Wednesday, 4 December 2013

Ibu Bersubahat Biar Anak Gadis Buat "Projek" Dirumah



Seorang ibu tergamak membiarkan anak perempuannya yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU) berusia 17 tahun berkhalwat dengan teman lelaki di rumah mereka di Taman Tangkak Jaya, Johor jam 1.10 pagi semalam.

Lebih menjijikkan, suami baru kepada wanita terbabit yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah di daerah ini juga hanya mendiamkan diri walaupun tahu perbuatan anak tirinya itu haram di sisi agama.

Kegiatan pasangan kekasih terbabit bagaimanapun terbongkar selepas Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) menyerbu kediaman itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

Tindakan wanita berusia 44 tahun itu yang mendakwa teman lelaki anaknya sebagai anak saudaranya dari Segamat juga akhirnya terbongkar.

Ia berikutan anak perempuan wanita terbabit yang berusia 17 tahun mengaku lelaki berusia 16 tahun dan tidak bersekolah itu adalah teman lelakinya, selain bercadang untuk berkahwin pada Mac tahun depan.

Lebih malang, ibu remaja terbabit turut diarah hadir ke Pejabat Agama Daerah Ledang kerana didapati nikah tanpa kebenaran di Narathiwat, Thailand pada 2004.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa rumah tersebut.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berbaju tidur membuka pintu.

“Pihak penguat kuasa terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum wanita berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja lelaki berseluar pendek tanpa memakai baju dalam sebuah bilik, manakala remaja perempuan sedang baring di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahrim atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala ibu remaja perempuan terbabit diarahkan hadir ke Pejabat Agama Darah Ledang kerana bersubahat dan akan didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam kerana nikah tanpa kebenaran.

Budak Lelaki India Hilang!!!

Tolong Share jap, mana tau kot ada sesiapa terjumpa.. Kesian tengok depa... jangan tgk warna kulit untuk membantu... Harap dh jumpa budak tersebut...


They are poor people, no capacity sky coverage newspapers or printed posters to find their son. They need only your share. When the rich kid got taken away the whole world knows, when a poor mom lost her kid no ones cares .please share it won't harm. Please help find the missing 5-year-old boy T. Sathiskumar! Anyone with information on Sathiskumar's whereabouts please contact investigating officer Insp Mohamad Ehsan Abu Bakar at 012 249 4002 or the Bukit Mertajam police operations room ( 04-538 2222). PLEASE SHARE THIS PICTURE TO UR WALL AND GROUP AND HELP THEM PLEASE......




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Minta Perhatian!!! Cara baru samun...


SEBARKAN: Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini | Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan. Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya. Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang. Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan Citta Mall. Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal. Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam. Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign via mynewshub http://ooo.my/wp-content/uploads/2013/12/sebarkan.jpg




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Selepas 20 tahun runtuh, Highland Towers akan dijual


Tanah Highland Towers meliputi lot banglo dan unit kediaman akan dijual selepas 20 tahun tragedi runtuhan mengejutkan negara pada 11 Disember 1993.

Ambank (M) Bhd akan menguruskan tender untuk penjualan tanah tersebut dan alasan penjualan tidak dinyatakan.

Pihak yang berminat untuk membida tanah tersebut perlu membeli memorandum maklumat daripada bank sebanyak RM200 satu salinan dan perlu dilakukan sebelum 17 Disember ini.

"Memorandum tersebut akan menyatakan maklumat berkaitan dan khusus mengenai hartanah tersebut serta terma dan syarat penjualan tersebut," kata seorang pegawai bank itu dipetik daripada akhbar The Star hari ini.

Menurut laporan itu, pihak yang membida perlu mengupah penilai tanah dan mengambil peguam sendiri untuk melaksanakan proses pembelian tersebut.

Dalam pada itu, perunding hartanah meramalkan tawaran tender tersebut bakal menarik banyak pemaju memandangkan lokasinya yang hampir dengan ibu kota Kuala Lumpur.

Pengarah Henry Butcher Malaysia, Lim Eng Chong, berkata tanah untuk pembangunan berdekatan bandar sukar untuk diperoleh ketika ini.

Pihak bank juga dipetik berkata, penjualan tersebut melibatkan keseluruhan tanah di Highland Towers.

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.

Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini.

Pelbagai pihak melakukan kajian terhadap tanah runtuh khususnya di Bukit Antarabangsa yang melibatkan Highland Towers.

Antaranya ialah Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Malah, saman juga dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong.

Saman dilakukan terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami iaitu antara RM31 juta hingga RM35 juta. - 3 Disember, 2013.

