Saturday, 31 August 2013

Gadis Dipaksa Lakukan Seks Dengan Individu Tidak Dikenali


MELAKA - Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya.

Insiden berkenaan berlaku hanya tiga minggu selepas seorang bapa merempuh masuk ke dalam sebuah rumah untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjual dirinya sebagai hamba seks.

Dalam laporan polis tersebut, remaja perempuan Tingkatan Dua itu mendakwa kenalan lelakinya mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur di Thailand sekiranya dia enggan melayan beberapa rakan lelakinya.

Remaja tersebut mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi 3 Ogos lalu, ketika dia sedang bersiar-siar di sebuah resort di Pengkalan Balak, Alor Gajah bersama-sama dengan kenalan lelakinya yang hanya dikenali dengan panggilan Gemok.

Gemok kemudiannya menyerahkan remaja berkenaan kepada tiga orang individu yang tidak dikenali.

Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah lagi chalet sebelum merogolnya. Suspek mendakwa mereka telah membayar sejumlah wang kepada Gemok untuk mendapatkan perkhidmatan seks daripada remaja perempuan berkenaan.

Ketika dihubungi saudara remaja perempuan tersebut berkata mangsa mengaku dirinya telah melakukan kesilapan yang cukup besar kerana dengan mengikut Gemok pada malam kejadian.

“Kami telah membuat laporan polis dan biar siasatan mengesahkan sama ada Gemok terlibat dengan sebarang sindiket pelacuran di Thailand,” katanya.

Dalam laporan polisnya, mangsa mendakwa dia dirogol. Tidak diketahui sama ada dia diberikan dadah sama seperti kes terhadap remaja yang dilaporkan berlaku di Merlimau,

Pada 7 Ogos lalu, The Star melaporkan, seorang lelaki berusia 47 tahun berjaya menyelamatkan anak perempuannya yang bersuai 13 tahun daripada menjadi pelacur pada 26 Julai lalu selepas lelakinya yang berusia 26 tahun menjual remaja berkenaan sebagai pelacur kepada sembilan orang lelaki.

Di Merlimau, seorang remaja perempuan di bawa ke hotel dan diberikan dadah serta menerima RM20 daripada teman lelakinya bagi setiap perkhidmatan seks yang diberikan.

Ayah kepada empat cahaya mata itu berkana anak perempuannya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajar hinggalah dia terjebak dengan kumpulan budak nakal selepas tamat peperiksaan UPSR.

Menurut ahli perniagaan itu, anak perempuannya melarikan diri dari rumah kali pertama dengan teman lelakinya Oktober tahun lalu.

Mangsa menghilangkan diri selepas keluar makan malam bersama teman lelakinya bagi meraikan kejayaannya mencapai 3A dalam UPSR. -mStar

5 Kakitangan TNB Tersepit


KULIM – Lima kakitangan TNB tersepit apabila kereta jenis Toyota SEG dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Jalan Lebuh Perdana kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua terlibat cedera di kepala dan badan, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, mangsa datang dari arah lampu isyarat Taman Industeri Waja menuju ke lampu isyarat Lebuh Raya Perdana.

“Ketika melalui satu selekoh, pemandu terlibat gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh pembahagi jalan, sebatang pokok dan tiang lampu yang berada di tengah jalan sebelum terbalik.

“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hi-Tech dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di tempat duduk,” katanya.

Semua mangsa terlibat kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Dari laporan diterima ada dalam kalangan mangsa terlibat patah anggota badan.

Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kemalangan.

Ghuzlan turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak memandu laju dan sentiasa mematuhi undang-undang. – SH

3 anggota polis maut dalam nahas ngeri


BELURAN – Lima orang termasuk tiga anggota polis terbunuh dalam nahas jalan raya di kilometer 53 Jalan Beluran-Telupid hari ini.

Kemalangan berlaku kira-kira 4.50 petang apabila kereta dinaiki empat anggota polis itu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dinaiki seorang lelaki dan empat perempuan.

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Beluran untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Beluran Deputi Supritendan Sivanathan Velautham berkata tiga anggota
polis yang maut dikenali sebagai Koperal Saudi Meting, 48, Koperal Hedzrin Ginan, 36, dan Lans Koperal Khairul Firdaus Abrahim, 25.

Katanya seorang lagi, Konstabel Mohd Zaini Mohd Razwan, 28, cedera parah dan dihantar menerima rawatan di Hospital Beluran sebelum dipindahkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Saudi dan Hedzrin merupakan anggota polis trafik, manakala Khairul dan Mohd Zaini bertugas di cawangan Unit Peronda.

Sivanathan berkata dua penumpang kenderaan pacuan empat roda itu turut maut iaitu dua adik beradik perempuan dikenali sebagai Masiah Jailani, 47, dan adiknya Layni, 45.

Lelaki memandu kereta berkenaan Arry Ak Gani, 24, mengalami cedera parah, manakala dua lagi perempuan yang menaiki kereta sama iaitu Imawati Siru, 20, dan Regnawati Siru, 22, cedera ringan.

