Friday, 23 August 2013

Misteri Doktor Memakai Baju Hijau Ketika Dibilik Bedah???


Tahukah Anda ??
Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.
Warna hijau juga adalah warna kegemaran Rasulullah ;)
Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih.
Psst: Ini adalah sekadar maklumat bersama sahaja. Usah kaitkan dengan perkara lain yang tidak masuk akal. Usah jadi badut tidak berbayar di sini yang tak habis-habis nak relate semua perkara dengan politik. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Sebarkan!!! Berhati-hati dengan jenayah terbaru di Malaysia!


Berhati-hati dengan jenayah terbaru di Malaysia!
Sila share kan sebanyak mungkin untuk kebaikan bersama.

Ini telah dihantar asalnya oleh seorang anggota polis Malaysia pada FB.
Berkongsilah dengan semua orang yang anda tahu, terutamanya isteri, adik-beradik anda, kawan-kawan perempuan dan rakan-rakan.

Di stesen minyak, akan seorang lelaki datang dan memperkenalkan diri beliau sebagai pelukis kepada wanita untuk menawarkan perkhidmatan mengisi petrol ke dalam kereta wanita itu dan meninggalkan biznes kad. Beliau tidak berkata apa-apa tetapi menerima kad beliau kerana kebaikan lelaki itu dan terus masuk ke dalam kereta. Lelaki itu kemudian masuk kedalam kereta yang dipandu oleh orang lain.
Apabila wanita meninggalkan stesen minyak, dia melihat lelaki tersebut keluar dari stesen itu stesen pada masa yang sama. Hampir serta-merta, dia mula berasa pening dan tidak dapat manarik nafas dengan sempurna. Dia cuba untuk membuka tingkap dan menyedari bahawa bau adalah pada tangannya; tangan yang sama digunakan menerima kad dari orang di stesen minyak semasa menerima perkhidmatan dari lelaki tadi.

Beliau kemudian melihat lelaki tersebut mengekori dibelakangnya dan dia merasakan dia perlu untuk melakukan sesuatu yang pada ketika itu. Dia memandu ke jalan masuk rumah org yang yang pertama di temui dan mula membunyikan hon dia berulang kali untuk meminta bantuan.
Lelaki tersebut terus memandu pergi tetapi wanita masih berasa agak teruk kerana selama beberapa minit barulah dia boleh menarik nafas.
Rupa-rupanya, ada bahan pada kad yang boleh membahayakan sistem pernafasan manusia.
Dadah ini dipanggil 'BURUNDANGA'. (Tidak diketahui Untuk Orang Setakat ini) dan ia digunakan oleh orang-orang yang ingin melumpuhkan mangsa dalam usaha untuk mencuri daripada atau mengambil kesempatan daripada mereka.
Dadah ini adalah empat kali lebih berbahaya daripada dadah biasa.

Jadi sila berhati-hati dan pastikan anda tidak menerima kad daripada seseorang apabila anda bersendirian. Kongsi jika anda fikir ianya penting!





Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Setev: Tiba masa k'jaan Mongolia campur tangan


Bapa Altantuya-Setev Shaariibuu

Setev Shaariibuu, bapa kepada Altantuya, warganegara Mongolia yang dibunuh, sangat sedih dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua bekas anggota polis yang dituduh membunuh anaknya pada Oktober 2006.

Beliau bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan, kecuali berkata:

"Tiba masanya kerajaan Mongolia membuat kenyataan berhubung keputusan itu."

Difahamkan bahawa Setev menjangkakan keputusan itu dan sekarang mahu membawanya ke peringkat lebih tinggi, bagi menegakkan keadilan untuk mendiang anak perempuannya itu.

Reaksi segera itu diperolehMalaysiakini melalui peguam Mongolia Munkhsaruul Mijiddorj.

Munkhsaruul berkata, Setev merancang mendapatkan bantuan kerajaan Mongolia bagi menguruskan perkara itu.

"Dia akan membuat kenyataan selepas mendapat surat rasmi daripada mahkamah Malaysia atau daripada peguammnya di Malaysia Karpal Singh," katanya.

Sumber : MalaysiaKini

Erdogan dakwa ada bukti Israel dalang jatuhkan Morsi dengan bantuan Regim Zionis As Sisi.



Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan


ANKARA: Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dalam nada tegas menyatakan beliau memiliki bukti bahawa Israel adalah dalang penggulingan Presiden Dr Mohamad Morsi yang dijayakan tentera pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi pada 3 Julai lalu.

Dalam ucapannya yang disiar televisyen Russia Today, Edogan berkata, campurtangan Israel itu boleh dilihat melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Yahudi daripada Perancis semasa mesyuarat rasmi Israel.

Pada mesyuarat sebelum pilihanraya Mesir pada tahun 2011 itu, yahudi itu mendakwa bahawa Ikwanul Muslimin tidak akan berkuasa walaupun mereka menang pilihanraya.

Erdogan juga mengatakan bahawa Barat mula mendefinisikan kembali demokrasi untuk disesuaikan dengan kehendak mereka, dan bukan ditentukan oleh suara rakyat.

"Apa yang telah mereka perkatakan tentang Mesir? Demokrasi bukan pada kotak undi. Siapa dalang kepada semua ini? Pastinya Israel. Bukti ada dalam tangan kami," katanya.

Beliau juga mengutuk negara-negara Islam yang menyokong pimpinan baru tentera dengan mendakwa mereka ini adalah golongan pengkhianat.

Erdogan sehingga kini, antara pemimpin negara Islam yang telah mengambil pendirian tegas terhadap rampasan kuasa di Mesir.

