Showing posts with label Ilmu/Info. Show all posts
Showing posts with label Ilmu/Info. Show all posts

Thursday, 2 July 2020

Insuran Takaful vs Insuran Konvensional. Ada perbezaan kew?

Semua orang ada ambil insuran, kan?

Sebagai umat Islam, kita digalakkan mengambil insuran yang berlandaskan agama supaya ia terjamin suci.

Tapi, tahu tak kita pasal perbezaan antara insuran konvensional dan insuran takaful?

Bagi yang belum tahu, mari hadamkan bersama-sama perkongsian ilmu Tuan Ariff Shah ini.
Apa beza ketara 2 jenis insuran ini?

Kalau nak cerita pendek dia, takaful ni adalah produk yang fungsinya sama macam insuran konvensional. Cuma ia lebih terjamin kesuciannya.


Manakala insuran konvensional pula tak terjamin kesuciannya. Kalau nak cerita panjang, teruskan pembacaan.

Apa yang anda patut tahu tentang insuran konvensional


Konsep yang digunakan dalam produk insuran konvensional ni mudah dan boleh diterangkan dalam beberapa point bawah ni:

1) Pemegang polisi bayar premium kepada syarikat insuran. Semua duit dipegang oleh syarikat insuran.

2) Syarikat insuran akan laburkan duit kutipan premium ni tadi ke mana sahaja yang mereka rasakan sesuai.

Objektif adalah untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Bila keuntungan diutamakan, status pelaburan sama ada halal atau tak akan ditolak tepi.

3) Lebihan keuntungan pelaburan tadi adalah kepunyaan syarikat insuran.

4) Syarikat insuran akan membayar tuntutan daripada pemegang polisi berdasarkan pelan yang diambil.
Apa yang anda patut tahu tentang insuran takaful



Dalam konsep takaful, pemegang sijil menggunakan konsep menyumbang kepada tabung takaful.

Dana dalam tabung takaful kemudiannya akan digunakan untuk menyumbang kepada ahli takaful lain yang memerlukan.

Secara asasnya, konsep takaful lebih kepada konsep tolong-menolong antara sesama penyumbang tabung takaful.

Selain itu, takaful lebih mementingkan konsep keadilan dan kesamarataan, di mana takaful tak mengambil semua pendapatan daripada pelaburan.

Ini adalah konsep takaful:

1) Pemegang polisi menyumbang ke dalam tabung takaful.

Sebahagian daripada bayaran sumbangan bulanan dibayar kepada syarikat pengendali tabung takaful dan bayaran ini dikenali sebagai fi wakalah.

2) Bayaran fi wakalah adalah jelas dan nyata, dan tak ada bayaran lain yang tersembunyi.

Dalam dokumen polisi, akan ditunjukkan berapa fi wakalah yang korang bayar sehingga tempoh matang polisi.

3) Sumbangan yang terkumpul di dalam tabung takaful akan dilaburkan dalam instrumen patuh syariah.

Walaupun matlamat pelaburan ini adalah untuk mendapatkan pulangan yang maksimum, status pelaburan sentiasa dipantau oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat pengendali takaful.

4) Pulangan daripada pelaburan tabung takaful dipulangkan semula ke dalam tabung ini.

5) Mana-mana lebihan daripada tabung takaful akan diagihkan semula kepada pemegang polisi.

6) Mana-mana tuntutan perubatan pemegang polisi akan dibayar menggunakan dana yang dikumpulkan dalam tabung takaful tadi.

Pembayaran tuntutan adalah berdasarkan konsep derma / tolong-menolong.

Kelebihan konsep takaful terletak pada saiz dananya. Syarikat takaful yang popular, sudah lama bertapak dan dikenali ramai mempunyai dana takaful yang besar.

Bermakna, kalau apa-apa yang buruk berlaku, tabung takaful mampu bertahan lama.

Selain daripada itu, syarikat yang sudah lama bertapak mempunyai porfolio dana yang teguh, dan pulangan dana pelaburan yang lebih baik berbanding syarikat yang lebih muda.
Kenapa pelan insuran takaful tak sehebat pelan insuran konvensional?

Kalau dibandingkan manfaat takaful dengan insuran konvensional, korang akan nampak sedikit perbezaan pada plan takaful.

Ini memang wujud kat mana-mana sahaja syarikat takaful yang mempunyai produk insuran konvensional.

Hal ini adalah kerana produk takaful masih baru, kira-kira 10 tahun sahaja sejak ia mula dilancarkan dulu. Dari segi pembangunan dana dalam tabung takaful, ia masih lagi kati peringkat awal.

Untuk insuran konvensional, dana insuran adalah kepunyaan syarikat dan sudah lama bertapak biasanya mempunyai aset yang lebih banyak.

Majoriti syarikat insuran konvensional sudah bertapak berpuluh tahun lamanya.

Prudential Assurance Malaysia telah bertapak di negara kita sejak tahun 1924 lagi dan telah menyambut ulang tahunnya yang ke-91 pada tahun 2015.

Adalah tanggungjawab kita untuk menyokong produk takaful supaya produk ini terus berkekalan sehingga ke generasi seterusnya.

Mungkin korang atau saya tak dapat rasa manfaat yang lebih baik atau setara berbanding insuran konvensional.

Tapi siapa tahu. Satu hari nanti, mungkin generasi kita yang seterusnya akan dapat merasainya.
Kenapa kita patut utamakan pelan takaful dulu daripada insuran konvensional?

Sebagai orang Islam, diwajibkan untuk kita mencari rezeki daripada sumber yang halal.

Disebabkan segala tuntutan daripada pelan insuran konvensional datang daripada dana syarikat insuran (yang mendapat pendapatan daripada sumber yang tak patuh syariah), secara automatiknya ia dianggap mendapat manfaat daripada sumber yang tak patuh syariah.

Bukankah kita dah menyusahkan diri bila gunakan pelan insuran konvensional?

Bayangkan. Korang berusaha setiap hari mencari rezeki yang halal dan tak buat apa-apa yang melanggar syariat untuk mencari pendapatan.

Tapi bila sakit, manfaat perubatan yang korang dapat datang daripada sumber yang korang cuba elakkan ini.

Lebih teruk lagi, sekiranya korang meninggal dunia nanti, pampasan nyawa korang datang daripada sumber yang tak diberkati.

Dan pampasan inilah yang akan digunakan oleh anak-anak korang untuk teruskan hidup. Korang tak rasa bersalah ke dengan hakikat ini?

Sekiranya korang masih memegang polisi insuran konvensional, bertukarlah ke polisi takaful sekarang.

Dalam mencari rezeki, adalah tanggungjawab kita untuk pastikan ia berasal dari sumber yang bersih, supaya ia diberkati Allah S.W.T.

Kalau tak berkat, takut nanti anak bini termakan duit yang berasal daripada pelaburan yang tak patuh syariah.

Kalau korang tengah gunakan insuran konvensional, masih sempat untuk buat perubahan. Bertindak segera.



Tuesday, 23 June 2020

Ramai Yang taktahu... Keluarga Mangsa kes Pemandu MABUK boleh buat tuntutan...


Cukup ramai dah yang ulas tentang kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati ni.


Jadi, aku tak nak ulas tentang hukuman dan pendapat aku tentang undang-undang pemandu mabuk yang bunuh orang ni.


Cuma, aku tertarik dengan beberapa komen mengatakan yang sistem undang-undang Malaysia tidak adil sebab, kalau pemandu tu didapati bersalah, denda tu hanya diberikan kepada kerajaan sahaja, dan tidak kepada keluarga si mati.


Sebenarnya, ya, duit denda tu takkan diberikan kepada keluarga si mati.


Namun begitu, sebenarnya, ada cara untok keluarga si mati ni dapat ganti rugi daripada pemandu mabuk ni.


Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut.


Bila boleh saman ni?


Sekarang pun boleh.


Maknanya, pemandu mabuk ni akan menghadap 2 mahkamah berbeza. Satu, mahkamah yang bicarakan kes jenayah dia. Dua, mahkamah yang bicarakan kes saman keluarga si mati.


Mahkamah tu, Hakim nya bukan orang yang sama, perbicaraannya bukan pada tarikh yang sama, dan hukuman pun takkan sama.


Yang sedang diorang alami sekarang ni adalah, prosedur jenayah.


Yang kita nak minta saman-saman ini adalah prosedur sivil.


Dua benda yang berbeza. Satu, negara Malaysia saman. Dua, keluarga si mati saman.


Dalam undang-undang Malaysia, mana-mana ahli keluarga yang merasai kesakitan atau suffer ke atas kematian yang dilakukan oleh orang lain, ada hak untok menyaman.


Keluarga si mati boleh minta sekurang-kurangnya 2 claim.


Yang pertama, Dependency Claim.


Iaitu, tuntutan keluarga si mati yang menuntut agar pemandu mabuk ini bayar sejumlah wang yang sepatutnya arwah boleh provide kalau arwah masih hidup sampai umur 55 tahun.


Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956.


Contohnya, arwah ni masa hidup, dia provide RM2500 sebulan untok menyara keluarga. Maka, ada pengiraan tentang saraan ini, yang syaratnya, saraan itu WAJIB directly kepada ahli keluarga yang betul-betul menerima duit tersebut.


Agak panjang bab pengiraan ini, yang tak perlu diulas panjang di sini. Perlu rujuk Peguam masing-masing. Sama ada kiraan itu diterima atau tidak, ianya tertakluk kepada keputusan Hakim.


Yang kedua, Bereavement Claim.


Keluarga si mati boleh tuntut pemandu mabuk ni untok 'bayar' kesedihan yang dialami satu keluarga sebab matinya si arwah.


Contohnya, disebabkan arwah meninggal, anak-anak menangis sebut-sebut nama arwah siang malam, isteri jadi macam orang gila sebab hilang tempat bermanja, suami rasa trauma sebab isteri mati dalam keadaan tragis.


Namun, tuntutan ini tak boleh lebih RM30,000.


Yang ketiga, Loss Of Support.


Berbeza dengan Dependency tadi, Loss Of Support ni lebih kepada perbuatan yang tak keluarkan duit. Ianya tuntutan ke atas kehilangan tempat untok bergantung dari segi tenaga.


Contohnya, arwah merupakan ibu yang ada anak kecil. Suami memang bergantung kat arwah untok jaga anak, dari bagi susu, mandikan, pakaikan baju dan tidurkan anak tersebut. Disebabkan arwah dah meninggal, takda siapa nak buat kerja-kerja tu.


Maka, suami dia boleh tuntut kat pemandu mabuk tu tentang kehilangan support ini.


Yang keempat, Estate Claim.


Yakni, tuntutan kecederaan si mati. Keluarga tersebut boleh tuntut kepada pemandu mabuk ini sejumlah bayaran disebabkan 'kesakitan' yang dialami oleh si mati.


Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Kalau arwah masih hidup, arwah lah yang buat tuntutan ini. Tapi, sebab arwah sudah pergi, keluarga arwah pula yang menuntut, tapi, hanya bergantung kepada laporan perubatan doktor.


Sebab apa kena bergantung laporan perubatan doktor? Sebab, keluarga tak tahu pun si mati ni sakit macam mana. Tuntutan ini memang banyak bergantung kepada laporan perubatan.


Keluarga boleh tuntut kesakitan, penderitaan semasa kemalangan dan kehilangan tubuh badan si mati. Jumlah tersebut tidak dispesifikkan, dan keluarga boleh letak seberapa banyak yang dimahukan. Namun, semuanya terserah kepada Hakim.


