Wednesday, 25 September 2013

Remaja Jadikan Sepupu Hamba Seks, Rogol Mangsa 15 Kali


Gara-gara berajakan nafsu binatang, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tergamak menjadikan sepupunya yang masih bersekolah rendah sebagai hamba seks dengan merogolnya sebanyak 15 kali sejak dua tahun lalu dalam kejadian di sebuah kawasan Felda di Air Putih, Kemaman.

Dalam tempoh dua tahun itu juga lantai rumah bahagian dapur bersebelahan meja makan menjadi tempat remaja terbabit melampiaskan nafsunya ketika bapa, nenek dan ahli keluarga lain nyenyak tidur diulit mimpi.

Namun perbuatan terkutuk remaja itu akhirnya terbongkar apabila bapa suspek sendiri melihatnya anaknya itu sedang memperkosa anak saudaranya yang berusia 12 tahun ketika dia mahu ke dapur dan membuka lampu dapur dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Ahad lalu.

Berang dan terkejut dengan perlakuan itu, bapa suspek memukul suspek dan sejurus berita buruk itu diberitahu ibu mangsa berumur 42 tahun menetap di Johor, ibu mangsa segera pulang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Air Putih pada jam 1.06 tengah hari kelmarin dan melakukan pemeriksaan di Hospital Kemaman.

Difahamkan, mangsa dan suspek dijaga nenek kandung mereka berusia 60 tahun dan tinggal di rumah itu bersama bapa suspek dan seorang lagi bapa saudara.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, berdasarkan hasil soal siasat mangsa mengakui dalam kejadian malam Ahad lalu dia yang sedang mengemas buku di dalam bilik secara tiba-tiba didatangi sepupunya yang kemudian mengajaknya ke bahagian dapur lantas lampu dapur ditutup lalu mengajak mangsa melakukan seks sebelum perbuatan terkutuk itu disedari bapa suspek sendiri.

Hasil soal siasat, mangsa mengakui telah dirogol oleh sepupunya sebanyak 15 kali sejak dia berusia 10 tahun hingga menyebabkannya ketagihan seks dan perkara itu tidak diketahui sesiapa.

Menurutnya, bertindak daripada laporan dibuat, polis menyerbu rumah berkenaan tetapi gagal menangkapnya kerana suspek terlebih dahulu melarikan diri bersama pakaian mangsa iaitu seluar dalam, seluar dan baju dipakai ketika mangsa dirogol kali terakhir.

Katanya, sehubungan itu suspek kini sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat,” katanya.

Wanita Tanggung Azab Dirogol Bergilir-Gilir 10 Lelaki Myanmar


Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.

Padah Ikut Kekasih, Remaja Dirogol Bergilir-Gilir


Mereka baru kenal, tetapi kerana terlalu mengikut rasa hati, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun akhirnya melalui hari gelap dalam hidupnya apabila menjadi hamba seks kekasih dan dua lagi lelaki ketika dikurung selama empat hari.

Dalam kejadian 26 Jun lalu, remaja berkenaan diajak teman lelaki baru dikenali berusia 20-an itu keluar bersiar-siar di ibu negara. Lelaki itu beriya-iya memujuk teman wanitanya itu bersiar-siar dan berjanji akan menghantarnya pulang ke rumah di Cheras selepas itu.

Bagaimanapun, menurut sumber, selepas menjemput mangsa pada jam 5 petang, lelaki terbabit mula mencari helah kononnya mahu berehat dan membawa remaja itu ke rumah sewanya di Pantai Dalam. Katanya, mangsa tidak mengesyaki akan berlaku perkara buruk kerana dua rakan lelaki terbabit ada bersama dalam rumah berkenaan.

“Sebaik duduk di ruang tamu, mangsa diajak lelaki itu melakukan hubungan seks dalam bilik. Namun, mangsa menolak pelawaan berkenaan menyebabkan lelaki terbabit tidak puas hati lalu menarik mangsa masuk ke dalam biliknya.

“Mangsa mendakwa diperkosa lelaki itu sebelum dia dikurung dalam bilik berkenaan,” katanya yang memberitahu mangsa kini trauma dengan tragedi hitam itu.

Sumber berkata, lebih malang apabila mangsa turut diperkosa dua rakan serumah lelaki itu secara bergilir-gilir.

Menurutnya, tidak tahan dijadikan mangsa pemuas nafsu, mangsa berikhtiar pelbagai cara untuk lolos dan akhirnya berjaya melarikan diri selepas empat hari dikurung teman lelakinya itu.

Difahamkan, mangsa melarikan diri sebelum menaiki teksi untuk pulang ke rumahnya dalam keadaan trauma, namun takut menceritakan apa yang berlaku kepada keluarganya.

Sumber memberitahu, mangsa hanya menceritakan kejadian itu kelmarin selepas dipujuk keluarga yang menyedari perubahan sikapnya dan dia kemudian dibawa membuat laporan di Balai Polis Pantai.

Remaja Dirogol Selepas Dipaksa Minum Arak


Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di Sabak Bernam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri.

“Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu.

“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya.

Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan.

“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah.

“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Gadis Dirogol Teman Lelaki Ketika Mandi Sungai


Pendarahan banyak pada kemaluan membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui disetubuhi teman lelakinya.

Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari hubungan sulit dilakukan.

“Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan hubunganseks di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting – Batang Kali dekat
sini pada 24 Jun lalu.

“Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka.

“Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus rogol mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada kemaluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar.

Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali.

“Suspek mengaku melakukan hubungan itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan.
Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – Sinar Harian Online

Gadis diikat dikatil sebelum dirogol dan dirompak di asrama


Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di Kemaman.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.

Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.

Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.

Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.

“Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Misteri Keranda Tergantung di Tebing Bukit di China


Seperti yang kita ketahui bahawa setiap budaya dan agama punya cara menguburkan manusia dengan ritual berbeza. Jadi meskipun demikian , tetap saja tujuannya sama, agar arwah yang meninggal boleh tenang dan semakin dekat dengan Tuhan. Salah satu contoh budaya tersebut adalah meletakkan keranda di tebing.


Percaya tidak, ternyata usia makam ini sudah lebih daripada 3,000 tahun . Terletak di sebuah tebing Gongxian , Wilayah Sichuan , China . Seperti disiarkan oleh Dailymail , banyaknya keranda yang digantung di tebing ini membingungkan masyarakat China selama berabad- abad. Makam ini sudah lama ditinggalkan orang -orang Bo yang musnah 400 tahun lalu.


Keranda yang terbiar ini menunjukkan bagaimana ritual masyarakat China Selatan di masa lalu.
” Beberapa makam berusia 3,000 tahun dan yang terbaru kira-kira 1,500 tahun . Tidak ada sesiapa yang tahu mengapa mereka memakamkan seseorang dengan cara seperti ini, ” ujar penduduk tempatan.

” Penjelasan paling wajar adalah agar mereka yang meninggal mudah dijengguk oleh para Dewa ,” tambahnya.
Ada juga teori yang mengatakan bahawa keranda ini sengaja digantung tinggi agar tidak dimakan haiwan dan dapat diberkati lebih lama .


Makam bersejarah terus diubahsuai

Sebagai laman sejarah, makam tertua ini mendapat perhatian. Selama dua bulan terakhir, makam tergantung di tebing Gongxian mendapat rawatan . Lebih daripada 40 keranda yang sudah sangat lapuk diperbaiki.

” Pekerjaan ini sangat sukar untuk mengembalikan keranda dalam keadaan yang baik. Selama sepuluh tahun terakhir, sekurang-kurangnya ada 20 keranda jatuh dan seboleh mungkin kami cegah , “ujar penduduk tempatan.

Sebenarnya usaha ini bukan tanpa maksud , mempelajari sejarah masa lalu adalah bahagian penghormatan pada perkembangan budaya manusia.

sumber: zamrispoon.blogspot.com

Jururawat Ditemui Mati Tergantung Di Bilik Asrama



Seorang jururawat ditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 11.40 malam.

"Mayat wanita terbabit yang berusia 25 tahun ditemui penyelia asrama yang bertindak memecahkan pintu bilik yang berkunci dari dalam setelah mendapati mangsa tidak menyahut panggilannya," katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk dibedah siasat.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku. Bagaimanapun polis masih menyiasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," kata Mohd Zakaria.

NAMA PALING PENDEK DI DUNIA


“Walaupun nama saya hanya satu huruf, S, namun pelbagai kenangan manis dilalui terutama ketika akad nikah apabila suami, Nuzrul Hassan, 31, terpaksa melafazkan tujuh kali dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan seisi keluarga dan saudara-mara yang hadir pada majlis yang diadakan pada 7 Julai 2007,” kata S, 24, menceritakan pengalamannya berdepan beberapa keadaan unik disebabkan namanya itu.
Menurutnya, sepanjang hidupnya, semua kenalan mulanya menyangka S nama timangan, namun apabila diberitahu ia nama sebenar, semua terdiam sebelum berkata ia sesuatu yang pelik.
“Bukan saja kenalan, malah suami sendiri terkejut apabila diberitahu nama saya S ketika kami bertunang empat tahun lalu.
“Apapun, saya bersyukur dengan nama diberikan bapa dan tidak pernah merungut apabila berdepan pelbagai keadaan menghairankan kerana memang sesuatu yang jarang berlaku.
“Memandangkan perkataan susah dan senang bermula huruf S, bapa kerap menasihatkan saya supaya bersusah-susah dulu supaya senang kemudian.
“Malah, tiga adik perempuan saya turut diberikan nama pendek seperti Liz, 22, Maz, 11, dan Hani, 9,” katanya yang tinggal di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai, di sini.
Sementara itu, bapanya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 50, berkata, pemilihan satu huruf sebagai nama anak sulung daripada empat beradik itu berikutan pengalaman hidupnya sendiri.


