Sunday, 29 September 2013

Wanita Selamba Dedah Tubuh Bogel Depan Pegawai Agama

Gambar Hiasan
“Aku tertekan kejar akhirat.” Itu antara contengan pada sehelai kertas ditulis seorang wanita yang enggan menutup tubuh bogelnya ketika bilik hotel didiaminya diserbu dalam operasi mencegah maksiat di Batu Pahat awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah berulang kali mengarahkan wanita tempatan tersebut memakai tuala namun tidak diendahkan, malah dia membiarkan sahaja tubuhnya diperhati tanpa segan silu.

Wanita berusia 26 tahun itu disyaki berdua-duaan berdasarkan penemuan kondom dalam bilik tersebut tetapi pasangannya dipercayai melarikan diri menerusi tingkap selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Ketua Operasi, Saiful Ariffin Mohd. Sopah berkata, setelah pintu diketuk, pihaknya menunggu agak lama sebelum ia dibuka dan terkejut melihat keadaan perempuan itu yang tidak mengenakan sebarang pakaian.

“Melihat keadaan perempuan itu, kami mengarahkannya mengenakan pakaian lengkap namun dia berlagak selamba dan langsung tidak mengendahkan arahan,” katanya.

Menurut Saiful Ariffin, perempuan itu akhirnya `mengalah’ untuk berpakaian lengkap setelah diberikan tuala oleh anggota wanita yang bertugas, namun dia masih berkeras menyatakan hanya berseorangan dalam bilik itu walaupun sekotak kondom ditemui di situ.

Katanya, perempuan itu kemudian mendakwa dia sebagai anak yatim piatu dan mula menangis serta meracau sebelum ditenangkan secara kaunseling.

Mayat wanita ditemui di tepi tangga flat


BERCHAM – Seorang wanita sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 10 kilometer dipercayai bertujuan mencari ‘port’ sesuai sebelum bertindak terjun bangunan, malam tadi.

Wanita dikenali Chong Sau Chian yang tinggal di Taman Liew Yap Sin, Gunung Rapat di sini, dikatakan membawa diri ke kawasan perumahan Flat Taman Pakatan itu sebelum ditemui mati dipercayai akibat terjatuh dari rumah pangsa empat tingkat itu.

Wanita berusia 46 tahun itu juga dipercayai telah mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mayat mangsa dijumpai seorang penduduk yang menyedari banyak anjing menyalak kuat di kawasan berhampiran tangga bangunan itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima panggilan awam kira-kira jam 9.15 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Tibanya di kawasan terbabit, kelihatan seorang wanita tertiarap di atas jalan dipercayai terjun dari tingkat empat.

“Namun, wanita terbabit disahkan telah meninggal dunia selepas pembantu perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) melakukan pemeriksaan atas badan wanita terbabit” katanya di sini, malam tadi, menurut sumber Sinar Harian.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata mahupun racun.

“Bagaimanapun, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Wanita misteri hilangkan diri


SUNGAI NIBONG – Pengalaman terserempak dengan wanita berpakaian kilang dan kemudiannya menghilangkan diri di celah dinding mungkin tidak dapat dilupakan seorang lelaki.

Dia yang dikenali dengan nama Azim berkongsi kisah berkenaan kepada Sinar Harian.

Azim berkata, kejadian berlaku ketika dia memandu di bawah jejantas Sungai Nibong kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, ketika itulah dia terpandang wanita berpakaian kilang duduk di atas batu dengan wajahnya yang begitu muram.

“Tanpa ragu-ragu saya pun terus ingin bertanya jika dia (wanita) perlukan bantuan, dan ketika saya baru hendak berjalan menuju ke arahnya serta merta dia masuk di celah dinding jejantas berkenaan.

“Pada mulanya saya terkejut kenapa dia lari dan bergegas saya mengejarnya kerana bimbang keadaan yang amat gelap di situ, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak ruang berkenaan begitu sempit iaitu sebesar ibu jari saya saja,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian itu terus membelenggu dalam ingatan Azim sehingga kini.

Sama seperti Azim, rakannya, Zul turut melalui pengalaman yang sama ketika jam 3 pagi apabila terserempak dengan wanita berpakaian kilang sama seperti yang dilihat Azim.

Zul berkata, dia terserempak dengan wanita itu setiap tiga malam berturut-turut dan pada masa yang hampir sama.