Dalam tuntutan ini juga, keluarga boleh tuntut bil hospital, duit transport dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.


Yang kelima, tuntutan kos guaman.


Sekiranya keluarga si mati menang, keluarga boleh tuntut supaya pemandu mabuk ini membayar kesemua kos guaman mereka.


Bagi Dependency Claim, Bereavement dan Loss of Support ni, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 3 tahun selepas kematian. Kiranya, kalau meninggal 21 Mei 2020, last untok saman adalah 20 Mei 2022. Lepas 20 Mei 2022 ni, keluarga tak boleh tuntut claim ni.


Bagi Estate Claim, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 6 tahun selepas kematian.


Kalau keluarga ni menang, lepas tu, pemandu ni masuk penjara pulak sebab kalah kes jenayah, lepas tu dia tak nak bayar saman tu. Macam mana?


Kalau pemandu ni dah kalah saman, tapi tak nak bayar, ada beberapa perkara yang keluarga ni boleh buat:


- Minta Mahkamah supaya arahkan PDRM sita semua aset dan barang yang dia ada, kemudian lelong sampai cukup duit.


- Minta orang lain yang berhutang dengan pemandu mabuk ni supaya lepas ni, segala hutang tu dibayar kepada keluarga itu sahaja.


- Jual share syarikat pemandu mabuk ni kalau ada.


- Minta Mahkamah Declare pemandu mabuk ni Bankrap sekiranya pampasan melebihi RM50,000.


Berdoalah kita agar makin tingkat kesedaran pemabuk-pemabuk ini supaya jangan jadi bodoh memandu masa kepala pening.


Dan berdoa, agar Tuhan lindungi kita menjadi kedua-dua pihak. Doa agar Tuhan tak jadikan kita mangsa dan tak jadikan kita pemangsa.

Friday, 26 April 2019

HARGAILAH PERKAHWINAN ANDA

Suatu ketika, seorang lelaki kembali dari kerja dan mendapati isterinya sedang memasak. Dia memberinya ciuman manis.
Mereka sangat gembira. Semasa mereka berada di meja makan,tiba-tiba telefon bimbit wanita itu berdering,terpapar mesej dari rakannya yang mengucapkan 'selamat malam'
Suaminya melihat mesej itu dan kecewa. Dia tidak membicarakan perkara itu dengan isterinya dan terus pergi ke bilik tidur tanpa makan malam.
Wanita itu melihat suaminya dan berfikir:
Tidak! Ini tak betul! Adakah dia terganggu dengan hanya kerana 1 mesej ringkas? Aku tak akan mengendahkannya, dia bukan budak-budak.
Wanita itu makan dan tidur. Pasangan itu tidur dalam keadaan marah dan berpaling pada malam itu.
Pada tengah malam,tiba-tiba si isteri berpeluh dengan banyak sekali. Dia tidak dapat bercakap. Terasa udara amat kurang disekeliling dirinya. Nafasnya semakin sesak.
Dia menyentuh belakang suami. Namun si suami hanya berpaling dan menepis tangan si isteri.
Akibat dari kekurangan oksigen, wanita itu telah mati akibat serangan jantung.
Pada waktu pagi, si suami bangun, mandi dan menyiapkan barang-barangnya.
Isteri masih di tempat tidur, lelaki itu melihatnya dan nampak seperti isterinya dalam keadaan tidak berapa baik, tetapi akibat masih marah,dia mengabaikannya dan berfikir:
'Aku tidak akan bercakap dengannya, sehingga dia melakukannya terlebih dahulu!'
Kemudian, dia berpakaian, bersarapan pagi dan pergi bekerja.
Pada sebelah petang, apabila suami hendak pulang ke rumah, dia telah membeli seutas jam tangan yang indah dan berharga untuk diberikan kepada isterinya sebagai tanda minta maaf.
Apabila suami tiba di rumah, hatinya sangat gembira kerana dia akan memberikan jam yang berharga kepada isteri tercinta
dan memberitahunya betapa dia mencintainya,
berapa banyak dia jatuh cinta kepadanya dan akan memberikan banyak ciuman kepadanya.
Kemudian, dia membuka pintu dan pergi ke dapur, kerana dia sudah bersedia untuk mengejutkan kekasihnya dengan makan malam yang besar,
tetapi dia melihat bahawa sarapan pagi itu masih di sana;
maka dia berfikir:
'Dia masih marah pada aku..'
Lelaki itu pergi ke bilik untuk meninggalkan beg bimbitnya, dan melihat bahawa isteri masih berada di tempat tidur yang terletak di kedudukan yang sama.
Dia pergi kepadanya dan alangkah terkejutnya dia apabila nalurinya memberitahu bahawa isterinya sudah mati.
Suami menangis, menangis banyak dan banyak lagi. Dia menjerit kekesalan, kerana isteri yang dicintainya sudah tiada lagi...
Refleksi:
Masa terlalu pendek untuk pergaduhan. Ketahui cara memanfaatkannya.
Hargailah dan saling mengambil berat tentang pasangan anda. Sayangi isteri atau suami anda, manjakan pasangan dengan ciuman, beritahu si dia berapa banyak kita mencintainya, cinta dan cinta !!!
Kerana masa tidak pernah menunggu sesiapa pun. Belajarlah untuk memahami antara satu sama lain dan selesaikan segala-galanya, jangan tidur dalam keadaan marah.
Berhenti dan berfikir:
Jika anda tidak mahu ketepikan ego dan menyelesaikan perkara-perkara remeh, akibatnya masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan.
Kadang-kadang, kita perlu berkorban untuk cinta;
tidak ada orang yang sempurna,
bersedia untuk sebarang kemungkinan dan cari jalan penyelesaian yang terbaik.
Komunikasi antara pasangan adalah sangat penting,
apabila mempunyai sesuatu masalah tidak kira kecil atau besar, cuba selesaikannya sebelum tidur.
Saya tidak mengatakan bahawa sebuah perkahwinan adalah sentiasa bahagia sepanjang masa,
Sebuah perkahwinan pasti ada pasang surutnya mengikut keadaannya.
Tetapi semuanya mempunyai jalan penyelesaian kecuali MATI.

Thursday, 9 August 2018

PENYAKIT KEROSAKAN BUAH PINGGANG DAN PUNCANYA.



Info Kesihatan: KIDNEY FAILURE.

PENYAKIT KEROSAKAN BUAH PINGGANG DAN PUNCANYA.

Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Kasihan kalau tengok pesakit buah pinggang. Di tebuk perut untuk 'Peritoneal dialysis'. Di operate utk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah. Susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain.

Bila tengok orang, tak berapa rasa, tapi kalau berlaku pada ahli keluarga atau diri sendiri, barulah tahu - how they suffer.

Saya tidak mahu itu kesudahan hidup saya. Saya juga tidak mahu ia berlaku pada keluarga & anda semua. It's really PAINFUL. Jaga diri kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan merasa kesulitannnya.

Take care of our own kidney.

- Dari Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman.

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure (punca arwah pak mertua saya meninggal semalam) sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Malaysia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini.

Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba2lah syarikat2 pengeluar mesin dialisis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan utk datang 'melabur' di Malaysia sbb pulangannya amat lumayan.

Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' utk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini...

Kenapa org Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ 'vulnerable' utk dapat sakit buah pinggang?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialisis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini. Dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.

Jawapannya... PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.

Ya... pemakanan kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu banyak sumber 'ANIMAL PROTEIN'.

Setiap hari kita makan 3 kali sehari... dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.

Akibat daripada tiga hidangan 'Animal Protein' setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu... "buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialisis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi 'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu:

1. Kawal kadar gula dalam darah mereka.

2. Kawal pengambilan protein haiwan.

Cakap memang senang. Tapi bagaimana caranya?

Secara ringkasnya iaitu kawal paras gula dengan:

1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli).

2. Tukar beras putih kepada beras perang.

3. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA (Gula Melaka, Gula Anau).

Kurangkan beban kidney dengan:

1. BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.

2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney.

3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sebg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE.

Faktor2 yang merosakkan Buah Pinggang:

1. Kerap tahan kencing.

2. Kurang minum air.

3. Suka makan makanan masin.

4. Suka minum minuman bergas.

5. Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (urinary track infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

6. Kerap makan daging dan seafood (tinggi uric acid)

7. Kerap makan pil tahan sakit.

8. Merokok.

9. Obesiti.

10. Alkohol.

11. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.


KEBAIKAN MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW.

Buah pinggang kita amanah Allah. Jgn jadikan ia sebahagian dari statistik pesakit buah pinggang kronik.

Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri? Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sebg penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum blm tentu 100% disteril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup. Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt menyebabkan penyakit buah pinggang.

Subhanallah, setiap perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.

Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman

Pengarah Urusan

Primum Medicare Centre

Pusat Dialysis Ibnu Sina

Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dgn share mesej ini mungkin ia akan sampai kpd teman anda yg ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut. Sama2 kita selamatkan ratusan ribu rakyat Malaysia dari menjadi 'bahan pulangan pelaburan sykt asing'.

Bahaya Mi Segera!!!



*Sila beri perhatian.!* Institut Jantung Negara (IJN) telah mengesyorkan agar rakyat Malaysia tidak terlalu memakan *mi segera* kerana ianya adalah *penyebab penyakit jantung* terutamanya oleh *serbuk perasanya*( seasoning powder) Jika anda tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah sup selepas anda mengabiskan mi nya


*JANGAN MENGABAIKAN PERINGATAN INI* ... Terutamanya bagi mereka yang suka memakan Mi Maggi ...

*'CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI'.*

Cara yang betul untuk memasak mi segera tanpa ia merosakkan badan dan kesihatan kita:

Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk seasoning dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit . Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.

Ini adalah kaedah memasak mi segera yang SALAH.

Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.

Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan lilin makanan dan mi tersebut akan mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyah keluar oleh badan kita selepas anda makan mi tersebut.

KAEDAH YG BETUL UNTUK MEMASAK MI :

1. Rebus mi didalam periuk air.

2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi lilin.

3. Rebus air dalam periuk yg lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.

4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.

5. Sekiranya, jika anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.

*Nota dari Pakar Pemakanan: Dietician.*

Seandainya anda membeli mi hakka yg kosong, biasanya apa yang anda perlu buat ialah anda mendidihkan air dan merebus mi tersebut dan kemudian membuang air. Proses Ini akan melembutkan mi tetapi untuk menghalangnya daripada melekat kita perlu menambah sesufu teh minyak kedalam air dan juga mi tersebut perlu di goreng deep fried setengah masak untuk memjadikan mi tersebut garing dan kemudian dilumur dengan tepung untuk mengelakkanmi tersebut daripada melekat semasa di rebus. Oleh itu, apabila anda membeli mi segera, ia telah melalui proses hingga tidak lagi makanan yg sihat dan ini jugalah jenis yang kami gunakan untuk membuat mi goreng dan Maggie juga dibuat dengan cara yang sama, malah ia ditambah dengan MSG / Ajinomoto dan bahan kimia lain.

Sejumlah besar pesakit yang berumur antara 18-24 tahun berakhir dengan pankreatitis sama ada sebagai bengkak atau jangkitan pankreas akibat dari penggunaan mi segera secara kerap ...

Jika kekerapan lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya ...

APA ITU MSG .

*MSG ialah Mono Sodium Glutamate* sejenis bahan perasa yg mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yg menyebabkan ketagihan secara semulajadi..