“Arwah ayah memiliki tiga nama (tiga suku kata) hingga ia menjadi bahan ejekan ramai termasuk menyatakan saya mempunyai tiga bapa. Pengalaman itu menyebabkan saya mengambil keputusan memberikan nama paling pendek kepada anak saya iaitu hanya huruf ‘S’.
“Namun bak kata pepatah, rezeki anak terletak pada namanya, S kini berusia 24 tahun menjalani kehidupan rumah tangga bahagia dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati biarpun mempunyai seorang cahaya mata,” katanya.
Rusli berkata, sebelum menamakan anaknya, dia pernah merujuk nama pilihannya itu dengan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) sebelum pendaftaran nama anak sulungnya itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Biarpun tidak menghalang, Jaij tidak menggalakkan pemberian nama seumpama ini kerana bimbang menjadi ikutan masyarakat selain tidak mempunyai maksud.
“Namun, saya menerangkan tujuan dan niat memberikan nama sedemikian kepada mereka bagi mengelak salah faham,” katanya.
Katanya, walaupun nama anaknya terlalu pendek dan unik, dia dan isterinya pernah beberapa kali berdepan kesulitan termasuk ketika membawa S berurusan di klinik apabila seorang jururawat menganggap dia leka mengisi borang kerana hanya mencatatkan huruf S.
“Namun, selepas saya memberitahu perkara sebenar, mereka pelik dan tidak kurang menyatakan pilihan nama itu sesuatu yang baru kerana tidak pernah didengar sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, walaupun tidak mengetahui sama ada nama S mempunyai maksud tertentu, dia sentiasa berdoa supaya nama itu membawa rezeki kepadanya termasuk berjaya dalam hidup.
“Saya bersyukur kerana S dapat melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Teknologi Seni Bina di Institut Teknologi Perindustrian Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sejak setahun lalu kerana itu adalah impiannya,” katanya yang mengusahakan gerai Pisang Misai Corner di Gelang Patah.

Jolie hidup 3 tahun lagi?


Selain cantik dan berbakat, Angelina Jolie dikenali sebagai artis yang sangat cerewet dalam menjaga kesihatan.

Umum sudah tahu, kekasih Brad Pittini sanggup membuang payudaranya untuk mencegah kanser yang diwarisi dari keturunannya. Menurut sumber Sinar Harian.

Malah dalam masa terdekat ini, dia juga bakal menjalani pembedahan rahim bagi mengatasi masalah sama.

Bagaimanapun, ada yang lebih mengejutkan apabila majalah antarabangsa, Globe melaporkan, jangka hayat Jolie hanya tinggal tiga tahun saja lagi.

Menguatkan dakwaan itu apabila aktres ini bertindak menolak banyak tawaran lakonan, termasuk sekuel filem Salt.

“Angelina sedar dia tidak punya banyak masa dan ingin memanfaatkan masa yang ada untuk membuat rawatan.

Dia sangat sayangkan Brad dan anak-anaknya, maka kerana itu, dia harus kuat untuk menghadapinya,” kata sumber.

Penganjur Malaysia-Barcelona FC beri cek tendang, MBSA rugi RM322,471


SHAH ALAM 25 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM322,471 berikutan penganjur perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dengan FC Barcelona menggunakan cek tendang.

Cek itu adalah bayaran penyewaan Stadium Shah Alam daripada penganjur BSC Soccer (M) Sdn Bhd pada perlawanan 10 Ogos lalu.

Hal itu disedari 20 Ogos lalu apabila bank memaklumkan cek yang dideposit MBSA tidak boleh ditunaikan kerana memerlukan tandatangan pihak kedua dari penganjur.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata MBSA sudah membuat laporan polis selain membawa perkara itu kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MBSA hari ini, beliau berkata, penganjur juga boleh disenarai hitam dari menganjurkan sebarang acara khususnya membabitkan sukan bola sepak di Selangor.

“Penganjur dikenakan bayaran sewaan penggunaan Stadium Shah Alam RM300,000 untuk perlawanan sebenar dan RM42,471 untuk latihan pasukan Barcelona.

“Penganjur hanya bayar RM20,000 untuk penyewaan stadium untuk latihan dan cek tendang bernilai RM300,000 pula diberi kepada MBSA sebaik sahaja perlawanan persahabatan berakhir,” katanya

Selain kerugian hasil sewaan, Mohd Jaafar berkata, MBSA juga terpaksa menanggung kos kerja pembersihan dan lampu sorot stadium.

Alat seks dipromosi dalam iklan haram


BUKAN setakat pinjaman wang segera, peralatan seks turut dipromosi dalam iklan haram dan disebarkan di merata-rata tempat.

Bagi membanteras gejala ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan operasi penyamaran bagi membolehkan tindakan diambil ke atas pemilik iklan haram perniagaan peralatan seks itu.

Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria berkata, anggota penguatkuasa bertindak untuk menyamar sebagai pelanggan dengan menghubungi nombor yang terpampang pada iklan penjualan barangan seks yang diletakkan di tepi jalan. Menurut sumber Sinar Harian.

Menurut Zainun, langkah berkenaan adalah bagi membolehkan pihaknya mendapatkan kesahihan berhubung iklan penjualan barangan haram terbabit sebelum mengambil tindakan.

“Anggota penguatkuasa akan menghubungi nombor yang terdapat pada iklan peralatan seks itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Zainun, pihaknya terpaksa berdepan dengan beberapa cabaran memandangkan kebanyakan nombor telefon yang dihubungi merupakan nombor ejen jualan.

“Penguatkuasa kononnya mahu membeli peralatan seks yang diiklankan. Helah itu menjadi dan ejen jualan terbabit berjaya diberkas dan diserahkan kepada polis ketika mahu menghantar barang yang dipesan kepada anggota penguatkuasa yang melakukan penyamaran,” katanya.

Tambah Zainun, keadaan berkenaan menyukarkan tindakan diambil ke atas pemilik sebenar dan mereka akan meneruskan operasi ini selepas ini.

“Ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil MBPJ walaupun terpaksa berdepan dengan beberapa risiko bahaya dan mengancam nyawa,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Zainun memaklumkan pihaknya telah membuat penyamaran sebanyak 50 kes tahun lalu.

Zainun berkata, dari jumlah berkenaan, pihaknya juga turut menjalankan sitaan peralatan seks berkenaan menerusi operasi yang dijalankan sebelum ini.

Selain itu, Zainun turut menjelaskan bahawa pihaknya telah menghantar sebanyak 70 nombor talian telefon kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu penjualan barangan seks tersebut.

Jelasnya, langkah berkenaan adalah bagi membolehkan SKMM menjalankan siasatan terperinci berhubung nombor yang digunakan oleh pihak terbabit.

“Kita tidak sekadar menyamar, malah pasukan penguatkuasa turut memanjangkan hal ini kepada SKMM bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil,” katanya.

Menurut Zainun, kerjasama yang ditunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat membantu dalam mengatasi masalah penjualan barang seks di sekitar kawasan ini.

Gempar, Wanita cuba bunuh diri bersama bayi

SEORANG wanita warga China hari ini mengejutkan orang ramai apabila ingin membunuh diri bersama bayinya di Hotel Sun Inns, Bukit Puchong, Selangor. Menurut sumber Mynewshub.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong bergegas ke tempat kejadian sebaik saja dimaklumkan oleh orang ramai.

Usaha memujuk wanita berkenaan yang dibuat oleh anggota bomba dan polis akhirnya berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Syabas anggota bomba dan polis yang bertugas….sekurang-kurangnya dua nyawa berjaya diselamatkan tanpa sebarang pertumpahan darah.

'Bergomol’ dengan 4 tukang urut


Kuala Lumpur – Anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL) terpaksa ‘bergomol’ dengan empat tukang urut wanita warga Vietnam yang bertindak agresif dalam usaha melepaskan diri daripada kepungan selepas premis tempat mereka bekerja di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Miharja, Cheras, di sini, diserbu kelmarin.

Bagaimanapun, cubaan empat wanita terbabit gagal, malah pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut.
Ketua Bahagian Penguat kuasa JIWPKL, Penolong Pengarah Imigresen James Musa Singa berkata, keempat-empat tukang urut terbabit bukan saja menjalankan perkhidmatan urut badan ke badan (B2B), tetapi turut menawarkan khidmat seks.

“Dua anggota penguat kuasa yang menjalankan serbuan terlebih dulu menyamar sebagai pelanggan dengan memerhati operasi premis itu dan aktiviti pelanggan lain.
“Selepas diyakini premis itu mengupah pekerja wanita warga asing, barulah serbuan dibuat,” katanya.
Beliau berkata, dalam serbuan Op 6P jam 2.30 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang juga penjaga pusat urut refleksologi itu bagi membantu siasatan.

“Selain itu, dalam operasi sama, kami turut menyerbu tiga lagi premis yang menjalankan aktiviti urut refleksologi di Desa Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail. Menurut sumber Metro.
“Seramai 22 warga asing termasuk pelanggan diperiksa dan hasilnya kami menahan lima lagi wanita warga China kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. Beliau berkata, lelaki tempatan yang ditahan pula akan didakwa mengikut Seksyen 55B akta sama kerana kesalahan mengambil pekerja warga asing yang tidak memiliki sesuatu pas yang sah. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 12 bulan.

“Semua warga asing berusia 20 hingga 48 tahun itu kemudian dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, JIWPKL, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Rupa Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul

 
Gambar) Sekiranya Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat dengan wajah di atas, sia-sialah pengembaraannya selama beribu-ribu tahun
Bagaimana Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul?
Mengkaji raut wajah dan susuk tubuh Dajjal amat penting kerana terdapat lebih 10 hadith sahih yang menceritakan tentang fizikalnya. Hadith-hadith ini mempunyai 2 maklumat yang terkumpul iaitu tersurat dan tersirat.
Kemungkinan juga hadith yang menceritakan tentang bentuk fizikal Dajjal yang pelik-pelik itu adalah pesanan Rasulullah SAW kepada umat Islam yang hidup era Khalifah Ar-Rasyidiin, Bani Abbasiyah dan Uthmaniah.
Pada ketika itu, mungkin Dajjal masih lagi dalam ‘fasa merantau’ dengan tujuan mengumpul pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam.
Jadi Rasulullah memberikan pesanan tentang fizikal Dajjal kepada orang-orang Islam yang mana negeri-negeri mereka bakal dilawati oleh Dajjal.
Walaupun kita sering mengatakan bahawa hadith tersebut adalah untuk masyarakat akhir zaman, tetapi kita lupa period akhir zaman adalah bermulaselepas kewafatan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah nabi akhir zaman maka di manakah abad sebenar akhir zaman abad ke-19, 20 atau 21?
Period akhir zaman yang paling sesuai ialah selepas kewafatan Rasulullah. Andainya sekarang adalah abad ke-17, maka masyarakat Islam akan mengatakan abad sekarang ini masih bukan lagi akhir zaman.
Begitu juga pada abad 21 sekarang ini, manusia abad ini masih tidak mengaku ianya akhir zaman. Pengakuan hanya pada lisan tetapi bila dibentangkan hadith, umat Islam akan katakan hadith tersebut untuk masyarakat akhir zaman tetapi bukan zaman sekarang.
Oleh itu, saya amat cenderung untuk berpendapat rupa bentuk Dajjal yang pelik dan menakutkan itu adalah rupa bentuk ketika ia (Dajjal) masih dalam period pengembaraan. Ia belum menukar wajahnya.
Period pengembaraan itu saya merujuk kepada penyelidikan Muhammad Isa Dawud dalam bukunya yang mengatakan pengembaraan Dajjal tamat selepas ia menjumpai Segitiga Bermuda dan juga selepas ia memuat perjanjian taat setia dengan Iblis laknatullah.
Period kemunculan Dajjal sekarang
Period sekarang adalah period Dajjal dalam proses menukarkan susuk tubuhnya dan rupa parasnya agar setanding dengan manusia zaman ini. Kita tidak tahu apa yang dilakukan terhadap tubuh badannya sendiri.
Untuk muncul dalam masyarakat sekarang ini, kemunculan secara logik (dan dapat diterima akal) amat penting kerana ia akan menarik lebih ramai pengikut daripada muncul dalam rupa paras yang menakutkan orang-ramai.
Saya percaya Dajjal sedang berusaha menukarkan susuk tubuhnya dan rupanya agar diterima orang ramai. Wajah yang paling sesuai adalah wajah-wajah Yahudi. Kemungkinan besar ia muncul sebagai ahli politik yang unggul dan disenangi semua orang termasuk umat Islam, Hindu dan Buddha.
Pastinya ramai tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana berpendapat ianya bertentangan dengan hadith-hadith berikut:
“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”(Riwayat oleh At-Tarmizi)
“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)
“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)
Hadith-hadith ini mungkin Rasulullah SAW tujukan kepada umat Islam era selepas kewafatannya. Pada ketika itu, Dajjal adalah dalam fasa mengembara.
Menurut Muhammad Isa Dawud, melalui penyelidikan yang dibuatnya ke atas sebuah manuskrip lama, rantai-rantai yang membelenggu tubuh badanDajjal terus lebur selepas Rasulullah wafat.
Maka Dajjal menyambung pengembaraannya dalam keadaan Rasulullah telah wafat meninggalkan umat Islam. Tetapi Rasulullah memberi beberapa hadith yang menjadi panduan umat Islam mengenali Dajjal jika terserempak dengannya seperti hadith-hadith di atas.
Bukti Dajjal Mengubah Bentuk Fizikal dan Wajah
Saya mengatakan Dajjal mengubah wajah dan fizikalnya menjadi bentuk manusia zaman sekarang berdasarkan hadith panjang di bawah (saya ambil sebahagiannya sahaja).
“….mereka pun membuka pintu dan di belakangnya telah berada Dajjal bersama 70,000 Yahudi, masing-masing mereka memiliki pedang berhias dan bertoga di kepala. Ketika ia (Isa) memandang kepada Dajjal, Dajjal itu pun meleleh (hancur) seperti garam yang meleleh di dalam air; kemudian ia lari ….dan dihalang oleh Isa di pintu timur kota Lud (Palestin), kemudian Isa membunuhnya ….”
(Hadith sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Lihat perkataan ini MELELEH
Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.
Dajjal tidak mati tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan“kemudian ia lari…”
Perkataan ini membuktikan Dajjal tidak terus mati selepas sesuatu telah berlaku pada wajah dan tubuh badannya, tetapi ia terus lari.
Dalil bagi teori ini
Pada awal 1990-an dahulu, pernahkah anda terbaca berita berkenaan Michael Jackson yang terkenal dengan pembedahan plastik wajahnya itu. Hampir 70% wajahnya adalah plastik. Michael cuba menghilangkan identiti negro pada wajah dan tubuh badannya.

(Gambar) Wajah Michael sebelum dan selepas pembedahan plastik.

Tetapi sesuatu berlaku ketika ia sedang membuat persembahan pentas di sebuah stadium di New York. Memandangkan plastik bersifat mencair apabila terdedah kepada haba, maka perkara itu berlaku kepada Michael Jackson.
Akibat wajahnya terlalu lama terdedah dengan spotlight dan lampu-lampu di pentas, plastik pada wajahnya telah mencair dan beliau mengalami kesakitan yang amat sangat. Persembahan terpaksa dihentikan terus.
Mungkinkah Michael Jackson bahan ujikaji Dajjal untuk memakai wajah plastik?
Saya tidak pasti sama ada Michael adalah subjek ujikaji Dajjal atau tidak, tetapi apa yang pasti penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson ialah seorang Yahudi iaitu Rabbi Shmuley Boteach.

Di sini ada pelbagai persoalan yang boleh dikaji, mengapa pula Michael yang kristian itu mengambil penasihat dari agama lain?