Mesti Baca!!! Kisah Kopiah Buruk...

Diceritakan oleh Imam Muda Asyraf :

Dalam minggu ini sudah 5 kali saya ulang alik ke KLIA. Terasa macam pramugara. Tp harus sedar diri. Tak cukup inci.

Satu peristiwa yg membuatkan saya begitu kagum dgn seorang brader yg sy temui di surau KLIA.

Dlm salah satu harinya, sy solat di surau trsebut. Kemudian sy berselisih dgn seorang brader yg keluar dr surau dgn memakai kopiah. Kemudian terus masuk ke surau tanpa pedulikan beliau. Namun, ketika sy pergi ke rak buku di surau tersebut, sy terlihat tergantungnya beberapa kopiah yg seakan2 menyamai kopiah yg dipakai brader sebentar td. Dlm hati sy terfikir, "Entah2 brader tu curi kopiah surau"...

Namun, sy cuba perbetulkan sangkaan sy. Mungkin itu kopiah beliau sendiri.

Nak jadi cerita keesokan harinya, ketika sy di KLIA utk menyambut sedara pulang dr umrah, sy dipertemukan sekali lg dgn brader berkopiah yg sama dgn brader kelmarinnya. Sy tidak pasti, adakah ini jodoh pertemuan atau sekadar kebetulan. Yg pasti sy bkn ahli "dua alam".


Sy terus menyapa beliau. "Aik!!..bukan kelmarin kita jumpa di surau ni ker? Awak tinggal maner?" Jawab beliau, "Sy tinggal di Batang Kali Selangor. Sy dtg sini sebab kelmarin sy terlupa. Bila sy solat, sy pakai kopiah surau. Lepastu terlupa nk pulangkan semula. Sebabtu sy dtg sini nk pulangkan semula"...

Terkejut biawak sy dibuatnya. Batang Kali bukannya dekat dengan KLIA. Jaraknya dari Batang Kali ke KLIA dalam 103 KM menurut google maps. Dahla brader tu dtg semula ke KLIA naik motor shj. Beliau sanggup bawa motor berpuluh2 kilometer utk sekadar memulangkan kopiah cabuk yg diambil tanpa sedar.

Inilah contoh brader yg beriman. Dia tahu itu bukan miliknya.

Benarlah org yg beriman ia tak pernah tergugat utk mengambil harta yg haram. Walaupun ia bernilai 10sen sekalipun.

Itulah perbandingan org yg beriman. Krn persoalan halam dan haram, seorang manusia sanggup bersusah payah memulangkan sesuatu yg bkn haknya, walau sebesar kopiah sekalipun. Berbanding org yg jauh dr keimanan. Ia langsung hilang rasa gentar. Walau yg diambil haknya org lain bernilai jutaan ringgit sekalipun.

Ya Allah, jadikan kami insan yg warak.. Insan yg 'risau' tentang halal haram sesuatu perolehan...

LIKE jika anda tersentuh dengan kisah ini...

SHARE kisah ini jika anda rasa ia bermanfaat kepada umat Islam...

Wanita Ini Dipaksa Melayan 50 Orang Lelaki Hingga Keletihan


Seorang gadis berusia 19 tahun telah melalui pengalaman buruk akibat dijerat seorang wanita kononnya untuk menawarkan peluang pekerjaan di Melaka. Remaja itu yang berasal dari Sungai Semun, Perak dikurung, dipukul dan dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki yang dibawa oleh orang yang mengurungnya. Remaja itu bernasib baik kerana telah diselamatkan dalam serbuan polis di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya di sini.
Remaja itu yang namanya tidak disiarkan memberitahu polis yang dia telah disebat dengan kabel televisyen beberapa kali dan gambar bogelnya diambil setiap kali dia mandi di rumah seorang wanita berusia 20 tahun.
Salah seorang lelaki yang menangkapnya mengancam untuk memuat naik gambar-gambar bogelnya di YouTube jika dia tidak mahu menurut kemahuan lelaki itu untuk memancing pelanggan.

Menurut laporan polis itu, mangsa mendakwa bahawa dia dipaksa memberi khidmat seks kepada ramai pelanggan walaupun mengadu keletihan.

Pasukan polis telah menyerbu hotel itu dan menahan tiga wanita sebelum menyelamatkan mangsa.
Dalam operasi susulan, polis menangkap seorang lelaki berusia 21 tahun di Klebang dekat sini dan merampas beberapa barang-barang kepunyaan mangsa dan wang bernilai RM450 dalam bentuk wang tunai.
Siasatan mendedahkan bahawa mangsa telah dipujuk untuk datang ke Melaka oleh seorang wanita, yang dikenali sebagai Nabsiah, dengan janji bahawa dia akan ditawarkan bekerja di restoran makanan segera di sini.