“Hari ketiga saya bertekad untuk memandang mukanya, apabila saya nampak mukanya, ada raut persis wanita Indonesia tapi dalam keadaan yang amat sugul dan menyedihkan, apa lagi, terus saya memandu laju,” katanya.

Ketika berkongsi kisah berkenaan dengan rakan-rakan yang lain, lokasi berkenaan dipercayai menjadi kawasan panas kemalangan jalan raya.

Ada yang beritahu ada kanak-kanak sekolah yang dilanggar beberapa kali di situ hingga menemui ajal.

Pasangan khalwat enggan buka pintu bilik


BATU PAHAT – “Saya tidur nyenyak sebab penat, bukan tak nak buka pintu,” kata seorang lelaki kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, dalam satu operasi awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi itu, penguatkuasa Jaij terpaksa menunggu hampir satu jam apabila pasangan berkenaan enggan membuka pintu bilik hotel tempat mereka bermalam.

Selepas beberapa kali pintu bilik berkenaan diketuk dan beberapa pegawai penguatkuasa mendesak untuk memecah masuk, barulah pasangan terbabit membuka pintu.

Timbalan Penguatkuasa daerah, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, sebaik pintu bilik berkenaan dibuka, didapati terdapat sepasang kekasih berusia 20-an, dalam ketakutan.

“Pemeriksaan mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan sah dan dipercayai berkhalwat kerana berkurung,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Saiful Ariffin berkata, pasangan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Menurutnya, pasangan berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai, dan operasi ini dilakukan untuk memberikan pengajaran terutama kepada golongan muda.

“Tumpuan akan diberikan di hotel bajet, rumah tumpangan dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan sumbang itu, selain ia akan dilakukan dengan lebih kerap,” katanya.

Amoi Diperkosa Dan Diliwat Bergilir-Gilir


Seorang wanita warga China bukan sahaja dirogol secara bergilir-gilir, malah turut diliwat selepas dilarikan dalam kejadian di Jalan Pudu, Cheras, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan keluar untuk membeli makanan, sebelum dihampiri tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, dua daripada lelaki terbabit kemudiannya menarik mangsa masuk ke dalam kereta.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan itu, dua daripada suspek bertindak menarik rambut serta baju mangsa, sebelum mencabulnya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah hotel di kawasan Damansara.

Fadil berkata, mangsa yang ketakutan terpaksa bertahan dan menunggu sehingga dua suspek terbabit tidur.

“Setelah yakin dua suspek itu tidur dan seorang lagi sedang mandi, mangsa terus keluar dari bilik untuk mendapatkan bantuan daripada pihak pengurusan hotel.

“Pihak pengurusan hotel terus menghubungi polis dan kita berjaya tangkap ketiga-tiga suspek di bilik berkenaan pada hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek kini direman sehingga esok.

Difahamkan, mangsa yang masuk ke negara ini sejak 9 Jun lalu, dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.

Maut selepas dipukul dan ditetak


JOHOR BAHRU – Seorang pengurus kilang maut selepas dipukul dan ditetak oleh dua lelaki bersenjatakan parang di hadapan kilangnya di Taman Gembira, di sini semalam.

Mangsa, Lau Teck Hock, 44, dipercayai berada di luar kawasan pejabat di kilang berkenaan sekitar jam 1 petang sebelum diserang lelaki terbabit yang memakai topi keledar.

Teck Hock ditetak beberapa kali oleh dua lelaki itu, selain dipukul pada bahagian kepala menggunakan parang sebelum suspek meninggalkan lokasi kejadian dengan motosikal.

Difahamkan, mangsa yang cedera parah sempat merangkak ke pejabat untuk meminta bantuan dan kemudiannya disedari pekerjanya.

Mangsa bagaimanapun meninggal dunia sebelum ambulans tiba susulan daripada kecederaan dialami.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, polis masih melakukan siasatan berhubung motif kejadian.

“Polis menolak wujudnya unsur rompakan kerana tiada barang mangsa dicuri ketika serangan terbabit.

“Kes disiasat kejadian ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi dan mengesahkan kejadian, di sini semalam, menurut sumber Sinar Harian.

Abdul Samad berkata, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk tampil menghubungi polis atau hadir ke balai berdekatan.

Ahli geng 04 berdepan hukuman gantung sampai mati


AYER KEROH – Tiga lelaki disyaki ahli Geng 04 berdepan hukuman gantung sampai mati ketika didakwa di Mahkamah Majistret, semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki dipercayai ahli Geng 08, Mei lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh, Narendranpathy, 26, P Setupathi, 25, dan Aiman Mazlan, 20, sejurus selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Maji-stret Syajaratudur Abd Rahman.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama empat yang telah dituduh serta bersama seorang lagi masih bebas melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian R Sivan, 31.