Persoalannya adakah Michael yang melantiknya atau ada “orang lain” yang melantiknya untuk Michael?
(Gambar) Michael bersama Rabbi Shmuley berjumpa Ariel Sharon
(Saya berharap para peminat konspirasi dapat mengkajinya)
Kemajuan Teknologi Nabi Isa
Artikel sebelum ini saya ada menyentuh tentang Nabi Isa akan diturunkan (bukan muncul) sebagai manusia termaju sesuai untuk melawan Dajjal yang genius itu. Maka hadith di atas telah membuktikan hanya melalui ‘pandangan’ sahaja Nabi Isa mampu mencairkan topeng palsu Dajjal itu.
Kita tidak tahu sejauh mana kemajuan teknologi yang di bawa Nabi Isa, ianya mungkin tidak dapat dijangkau pemikiran kita seperti mana juga kita tak dapat menjangkau kemajuan yang dimiliki oleh Dajjal.
Wallahu’alam
P/S : Penyelidikan di atas sekadar teori dan pandangan peribadi, dan ia mungkin berubah mengikut fakta dan maklumat semasa. Diharap pembaca tidak menjadikannya sebagai pegangan. Pegangan yang baik adalah isu yang dibahas oleh masyarakat umum yang berilmu.

Loloskan diri ketika dikejar polis


LUKUT – Polis sedang memburu sekumpulan penjenayah yang berjaya meloloskan diri ketika dikejar polis di Kuala Lukut, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, polis turut melepaskan beberapa das tembakan selepas amaran polis agar penjenayah memberhentikan kereta tidak dihiraukan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, penjenayah tersebut telah melakukan beberapa siri rompakan di sekitar kawasan Port Dickson dan Lukut. Menurut sumber Sinar Harian.

“Hasil maklumat daripada mangsa, polis melakukan rondaan sebelum dapat mengesan suspek yang menaiki kereta jenis Volkswagen GTI dan dua lagi kereta Toyota Vios dan Mazda. Dua kenderaan ini merupakan kereta yang dicuri dari rumah salah seorang mangsa.

“Polis mengejar suspek dan sebaik tiba di Pekan Lukut, polis melepaskan tembakan sebelum Volkswagen itu terbabas masuk ke longkang. Pemandunya berjaya melarikan diri bersama suspek lain,” katanya.

Menurutnya, salah satu kenderaan berkenaan kemudian dipandu menuju ke Port Dickson dan sebuah lagi menuju ke Seremban.

“Siasatan awal polis menemui semula peti besi milik mangsa yang dilarikan suspek di dalam Volkswagen tersebut,” katanya.

Sumber berkata, Toyota Vios milik mangsa yang dilarikan suspek bagaimanapun ditemui di Dataran Segar, Lukut dan didapati ada beberapa kesan tembakan serta kesan remuk di bahagian belakang kereta, dipercayai akibat pelanggaran semasa insiden dikejar kereta peronda polis.

“Kereta berkenaan ditinggalkan dalam keadaan kosong dan hanya didapati ada sebilah parang,” katanya.

Beliau berkata, kira-kira 12 tengah hari, polis mendapat maklumat salah sebuah kereta yang dipandu penjenayah ditemui di Dataran Segar, Lukut dengan kesan tembakan serta kemek di bahagian belakang kereta berkenaan.

“Turut ditemui adalah sebilah parang dipercayai digunakan suspek untuk rompakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun mengesahkan kejadian

Lagi tragedi bas kemalangan


Johor Bahru: “Papan itu melayang masuk ke dalam bas dan ia terhenti kira-kira seinci dari dahi saya. Jika ia terus meluncur, saya mungkin maut dalam kemalangan ini,” kata Razlan Abdullah Ismail, 46, semalam.

Razlan seorang daripada 22 penumpang bas ekspres dua tingkat yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Johor Bahru, yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler membawa muatan papan di Kilometer 45.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, jam 5.50 pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, tiga maut membabitkan pemandu kedua bas, R Shashi Kumar, 23, penumpang bas, Edi Setiono, 41, dan pemandu treler, A Majid Sadar Mohd, 59.

Seramai 14 penumpang bas berkenaan cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kulai (HP).





KEMALANGAN membabitkan bas ekspres dan lori membawa kayu di Kilometer 45.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, semalam.

Razlan berkata, kejadian berlaku kira-kira dua jam selepas dia berbual dengan Shashi Kumar.

Sumber : Mymetro!

Tindakan Gila Yasmin Yang Terlalu Menonjol


Festival Filem Cannes di Paris menyaksikan selebriti antarabangsa memperagakan fesyen masing-masing sebagai salah satu cara mencuri dan mencari perhatian serta populariti.
Namun dalam ramai-ramai selebriti yang hadir, ternyata Yasmine Latiffe berjaya menarik perhatian sejumlah jurugambar dengan tindakan beraninya. Beliau dengan sengaja membuka belahan bajunya dan menayangkan bahagian sulitnya tanpa mengenakan seluar dalam.

Apa pun itulah fesyen dunia barat yang tiada sempadan lagi antara malu dan maruah. Jika malu dan maruah boleh menjadikan mereka popular dengan cepat, maka jalan itulah yang dipilihnya.




(Gambar) Pondan yang bernama Natasya jadi rebutan

NATASHA (kanan) menunjukkan kesan simbahan asid pada badan Mohd. Hafizuddin di 

KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”
Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.
Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.
“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.
“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis

VIDEO : Perogol Dibelasah Ibu Kanak-Kanak Yang Cuba Dirogolnya!!


Kejadian berlaku di Moradabad, India di mana seorang ibu bertindak menghukum seorang lelaki yang cuba merogol anak gadisnya yang baru berusia 5 tahun.