AjiNoMoto.. Vedan.. & lain2 adalah jenama.. bahan yg sama iaitu MSG Racun Perasa yg ada dalam setiap makanan segera.. sejuk beku atau di mana2 gerai makanan terutamanya *kedai kedai Masakan Thai - TomYam.. 210%* menggunakan MSG..

Sebab tu bila kita makan makanan segera sampai satu tahap kita akan merasa muak.. tapi selepas bebrapa hari kita terasa nak makan atau masih boleh lagi makan dengan selera seolah2 rasa muak tu tiada.. kita mudah terangsang dan seolah2 kita tak perasan ketagihan yg alami.. begitu juga dgn masakan Thai.. kita boleh makan TomYam.. Sup ekor.. pakprit dan sebagainya dgn selera sekali..

Walaubagaimana pun jangan risau.. ianya tidak membunuh kita secara mendadak.. insyaaALLAH ianya membunuh anda perlahan lahan.. jadi tiada masalah utk anda terus menikmatinya. Dan nikmatilah mati perlahan lahan tapi segera.

Jenis racun @ bahan kimia yg mampu membunuh kita perlahan2 yg ada dalam setiap makanan yg kita makan setiap hari..

*1- Perasa*
*2- Pewarna*
*3- Penaik*
*4- Penstabil*
*5- Pemanis*
*6- Pengawet*

Sila berkongsi maklumat ini dan membantu menyelamatkan nyawa.

*JAUHI DARI MI SEGERA dan Makanan Di restoran Thai!*
# JAUHIMAGGIE

Tuesday, 10 July 2018

Manfaat Ganja dan Bahayanya


Manfaat Ganja dan Bahayanya

Ganja ( Cannabis ) adalah sejenis tumbuhan yang menghasilkan serat. Biji tumbuhan ini mengandungi zat narkotika. Tanaman ini banyak tumbuh di daerah tropis, namun akhir-akhir ini banyak negara yang memiliki iklim sejuk juga menyemainya, iaitu di dalam rumah kaca.

Selama ini tanaman ganja dianggap sebagi bahan yang berbahaya bagi kesehatan. Sebenarnya hal tersebut terjadi karena adanya penyelewengan dalam penggunaannya. Penggunaan ganja dalam jumlah yang berlebihan dapat mengakibatkan efek kecanduan, menimbulkan kecemasan, dapat menimbulkan kerusakan pada otak, serta dapat meningkatkan risiko serangan jantung.

Namun demikian, jika digunakan dengan tepat, ganja juga memiliki sisi baik yang bisa dimanfaatkan untuk menunjang kesehatan.

Berikut ini beberapa manfaat mengejutkan dari tanaman ganja :

1. Untuk mengobati dan mencegah penyakit mata glaukoma

Glaukoma merupakan gangguan penglihatan yang disebabkan oleh meningkatnya tekanan pada bola mata, merusak saraf optik dan dapat menyebabkan kebutaan

Dalam hal ini penggunaan ganja dimaksudkan mengurangi tekanan di dalam mata, memperlambat perkembangan penyakit, mencegah kebutaan. Menurut National Eye Institute yang melakukan Studi pada awal tahun 1970 menyatakan bahwa ganja dapat menurunkan tekanan intraokular (TIO) pada orang-orang dengan tekanan normal dan orang-orang yang menderita glaukoma.

2. Dapat meningkatkan kapasitas paru-paru

Sebuah penelitian dalam Journal of American Medical Association pada Januari 2012 menyatakan bahwa ganja tidaklah mengganggu fungsi paru-paru, tanaman ini justru dapat meningkatkan kapasitas paru-paru, jika digunakan pada dosis yang tepat.

3. Mencegah serangan epilepsi

Menurut sebuah penemuan ini dipublikasikan dalam Journal of Pharmacology and Experimental Therapeutics menyatakan bahwa, penggunaan ganja dapat mencegah serangan epilepsi, yaitu dengan cara mengikat sel-sel otak yang bertanggung jawab untuk mengendalikan rangsangan dan mengatur relaksasi.

4. Dapat mengurangi gejala kejang (sindrom dravet)

Para dokter merekomendasikan pengobatan dengan cannabidiol dalam tanaman ganja untuk menenangkan aktivitas yang berlebihan di otak yang menyebabkan kejang.


5. Zat kimia dalam ganja dapat menghentikan penyebaran penyakit kanker

Menurut sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal Molecular Cancer Therapeutics, menyatakan bahwa sel-sel kanker dapat mengubah sifat sel-sel non kanker menjadi sel kanker dan membantu menyebarkan sel tersebut ke seluruh tubuh. Lalu sebuah penelitian menyatakan bahwa penggunaan ganja dalam pengobatan dapat menurunkan sel-sel kanker dan mengurangi penyebarannya.

Hal yang sama juga pernah diutarakan oleh para peneliti di California Pacific Medical Center di San Francisco yang dilaporkan pada tahun 2007. Beberapa penelitian di Amerika Serikat, Spanyol, dan Israel juga menunjukkan hal yang sama bahwasannya senyawa dalam ganja bisa membunuh sel-sel kanker.

6. Ganja dapat menurunkan kecemasan

Penggunaan ganja dunia kesehatan dapat membantu mengurangi rasa sakit dan menekan mual, ganja juga dapat digunakan untuk meringankan efek samping dari sebuah kemoterapi. Ganja juga dapat bertindak sebagai obat penenang dalam dosis rendah. Namun penggunaan pada dosis yang lebih tinggi dapat meningkatkan kecemasan dan mengakibatkan paranoid.

7. Memperlambat perkembangan penyakit Alzheimer

Sebuah studi yang dipimpin oleh Kim Janda dari Scripps Research InstitSute menyatakan bahwa ganja dapat membantu memperlambat perkembangan penyakit Alzheimer. Sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal Molecular farmasi tahun 2006, menemukan bahwa bahan kimia aktif dalam ganja (THC), dapat memperlambat pembentukan plak amiloid yang membunuh sel-sel otak dan menyebabkan Alzheimer dengan menghalangi enzim dalam otak.

8. Meredakan Sclerosis (Kejang otot)

Sebuah penelitian yang diterbitkan dalam Canadian Medical Association Journal Mei menunjukkan bahwa ganja dapat mengurangi gejala nyeri pada gangguan sclerosis. Kandungan THC dalam ganja dapat mengikat reseptor pada saraf dan otot-otot untuk menghilangkan rasa sakit dan dapat membantu mengontrol kejang otot.

9. Meredakan Kejang otot diafragma

Ganja dapat digunakan untuk mengobati kejang diafragma yang tidak dapat diobati dengan obat lain, karena dapat menenangkan otot-otot diafragma.

10. Dapat mengurangi efek samping dari pengobatan hepatitis C dan meningkatkan efektivitas pengobatan.

Sebuah penelitian di European Journal of Gastroenterology dan Hepatology 2006 menemukan bahwa ganja dapat mengurangi efek samping dari pengobatan penyakit hepatitis C seperti kelelahan, mual, nyeri otot, kehilangan nafsu makan, dan depresi yang berlangsung selama berbulan-bulan. Selain itu penggunaan ganja juga dapat meningkatkan efektivitas pengobatan penyakit tersebut.

11. Pengobatan radang usus

Peneliti dari University of Nottingham pada tahun 2010 menemukan bahwa bahan kimia dalam ganja, termasuk THC dan cannabidiol, berinteraksi dengan sel-sel dalam tubuh yang memainkan peranan penting dalam fungsi usus dan respon imun.

12. Mengurangi arthritis

Pada sebuah penelitian yang dilakukan di tahun 2011 menyatakan bahwa ganja dapat membantu mengurangi rasa sakit, mengurangi peradangan, dan meningkatkan tidur,sehingga dapat membantu mengurangi rasa sakit dan ketidaknyamanan bagi orang-orang yang sedang menderita rheumatoid arthritis.

13. Membantu proses metabolisme

Sebuah study menyatakan bahwa, penggunaan ganja dapat digunakan untuk membantu sistem metabolisme. Tubuh memiliki respon yang lebih sehat terhadap gula.

14. Meringankan gejala lupus

Bahan kimia dalam ganja memiliki efek menenangkan pada sistem kekebalan tubuh, mengurangi gejala sakit dan pada gejala Lupus.

15. Meningkatkan kreativitas otak

Penggunaan ganja memiliki beberapa efek mental yang positif, terutama dalam hal meningkatkan kreativitas. Hal ini berasal dari pelepasan dopamin di otak, mengurangi hambatan dan membuat orang merasa lebih santai, memberikan kemampuan untuk melihat hal-hal yang berbeda. Penelitian menunjukkan bahwa ganja dapat merangsang kinerja otak.

16. Meringankan gejala penyakit chron

Penyakit Chron adalah gangguan radang usus yang menyebabkan rasa sakit, muntah, diare, penurunan berat badan, dan lain sebagainya. Sebuah penelitian menyatakan bahwa ganja secara signifikan mengurangi gejala penyakit Chron dan membantu usus mengatur bakteri dan fungsi usus.

17. Menenangkan tremor pada penderita Parkinson

Ganja secara signifikan dapat mengurangi rasa sakit , tremor, memperbaiki tidur untuk pasien, serta meningkatkan keterampilan motorik pada penderita Parkinson.

18. Melindungi otak pada serangan stroke

Penelitian dari University of Nottingham menunjukkan bahwa ganja dapat membantu melindungi otak dari kerusakan yang disebabkan oleh serangan stroke, yaitu dengan mengurangi daerah yang terkena stroke. Selain itu ganja juga memberikan perlindungan otak setelah peristiwa traumatis lainnya, seperti gegar otak.

19. Menambah nafsu makan

Zat kimia yang terkandung dalam ganja ternyata bisa membantu menambah nafsu makan, terutama bagi pasien yang baru saja menjalani kemoterapi.

20. Dapat membantu resiko kecanduan alkohol

Sebuah penelitian di Harm Reduction Journal menunjukkan bahwa kandungan ganja lebih aman jika dibandingkan dengan alkohol.


Adapun bahaya dari penggunaan ganja adalah sebagai berikut :

Ganja merupakan penyebab kanker. Jika dibandingkan dengan asap yang dihasilkan tembakau, asap ganja memiliki resiko 50 hingga 70% sebagai kanker. Ganja mengandung zat karsinogen dan THC yang menghasilkan benzyprene penyebab kanker.

Dapat meningkatkan resiko gangguan paru-paru. Asap ganja mengandung konsentrasi karsinogenik polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH) lebih tinggi dari asap tembakau. Perokok ganja umumnya menghisap lebih banyak asap dalam tempo waktu yang lebih lama, serta menyimpan 4 kali lebih banyak tar di paru-paru mereka sehingga dapat meningkatkan risiko terkena penyakit paru-paru secara signifikan.

Masalah jantung. Risiko serangan jantung meningkat pada satu jam pertama setelah menggunakan ganja. Merokok ganja bisa menyebabkan denyut jantung lebih tinggi dan mengakibatkan ketegangan pada jantung penggunanya. Pada saat jantung berdetak lebih cepat, pengguna mungkin akan mengalami irama jantung yang abnormal.

Menurunkan kemampuan kognitif. Para pengguna ganja dapat mengalami gangguan kemampuan untuk memahami sesuatu serta tingkat konsentrasi mereka. Hal ini bisa mengakibatkan para pengguna ganja lebih mudah mengalami kecelakaan ataupun cidera.

