Monday 11 November 2013

Pakaian Free!!!

Salam. Mohon tuan iklankan program kebajikan yg dibuat oleh saudara saya ni. Dia mohon saya iklankan program ini.

Tapi networking yg sgt terhad. So mohon bantuan tuan utk iklankan jika tidak keberatan.

Keterangan lanjut/pengesahan tuan boleh berhubung sendiri dgn Tuan Haji Abd Ghani Haron (012 412 0846).

Maklumat spt berikut:

Program pemberian pakaian percuma (pakaian terpakai & baru). Program ini dianjurkan oleh Tuan Haji Abd Ghani Haron, Bekas Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Muda Yan.

Program ini bermula sejak bulan Ramadhan yang lalu bertempat di halaman rumah beliau di Kg Baru, Tikam Batu, Sg Petani Kedah. Sehingga kini telah ribuan helai pakaian telah diagihkan. Mohon kepada sesiapa yg mempunyai jiran2 yg susah/fakir/miskin utk dapatkan pakaian berkenaan di tempat dinyatakan.

Tak perlu daftar nama & sebagainya. Hanya datang dan pilihlah yang mana sesuai utk pakaian sendiri (bukan utk diniagakan) pada bila2 masa pun, PERCUMA.

Kepada yang berhajat utk menyumbang pakaian terpakai yg masih elok atau pakaian baru sila berhubung dgn Tuan Haji Abd Ghani di alamat spt dinyatakan diatas.

Juga di tempat yg sama disediakan air bertapis (ultra violet) utk semua. Hanya bawa botol sendiri dan ambillah utk keperluan harian.

Ianya juga PERCUMA.



Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)


Identiti Sebenar Suspek Bunuh Pegawai Bank Akhirnya Terdedah!


Suspek bunuh pegawai AmBank adalah warga Indonesia 

Suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan pegawai AmBank dalam satu rompakan lebih dua minggu lalu dikenal pasti sebagai warga Indonesia dari Sulawesi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata suspek dikenali sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, dari Desa Latugoh, Kacamatan Lawa, Sulawesi.

Katanya, Laode Ardina menggunakan dokumen pengenalan palsu dengan nama sebagai Ardi Hamzah dari Sabah untuk memohon pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

“Beliau dikatakan membeli pengenalan palsu daripada seorang lagi warga Indonesia sebelum memohon pekerjaan itu,” katanya.

Laode Ardina yang menyamar menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Bakar pada 23 Oktober sebelum melarikan RM450,000.

Polis percaya sejumlah besar wang disimpan oleh rakan Laode Ardina, seorang lagi warga Indonesia yang dikenali sebagai Joemar.

“Kami tahu suspek yang berada dalam tahanan melakukan jenayah dengan bantuan seorang rakan yang masih lagi bebas,” kata Khalid kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, polis menahan Laode Ardina di Johor semasa cuba melarikan diri ke luar negara ~ The Malaysian Insider

MENGGIGIL LIHAT PEMUDA DITETAK

MENGGIGIL LIHAT PEMUDA DITETAK SELURUH BADAN DI PERAK | IPOH – Seorang wanita dipaksa menyaksikan pembunuhan kejam dilakukan sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang yang menetak keseluruhan anggota badan seorang pemuda dalam kejadian di sebuah rumah di Hala Timur 7, Chandan Desa, di sini, 2.30 petang tadi.

Mangsa berusia 22 tahun maut selepas ditetak berkali-kali kumpulan lelaki terbabit dan kejadian itu disaksikan rakan mangsa yang juga penyewa rumah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, ketika kejadian, mangsa dan saksi wanita terbabit berada di ruang tamu sebelum sekumpulan empat lelaki yang memakai topeng ski dan kesemuanya bersenjatakan parang menyerbu masuk rumah serta terus menetak mangsa.

“Siasatan awal mengikut keterangan saksi dan jiran mangsa, mendapati sekumpulan lima lelaki menaiki Proton Perdana warna hitam ke rumah mangsa, sebelum empat daripadanya yang bertopeng memasuki rumah, manakala seorang lelaki tidak bertopeng bertindak sebagai pemandu menunggu dalam kereta.

Polis membawa keluar mayat S Susindren, 22, yang mati selepas diserang sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang.