Lelaki berkenaan dilihat merayu belas ehsan tetapi si ibu sudah berazam mahu memberikan pengajaran kepadanya.

Menurut wanita berkenaan, cubaan merogol itu bermula apabila lelaki itu membawa masuk anaknya dalam selimut sedangkan waktu itu cuaca sangat panas.

“Saya syak apa yang dia buat dengan anak perempuan saya dalam selimut,” katanya.

Psiko-psiko yang jenis ini memang sepatutnya dilayan begini.

Dekat negara kita patut buat macam nie baru betul... confirm insaf...

Tonton video:


Mukjizat Membaca Al-Quran


Sepotong buah yang terdedah pabila diuji dengan bacaan ayat Quran bertahan lama kesegarannya. Bunyi yang terhasil daripada bacaan Quran telah mengubah molekul air dalam sesuatu jisim kepada molekul air yang lebih baik dan kuat, yang terkadang tak dapat dijelaskan melalui sains.

Bunyi bacaan Quran yang terhasil menggetarkan 75% molekul air dalam otak manusia dan menjadi penyembuhan dan terapi yang sihat. Organ otak yang mengawal sistem manusia membuatkan seluruh sistem dikawal baik.
■ Ketahanan sel-sel darah manusia (penyembuhan kepada cancer).
■ Menghidupkan sel-sel manusia melawan pelbagai penyakit (tercipta medan elektromagnet di sekitar setiap sel).
■ Getaran bunyi bacaan Quran memberi >90% ketenangan jiwa - makanan rohani.
■ Bila sel-sel sihat, aqal pun menjadi cerdik, hati turut tenang dan akan melahirkan akhlak yang baik. InsyaAllah.
■ Lontaran bacaan Quran dengan kefahaman memberi kekuatan yang berbeza. Wallahua'lam.

Baca - Faham - Amal. Share

EKSKLUSIF: Pengakuan Pengawal Keselamatan Yang Dimaki, Ditendang

Sedih! Akhirnya pengawal keselamatn yang kena maki, kena tendang dengan seorang wanita iaitu bini Mat Yo muncul untuk ditemubual oleh wartawan. Lihat pada wajah pak cik kesian tgok apabila sedang mncari rezeki yang halal dimaki dan ditendang pula oleh wanita yang bongkak. Semoga wanita ini tidak trlepas dr hukuman akhirat. Jom lihat video selama 6 minit dibawah

ZAKAR LELAKI TERPAKSA DIPOTONG KERANA SENTIASA MENEGANG AKIBAT TERLEBIH TELAN VIAGRA


TERLEBIH TELAN VIAGRA - PENIS LELAKI INI TERPAKSA DIPOTONG KERANA KERAS BERHARI-HARI | Colombia – Gara-gara mahu ingin memuaskan teman wanitanya, seorang warga emas terpaksa menerima hakikat bahawa alat sulitnya terpaksa dipotong selepas dia mengambil Viagra berlebihan.

Lelaki berusia 66 tahun dan berasal dari Gigante, Colombia, itu mengalami ereksi selama beberapa hari, menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Keadaan alat sulitnya yang membesar dan menegang itu juga dikatakan menunjukkan tanda gangren.

Ia memaksa lelaki tersebut yang juga seorang peladang dan bekas ahli politik menjalani pembedahan memotong alat sulitnya bagi mengelakkan gangrene itu merebak ke seluruh badan.

Menurut doktor, dia kini semakin stabil selepas pembedahan dijalankan.

Susulan kepada insiden berkenaan, pihak berkuasa telah memberi amaran kepada kaum lelaki supaya tidak menggunakan ubat untuk membantu menegangkan alat sulit mereka tanpa mendapat kebenaran doktor.

Awal minggu ini, seorang lelaki di Yaman telah meninggal dunia akibat mengambil Viagra berlebihan sebagai persediaan malam pertama.

Lelaki itu baru berusia 25 tahun dan dia meninggal dunia di hospital selepas rebah.

PENGIKUT SYIAH MENGAKU BERJIMAK DI PEJABAT


Profesor Syiah Lakukan Hubungan Dalam Pejabat Selepas Kahwin Mutaah

Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan h-u-b-u-n-g-a-n- i-n-t-i-m.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.

Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.

“Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.

“Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.

“Golongan cerdik pandai bertaraf profesor pun boleh terpengaruh apatah lagi kalau mereka yang cetek pengetahuan agama.

“Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara ini setiap tahun termasuk pelajar.

Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 17,000 pelajar Iran melanjutkan pengajian di negara ini, 38,000 bermastautin secara sementara dan 150,000 lagi masuk sebagai pelancong.

Katanya, angka itu tidak termasuk warga Iraq serta beberapa negara lain yang turut mengamalkan Syiah masuk ke negara ini dan dibimbangi ia akan menyebarkan fahaman itu secara senyap kepada rakyat tempatan.

“Mereka dikesan turut menyebarkan fahaman itu di negara ini dan empat universiti awam menjadi lokasi kepada penyebaran fahaman ini membabitkan pensyarah dan juga pelajar.

“Julai lalu ulama Syiah dari Iran turut ke negara ini untuk bertemu penganut fahaman itu dan lebih malang lagi mereka turut mendapat sokongan beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan bergelar Datuk,” katanya.