Paranoid. Paranoid merupakan salah satu efek samping yang biasa ditimbulkan akibat menggunakan ganja selain efek kecemasan, panik, dan ketakutan. Namun, efek ini bisa hilang dalam beberapa jam setelah penggunaan.

Penyakit skizofrenia. Penggunaan ganja yang berlebihan dapat memicu munculnya penyakit skizofrenia, yaitu gangguan mental yang biasanya ditandai dengan gangguan proses berpikir dan tanggapan emosi yang lemah, yang biasanya dimanifestasikan dalam bentuk halusinasi, paranoid, serta adanya keyakinan atau pikiran yang tidak sesuai dengan dunia nyata.

Kehilangan kendali. Seorang pengguna ganja biasanya akan mengalami beberapa efek samping seperti kehilangan kendali, gangguan pada memori, kesulitan dalam berfikir dan memecahkan masalah, serta terganggunya koordinasi pada otot-otot tubuh.

Sakit jiwa. Hilangnya sistem kendali seseorang akibat penggunaan ganja secara berlebih akan membuatnya depresi dan akhirnya mengalami gangguan jiwa. Mereka sering berhalusinasi, mengaggap sesuatu yang tidak ada menjadi ada, dan begitu pula sebaliknya.

Gangguan kesuburan / fertilitas. Penggunaan ganja dalam periode waktu jangka panjang dapat menekan produksi hormon yang membantu mengatur sistem reproduksi. Untuk pria, penggunaan ganja dapat menyebabkan penurunan jumlah dan motilitas sperma, serta dapat mengalami disfungsi ereksi. Dan pada wanita, bisa menyebabkan gangguan menstruasi, sehingga memungkinkan terjadinya masalah-masalah yang akan mengakibatkan penurunan kemampuan untuk hamil.

Kecanduan. Zat aditif yang dimiliki ganja dapat mengakibatkan penggunanya kecanduan. Ia ingin lagi dan lagi menggunakannya. Karena jika berhenti pengguna bisa merasakan siksaan fisik seperti sakit kepala, mual yang terus menerus, badan terasa lelah dan lesu.

Meningkatkan kriminalitas. Kecanduan ganja seringkali menimbulkan tindakan kriminal bagi penggunanya, terutama bagi mereka dari kalangan ekonomi menengah ke bawah. Mereka dapat melakukan tindakan apapun agar kebutuhannya akan ganja bisa terpenuhi.

Dikucilkan. Seseorang yang diketahui sebagai pecandu akan dikucilkan dalam kehidupan bermasyarakat. Ia akan dianggap sebagai pembawa masalah yang bisa saja mempengaruhi orang-orang di sekitarnya.

Demikianlah uraian tentang manfaat dan bahaya dari penggunaan tanaman ganja. Semoga bermanfaat.

Tuesday, 1 August 2017

MIVEC



MIVEC

Apa itu MIVEC? MIVEC adalah Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system. Sistem ini serupa dengan saingan terdekat atau musuh ketatnya VTEC. Sistem jenis ini mempunyai sistem cam profil yang cukup unik. Sistem ini akan menyebabkan enjin bergerak seperti enjin biasa jika rpm dibawah 5500 tapi kuasa sebenarnya akan muncul apabila kita menekan pedal minyak sehingga meter rpm melebihi 5500 dan waktu itulah kita akan kedengaran bunyi kuat yang dikeluarkan oleh enjin dan kuasa sebenarnya akan muncul.

Enjin ini atau sistem ini mula diadaptasikan pada tahun 1992. Kod untuk enjin ini yang mempunyai sistem MIVEC ini adalah 4G92 yang mempunyai 1597 cc, 175hp, 16 valve. Sistem seperti ini juga digunakan untuk enjin V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana enjin ini boleh menghasilkan 200 kuasa kuda.memang laju tu.

Tapi hari ini kita hanya bicara mengenai kod enjin 4G92 kerana enjin ini lah yang paling popular di Jepun mahupun di Malaysia.

MIVEC CA4/CB4

Popular di Malaysia khasnya di kalangan pengguna Proton Wira, Satria dan Putra kerana kedudukan enjin yang sama. Enjin ini juga popular kerana pengguna kenderaan seperti yang saya ckpkan tadi terlalu ramai di jalanraya dan bagi mereka yang inginkan kepantasan, kelajuan kuasa kuda.(1.6cc je) maka MIVEC lah jawapan kepada soalan tadi.

Enjin CA4/CB4



Di Malaysia harga untuk sesebuah enjin MIVEC hampir mencecah RM 5000 ke 7000.

Selalunya enjin yang berharga RM 7000.00 ini selalunya enjin MIVEC Rs atau CB4. Enjin RS ini atau CB4 yang menyebabkan ianya mahal kerana enjin ini dilengkapi gearbox LSD. Dari sudut enjin pula model RS ini dilengkapi dengan spring valve titanium dan duration cam ia agak tinggi dari model CA4. Namun dari sudut kekuatan enjin (horsepower) tetap sama. Tapi bagi mereka yang meminati perlumbaan drag atau trek, mempunyai gearbox LSD merupakan satu kelebihan kerana jika kita mempunyai gearbox seperti ini kerana keupayaannya untuk melonjak keluar ketika lampu hijau menyala lagi berkesan dari gearbox yang tidak mempunyai gearbox LSD kerana, LSD akan mengelakkan tayar slip atau berpusing secara berlebihan di atas jalan.Boleh terus jalan la jawabnya!!!!!!!!!!!!!!!

Enjin ini juga mempunyai saingan terdekatnya. Saingan itu tidak lain tidak bukan B16A DOHC VTEC. Walaupun dari sudut kuasa kuda enjin yang lebih tinggi dari B16A, cc yang lebih tinggi dari B16A, namun enjin ini tetap gagal untuk menyaingi kekuatan dan kepantasan dari B16A. Jika anda tidak percaya sila ke youtube dan taip 1993 Mirage Review dan lihatlah bagaimana model jenis ini telah ditinggal jauh oleh enjin B16A ini.

Punca kenapa enjin ini kurang daripada B16A adalah kerana MIVEC CA4/CB4 lemah dari sudut gear ratio.

Buat peminat enjin MIVEC jenis ini sila lihat perbandingan gear ratio dibawah ini.

MIVEC 4G92 CB4A :

1 - 3.083
2 - 1.947
3 - 1.285
4 - 0.939
5 - 0.756
R - 3.083
F - 4.592

B16A

1 - 3.230
2 - 2.105
3 - 1.458
4 - 1.107
5 - 0.848
R - 3.000
F - 4.400

Jika dilihat pada sudut final drive memang MIVEC mempunyai final drive yang tinggi sedikit daripada B16A ini namun jika dilihat ratio dari gear 1 hingga 3 ternyata B16A mempunyai ratio yang lebih mantap dan menarik daripada MIVEC 4G92. Sistem gear yang rapat atau close ratio yang dihasilkan oleh Honda ketika itu memang menakjubkan. Hanya sekadar kotak gear tersebut, Honda mampu meninggalkan enjin MIVEC CB4A itu dengan begitu jauh. Honda dikatakan memang hebat.!

Dari sudut keringanan sesuatu komponen enjin, MIVEC model CA4A/CB4A atau kita sebutkan sebagai MIVEC Gen1, ternyata lebih berat berbanding B16A VTEC. Sebagai contoh gearbox. MIVEC Gen1 mempunyai 3 batang shaft (penyambung gigi -gigi gear) manakala B16A hanya mempunyai 2 batang shaft. Dari sudut ini jelas kelihatan MIVEC Gen1 sudah ketinggalan dari sudut berat sesuatu kompanen jika hendak dibandingkan dengan B16A.

Mungkin ada tak percaya tapi sila ke http://www.youtube.com/ dan sila taip 1993 Mirage Review dan saksikannya....

CK4A/CJ4A

Selang beberapa tahun kemudian, Mitsubishi melancarkan model baru untuk Mirage Cyborg ZR. Model ini dikeluarkan pada tahun 1996. Masih menggunakan nadi yang sama iaitu 4G92 MIVEC. Cuma kali ini enjin telah diubahsuai kedudukannya.

Model Ck4A/CJ4A

Anda boleh lihat perbezaan dari sudut kedudukan enjin baru ini. Kedudukan timing belt yang telah pun berubah, extractor yang mempunyai flow yang lebih cantik dan mantap.

Enjin ini mula mendapat perhatian buat peminat permotoran Malaysia khasnya buat pengguna kenderaan jenis Proton Waja, Gen-2, Pesona, Satria Neo, dan Saga-BLM. Namun enjin jenis ini masih tidak popular jika hendak dibandingkan dengan CA4a/CB4a kereta majoriti kereta - kereta yang saya sebutkan tadi masih baru dan tidak ramai yang berani mengambil risiko untuk menukar enjin asal kepada enjin Mivec atau enjin - enjin Mitsubishi yang lain. Takut waranty hilang!!!

Namun, tidak ramai yang tahu di Malaysia khasnya kehebatan prestasi enjin ini. Inilah satu - satunya enjin yang dapat memberi saingan paling hebat buat B16A pada tahun yang juga telah mengeluarkan model baru iaitu Honda Civic Ek4 yang masih menggunakan jentera B16A. Jika tidak percaya sila ke http://www.youtube.com/ dan sila taip 1996 Mirage Review.

Jentera baru Mitsubishi ini benar - benar hampir memalukan B16A. vtec killer Walaupun tewas pada penghujungnya. Namun jika saudara - saudari lihat pada video tersebut ternyata B16A hanya mampu meninggalkan Mivec 4G92 sangat sedikit. Jika dahulu, B16A meninggalkan 4G92 Mivec dengan begitu jauh namun kali ini tidak lagi. Mitsubishi beralaih kearah kemajuan.

Jadi apa yang membezakan Mivec tahun 1993 dengan Mivec tahun 1996. Perbezaannya ialah pada gear ratio. Mari kita lihat perbezaannya

Ck4A/CJ4A

1 - 3.071

2 - 1.947

3 - 1.379

4 - 1.030

5 - 0.820

R - 3.363

F - 4.625

CA4A/CB4A

1 - 3.083

2 - 1.947

3 - 1.285

4 - 0.939

5 - 0.756

R - 3.083

F - 4.592

Kekuatan utama pada Mivec Ck4A/CJ4A ini berada pada gear 3 dan 4. Gear 3 pada model ini telah dipertingkatkan lagi kekuatannya dengan menambah gigi gear 3 itu daripada 1.285 kepada 1.379. Manakala final drive model CK4A/CJ4A telah dinaikkan dari 4.592 kepada 4.625. Dengan meningkatkan final drive dan gear 3 pada model ini ternyata berhasil apabila Mivec model ini nyaris - nyaris dapat memalukan B16A.

Dari sudut berat sesuatu komponen enjin, model ini telah membuat perubahan pada isi dalam gear box tersebut. Daripada mempunyai 3 shaft kepada 2 shaft sahaja. Ini telah menyerupai sistem gear Honda VTEC.

Saya ulangi sekali lagi, buat peminat MIVEC sila membuat perbandingannya sendiri dengan menaip 1993 Mirage Review dan 1996 Mirage Review di laman web http://www.youtube.com/

Mitsubishi juga tidak berdiam diri apabila melihat formula yang dihasilkan pada model tahun 1996 ini hampir berjaya menjadi Raja 1.6 dan sekali pada tahun 1999, mitsubishi telah mengeluarkan model yang sama dan enjin sama cuma diubahnya ratio pada gear 2, daripada 1.947 kepada 2.071. Hasilnya? 4G92 model Ck4A/CJ4A telah berjaya meninggalkan B16A. vtec killer did it.... Anda semua boleh mencarinya dengan membeli VCD atau DVD yang bertajuk Best Motoring (maaf saya lupa volume keberapa).

