung.

Akibat penentangan berterusan oleh penduduk kampung, pemaju tidak dapat meneruskan projek di Kampung Hakka.

Oleh itu pemaju memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Seremban untuk mengusir penduduk kampung. Pada 26 Ogos 2013, Mahkamah Tinggi Seremban telah memutuskan untuk membenarkan pemaju mengusirkan penduduk kampung melalui order 89.

Kerjaya Impian Lelaki? Ramas Payudara Wanita Dan Dibayar RM150


Pekerjaan yang dilakukan oleh lelaki dari China ini mungkin kedengaran mudah dan menyeronokkan namun menurut Yang Jun, kerjanya itu turut mendapat tentangan dan halangan yang tersendiri.

Ini kerana pekerjaannya sebagai peramas payudara ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak untuk terapi penyusuan ditentang sebahagian besar suami kepada pelanggannya itu.
Yang Jun merupakan seorang ahli terapi profesional yang bertugas untuk membantu para ibu menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi yang baru dilahirkan.
Yang Jun akan mengurut payudara si ibu selama satu jam setengah dengan kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM150.
Namun, halangan daripada para suami ketika Yang Jun melakukan pekerjaannya sedikit sebanyak mengecewakannya.

“Saya benar-benar sangat bagus dalam bidang ini jika mereka memberikan saya kesempatan. Saya belajar mengenai fisiologi, urutan, akupuntur dan saya sangat meminati bidang ini. Mereka seharusnya melihat saya sebagai seorang doktor atau jururawat,” luahnya.
Oleh: AUDREY LEE

Waah... Pakcik Azman Semakin Glamour Sekarang


Azman Mohd. Nayan atau Pak Man hanyalah seorang pengawal keselamatan biasa di Lapangan Terbang Subang Skypark, Subang, Selangor.

Namun sejak video kontroversi dia dimaki dan ditendang seorang isteri pemain bolasepak terkenal baru-baru ini, nampaknya ‘graf’ simpati orang ramai terhadapnya dari seluruh negara semakin meningkat.

Sebab itu tidak hairanlah, kelibatnya menjadi tumpuan setiap penumpang yang menggunakan lapangan terbang itu pada setiap hari.

Buktinya, setiap hari ada saja yang ingin bergambar dengan pengawal berusia 49 tahun ini.

Inilah yang dikatakan setiap yang berlaku pasti ada ‘hikmahnya’.

Ternyata di muka bumi ini, wang atau gelaran saja bukan tidak mungkin dapat membeli maruah dan kehormatan orang.

Insaflah, hari ini kita mungkin ‘di atas’, kita mampu memiliki apa saja dengan kedudukan dan wang ringgit yang kita ada, tetapi esok lusa belum tentu.

Allah itu maha adil, maha kaya.

Bak kata M. Nasir…hidup dan nasib ibarat ‘roller-coster’….susah dan senang bersilih ganti.

Syabas Pak Man!







Anggota polis cedera parah dirempuh


SERDANG – Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh sebuah motosikal ketika menjalankan operasi sekatan jalan raya di lorong motosikal Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dari arah Kuala Lumpur menghala ke Seremban petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, Lans Koperal Mohd Faizal Mohd Taib dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang patah kaki kanan akibat rempuhan itu.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika Mohd Faizal bersama tujuh anggota dan seorang pegawai polis membuat sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Sungai Besi.

Abd Razak berkata, sebuah motosikal jenis Yamaha 125 LC berwarna hitam merah dinaiki seorang lelaki tiba-tiba membuat pusingan U dengan cara melawan arus untuk melarikan diri selepas melihat dan menyedari kehadiran polis di lokasi kejadian.

Sedar akan tindakan spontan menyalahi undang-undang yang dilakukan lelaki berkenaan itu, Mohd Faizal yang bertindak sebagai anggota ‘cut off’ cuba memberhentikan penunggang motosikal terbabit.

“Malangnya penunggang motosikal itu tidak memberhentikan kenderaan sebaliknya merempuh Mohd Faizal pada bahagian kaki di sebelah kanan sebelum melarikan diri,” katanya selepas melawat mangsa yang mendapat rawatan di Hospital Serdang, semalam, menurut sumber Sinar Harian.

Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan terperinci masih dijalankan dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian segera berhubung dengan hotline IPD Serdang di talian 03-80620458 untuk membantu siasatan.

Gempar!!! Aaron Aziz Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Bermain Ski?


Berdasarkan berita dari portal di bawah.
Jika diikutkan nama, tiada lagi aktor lain samada di Malaysia ataupun luar negara yang bernama Aaron Aziz.
Jika mengikut berita di bawah, beliau dikatakan meninggal akibat kemalangan semasa bermain ski salji di Zermat Ski Resort, Switzerland.
Ada mana mana pihak yang boleh mengesahkan berita ini?
Adakah ia benar atau sekadar rekaan semata mata?