Walau bagaimanapun, ketika dia sampai, dia telah dibawa dan dikurung di sebuah rumah oleh Nabsiah dan kawan-kawannya dan diberitahu bahawa dia perlu “melayan” beberapa senarai pelanggan.
Datuk K. Basil, yang mengetuai pasukan petugas kerajaan negeri menyatakan bahawa Ketua Polis Negeri Melaka, Senior Asst Comm Datuk Chuah Ghee Lye telah mengarahkan serbuan itu.
SAP Datuk Chuah menyatakan kebimbangannya dengan laporan terdahulu mengenai seorang wanita dari Melaka yang telah didakwa menjebak remaja perempuan yang melarikan diri dari rumah dan memelihara mereka di sini sebelum memaksa mereka melacur.

Datuk Basil berkata:” pasukan petugas itu, yang ditubuhkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, akan bekerjasama rapat dengan polis dan pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan pelacuran di negeri ini.

Lagi Foto Aksi Bogell Pelajar Wanita Sekolah Menengah !!


Sebenarnya admin tak nak keluarkan artikel ni sebab terlalu memalukan melihat kepada tingkah laku anak-anak pelajar ini.Namun setelah mendapatkan pandangan rakan-rakan admin keluarkan buat tatapan semua.Bukan berniat untuk menjatuhkan maruah orang MELAYU apatah lagi menghina tetapi atas dasar mahu memberikan kesedaran kepada diri admin dan semua agar kita lebih berhati-hati dalam menempuh liku-liku kehidupan yang rasanya semakin mencabar.

Pertamanya admin bimbang dengan perlakuan anak-anak bangsa kita khususnya mereka yang masih di bangku sekolah bila mana mereka seolah-olah hilang pertimbangan dan semakin tenggelam dalam dunia fantasi mereka sendiri.


Menjadikan medan media sosial sebagai "platform" untuk mereka melempiaskan hawa nafsu cukup untuk membuatkan jantung yang melihatnya berdegup kencang.Mungkin sebahagian daripada kita berbeza kencangnya apabila menatap gambar anak-anak ini tanpa seurat benang atau kencang kerana memikirkan inilah sebahagian daripada generasi pewaris kita.
Berdasarkan kepada akaun twitter pelajar terbabit berasal dari negeri Pahang dan sudah pasti berumur dalam lingkungan 15 ke 20 tahun.

Malah memiliki seramai 8,427 pengikut cukup untuk menyesakkan nafas kita apatah lagi dengan gambar-gambar tanpa seurat benang yang sudah pasti jauh menyimpang daripada budaya dan agama kita.
Paling membimbangkan kenalan di kalangan pengikut pelajar ini sudah pasti menjangkaui daripada apa yang kita bayangkan.Malah dari pengamatan admin kenalan-kenalan pelajar ini ada berasal dari luar negara.


Bukankah gambar seperti ini menjatuhkan maruah kita sebagai orang Melayu dan Islam ?? Ini baru sedikit ada yang jauh lebih dasyat daripada ini yang admin tak dedahkan.
Kepada semua hati-hati dengan anak-anak muda kita hari ini , kita belum tentu pasti apa yang anak-anak kita lakukan di luar pengetahuan kita.Dalam dunia serba canggih dan berteknologi ini pelbagai perkara boleh terjadi..

Pantau anak-anak kita dan sentiasa peka dengan persekitaran , ambil tahu dengan siapa mereka berkawan , jangan sesekali lupa untuk bertanya dan ambil tahu tentang akaun media sosial mereka sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memastikan mereka bukan dari kalangan anak-anak pelajar yang admin dedahkan di atas sana.

Media sosial banyak kegunaannya namun jika di salah gunakan ianya tidak akan mendatangkan kebaikan malah akan membawa kemudaratan bukan sahaja kepada diri kita tetapi juga kepada Bangsa , Agama dan Negara..

Lelaki Tertua Didunia Berada di Kelantan


TGNA kunjungi warga emas berusia 160 tahun TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun. Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan.
 Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang. Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak. Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia. 
Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja. “Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini. Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang. 
Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya. “Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah. “Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja. “Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. 
Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya. Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun. 
Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau.