Kesimpulan

Model ini sebenarnya popular di Jepun. Banyak barang - barang prestasi atau performance telah dihasilkan (khasnya model Ck4A/CJ4A). Sememangnya MIVEC benar - benar memberi saingan sengit kepada VTEC jika sama - sama masih mengekalkan 1.6cc. Namun jika sudah melakukan modifikasi itu cerita lain. Jadi saya berharap, buat pemilik enjin MIVEC yang memandu kereta Proton Wira, Satria dan Putra saya harap anda semua boleh faham kenapa anda tertinggal jauh dengan B16A.

Buat pemilik kenderaan Proton Waja, Gen-2, Pesona, Satria Neo dan Saga - BLM. Anda harus berbangga, model inilah yang dapat memberi sainga hebat kepada B16A.

Sekian.....

Wednesday, 31 May 2017

5 Tanda-Tanda Awal Kanser Menyerang



Inilah 5 Tanda-Tanda Awal Kanser Menyerang, Ketahui Sebelum Terlambat. Sila Sebarkan.. Sehingga kini, punca kanser tulang tidak diketahui semestinya. Doktor berkata bahawa punca penyakit adalah bahawa terdapat kesilapan dalam DNA sel-sel. sel-sel DNA membesar dan membahagi dengan cara yang tidak dikawal.

Sel-sel ini sentiasa hidup, tidak mati pada masa yang ditetapkan. Kemudian, sel-sel bermutasi, berkumpul dan membuat massa (tumor) yang boleh menyerang susunan yang berhampiran atau merebak ke bahagian badan yang lain. 


Penyakit ini adalah begitu berbahaya kerana ia boleh menyerang kanak-kanak kepada orang dewasa. Dewasa sering disalah tafsir sebagai gejala sakit sendi. Untuk itu, supaya anda tidak salah, kami membentangkan tanda-tanda awal penyakit ini. 


1. Sakit Seseorang yang mengalami sakit tulang, akan merasa sakit di bahagian tulang. Keadaan ini akan mungkin kronik apabila anda melakukan sukan atau waktu malam. Manakala kanak-kanak, gejala-gejala seperti keseleo ditunjukkan yang sangat kronik. Jika anak anda mempunyai sakit dalam tulang dan tidak akan hilang sehingga tengah malam, cara terbaik adalah segerika diperiksa oleh doktor. 


2. Bengkak. Bengkak mungkin tidak muncul sehingga penyebaran tumor keseluruhan. Biasanya, bengkak berlaku di kawasan Kawasan tulang kanser dan kemerahan. Apabila penyakit ini menyerang sendi, jadi sendi anda akan sukar untuk dipindahkan. 


3. Adalah sukar untuk bergerak. kanser tulang akan menjadi sukar untuk bergerak. Perkara seperti boleh menjejaskan pergerakan semua anggota badan. kesan sampingan Bone dibelenggu, iaitu di kaki, mungkin anda akan tempang apabila berjalan. Apabila kanser menyerang tulang belakang, apabila anda menekan saraf, anda akan berasa seram sejuk kebas dan seksyen kaki. 


4. Patah. kanser tulang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Walaupun ia menjadi kronik, kejatuhan biasa atau kecederaan kecil boleh membuat anda mematahkan tulang. Keadaan ini juga dikenali sebagai keretakan patologi. 


5. Tanda-tanda lazim. Biasanya anda akan mengalami keletihan, demam, berpeluh dan kehilangan berat badan. Jika anda mengalami sakit tulang yang tidak sembuh dalam masa beberapa minggu tanpa apa-apa sebab, anda perlu segera periksa dengan pakar tulang (pakar ortopedik).

Thursday, 26 January 2017

Perkembangan Ekonomi Malaysia: Penilaian Hari Ini



Keutuhan ekonomi sesebuah negara memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin kestabilan dan kekuatan negara tersebut. Negara yang mempunyai kekuatan ekonomi tidak mudah ditekan oleh kuasa luar dan berupaya menjaga keperluan rakyatnya.

Kesaksamaan pembangunan ekonomi terbukti menjadi salah satu tunjang kepada perpaduan rakyat. Ketidakadilan di dalam pengagihan berisiko untuk menimbulkan kekacauan di dalam sesebuah masyarakat sepertimana yang berlaku pada tragedi 13 Mei 1969.

Dahulu kita bertungkus lumus dalam membangunkan ekonomi selepas berjaya mendapatkan semula hak mentadbir sendiri tanah air kita. Melalui Rancangan Malaya Pertama, Rancangan Malaya Kedua dan Rancangan Malaysia Pertama kita telah berjaya mengalihkan kebergantungan penuh kita daripada ekonomi berasaskan eksport getah dan bijih timah semata-mata. Hari ini kita sedia maklum, bahawa kita mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai hasil daripada penubuhan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974 dan kejayaan perindustrian yang digiatkan di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Tetapi amat dikesali pada hari ini apabila hasil mahsul bumi Malaysia ini bagai tidak dapat dirasai oleh rakyat kebanyakan. Kekayaan negara seakan berada di dalam kitaran kelompok minoriti elit.

Penulisan ini akan membawa pembaca mengenali dengan lebih dekat sejarah dan latar belakang ekonomi negara kita bermula zaman penjajahan sehinggalah ke hari ini agar kita jelas di manakah tahap pencapaian tanah air kita seterusnya mengenal pasti apakah kesilapan, kelemahan dan kekuatan yang kita miliki untuk dimanfaatkan untuk masa depan negara yang lebih cerah.


1. Latar Belakang Ekonomi Malaysia

Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, penduduk rata-rata mengamalkan ekonomi sara diri dan hanya menumpukan kepada keperluan hidup keluarga masing-masing. Turut sama dicatatkan bahawa terdapat juga mereka yang melibatkan diri di dalam urusan perdagangan.

Semasa Penjajahan

Kemasukan tenaga buruh yang dibawa masuk daripada negara China dan India ke Tanah Melayu bagi memenuhi kepentingan ekonomi penjajah telah mengubah landskap sosioekonomi masyarakat ketika itu. Amalan ‘Pecah dan Perintah’ daripada penjajah British telah menggalakkan perkembangan masyarakat yang tidak seimbang disebabkan perbezaan aktiviti perekonomian dan penempatan berdasarkan kaum.

Pasca Kemerdekaan (1956-1970)

Selepas daripada kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman telah merangka rancangan pembangunan ekonomi secara bertempoh bagi setiap lima tahun yang dikenali sebagai Rancangan Malaya (Selepas Rancangan Malaya Kedua ianya dikenali Rancangan Malaysia). Dalam tempoh ini, tumpuan kerajaan adalah pada pembangunan sektor luar bandar dan mempelbagaikan sumber negara.

Pada fasa ini telah ditubuhkan Majlis Amanah Rakyat (transformasi daripada RIDA) pada tahun 1965 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Negara kita juga mula menerokai peluang sumber ekonomi yang baharu melalui pengeluaran minyak sawit. FELDA telah membuka penempatan sulung bagi perusahaan ladang sawit pada tahun 1961.

Kesan amalan ‘Pecah dan Perintah’ yang digunakan oleh penjajah British dalam mentadbir penduduk Tanah Melayu sebelum kemerdekaan tetap dapat dirasai impaknya meskipun negara ini telah mengecapi kemerdekaan. Bancian penduduk telah dijalankan pada tahun 1970, didapati bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK). Sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut berada di kawasan luar bandar, majoritinya adalah kaum Melayu dan Bumiputera.

Walaupun ekonomi negara ketika itu berkembang dengan pesat pada purata tahunan 6 peratus, terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan seterusnya menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik dengan memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.

Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

Rentetan daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969, negara Malaysia di bawah pentadbiran Tun Razak (1970-1976) telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 baru mengatasi ketempangan yang wujud pada sosioekonomi masyarakat ketika itu.

Perangkaan DEB dan penyertaan kerajaan secara aktif di dalam ekonomi melalui penubuhan FELDA, FAMA, PERNAS, UDA dan PNB adalah mencontohi pendekatan negara yang bertunjangkan ideologi sosiolisme-komunisme. Semasa Tun Razak masih belajar di UK, beliau aktif di dalam Parti Buruh di sana yang beraliran kiri, tidak hairan pembawaan pentadbirannya sebagai perdana menteri menggunakan pendekatan yang cenderung ke arah sosialisme.

DEB mensasarkan dua strategi utama:

1. Mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.
2. Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.

Perlaksanaan DEB telah menunjukkan hasil yang positif berdasarkan pengurangan kadar isi rumah yang berada di bawah taraf kemiskinan daripada 49.3% (1970) kepada 16.5% (1990). DEB juga berjaya menstrukturkan semula pemilikan ekuiti korporat yang sebelum ini dimiliki lebih daripada dua per tiga oleh warga asing manakala Bumiputera hanya memiliki 2% sahaja pada tahun 1970 kepada pemilikan Bumiputera bertambah kepada 20.4% dan pegangan warga asing mengecil sehingga 25.1% pada tahun 1990.


Ekonomi Tun Dr. Mahathir (1981-2003)

Tun Dr. Mahathir mengambilalih pemerintahan pada tahun 1981 semasa iklim ekonomi negara berada di dalam keadaan yang tidak baik. Beberapa perkembangan ekonomi antarabangsa memberikan kesan kepada negara terutama sekali kemelesetan ekonomi antarabangsa dan kejatuhan harga komoditi utama ketika itu.

Tempoh pentadbiran kendaliannya yang menjangkau sehingga 22 tahun ini menyaksikan pelbagai perubahan dasar dan pembawaan ekonomi negara. Antaranya ialah:

1. Dasar Pandang Ke Timur
2. Dasar Pertanian Negara (1984)
3. Dasar Buruh
4. Dasar 70 Juta Penduduk
5. Perindustrian Berat
6. Pensyarikatan Malaysia
7. Dasar Penswastaan
8. Wawasan 2020

Walaupun pembaharuan yang dibawa oleh Tun Dr. Mahathir kelihatan gah dan membawa nafas baru kepada perekonomian negara kita, di sebalik perangkaan dan perlaksanaan dasar ekonomi ini tidaklah berjalan dengan baik seperti mana yang diharapkan.

Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan tidak mampu berkekalan lama apabila tentangan daripada rakyat yang tidak bersetuju disebabkan oleh keutamaan yang diberikan kepada firma daripada Jepun sepertimana di dalam projek pembinaan Dayabumi berbanding firma tempatan. Meskipun pada awalnya, Tun mengharapkan dasar ini menjadi asas kepada penerapan etika kerja daripada Jepun dan usaha kerjasama yang menguntungkan antara perusahaan dua negara ini. Tetapi selepas pilihanraya 1986, Tun secara beransur-ansur tidak lagi mencanangkan dasar ini apabila nyata lebih banyak kerugian yang perlu ditampung.

Begitu juga pengenalan perindustrian berat yang dipelopori oleh Tun semenjak beliau memegang Kementerian Perdagangan dan Industri pada akhir 1970-an lagi melalui penubuhan Heavy Industries Corporation of Malaysia (HICOM). Pemilihan industri yang tidak tepat berikutan industry sedia ada telah menghadapi persaingan hebat pada peringkat antarabangsa, seterusnya melibatkan banyak perlindungan untuk menjamin kelansungan perindustrian tersebut dan pemilihan industri yang tidak mempunyai kaitan penting dengan keseluruhan ekonomi nasional telah menjerumuskan negara ke tahap kerugian yang mencecah berbillion ringgit seperti mana di dalam kes PERWAJA.

