Tuesday, 2 July 2013

Mandi Bogel Beramai-ramai Di Pantai!!!



Memang Pelik!!! mandi tanpa sebarang pakaian beramai-ramai

Musim panas adalah masa yang menyeronokkan di Inggeris untuk menikmati matahari. Bagi yang suka bertelanjang dan penyuka kebebasan, pantai Holkham di Taman Negara Holkham di daerah North Norfolk adalah satu pilihan.

Seperti ditulis The Sun (28/6/2013), pantai ini makin diminati oleh kaum nudis atau naturists pada musim panas seperti ini untuk mengekspresikan kebebasan. Mereka umumnya datang berpasangan, sebagai suami isteri mahupun kumpulan. Mereka berkhemah, berbual dan menikmati makanan yang mereka masak atau sekadar jalan-jalan di tepi pantai dengan cara berbogel ria.

Kaum naturist ini bertelanjang kerana suka kebebasan dan bukan seks. “Kami datang ke sini untuk ketenangan dan kebebasan dan tidak ada kaitan dengan seks,” kata Helen, 57 dan suaminya David, 67. Sedangkan Tom, 61 yang juga seorang pemandu lori mengatakan bahawa pantai ini sering disalahgunakan pihak lain untuk seks. “Saya bertemu dengan sekumpulan gay yang berkhemah dan berlakukan pesta seks semalam. Itu tak diingini kaum naturist, “kata Tom yang datang ke pantai itu dengan rakan-rakannya.

Selain Holkham, ada beberapa tempat di United Kingdom untuk berbugil ria, seperti pantai timur Brighton, Isle of Wight atau Northhumberland, tapi pantai ini tetap kegemaran bagi kaum naturist.

Beberapa saat lalu, pantai Holkham menjadi perhatian kerajaan Inggeris dan sempat melarang pengunjung bugil. Keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan remaja juga selalu mengelakkan tempat ini untuk bercuti.

Pandangan Haron Din Berkenaan “Zikir Sambil Menari”



Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Kadang-kadang ada yang memberi jawapan tentang sesuatu hukum itu mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda tentang hukum menari yang diamalkan oleh puak sufi seperti di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.
Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Wallahu ta’ala a’lam.

Remaja Bawah Umur Dirogol Selepas Dimabukkan!!!




Gambar Hiasan

Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri.

“Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu.

“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya.

Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan.

“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah.

“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Gempa Di Aceh Berulang Lagi!!!


LAMPAHAN (Indonesia) – Satu gempa kuat berukuran 6.1 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia pada Selasa membunuh sekurang-kurangnya satu orang, berpuluh-puluh cedera akibat bangunan runtuh, mencetuskan panik di kawasan yang dilanda tsunami pada 2004.
Gempa bumi itu melanda pada 0737 GMT pada kedalaman hanya 10 kilometer (6.2 batu), 55 kilometer selatan Bireun dan 72 kilometer tenggara Reuleuet, menurut pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Seorang doktor di sebuah klinik kesihatan di bandar Lampahan, daerah Bener Meriah berkata, pihaknya telah mendapat maklumat kira-kira 50 orang mengalami kecederaan akibat gempa bumi itu dan seorang meninggal dunia.
“Kami telah menerima maklumat kira-kira 50 orang mengalami kecederaan manakala seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat dinding rumahnya runtuh.
“Kecederaan yang terjadi berbeza iaitu ada yang luka sehingga kepada patah tulang,” katanya.
Tambah doktor itu, mereka yang cedera telah dibawa dari beberapa buah kampung untuk mendapatkan rawatan dengan menaiki dua buah lori.
Seorang wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian turut melihat orang ramai berlari keluar dari bangunan dalam keadaan panik di ibu kota wilayah Banda Aceh apabila rumah dan banggunan bergegar dalam masa satu minit.
Satu gempa bumi besar melanda di luar Aceh pada tahun 2004, mencetuskan tsunami yang mengorbankan 170,000 orang di wilayah Sumatera dan puluhan ribu lagi di negara-negara di sekitar Lautan Hindi.
Indonesia berada di atas “Ring of Fire” Pasifik di mana plat benua bertembung, menyebabkan aktiviti gegaran berlaku. – AFP