Wednesday, 12 February 2014

Amaran!!! Jangan keluar Rumah

SHAH ALAM 12 FEB: Orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam rumah dan menutup semua pintu dan tingkap jika abu dari letupan Gunung Berapi Sinabung, Sumatera Utara terbang ke arah Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menasihatkan penduduk agar memakai topeng mulut atau menggunakan kain atau tuala basah sebagai alat perlindungan pernafasan jika udara tercemar.


“Kanak-kanak, orang-orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan hendaklah mengelak atau mengurangkan aktiviti luar dalam tempoh berkenaan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya minum banyak air, dan selalu membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga menasihatkan orang ramai mengelak memandu dalam keadaan berabu oleh kerana ia boleh menyukarkan penglihatan yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Gunung Sinabung berada dalam keadaan yang mudah meletup sejak 15 September dan letupan terbaru bermula pada 30 Januari mengakibatkan pelepasan abu panas ke udara pada ketinggian 5km.


Walaupun kemungkinan penduduk Malaysia terdedah kepada abu itu rendah, namun wujud kemungkinan berlaku hal sedemikian khususnya di pantai barat Semenanjung dan bahagian selatan negara.

Dr Noor Hisham berkata mereka yang terdedah kepada abu berkenaan akan mengalami simptom gangguan mata, hidung, tekak dan kulit.

Beliau berkata kementerian akan terus memantau keadaan dan menasihatkan mereka yang menghidap masalah kesihatan berkaitan abu gunung berapi segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

- Bernama

Derma kilat untuk adik Cha Cha mangsa langgar lari


Assalamualaikum W.B.T.

Saya bagi pihak adik Putri Nurdanischa Bt. Nordin ingin mohon bantuan derma kilat untuk adik ni...dia nak discaj hari ni tapi atuk dan nenek dia tak mampu nak bayar bil hospital..adik ni bersama atuk dan nenek dia kemalangan, kes langgarlari pada 24/01/2014 semasa menunggang motosikal di lebuhraya utara selatan
berhampiran susur ke Cheras (menghala ke KL) kira-kira jam 9.15 pagi. Van yang langgar keluarga ni gagal dikesan sebab tak buat report polis...Kesian adik Cha Cha membesar dengan atuk dan nenek sejak lahir (kini berusia 3 tahun)...Dia panggilatuk & nenek dia papa & mama...

Saya berada di tempat kejadian ketika kemalangan baru saja berlaku, Alhamdulillah saya bersama pasangan suami isteri yang kebetulan berhenti untuk membantu segera menghantar mereka ke hospital. Keadaan adik ni agak parah di kepala, hidung (patah),mulut (koyak) dan kaki kerana terseret lebih kurang 2 meter. Saya rasa tak sanggup nak cerita lebih-lebih..Saya ada melawat keluarga ini beberapa kali, hingga kinimasih mengikuti perkembangan mereka sekeluarga.

Saya cuma membantu seberapa yang boleh, kepada sesiapa yang bermurah hati dan sudi boleh salurkan bantuan ke akaun adik ini...

NAMA : PUTRI NORDANISCHA BT NORDIN
AKAUN RHB BANK : 1142 3100 1927 03

Saya dah buat pengesahan dengan pihak RHB Bank berkenaan akaun ini.

In Sya Allah, semoga usaha semua pihak diberkati Allah S.W.T.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di talian 013-2998346.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)