Krisis Ekonomi 1997

Pada bulan tahun 1997, mata wang Thailand (baht) mengalami serangan spekulasi secara besar-besaran menyebabkan kejatuhan nilai mata wangnya secara mendadak (separuh nilai asal). Kesan daripada krisis yang bermula di Thailand ini telah memberikan impak kepada ekonomi negara jiran yang berada di sekitarnya.

Tun Dr. Mahathir menggambarkan bahawa kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan oleh serangan spekulatif terhadap mata wang negara Asia Timur. Walaubagaimanapun, laporan kajian yang dikeluarkan oleh IMF pada tahun 1998 mengakui bahawa kejatuhan mata wang baht adalah disebabkan spekulatif tetapi tidak pada mata wang negara lain.

Faktor lain yang membawa kepada lanjutan krisis ini adalah penarikan pelaburan asing secara besar-besaran kerana ketakutan yang timbul terhadap krisis ini sendiri kerana menyangka kawasan serantau ini serupa dan sepadu (dari segi bidang perdangan dan perlaburan).

Nilai ringgit juga jatuh disebabkan oleh kelantangan Tun Mahathir ketika itu yang menempelak George Soros dan menyatakan bahawa terdapat konspirasi jahat Barat yang ingin melemahkan ekonomi negara Asia Timur. Kenyataan lantang Mahathir ini telah memburukkan lagi kenyakinan pelabur dan keadaab serantau sehinggi ditegur oleh pemimpin negara lain di rantau ini.

Tindak balas kerajaan di dalam menghadapi krisis ini adalah melalui kawalan modal. Ketika itu timbul perbezaan pandangan dalam menanggapi kemelut ekonomi yang melanda ketika itu di antara kem Mahathir dan Daim yang menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Nasional (MTEN) dengan kem Anwar Ibrahim yang mengendalikan Kementerian Kewangan.


2. Tahap Pencapaian Ekonomi Negara Hari Ini

Jika dahulu negara kita bergantung harap kepada perolehan daripada penghasilan bijih timah dan getah yang pernah meliputi 40 peratus KDNK negara. Hari ini kita boleh berbangga dengan kepelbagaian sumber pendapatan yang kita ada.

Walaubagaimanapun, kebanggaan terhadap perkembangan ekonomi hari ini tidak sewajarnya melekakan kita terhadap keperluan untuk meneliti semula hala tuju dan prestasi sebenar ekonomi Malaysia. Suatu masa dahulu kita pernah tergolong di dalam kelompok negara yang diberikan gelaran ‘Harimau Asia’ (Singapura, Taiwan dan Korea Selatan) berikutan pencapaian ekonomi yang sangat baik. Tetapi adakah pada hari ini tahap pencapaian negara kita setara tiga ‘harimau’ yang pernah dahulunya ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’?

Negara kita telah berjaya mengurangkan insiden kemiskinan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Kita merasa gembira dengan kejayaan ini, tetapi adakah angka ini menggambarkan realiti sebenar jumlah rakyat marhaen yang terhimpit dengan kesesakan bebanan hidup?

Pada tahun 2008 yang lalu, satu penilaian telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pertumbuhan Bank Dunia dan meletakkan negara Malaysia di antara 13 buah negara yang berjaya mencapai kelestarian pertumbuhan besar pasca Perang Dunia Kedua. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut hanya 6 buah negara sahaja yang berjaya mencapai status negara berpendapatan tinggi. Manakala Malaysia kini telah dikategorikan sebagai negara yang berada di dalam perangkap pendapatan pertengahan (middle-income trap).

Pada hari ini kita dapat melihat dengan jelas bahawa kerajaan sangat bersungguh-sungguh dalam memastikan hasrat untuk menjadi salah sebuah negara berpendapat tinggi tercapai. Pada tahun 2010 kerajaan telah melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang meletakkan misi umumnya adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan sasaran pendapatan tinggi antara 15 ribu sehingga 20 ribu dolar Amerika.

Terbaru, kita diberitakan khabar ‘gembira’ bahawa purata pendapatan isi rumah di Malaysia telah mencecah RM 5,900. Khabar ini dicanangkan seolah-olah rata-rata rakyat sudah mempunyai pendapatan yang mencukupi dan selesa untuk menampung kos hidup hari ini. Ironisnya, kerajaan pusat sendiri mengatakan bahawa program BR1M meliputi 80 peratus isi rumah di Malaysia, kita sedia mengetahui bahawa syarat kelayakan penerimaan BR1M adalah jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3,000 sebulan.

Pada suku pertama dan kedua 2014, pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatatkan kadar 6.3 peratus. Satu perkembangan yang baik berbanding tahun sebelumnya. Meskipun begitu, seakan tiada peningkatan kualiti hidup pada masyarakat terbanyak di sebalik angka yang dibanggakan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib ini. Bahkan, penarikan subsidi melalui Program Rasionalisasi Subsidi telah menyaksikan kenaikan harga makanan rentetan peningkatan kos domestik yang disebabkan oleh pelarasan harga minyak dan tarif elektrik telah menekan kehidupan rakyat kebanyakan.

Situasi ini boleh dijelaskan sekiranya kita mengerti bahawa pertumbuhan ekonomi negara kita tidak selari dengan kesaksamaan pengagihan kekayaan negara. Menurut laporan daripada kerajaan, hanya 31 peratus daripada KDNK merangkumi pampasan pekerja, selebihnya adalah keuntungan korporat dan pendapatan kerajaan. Jika dibandingkan dengan negara ‘Harimau-harimau Asia’ yang dahulunya kita pernah bermain pada padang yang sama, peratusan pampasan pekerja kita adalah yang terendah. Singapura sebanyak 41.1 peratus, Korea sebanyak 43.7 peratus dan Taiwan pula sebanyak 46.2 peratus.

Begitu juga jika kita tinjau laporan KDNK negeri, kita akan mendapati bahawa taburan pembangunan di Malaysia adalah sangat tidak seimbang. Sebagai contoh KDNK per kapita Wilayah Persekutuan adalah sebanyak RM 80,000 tetapi di negeri-negeri lain hanyalah separuh daripada jumlah tersebut. Jurang perbezaan pendapatan antara negeri sangat ketara. Tidak hairan jika pertumbuhan ekonomi yang diwar-warkan oleh kerajaan seakan tiada erti buat rakyat melihatkan ketidakadilan dalam pengagihan pembangunan di Malaysia.

Lanjutan daripada purata peningkatan inflasi sebanyak 3.3 peratus, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada Julai 2014 yang lalu. Tindakan ini diambil sebagai langkah awal untuk mengurangkan risiko ketidakseimbangan ekonomi dan kewangan disebabkan oleh jangkaan kadar inflasi kekal melebihi purata jangka panjang.

Kesan perubahan pada OPR akan dirasai orang ramai melalui Kadar Pinjaman Asas / Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR). Bank-bank lain akan menyusuli tindakan BNM dengan menaikkan BLR/BFR masing-masing daripada 6.60 peratus kepada 6.85 peratus. Kadar yang baharu ini akan dijadikan asas bagi pengiraan kadar pembiayaan perumahan, pembiayaan perniagaan dan pembiayaan peribadi yang diambil berasaskan kadar berubah, dan juga asas bagi menetapkan kadar baru bagi pembiayaan kereta dan pembiayaan berkadar tetap.

Situasi ini akan membawa kepada peningkatan kos perniagaan dan kos membeli hartanah atau aset lain menerusi pinjaman, seterusnya mengurangkan permintaan terhadap kebanyakan aset yang telah naik harganya ke tahap di mana ianya tidak lagi mampu dimiliki oleh kebanyakan orang.

Seperkara lagi yang membimbangkan rakyat adalah tabiat berbelanja kerajaan yang sangat boros dan tidak terkawal. Semenjak daripada Bajet 1998 sehinggalah Bajet 2015 adalah merupakan bajet defisit. Jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009 di dalam satu wawancara menjelaskan bahawa perbelanjaan lebih ini adalah untuk mengembalikan kenyakinan pelabur bagi menampung kehilangan pelaburan daripada sektor swasta. Walaubagaimanapun, sehingga ke tahun hadapan, meskipun rasionalisasi subsidi telah dilaksanakan berserta peningkatan di dalam pendapatan daripada cukai yang dikenakan ke atas PETRONAS tetap kerajaan terus boros berbelanja dan tidak berlaku bajet yang berimbang.


3. Hubungkait Antara Ekonomi Negara dengan Rakyat

Pertumbuhan dan penguncupan ekonomi negara memberikan kesan kepada kehidupan rakyat. Sama ada secara langsung melalui kenaan cukai dan penetapan gaji minimum, ataupun secara tidak langsung melalui peningkatan kos sara hidup rentetan daripada pengurangan bantuan kerajaan dalam bentuk insentif atau subsidi dan kenaikan harga barang.

Ekonomi negara juga memainkan peranan penting bagi menggalakkan perkembangan tahap pendidikan dan kesihatan rakyat melalui penetapan dasar kerajaan. Pembasmian kemiskinan melalui penyediaan peluang pekerjaan dan proses pengagihan semula kekayaan yang tersusun juga merupakan peranan pemerintah yang perlu dimainkan pada sesebuah negara.

Kemampanan ekonomi negara menjamin kehidupan rakyat yang sejahtera. Kemunduran tahap ekonomi atau kegagalan mekanisme regulasi sesebuah negara di dalam menjaga kestabilan pasaran dan hak kebajikan rakyat akan memberikan kesan kepada keupayaan rakyat di dalam memenuhi keperluan hidup seperti pemilikan perumahan dan pengangkutan.

4. Bagaimanakah Rakyat Mampu Mempengaruhi Polisi Ekonomi?

· Amalan Demokrasi Terpimpin
· Penyaluran Pandangan dan Cadangan
· Memperanankan Kesatuan Sekerja
· Menzahirkan Desakan dan Bantahan
· Advokasi Isu Melalui Rencana dan Wacana Ilmiah

5. Penutup

Kejayaan dan kesilapan yang pernah dilakukan sewajarnya menjadi suatu panduan buat generasi terkemudian dalam mengorak langkah agar kelangsungan kemakmuran negara ini terus dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakt secara adil dan berhemah.

Pendekatan kerajaan pimpinan DS Najib pada hari ini yang tidak populis dan sangat berisiko pada nasib hayat politik parti pemerintah menggambarkan bahawa negara kita sekarang ini sudah berada di persimpangan; sama ada perlu meneruskan langkah-langkah kehancuran atau berpatah balik sambil mengakui kesilapan pendirian dan pembawaan kerajaan dalam mengendalikan ekonomi negara.

Friday, 19 February 2016

Masalah kelemumur dan punca kelemumur


KELEMUMUR sebenarnya adalah masalah kulit kepala yang boleh dialami oleh sesiapa saja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Kebanyakan kes kelemumur tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi jika selepas beberapa minggu menggunakan syampu berubat, kelemumur tidak hilang atau kulit kepala menjadi merah dan bengkak, anda mungkin perlu berjumpa pakar kulit.