Sumbangan Diperlukan!!! Kanak2 kerosakkn kedua2 buah pingang & pengidap hydrocepfalus


Assallammuailaikum... adam...utusan allah buat ezza.. mohd adam haikal... adam berusia 5 tahun... adam tidak lh sebaik ank2 kite yg sempurna... adam di lahir kn dri ibu yg tidak brperi kemanusiaan... ibu nye mningl kn nye pda ibu saudara nye sejurus dia d lahir kn ke dunia... ibu sauadara pun.. tidak lh sesempurna kita .. ibu saudara nye blh d kategori kn yg lemah fizikal... adam... di lahir kn dgn kerosakkn kedua2 buah pingang & pengidap hydrocepfalus. .. akibat kerosakkn buah pingang...adam tidak mmpu brjalan..adam juga mngidap pnyakit hydrocepfalus.. byk cecair yg brkumpul mmbuat kn kepala adam makin mmbesar...setiap 4-5jam... satu tiub trpksa di masukkn di anu adam utk mmbuang cecair yg brtakung di kepala adam... adam juga tlh disah kn mngidap lukimia & beta thalassmia tahap 1-2... andai thalassmia adam tidak kurang @ sembuh... adam trpksa di tukar darah... masha allah... hebat sunguh dugaan allah buat adam... di saat insan2 sebaya nye brsuka ria ke sana sini brsama kluarga msing2... nmun dia menderita mnangisi pnderitaan itu... ibu & ayah...lngsung tidak prnh mmpedulikn adam... adam hnya mnumpng kasih insan2 jiran2 & seorg ibu sauadara nya... akibat kerosakkn buah pingang nya itu... adam tidak lg mampu berjln.. dia hnya mnguna kn lutut utk brgerak...lutut adam dh parah kesan dri prgerakkn yg byk mngunakn lutut... sadis nye hidup mu dik.. jgn lah lagi klian xnye... di mna ibu & ayah adam... krana adam tidak brnasib baik sprti ank2 kita yg punya kita... sakit pning adam..hnya ibu saudara nye yg tahu...
Ezza bkn lh sape2 dgn adam.. kmi tidak ada talian darah... xp sbagai srg hamba allah yg ckup sifat.. hati kecil ini trpngil utk mmbantu mringan kn adam....adam tidak lh mngharap kn apa2 dari kita semua... ckup lh sekadar kita dpt mringn penderitaan adam demi masa depan adam..dlu adam d kedah brsama mksu nye... akibat sllu trputus bkln makanan..bklan susu..eza sebulat suara mmbawa adam tingl brsama ezza... ezza mmbawa adam & 3org lg adik bradik adam yg mngidap thalassmia.. yg trbaru...abg adam mirul.. mngidap thalesimia yg kronik... subahanallah... berat sunguh ujian allah buat ank2 ini... ini utusan allah buat ezza..mari lh kawan2.. derma kn sedikit sumbngn utk keperluan pembesaran adam..adam 24 jam trpksa pakai pampers... krana saluran air d kpla nye mngalir 24jam utk kluar melalui anu nye..ezza brbesar hati mngharap ehsan kwn2 di luar sna utk mringan kn bebanan yg d tangung adam & adik beradik nye... .mari lh brsama kita mmbntu mringan adik adam... bagi lah pluang dia senyum & trus senyum... salurkan bantuan anda ke akaun yg eza khas kn buat adam.. eza merayu kawan2 di luar sna.. hulurkn tangan anda demi kebahagiaan adam...
Utk pengetahuan semua... ezza tlh melnjut kn rawatan adam di hosp sungai buloh....kawan2 doa kan eza kuat demi adam & adik bradiknye ... doa kn ezza tabah demi mmprjuangkn nasib ank2 ini.
Kawan2 di luar blh hubungi eza d 014-6391782... insya allah... segala amanat ini akn eza laksana sebaik mungkin...
Muhamad adam haikal...
Muhamad amirul haikal..
Ya allah ya rahman ya rahim..
Kau berilah ketabhan utk ank2 ini.kau ringan kn lah penderitaan nya ya allah..
Kau berilah keaijaiban mu ya allah.
Kau ganti kn pnderitaan ini dgn keceriaan mu ya allah...
Ya allah ya rahman ya rahim...amenn...
Kawan2... setingi terima kasih eza mewakili adam.. di atas stiap sen sumbngn anda.. hanya allah mampu mmbalas jasa kalian...setiap doa kalian buat adam.. akn mmbuat adam & adik bradik nye bhagia... tlg sebar kn walau rm1 kita mampu mngubah pnderitaan adam ke arah kebahagiaan....insya allah... 162843074203 maybank mohd azran shafiq... segala bntuk kewangn blh d salurkn ke akaun ini...
014-6391782.... Ezzya Ezzyat.



Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)