Sivanathan berkata insiden berlaku ketika anggota polis berkenaan dalam perjalanan balik ke Beluran selepas melakukan tugas di Telupid. – Bernama/ABN

Pekerja TNB Hampir Putus Tangan Ditetak


KUALA LUMPUR – Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di sini semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata, mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

tgnputus2
“Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di sini untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – Bernama/ABN

Pemuda cedera dipukul polis


SITIAWAN – Seorang pemuda mendakwa dipukul anggota polis sehingga cedera di beberapa bahagian badan selepas terlibat dalam kemalangan di persimpangan Taman Sejati, di sii, 26 Ogos lalu.

Pengadu, Law Keat Siang, 20 memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 12.15 tengah malam dan dia memandu berseorangan sebelum berlanggar dengan sebuah kereta lain.

Menurutnya, dia telah berhentikan kereta bagi membincangkan masalah pelanggaran itu supaya dapat diselesaikan.

“Kereta berkenaan dinaiki dua lelaki dan salah seorang mendakwa dirinya polis. Dia berpakaian biasa tetapi telah menunjukkan kad akuan sebagai polis.

“Dia minta kad pengenalan saya tetapi saya tak beri kerana dia tidak berpakaian seragam polis ketika kejadian,” katanya pada sidang media di Pejabat DAP Sitiawan, semalam.

Tambah Keat Siang, dua lelaki tersebut menghubungi seseorang dan selepas itu dua anggota polis tiba menaiki sebuah kereta peronda.

“Mereka gari saya sebelum sempat saya beri penjelasan mengenai kejadian. Mereka juga memukul saya sehingga cedera di beberapa bahagian badan termasuk luka di pipi kiri, lebam mata kiri, sakit di belakang kepala dan leher.

“Mereka bawa saya ke Balai Polis Seri Manjung dan masukkan saya ke dalam lokap selama satu malam. Saya terkilan kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan situasi sebenar,” katanya.

Katanya, sekiranya lelaki terbabit ingin membuat rundingan berkenaan bayaran, dia sanggup membayar pada keesokan hari namun tidak diberi peluang melakukannya.

Keat turut memaklumkan bahawa satu laporan berkenaan kejadian telah dibuat di Balai Polis Seri Manjung.

Sementara itu, Setiausaha Politik Adun Sitiawan, Steven Cheong Ngin Koon berkata, perkara seumpama itu pernah berlaku setahun lalu namun belum ada tindakan hingga kini.

Beliau berharap polis dapat mengambil tindakan segera agar perkara itu dapat diselesaikan secara adil.

“Kami tahu polis menjalankan tanggungjawab mereka. Namun perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Kami tidak ambil ringan perkara ini dan siasatan dibuat secara terperinci untuk keadilan,” katanya. – SH

Rogol teman wanita baru dikenali


LEDANG – Akibat gagal mengawal nafsu, seorang remaja lelaki bertindak merogol teman wanita yang baru dikenalinya sebulan lalu menerusi laman sosial Facebook di sebuah kebun kelapa sawit di Bukit Gambir dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam pada 12 Ogos lalu apabila pasangan itu keluar bersiar-siar pada waktu siang.

“Ketika dalam perjalanan pulang untuk menghantar kekasihnya yang berusia 15 tahun ke rumah di sebuah kampung di Bukit Gambir, remaja berkenaan yang berumur 18 tahun mengajaknya singgah di kebun itu sebelum merogol mangsa.

“Atas desakan keluarga, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Gambir pukul 10 pagi pada 27 Ogos lalu, iaitu 16 hari selepas kejadian itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini.

Susulan laporan tersebut, polis menahan suspek di rumah keluarganya di Kampung Parit Jarum Laut pada pukul 6 petang semalam. – UTUSAN

Mayat bayi baru lahir dalam loji kumbahan UiTM


TELUK GADUNG – Warga kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej Redang, dekat sini, pagi semalam.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui terapung dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di permukaan loji kumbahan oleh seorang juruteknik syarikat kontraktor, 39, yang ingin memulakan kerja pembersihan di kumbahan tersebut.

Mayat bayi perempuan yang mungkin baru dilahirkan itu dipercayai agak lama dan berkemungkinan masuk ke dalam loji kumbahan itu melalui saluran najis berukuran kira-kira 20 sentimeter dari tandas asrama.

Pemeriksaan awal mendapati bayi terbabit mengalami kecederaan pada bahagian badan, lengan dan tengkorak kepala pecah dan ia berkemungkinan berusia dalam tempoh 48 jam.

Siasatan awal polis mendapati kawasan kejadian berpagar dan dipercayai tidak berkunci semasa kejadian.

Mayat berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hosital Dungun untuk pemeriksaan lanjut serta dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika mengesahkan kes berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci daripada pelbagai sudut termasuk melihat rakaman kamera tertutup (CCTV) serta menyoal siasat beberapa saksi yang boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.

Menurut Ismail, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Rektor UiTM Dungun, Profesor Madya Dr Abdol Samad Nawi ketika dihubungi berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan dan menyerahkan kes itu kepada pihak polis.