Kejadian didakwa dilakukan mereka di hadapan sebuah rumah di Taman Bertam Jaya, kira-kira jam 10 malam, 4 Mei lalu, Menurut sumber Sinar Harian.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguambela.

Dalam penghakimannya, Syajaratudur kemudian menetap 31 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk lantikan peguambela tertuduh.

Sementara itu, ketika dibawa keluar dari mahkamah, ketiga-tiga tertuduh dengan tangan bergari secara terbuka menunjukkan isyarat angka empat dengan jari yang membawa maksud Geng 04.

Pemilik kedai perabot dibunuh kejam


KUALA NERUS – Seorang lelaki warga Pakistan ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan dalam kedai perabot miliknya di Kampung Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot, di sini, semalam.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku jam 12 tengah hari itu, mangsa, Hadi Khan Yusof, 55, yang mempunyai taraf penduduk tetap (PR) ditemui berlumuran darah dalam keadaan terbaring di bahagian belakang kedainya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam dan setibanya di lokasi, mangsa didapati sudah meninggal dunia akibat
ditikam dengan senjata tajam.

“Mangsa sudah lebih 20 tahun menetap di negara ini dan tinggal bersendirian kerana anak serta isterinya baru pulang ke negara asal mereka di Pakistan.

“Kita masih lagi mengesan senjata yang digunakan kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian. Kita ada terima maklumat daripada jiran dan sedang mengesan suspek, bagaimanapun motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan termasuk mengenal
pasti barang peribadi milik mangsa,” katanya.

Manoharan berkata, mangsa dipercayai baru membuka perniagaan di kawasan berkenaan dan polis sedang berusaha menghubungi keluarganya di Pakistan.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, menurut seorang saksi, Ahmad Syafandi Mohd Yusof, 34, dia sama sekali tidak menyangka punca mangsa lewat membuka kedai akhirnya membawa kepada penemuan mayat jirannya itu yang baru dikenali sebulan lalu oleh seorang
pemandu lori yang datang untuk mengambil barang di kedai perabot berkenaan.

“Sebelum itu, ada beberapa orang datang bertanyakan mangsa kerana kedainya masih belum dibuka, tapi ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dimaklumkan pemandu lori berhubung penemuan mayat berkenaan dan saya segera menghubungi polis,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu,menurut sumber Sinar Harian.

Menurut pengusaha kedai pakaian yang juga jiran terdekat mangsa, sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 8.30 pagi, ada jiran lain yang melihat mangsa sedang membaca surat khabar di bahagian depan kedai perabotnya dan selepas itu, mangsa terus tidak
muncul.

“Mangsa tinggal seorang diri dan biasanya dia buka kedai lebih awal daripada saya kerana dia menetap di tingkat atas kedainya, jadi bila dia lewat buka kedai, ramai yang tanya.

“Sebaik dimaklumkan pemandu lori berkenaan, saya bergegas ke dalam kedainya dan melihat mangsa sudah terbaring dengan berlumuran darah,” katanya yang baru sebulan memulakan operasi di kedai bersebelahan mangsa.

Suami isteri parah ditetak

.


MANJUNG – Sepasang suami isteri terpaksa merangkak dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian di Kampung Koh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa masing-masing berusia 50-an diserang empat lelaki yang dipercayai bersembunyi berhampiran kediaman pasangan itu sebelum menyerang.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa baru pulang ke kediaman mereka dengan menunggang motosikal.

Tindakan mengejut itu menyebabkan mereka tidak sempat mengelak serangan kumpulan berkenaan dan kedua-dua mangsa cedera di tangan dan kaki.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang sempat meloloskan diri menjerit meminta bantuan penduduk berhampiran.

Melihat mangsa meminta tolong, suspek segera melarikan diri menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa diserang sekumpulan lelaki hingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.

“Mereka berdua dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.

"Kita masih belum kenal pasti motif serangan berkenaan dan setakat ini tiada sebarang laporan kerugian berhubung kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

julia perez mabuk di kelab malam

Julia Perez "s 
Nama yang tidak asing lagi dengan aksi ghairah ketika mabuk yang sering jadi buah mulut orang ramai. Tindakannya yang suka mempamerkan bentuk badan seksi ketika membuat persembahan. Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati,(lahir diJakarta, 15 Julai 1980; umur 29 tahun) merupakan seorang model,penyampai, pelakon drama bersiri dan penyanyi dangdut Indonesia.