Selain menamatkan perjanjian kerjasama dengan Mesir, Turkey juga telah memanggil pulang duta mereka minggu lepas.

Mahkamah bebas Azilah, Sirul dari tuduhan bunuh Altantuya



Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

Hakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.

Bagaimanapun, penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert.

Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu.

Pendakwa akan merayu

Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.

Timbalan Peguamcara Negara 111, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.

Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Menurut peguam, kedua-dua tertuduh mungkin dibebaskan dari penjara Sungai Buloh lewat hari ini.

Dalam mesej teks, Tun Majid berkata mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.

Sumber : MalaysiaKini

Malaysia perlu tolak kerajaan tentera Mesir

Mohd Azmi Abdul Hamid


MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan kerajaan Malaysia perlu menolak kerajaan tentera Mesir yang melakukan rampasan kuasa dan mengkhianati hasrat majoriti rakyat Mesir yang telah memilih Mohamed Morsi sebagai presiden Mesir secara demokratik dalam pilihan raya yang sah pada 2012 yang lalu.

51 % rakyat Mesir yang memilih Morsi untuk menjawat kerusi Presiden Mesir tidak boleh diketepikan dengan mendakwa rakyat menolak beliau atas alasan demonstrasi yang diadakan yang tidak mewakili 3 % pun dari rakyat Mesir .

Dengan hanya beberapa ribu yang menunjuk perasaan anti Morsi berbanding jutaan yang menyatakan sokongan kepada Morsi tidak melayakkan beliau dijatuhkan oleh tentera dengan cara rampasan kuasa.

Jika Kerajaan Malaysia menerimanya bermakna Malaysia menolak demokrasi yang mengabsahkan kehendak rakyat majoriti dalam sistem demokrasi.

Rampasan kuasa oleh tentera adalah pembunuh demokrasi dan akibatnya Mesir kini kembali kepada zaman regim tentera yang akan mengguna kuasa untuk mensasar aktivis Islam Ikhwan Muslimin di seluruh Mesir seperti era tiga Presiden diktator sebelumnya iaitu Jamal Abdul Naseer, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak.

Alasan Ketua Angkatan Tentera Mesir , Abdel Fattah Al Sisi bahawa Morsi tidak patuh kepada kehendak rakyat hanyalah rekaan untuk merampas kuasa, sedangkan seluruh rakyat tahu suara yang menentang Morsi pada hakikatnya adalah suara minoriti.

Dengan mengiktiraf presiden interim yang menjadi boneka kepada tentera Mesir iaitu Ketua Hakim Adly Mansour, jelas membuktikan bahawa kudeta yang dilancarkan adalah konspirasi antara tentera dan institusi kehakiman Mesir.

Bukan sahaja tindakan tentera dan Kehakiman melanggar prinsip demokrasi yang kononnya diberi kepada rakyat selepas revolusi yang digelar Arab Spring 2011, malah ia adalah penghinaan kepada seluruh harapan dunia bahawa Mesir akan memberi hak kepada rakyat untuk menentukan pemerintahan sivil melalui pilihanraya yang bersih dan adil.

Malaysia perlu menyatakan pendiriannya untuk mewakili rakyat bahawa perampasan kuasa oleh tentera tidak boleh diterima sama sekali.

Dengan yang demikian, hubungan diplomatik dengan Mesir hendaklah digantung untuk sementara waktu.

Malaysia harus mencontohi Turki yang mengambil sikap yang tepat untuk tidak mengkhianati kehendak rakyat majoriti Mesir dan menyatakan penolakkan terhadap regim tentera yang mengambil alih kuasa secara tidak sah.

Mapim menegaskan tindakan tentera yang menahan Morsi dan mula menangkap pemimpin Ikhwan Muslimin adalah satu tindakan yang zalim dan ia adalah pengulangan pendekatan regim diktator yang sebelum ini yang memusuhi gerakan tersebut.

Tindakan ini mesti dihentikan dan dunia tidak boleh mendiamkan diri jika mahu mengelak Mesir berada dalam keadaan perang sivil yang merbahaya.

Masyarakat dunia perlu menerima Ikhwan Muslimin adalah gerakan yang terbesar, mempunyai dokongan massa yang luas, jaringan rakyat yang tidak ada tolak bandingnya dan telah memilih proses demokrasi secara aman untuk memimpin Mesir.

Malah ia mendapat majoriti kerusi di Parlimen pada pilihan raya Parlimen Mesir secara sah.

Namun oleh kerana ia mempunyai agenda Islam yang jelas dan kritikal terhadap hegemoni Barat, ada pemimpin Arab yang tidak senang dengan Ikhwan Muslimin menerajui kuasa di Mesir.

Sebab itu Saudi , Syria , Iraq , Qatar dan UAE menyambut baik rampasan kuasa oleh tentera dan perlantikan kerajaan interim untuk menyekat sokongan rakyat terhadap Ikhwan Muslimin . Setakat ini hanya Turki , Tunisia dan Iran yang mengutuk dan menolak kudeta tersebut.

Mapim menegaskan Malaysia perlu membuat pendirian yang jelas untuk menuntut agar penindasan terhadap kelompok Islam dihentikan dan pilihan rakyat yang dibuat secara sah melalui pilihan raya Presiden 2012 hendaklah dikembalikan iaitu meletak semula Dr.

Mohamed Morsi sebagai Presiden yang dipilih dalam pilihan raya secara demokratik yang pertama dalam sejarah Mesir.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Mapim

Sumber : SH