UPDATE!!
AARON AZIZ dikhabarkan Meninggal dunia adalah hanya khabar angin yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.maaf atas kesilapan dan entry asal pun hanyalah persoalanbukannya fakta tepat..HARAP MAKLUM.

Tayang Alat Sulit Aje Mesti Kena Kait Dengan Adi?


“Kenapa perlu kaitkan Adi dalam gosip ini?” itulah antara persoalan yang dikeluarkan isteri pelakon kacak, Adi Putra, Aida Yusof, mengenai satu kenyataan di ruangan gosip akhbar tempatan.

Menerusi ruangan gosip berkenaan, pelakon yang dikatakan berstatus suami orang dan memiliki anak itu gemar menayang alat sulitnya ketika berada di bilik mekap sewaktu penggambaran.


Rata-rata mula membuat andaian dan tidak kurang juga yang mengaitkan Adi dalam perkara ini memandangkan isu skandal yang mula bertebaran sejak awal bulan lalu masih belum selesai.

Enggan membincangkan perkara itu dengan lebih serius, Aida beranggapan, orang ramai dan masyarakat lebih selesa membuat andaian tanpa mengetahui kesahihan cerita.

“Saya perhati, masyarakat sekarang suka sangat jadi wartawan. Suka melaporkan itu dan ini tanpa mendapatkan fakta jelas.

“Ini adalah gosip yang tidak bernama dan tiada satu klu pun yang boleh mengaitkan Adi. Kenapa pula nak heret Adi dalam perkara ini?

“Saya sendiri tak faham dengan mentaliti masyarakat kita yang suka membuat tuduhan. Namun, ia bukanlah isubesar buat saya dan tidak perlu pening kepala nak fikir pasal perkara tak berfaedah ini,” katanya yang turut mendapat pengesahan daripada Adi mengenai perkara ini.

“Saya ada tanya Adi, namun Adi sendiri malas nak komen. Dia pun malas nak bertikam lidah dengan masyarakat yang tidak tahu apa-apa, tapi senang-senang membuat tuduhan,” tambah Aida.

Ditahan reman?

Bukan sahaja dikaitkan dengan gosip berkenaan, Adi juga dikatakan telah menjalani tahanan reman dua hari lalu ekoran kes skandalnya bersama isteri orang.

Mengeluh nafas panjang, Aida turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan yang dilihat sebagai satu tuduhan tidak berasas.

“Ya Allah, bila masa pula Adi kena tahan reman? Saya tak tahu pun, macam mana tu? Adi baru sahaja pulang dari Singapura dan dia masih bebas ke sana ke mari.

“Saya ada baca mengenai perkara ini di laman sosial. Beberapa individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan bahawa Adi direman dua hari dan bakal dipenjarakan lima tahun.

“Bagaimana mereka semua tahu tentang perkara ini sedangkan pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi? “Saya pelik lah dengan orang macam ni. Kalau betul Adi bersalah, kenapa dia masih bebas? Kes gangguan seksual ni, bukan kes biasa.

“Saya tak tahu nak kata apa. Orang luar yang tak tahu apa-apa lebih rancak mengeluarkan kenyataan bagi pihak kami dan polis. Namun, saya faham, mulut orang, bukan boleh tutup. Jadi, biarkan mereka…,” kata Aida yang turut mengakui laporan penuh daripada polis akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Tambah Aida, kes ini sudah hampir selesai dan dia turut dihubungi Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan, bagi memaklumkan mengenai perkara ini.

“Saya dimaklumkan, laporan penuh telah pun siap dan saya harap, ianya dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Insya-ALLAH, minggu depan kita akan tahu keputusan mengenai kes ini. Saya harap, peminat Adi dan masyarakat bersabar,” katanya lagi.

Sediakan kenyataan media

Enggan mengganggu urusan polis dalam menyelesaikan kes tersebut, Aida memberitahu bahawa sebaik sahaja perkara ini selesai, mereka akan tampil memberi kenyataan.

Katanya, seperti yang dijanjikan sebelum ini, Aida dan Adi akan menyediakan satu kenyataan media untuk membersihkan nama.

“Insya-ALLAH, bila semua dah selesai, kami akan mengeluarkan kenyataan media sebagai penjelasan mengenai perkara ini.

“Kenyataan ini diharapkan dapat menjawab segala teka-teki dan andaian liar yang dicipta sebelum ini.

“Saya harap semua dapat bersabar dan saya mengharapkan penyelesaian yang terbaik dalam kes ini,” katanya mengakhiri perbualan. – Webberita | Terkini via Sinar Harian Online