Ramai orang beranggapan bahawa kelemumur mempunyai kaitan dengan masalah kebersihan dan kekerapan anda membasuh rambut. Sebenarnya anggapan ini tidak benar. Kelemumur tetap akan berlaku walaupun anda bersyampu atau sebaliknya. Kelemumur sebenarnya sebahagian daripada proses normal pertumbuhan sel kulit kepala yang baru. Ia selalunya dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya.

Punca sebenar kelemumur terjadi tidak diketahui. Secara umumnya, ia dikaitkan dengan kewujudan kulat (fungus) dikenali sebagai `pityrosporum ovale'. Kulat itu menyebabkan seseorang mengalami kelemumur. Kulat ini tinggal pada kulit kepala. Bagi mereka yang sihat ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah. Adakalanya apabila jumlahnya terlalu banyak ia menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur.

Golongan berisiko alami kelemumur

* Ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan sehingga pertengahan usia. Namun, ada juga mereka yang berhadapan dengan kelemumur sepanjang hayat.

* Lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur. Dipercayai hormon lelaki memainkan peranan utama dalam hal ini.

Lelaki juga mempunyai kelenjar penghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita.

Justeru, ia menyumbang kepada berlakunya masalah kelemumur.

* Rambut dan kulit kepala yang berminyak

* Diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak.

* Masalah penyakit berkaitan neurologi.

Punca kelemumur

* Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.

* Kulit gatal dan berminyak menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak.

* Kurang bersyampu

* Masalah kulit seperti psoriasis

* Ekzema pada kulit kepala

* Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut

* Perubahan hormon

* Tekanan

* Masalah neurologi.

Secara umumnya, kelemumur boleh ditangani dengan syampu berubat dan kekerapan bersyampu. Namun, jika syampu tidak banyak membantu, anda mungkin perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kulit. - Mayo Clinic

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.my/2013/10/masalah-kelemumur-dan-punca-kelemumur.html#ixzz40ZZEyL5q

Tuesday, 11 August 2015

Masih Berzina Sepanjang Perkahwinan - Wajib Tahu

Gambar Hiasan

Zina akan berterusan walau pun dah di ijabkabul… Baca untuk pengetahuan sendiri dan pedoman semua. Hidup sebagai seorang yang beragama islam jangan terusan dalam kejahilan.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 9.

Perkahwinan seumpama ini, Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak “pregnant luar nikah”, cepat cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan tersebut, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya : Ibu bapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat…

Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya: Katakanlah: ‘Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam…
-USTAZ ROSLI AL HAFIZ

Wednesday, 5 August 2015

Fenomena kejatuhan nilai mayawang


Fenomena kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding Dollar Amerika Syarikat (USD) secara berterusan semenjak nilai tinggi terakhirnya pada bulan Ogos 2014 (3.1463) telah menimbulkan keresahan kepada ramai pihak. Ringgit telah mengalami kejatuhan drastik dalam tempoh dua hari dengan kejatuhan sebanyak 2.4% pada tarikh 1 Disember 2014 (3.3465 menjadi 3.4300). Penurunan nilai Ringit ini merupakan yang terteruk berbanding semasa krisis ekonomi Asia 1997 sebelum ini. Semasa penulisan ini sedang dibuat, kadar tukaran nilai Ringgit berbanding Dollar adalah 3.6231 (28 Januari 2013).


Pelbagai persoalan timbul sebagai reaksi kepada situasi ini. Apakah yang menjadi punca penyusutan nilai matawang negara kita berbanding USD? Adakah ianya memberikan impak negatif kepada kehidupan kita? Adakah krisis ini berpanjangan?


Penulisan ini akan membantu pembaca untuk memahami faktor yang menjadi pemain utama disebalik kenaikan/penurunan matawang dunia, kesannya kepada kesihatan ekonomi negara dan bagaimanakah jalan terbaik untuk kita menghadapinya pada kapasiti sebagai seorang mahasiswa.


Sejarah Penggunaan Wang Kertas


Sebelum kita memasuki perbincangan ini dengan lebih mendalam, sebaiknya kita telusuri sejarah penggunaan wang kertas terlebih dahulu.


Kita biasa menggambarkan bahawa wang yang digunakan oleh masyarakat silam adalah syiling emas mahupun perak sebagaimana yang sering disajikan di dalam filem dan penulisan klasik. Begitu juga jika kita mengamati sirah Nabi Muhammad s.a.w mahupun al-Quran dan himpunan hadith, kita tidak akan terlepas daripada membaca berkenaan penggunaan dinar (emas) dan dirham (perak) di dalam urus niaga ketika zaman tersebut. Persoalannya disini, bilakah bermulanya penggunaan wang kertas?


Penggunaan emas dan perak telah digunakan secara meluas dan diterima pakai sebagai mata wang hampir di seluruh dunia berikutan nilai yang tersimpan di dalam logam berharga itu sendiri. Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah turut menukilkan berkenaan penggunaan emas dan perak sebagai medium perantaraan jual beli dan penyimpan nilai usaha dan kekayaan manusia:


“Allah telah menciptakan dua jenis logam, iaitu emas dan perak sebagai ukuran nilai bagi semua pengumpulan modal. Penduduk dunia menganggapnya sebagai harta dan kekayaan. Meskipun apabila berada dalam keadaan-keadaan tertentu, barang-barang lain dikehendaki, ia tidak lain daripada mencapai tujuan yang pada matlamatnya adalah untuk memperoleh emas dan perak. Semua barangan lain terdedah kepada turun naik harga pasaran, sementara emas dan perak adalah terkecuali. Emas dan perak menjadi dasar keuntungan, harta dan kekayaan.”


Walaubagaimanapun, emas dan perak mempunyai kelemahan yang ketara iaitu kesukaran untuk membawanya di dalam kuantiti yang banyak dan wujud kebimbangan terhadap jaminan sekuritinya semasa di dalam perjalanan yang jauh. Perkembangan ekonomi dan aktiviti perdagangan yang menuntut kepada penggunaan wang dalam nilai yang besar telah membawa kepada inovasi penciptaan wang kertas. Pada permulaan penggunaannya, ‘wang kertas’ tersebut tidak dikira sebagai mata wang. Ianya hanya sebagai dokumen bukti atau resit bagi mewakili nilai emas atau perak yang dimiliki oleh pendeposit. ‘Wang kertas’ dihasilkan oleh individu atau institusi yang diamanahkan untuk menjaga emas dan perak tersebut.


Penggunaan wang kertas mula dikesan pengamalannya di China pada seawal abad ke-7 masihi. Manakala, negara barat pula mula menggunakannya sekitar 1000 tahun selepasnya dan penghasilan wang kertas di dunia Islam pula hanya bermula pada tahun 1850 semasa pentadbiran Khilafah Turki Uthmaniyyah.


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, masyarakat dunia umumnya menerima emas dan perak sebagai duit. Penggunaan wang kertas pada mula pengenalannya tidaklah sepenuhnya menenggelamkan peranan emas dan perak. Wang kertas hanya mewakili simpanan emas atau perak dan boleh dituntut di bank dengan menukarkannya. Ketika itu, nilaian mata wang diikat dengan emas (gold-standard).


Akan tetapi, peredaran masa telah membawa kepada dominasi penggunaan wang kertas berbanding syiling emas atau perak itu sendiri. Keyakinan pengguna terhadap keupayaan saling-tukaran wang kertas dengan emas atau perak telah dikhianati oleh bank apabila penghasilan duit kertas telah melebihi simpanan emas sepertimana yang pernah terjadi pada tahun 1759 di England.


England merupakan antara negara pertama yang meleraikan ikatan mata wangnya daripada emas pada tahun 1931 lanjutan daripada krisis ekonomi yang melanda dunia barat (Great Depression). Pada tahun 1944, konferens Bretton Wood dianjurkan sebagai medium perbincangan untuk mengstrukturkan semula polisi kewangan dunia pasca perang dunia kedua. Hasilnya, mata wang dollar kemudiannya secara tidak langsung telah memainkan peranan sebagai mata wang dunia. Semua mata wang telah diikat dengan dollar, manakala dollar pula diikat kepada emas dengan kadar nilai 1 dollar bersamaan 35 oz emas.


Percetakan dollar yang melangkaui nilai rizab emas yang dimiliki oleh Amerika Syarikat (AS) pasca perang Vietnam telah mendorong AS untuk mengakhiri ikatan mata wangnya dengan emas secara persetujuan sehala (uni-lateral) pada tahun 1971. Sejak daripada itu, mata wang di seluruh dunia tidak lagi didokong nilai komoditi berharga. Tindakan presiden Nixon pada tahun 1971 itu telah membuka lebaran sejarah yang baharu di dalam sejarah pengamalan kewangan global iaitu dengan bermulanya zaman penggunaan wangfiat. Dinamakan fiat kerana merujuk kepada sifat wang itu yang tidak disandarkan nilainya pada apa-apa komoditi melainkan hanya anggapan semata-mata.


Sejak nilai mata wang telah diapungkan nilainya bergantung kepada kondisi pasaran, ianya mudah terdedah kepada risiko spekulasi dan ketidakstabilan. Perlaksanaan sistem Fractional Reserve yang menjadi asas kepada penghasilan wang kertas pula telah membawa implikasi yang lebih teruk apabila ianya menjadi faktor utama kepada inflasi.


Kenapa Nilai Mata Wang Sesebuah Negara Jatuh/Meningkat?


Untuk memahami punca jatuh naik (appreciate/depreciate) sesuatu nilai mata wang, sewajarnya kita memahami terlebih dahulu konsep permintaan-pembekalan (demand-supply).


Mata wang diniagakan dalam pasaran tukaran mata wang asing (Foreign Exchange Market) dan turun naik nilainya bergantung pada tahap permintaan dan jumlahnya yang berada di dalam pasaran. Secara asasnya, semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu mata wang, maka nilainya akan meningkat. Manakala, jika pemintaan terhadap sesuatu mata wang menurun atau ramai menjualnya sehingga berlaku lebihan di dalam pasaran, maka nilainya akan jatuh.


Apakah yang menyebabkan berlakunya peningkatan dan penurunan permintaan?


Faktor peningkatan:


1. Perkembangan sektor eksport
Untuk mengimport barangan daripada sesebuah negara, perlu menggunakan mata wang negara tersebut. Negara yang produknya kompetitif di dalam persaingan eksport, nilai mata wangnya kukuh kerana permintaan terhadap mata wangnya tinggi.


2. Kadar bunga (interest) tinggi
Kadar bunga yang tinggi yang ditetapkan oleh bank negara menjadi tarikan kepada pelabur asing untuk menyimpan di dalam negara tersebut. Secara tidak langsung akan mengembangkan permintaan terhadap mata wangnya.


3. Peningkatan permintaan di dalam pasaran tukaran mata wang asing
Apabila sesuatu mata wang dijangka nilainya akan meningkat, biasanya akan membawa kepada pembelian mata wang negara tersebut oleh pemain pasaran dan seterusnya melonjakkan nilainya.


4. Kemasukan pelabur asing
Negara yang dilihat menjadi destinasi yang menarik untuk perlaburan, akan membawa kemasukan pelabur luar ke dalam negara (capital inflow). Mereka perlu membeli mata wang negara tersebut untuk terlibat di dalam perlaburan di negara tersebut.


5. Campur tangan bank negara
Terdapat negara yang sengaja merendahkan mata wangnya seperti yang dilakukan oleh China. Bank pusatnya akan membeli bon terbitan AS supaya mata wangnya akan menjadi lebih rendah daripada dollar. Tindakan ini dibuat supaya barangan lokalnya mampu kekal lebih murah dan mampu mengekalkan momentum persaingan di dalam pasaran eksport.