“Kita tak boleh komen apa-apa, biarlah polis siasat dahulu kes ini kerana ia adalah kes polis,” katanya. – SH

Dicekup ketika ‘beraksi’ di ranjang


SUBANG JAYA – Pelanggan lelaki dan seorang tukang urut wanita dicekup ketika asyik beraksi di atas katil di sebuah pusat urut di SS15 di sini.

Kedua-duanya yang terkejut apabila langsir memisahkan antara ruang pusat urut itu diselak anggota penguat kuasa bingkas mengenakan pakaian lengkap selepas itu.

Ketika dicekup, pelanggan lelaki tidak berbaju, memakai seluar pendek manakala tukang urut wanita separuh bogel dan hanya memakai baju.

Mereka antara tujuh yang ditahan dan diserahkan kepada polis kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral di tiga rumah urut di sini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan maklumat awam, pihaknya menyerbu tiga premis pusat kecantikan dan pusat urut di kawasan SS15.

Pusat urut pertama yang baru sahaja beroperasi lebih kurang dua bulan lalu dikenakan tindakan di bawah UUK 3 Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana mengendalikan perniagaan tanpa lesen dari MPSJ.

Tindakan seterusnya diambil ke atas premis pusat urut kedua yang didapati berselindung di sebalik nama pusat urut kaki dan kesihatan juga dijalankan tanpa lesen sah.

Semasa serbuan dibuat, seorang pelanggan lelaki didapati sedang asyik menerima perkhidmatan seks dari seorang tukang urut wanita warga China.

Soal siasat dijalankan mendapati, pengusaha premis menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan badan ke badan (B2B) kepada pelanggan dengan kos bayaran RM120 hingga RM180 mengikut jam.

Operasi diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota kemudian menyerbu sebuah lagi rumah urut di di Jalan SS 15/4B.

“Ketika serbuan terdapat seorang pelanggan lelaki menerima urutan badan dan batin, hasil pemeriksaan mendapati premis mempunyai lesen sah dari MPSJ untuk urutan refleksologi tetapi menawarkan urutan badan serta batin kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan penutupan premis diambil di bawah UUK 13 (k) UUKPK MPSJ 2007 kerana pengusaha melanggar syarat-syarat sekatan lesen dikeluarkan MPSJ.

Pengusaha berdepan denda maksimum RM1,000 bagi setiap kesalahan dilakukan. – SH

Bapa Tiri Cabul, Bapa Kandung Pula Rogol


Bapa Tiri Cabul, Bapa Kandung Pula Rogol | Tindakan seorang ibu di Sabah menghantar anak daranya ke pangkuan bapa kandungnya berikutan cubaan suami barunya itu mencabul remaja berkenaan, umpama menghantar anak sulungnya ke mulut harimau, apabila anak gadisnya itu dirogol bekas suami.

Malah, dalam kejadian itu, bapa kandung remaja berusia 18 tahun itu dikatakan sudah menyarung kondom selain meletakkan pelincir dipercayai untuk ‘meratah’ anak gadisnya itu, tetapi mangsa diselamatkan sepasukan polis yang menyerbu hotel berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang bekerja kilang di Masai itu cuba merogol anaknya untuk kali ketiga sebelum polis menyerbu masuk bilik hotel yang disewa mereka. Difahamkan, suspek berasal dari Sabah bercerai dengan ibu mangsa ketika mereka tinggal di Sabah semasa mangsa berusia 8 tahun.

Mangsa dan adik lelakinya tinggal bersama ibunya di Sabah, manakala suspek berhijrah dan bekerja di sebuah kilang di Johor. Bagaimanapun, masalah timbul apabila bapa tiri mangsa cuba mencabulnya Mac lalu, menyebabkan ibu mangsa menghantar remaja itu ke Johor untuk tinggal bersama bapanya di Masai. Malangnya, ketika tidur di rumah bapanya itu pada 5 April lalu, mangsa dirogol pada kira-kira jam 1 pagi, sebelum dirogol kali kedua 14 April lalu di sebuah hotel di Johor Bahru selepas gagal berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (Johor Bahru).

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu pergi menguruskan dokumen diri mangsa di JPN Johor Bahru sebelum lelaki itu mengajak anaknya ke daerah ini dengan alasan mencari pekerjaan.

Apabila tiba di sebuah hotel, mangsa yang curiga dengan kelakuan bapanya yang asyik memegang kemaluannya, meminta suspek membelikan makanan dan ketika lelaki berusia 37 tahun itu keluar, mangsa menghubungi sepupunya di Skudai dan meminta diselamatkan.

Sepupu mangsa menghubungi kenalannya yang juga anggota polis negeri ini yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan bantuan. Sebaik menerima maklumat lokasi sebenar hotel, sepasukan polis diketuai Ketua Unit Cawangan Pegawai Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat menyerbu bilik suspek di hotel berkenaan.-maklumat dot my

Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Maut Ditembak


JOHOR BARU- Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah dekat sini pada Jumaat.

Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.

Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999. – mStar