Seperti yang berlaku baru-baru ini di sebuah kelab malam di Surabaya, bekas isteri Damian Perez "s (seorang model) berjalan terkedek-kedek di atas pentas diiringi oleh alunan muzik. Artist yang memiliki dada seksi ini kelihatan begitu asyik menikmati muzik disko di bandar ini yang sering dikunjungi para lelaki. Seperti yang diramalkan, berpuluh-puluh pengunjung yang berhibur di kelab ini telah terpukau dengan tarian goyang seksi yang dipersembahkan oleh Artis ini.

Jurufoto media berjaya juga mendapatkan beberapa keping gambar aksi panas beliau ketika menari di atas pentas kelab malam ini.Terdapat juga gambar yang agak keterlaluan, beliau yang juga sekarang ini sedang bercinta dengan Gaston Castano dilihat sedang memegang botol dan menghirup arak. Di samping itu terdapat juga beberapa gambar lain yang berjaya diambil.

Lihat beberapa gambar aksi panas beliau yang berjaya diambil.




Kedai Maksiat Pelajar Sekolah


Kuala Lumpur – Lambakan ubat-ubatan danperalatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.

Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara.

Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.

Paling menarik, untuk mengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.

Premis itu bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan dewasa malah lebih mendukacitakan, pelajar-pelajar sekolah turut menjadi pelanggan mereka.

Kosmo! yang membuat tinjauan di sebahagian premis terbabit mendapati, di hadapan semua premis itu terdapat papan tanda yang mensyaratkan hanya individu berumur 18 tahun ke atas dibenarkan masuk ke kedai itu.

Bagaimanapun pemantauan selama empat hari berturut-turut di tiga daripada premis itu mendapati, ramai remaja bawah 18 tahun termasuk pelajar sekolah yang berpakaian seragam bebas keluar masuk tanpa sekatan.

Wartawan Kosmo! yang menyamar dengan berpakaian sekolah menengah berjaya memasuki premis berkenaan dan berada di dalamnya agak lama tetapi ditegah untuk membeli.
“Awak boleh beli barang ini tetapi sekarang awak pakai baju sekolah, kalau awak datang esok pakai baju biasa, saya kasi awak beli,” kata pekerja di situ.

Lebih menjengkelkan apabila remaja Melayu yang bertudung dan berbaju kurung ditemani pasangan masing-masing serta pelancong dari negara Timur Tengah tanpa segan silu masuk dan membeli beberapa peralatan seks di kedai terbabit.

Antara golongan lain yang dilihat menjadi pelanggan kedai tersebut ialah golongan remaja Melayu Blackmetal, Skinhead dan pelesit rempit yang terkenal dengan budaya seks bebas.

Seorang remaja skinhead yang ditemui mengakui hal itu dan memberitahu, ada di antara mereka sudah menjadi pelanggan tetap dan sering ‘memesan’ barang yang dihajati.

Antara yang menjadi kegemaran pembeli ialah kondom, pil viagra serta alat permainan seks untuk wanita dan lelaki dengan kebanyakan ubatan atau aksesori seks itu diimport dari China, Thailand dan Hong Kong.

Selain sarat dengan pelbagai ubatan, anak patung seks berbentuk tubuh wanita, gel, pakaian dalam malah rantai kunci yang memaparkan objek organ seks tiruan turut dijual dengan harga antara RM12 dan RM300.

Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus...

SEBARKAN UNTUK KEBAIKAN MUSLIM!
Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus...

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..

(GAMBAR) PASANGAN BERJIMAK DALAM KERETAPI DITAHAN POLIS


Sepasang pasangan kekasih Taiwan telah dirakam melakukan seks dalam keretapi yang bergerak menuju ke Taitong pada Sabtu petang yang lepas lapor China Times.

Individu yang memuat naik gambar tersebut memaklumkan pasangan tersebut langsung tidak mempedulikan penumpang lain. Dan lebih menjijikkan , seluar panjang lelaki dan seluar dalamnya sudah dilondehkan pada paras buku lali tanpa segan silu menyembunyikan perbuatannya.

Pihak polis menahan pasangan tersebut untuk disoal siasat di stesen keretapi Taitong. Pihak polis mendakwa pasangan ini mempunyai masalah mental.