PANAS ! Isteri Mat Yo Turut Tendang Pengawal Keselamatan?

Masih kisah isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan.
Jika isteri Mat Yo mengeluarkan komen tentang kejadian di laman Facebook dengan mendakwa dirinya pihak teraniaya, seseorang yang mengaku sebagai isteri kepada saksi dari awal hingga akhir kejadian turut tampil memberikan komen.
Mengulas kepada kejadian yang dipercayai berlaku sebulan lalu dan diceritakan oleh suaminya, wanita ini menyatakan punca insiden adalah isteri Mat Yo meletakkan kereta di tempat yang salah di Lapangan Terbang Skypark, Subang.


Menurutnya pengawal keselamatan terbabit telah memberi peluang untuk parkir kereta di tempat berkenaan selama selama 10 minit tetapi selepas 15 minit berlalu, isteri Mat Yo masih tidak berganjak.
Ini membuatkan pertengkaran tercetus antara mereka dan berakhir dengan bahasa kasar malah isteri Mat Yo didakwa telah menendang pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak dapat menahan geram.

Dikhabarkan, isteri Mat Yo mengeluarkan telefon bimbit dan mula merakam untuk menyaman pengawal keselamatan tersebut namun kejadian dikatakan turut dirakam oleh CCTV di tempat kejadian.
Apa pun, semoga segalanya berakhir secara baik dan jernih. Biasalah apabila tengah marah kadangkala kita kehilangan sabar dan tidak maksudkan apa yang dicakap atau dilakukan.
Apatah lagi, punca kejadian terlalu remeh dan boleh dibawa berbincang

Kes gaduh: “Saya serah kepada polis” – Isteri Mat Yo


SUBANG JAYA – Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talha atau lebih dikenali dengan nama ‘Mat Yo’ berkata beliau telah menyerahkan kes pertengkarannya dengan seorang pengawal keselamatan kepada polis dan enggan mengulas lanjut berkenaan insiden itu.

Siti Aisya Adam berkata demikian setelah dihubungi wartawan Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai video pertengkaran itu yang tersebar secara meluas di laman sesawang internet.

“Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen,” kata Aisya.

Video bertarikh 12 September yang dipercayai dimuatnaik oleh Aisya sendiri mula menjadi viral di laman sosial Facebook dan turut mengundang kritikan pelayar internet.

Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube.

Masing-masing mengutuk Aisya kerana bersikap kurang ajar dengan seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang. Menurut sumber Antarapos.

Insiden dipercayai berlaku setelah Aisya dikatakan tidak puas hati dengan pengawal keselamatan tersebut yang tidak membenarkannya meletakkan kenderaan di kawasan larangan parkir.

Menerusi video itu, Aisya dirakam sebagai memanggil pengawal keselamatan itu dengan panggilan ‘bodoh’ dan ‘jantan dayus’.

Rakaman itu secara jelas memperlihatkan Shahrul turut berada di tempat kejadian namun hanya menonton pertengkaran antara isteri dan pengawal keselamatan tersebut.

Isteri Mat Yo Mengamuk Di FB, Pernah Guna Gelaran Anjing


Isteri Mat Yo Mengamuk Di FB, Pernah Guna Gelaran Anjing - Nampaknya, video ‘panas’ yangmemaparkan dirinya menghamburkan kata-kata kurang enak pada seorang pengawal keselamatan dan menjadi viral di laman sosial sehingga kisah-kisah lama isteri Mat Yo juga mula muncul.

Sebagai mengulas isu ini, isteri Mat Yo pernah menulis:


Masyallah, pagi2 je dengar anjing menyalak di FB.. Anjing ni berjanggut sedikit sedikit di dagu.. Wahai anjing kami xperlu nk menyahut salakan anda.. Bahawasanya Allah itu Maha Adil dan doa org teraniaya Insyallah sentiasa dimakbulkan.. Kami punya cukup bukti membawa anda ke muka pengadilan, jangan anggap kami sama anjing macam anda.. Peguam kami akan membuat siasatan, sila mudahkan kerja kami lagi dengan memberi statement palsu anda. Bukti kukuh di tangan kami. Kami tak kan membuka keaiban anda sehingga pintu keaiban anda terbuka sendiri.. We will meet u soon anjing..



Ada orang kata status ini pernah ditujukan kepada kepimpinan tertinggi persatuan bola sepak Kelantan ketika Mat Yo mahu berhijrah ke pasukan Johor.

Kalau kepimpinan bola sepak Kelantan yang diterajui seorang yang begitu dihormati pun dapat layanan camni…apatah lagi nasib pak guard.

Aduh. Sebenarnya jika dilihat pada video yang tersebar sebelum ini pun, kebanyakan pihak tidak mempertikaikan sama isteri Mat Yo atau pengawal keselamatan berkenaan yang salah. Tetapi yang membuatkan orang tercengang, adalah bahasa yang digunakan.

Rasanya, isu serupa berulang dalam kenyataan dibuat oleh isteri Mat Yo di Facebook ini juga. Tidak kiralah siapa yang salah hingga tercetusnya perbalahan tempoh hari, tapi sebagai orang Melayu biarlah adab dan budi bahasa dijunjung.

Kalau dah orang lain diberi gelaran anjing, macam mana mahu cerita tentang siapa buka aib siapa… –Webberita | Terkini via MyNewsHub