“Ketika suspek di dalam rumah, penghuni yang juga saksi utama kejadian dipaksa duduk di satu sudut ruang tamu dan tidak dibenarkan bergerak, manakala mangsa boleh dikatakan ditetak di seluruh anggota badan oleh kumpulan penyerang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ahmad Tarmizi berkata, kesemua suspek kemudian meninggalkan rumah berkenaan dan wanita itu tidak diapa-apakan, sebelum jiran mangsa yang menyedari kejadian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.

“Wanita terbabit menyewa rumah itu bersama suaminya, manakala mangsa baru saja menumpang di rumah berkenaan sejak hampir dua bulan lalu. Bagaimanapun, suami wanita terbabit yang bekerja sebagai mekanik tiada di rumah ketika kejadian.

“Kes ini mungkin bermotifkan dendam kerana polis turut menerima satu lagi laporan berhubung serangan sama yang berlaku di Lebuh Rapat Baru, Taman Seong Choon yang terletak kira-kira dua kilometer dari kejadian pertama.

“Serangan kedua berlaku 45 minit kemudian dipercayai membabitkan kumpulan sama berdasarkan kereta yang digunakan, namun mangsa dipercayai berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, polis kini sedang giat memburu kesemua suspek serta mengesan suami penyewa rumah untuk membantu siasatan.

Sementara itu, jiran mangsa yang dikenali sebagai Kiah, 60, berkata, ketika kejadian dia sedang menukar air kolam ikan di halaman rumahnya, sebelum melihat sebuah kereta berhenti di depan rumahnya.

“Saya terperanjat apabila melihat empat lelaki keluar dari kereta itu dengan masing-masing membawa parang dan meluru masuk ke dalam rumah mangsa. Seorang anak saya yang turut melihat kejadian itu menarik saya masuk ke dalam rumah dan kami mengunci pintu kerana ketakutan.

“Kemudian, saya terdengar mangsa menjerit meminta tolong dan tidak sampai lima minit selepas itu saya lihat semua lelaki berkenaan menaiki semula kereta dan beredar, manakala penghuni wanita itu pula keluar rumah dalam keadaan menggigil ketakutan serta menangis,” katanya.

Gambar dan punca pembunuhan Ahmad Rafli, Ketua Penolong Pengarah JAIP


Gambar dan punca pembunuhan Ahmad Rafli - Hanya genap sebulan kes bunuh Norazita Abu Talib yang berkhidmat di Ambak sebagai pegawai operasi bank, rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan pembunuhan Ahmad Rafli Abdul Malek, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang Ahad. Ianya berlaku serentak dengan penangkapan pembunuh Norazita.

Ahmad Rafli Abdul Malek, 49, dipercayai ditembak sebanyak tiga kali oleh sekumpulan lelaki berpakaian jubah warna hitam dan berkopiah yang datang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih di hadapan rumahnya, di Indera Mahkota 2, Pahang. Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis namun menurut sumber motif pembunuhan itu ada kaitan dengan ketegasan Allahyarham mengambil tindakan ke atas kumpulan syiah yang wujud di Pahang. Kumpulan lelaki berkenaan dikatakan melakukan pembalasan.

Apapun, kita tunggu dan lihat hasil penuh siasatan pihak polis nanti. Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar pembunuhan Allahyarham Ahmad Rafli Abdul Malek, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang.






Kantoi... Akviti gelap warga asing


Permaisuri – Sekumpulan lelaki warga asing dipercayai menjadikan alat boneka seks sebagai pemuas nafsu serakah susulan penemuan pelbagai alat perangsang seks dan anak patung menyerupai wanita dalam serbuan Jabatan Imigresen Terengganu di sebuah rumah kongsi di Kampung Telaga Putat, di sini, kelmarin.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu Mohd Shahrir Khalil berkata, pelbagai peralatan itu ditemui dalam sebuah kotak yang disembunyikan di salah sebuah bilik dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus membongkar aktiviti ‘gelap’ penghuni di rumah kongsi berkenaan.


Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, seorang daripada penghuni mengakui semua peralatan seks itu miliknya dan turut digunakan rakannya yang lain bagi memuaskan nafsu masing-masing, menurut sumber HMetro.

“Walaupun warga asing itu mengaku hanya akan mencari peralatan itu bagi memuaskan nafsu dan tidak membabitkan wanita, kita bimbang ia membahayakan anak-anak gadis tempatan di lokasi berhampiran jika dibiarkan berleluasa.

“Jika aktiviti tidak bermoral ini tidak dibendung, ia boleh mendatangkan bahaya kerana lokasi rumah kongsi ini begitu hampir dengan kawasan perkampungan.