6. Kadar pengangguran rendah dan peningkatan pendapatan rakyat
Kadar pengangguran yang rendah dan tahap pendapatan rakyat yang tinggi meningkatkan permintaan wang di dalam pasaran domestik seterusnya meningkatkan nilai mata wang negara tersebut.


Faktor penurunan:


1. Kadar bunga yang rendah
Kadar bunga yang rendah akan mengurangkan tarikan yang ada untuk pelabur luar menyimpan di dalam sesuatu negara.


2. Peningkatan inflasi
Inflasi yang tinggi akan mengurangkan kuasa beli yang dimiliki oleh pengguna di dalam sesebuah negara, seterusnya merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Kesannya, ekonomi negara tersebut di nilai sebagai lemah dan tidak stabil oleh pelabur asing.


3. Aktiviti spekulator
Tindakan spekulator di dalam pasaran tukaran mata wang asing menjual mata wang sesebuah negara dalam jumlah yang besar berupaya menyebabkan kekacauan dan ketakutan di kalangan pasaran saham.


4. Campur tangan kerajaan
Sepertimana yang pernah dilakukan oleh AS melalui tindakan Quantitative Easing. AS membeli bon terbitan negaranya sendiri dan secara tidak langsung mengwujudkan impresi permintaan yang tinggi terhadap dollar.


Faktor Kejatuhan Nilai Ringgit


Setelah kita memahami punca naik dan turunnya mata wang sesebuah negara, kita akan lebih mudah untuk mengenal pasti punca penguncupan nilai mata wang negara kita.


1. Penurunan ketara harga minyak dunia
Mutakhir ini, harga minyak menah dunia telah mencatatkan sejarah apabila mencecah serendah 48 USD/setong pada 19 Januari yang lalu. Penurunan harga hampir 50% daripada harga tahun lalu yang setinggi USD100-115/setong telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah.


Penghasilan minyak dunia yang meningkat disebabkan oleh kemajuan teknologi AS yang berupaya menghasilkan shale oil dan kelembapan ekonomi yang dialami oleh negara penyumbang utama ekonomi dunia seperti China dan Jepun telah mengurangkan permintaan terhadap minyak seterusnya menjadi faktor kejatuhan harga minyak dunia.


Keputusan Organisasi Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang diwakili oleh Saudi di dalam kenyataan media sebelum ini bahawa mereka tidak akan mengurangkan penghasilan minyak untuk mengembalikan semula harga asal minyak telah memberikan ramalan bahawa harga minyak mentah akan kekal pada kadar yang rendah.


30% daripada pendapatan Malaysia adalah datang daripada sektor minyak. Di dalam Bajet 2015, diunjurkan bahawa sektor ini bakal menyumbang sejumlah RM 82 billion atau 11.1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Akan tetapi apabila berlaku kejatuhan harga minyak dunia secara drastik sebegini, Malaysia dijangka akan mengalami kehilangan pendapatan sebanyak RM 25 billion. Kelompongan pada pendapatan negara ini tidak dapat ditampung sepenuhnya oleh lebihan yang dinikmati melalui penghapusan subsidi petrol sebanyak RM 18 billion.


Kebimbangan timbul terhadap status Imbangan Akaun Semasa negara (trade account/current account). Akaun semasa adalah jumlah baki perdagangan (jumlah eksport – jumlah import barangan dan perkhidmatan). Penguncupan lebihan pada akaun semasa (import lebih daripada eksport) akan menunjukkan marginal surplus yang makin mengecil. Dibimbangi sekiranya pendapatan melalui aktiviti eksport minyak mentah kita terjejas akan membawa kepada defisit pada akaun semasa seterusnya menjerumuskan Malaysia ke dalam masalah deficit berkembar (twin-deficit).


Ketidakstabilan ini mengurangkan keyakinan dan tarikan terhadap pelabur luar.


2. Polisi dan urustadbir kewangan kerajaan
Sebelum daripada berlakunya kejatuhan harga minyak mentah dunia, ramai penganalisa ekonomi sudah menjangkakan akan berlaku penurunan nilai mata wang Ringgit Malaysia kerana polisi kewangan yang dilihat tidak fleksibel dan kurang mesra pelabur berbanding negara membangun yang menjadi pesaing kepada Malaysia seperti Indonesia dan India.


Malaysia kini dilihat sebagai prospek yang berisiko kepada pelabur; takat hutang awam yang tinggi, peningkatan hutang asing dan penguncupan marginal lebihan akaun semasa telah menjadi antara faktornya.


Pegangan hutang oleh pelabur asing mewakili 45% daripada hutang negara telah meletakkan negara Malaysia berada di dalam posisi yang membimbangkan. Ini berbeza dengan Indonesia yang hanya mempunyai 32.5% sahaja hutangnya daripada luar, begitu juga India dengan hanya serendah 2 %.


3. Kekukuhan dollar Amerika Syarikat (USD)
Semenjak daripada tahun lepas, AS telah meningkatkan kadar faedahnya. Menyebabkan berlakunya kemasukan modal (capital inflow) ke dalam negaranya seterusnya mengukuhkan kedudukan USD itu sendiri.


Apakah Langkah Yang Diambil Oleh Kerajaan?


Perdana Menteri kita, Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan kondisi semasa ekonomi Malaysia dan tindakan susulan kerajaan dalam menghadapi kemelut ekonomi ini. Sikap positif dan optimis yang ditunjukkan oleh beliau dalam menanggapi isu ini adalah sesuatu yang saya anggapkan adalah untuk mengelak timbulnya kebimbangan yang melampau di kalangan rakyat dan juga untuk mengelakkan daripada berlakunya krisis keyakinan terhadap kendalian kerajaan. Sikap ini penting supaya, rakyat akan sederap langkah dengan yakin bersama kerajaan dalam mengembleng kudrat memulihkan ekonomi negara kita.


Untuk memudahkan pemahaman pembaca, suka untuk saya rumuskan pelan tindakan kerajaan kepada beberapa isi:


1. Mengembangkan pasaran eksport dan perlancongan
Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya. Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.


Antaranya seperti membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk menerokai pasaran luar dengan mempromosikannya kepada 46 buah negara. Begitu juga meningkatkan kualiti dan capaian tahan logistik dan pengangkutan bagi tujuan perdagangan.


Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun beberapa pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita. Antaranya seperti menghapuskan caj permohonan visa kepada pelancong luar.


2. Mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import
Barangan import akan menjadi lebih mahal di kala kejatuhan nilai mata wang negara seperti sekarang. Kebergantungan yang tinggi kepada barangan import akan membawa kepada inflasi dan membawa kepada risiko defisit –bekembar.


Justeru, kerajaan telah menyusun beberapa tindakan seperti mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Begitu juga menggalakkan pembelian barangan tempatan di kalangan rakyat dan meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh jualan mega di seluruh Malaysia.


3. Meneruskan pengstrukturan semula pendapatan dan mengkaji perbelanjaan negara
Bagi meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara, kerajaan komited untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi negara melalui mempelbagaikan sumber kewangan dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dengan meneruskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dijadualkan bermula pada 1 April 2015 ini.


Kerajaan juga akan menghentikan sementara Program Latihan Khidmat Negara yang akan membawa kepada penjimatan sebanyak RM 400 juta. Seterusnya, mensasarkan penjimatan sebanyak RM 1.6 billion melalui mengoptimumkan pengurangan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional.


Kerajaan juga akan mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit. Kerajaan juga akan menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit


Kerajaan tidak mengambil tindakan menghentikan projek mega dan memotong kebanyakan perbelanjaan (austerity) dan menggalakkan rakyat berbelanja melalui penganjuran jualan mega dilihat adalah untuk memastikan kitaran ekonomi terus berjalan dan mengelakkan kelembapan ekonomi disebabkan oleh perlahannya kitaran duit dalam negara.


Bank Negara Malaysia (BNM) juga tidak mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar bunganya seperti mana negara yang lain kerana ianya akan membebankan rakyat. Persoalan yang paling utama perlu diamati dan dijawab di dalam menanggapi isu kejatuhan mata wang ini adalah, “Adakah perlu untuk naikkan semula nilai mata wang atau fokus kepada kestabilan ekonomi?”.


Alternatif: Ekonomi Islam?


Akhir tinta, saya percaya ramai yang ingin mengetahui apakah jawapan di sebalik kekalutan dan kekusutan yang ditimbulkan oleh sistem ekonomi konvensional ini. Jika ditanya pada saya, saya sentiasa optimis bahawa jawapannya adalah dengan kembali kepada Islam.


Jika kita renungi semula sejarah peradaban manusia, kita akan mendapati kerosakan sistem ekonomi pada hari ini adalah berpunca daripada tangan-tangan manusia yang melepaskan diri daripada kerangka wahyu. Sebagai contoh, kita lihat pada sistem kewangan itu sendiri. Bermula daripada peperangan sesama sendiri yang memaksa negara-negara mencetak lebih banyak wang sehingga terpaksa meleraikan ikatan nilai mata wangnya dengan emas. Seterusnya, pengamalan sistem penghasilan wang (Fractional Reserve System) yang berasaskan kepada riba dan sifat matawang tanpa sokongan sebarang komoditi, telah membawa kita ke dunia yang tidak henti dengan sindrom inflasi. Semua ini terjadi kerana kita membelakangi panduan yang digariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


Walaubagaimanapun, kita perlu menerima hakikat bahawa kita sudah berada di dalam krisis ini. Sebaiknya bagi kita yang mendokong penerapan nafas Islam dalam segenap kehidupan termasuk di dalam urusan kenegaraan dan urus tadbir ekonomi hendaklah memikirkan jalan keluar dan alternative kepada permasalahan yang dihadapi sekarang.


Adakah kita perlu memperjuangkan sistem Full-reserve sepertimana yang diperjuangkan oleh ahli ekonomi daripada sekolah aliran Austria? Adakah kita perlu mengikat kembali wang kertas dengan komoditi yang bernilai? Bagaimana pula caranya untuk mengembangkan kredit dan apakah regulasi yang kita akan guna pakai?


Ingin saya tinggalkan kepada kalian banyak lagi persoalan, tetapi cukuplah sekadar yang diatas dahulu sebagai permulaan.


Penutup


Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada kita selaku mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan pelbagai lagi yang dirasai oleh kita di sini.


Pesanan saya, jika kita mempunyai masalah kewangan disebabkan oleh sumber pendapatan yang tidak menentu, laksanakanlah tiga perkara:


1. Berniaga
Di Mesir, pasarannya sangat luas untuk diterokai peluang meraih pendapatan. Jumlah pelajar yang mencecah ribuan orang memberi makna bahawa terdapat berbagai keperluan dan kehendak yang wujud. Sama ada terhadap barangan mahupun perkhidmatan.


Saya sering memberitahu rakan saya bahawa “kemalasan orang adalah peluang untuk kita.” Maka manfaatkanlah kemahiran dan pengetahuan yang kalian miliki. Tetapi pastikan bahawa pekerjaan tersebut selari dengan syariat dan tidak sehingga menganggu pelajaran.


2. Melabur
Jika tidak mampu berniaga kerana kesuntukan masa, maka melaburlah dengan wang yang anda ada. Anda boleh membantu rakan yang ingin berniaga tetapi tidak mempunyai modal melalui konsep Mudharabah, atau anda boleh bekerja bersama-sama dengan berkongsi modal melalui konsep Musyarakah.


Ingat, jangan terperangkap di dalam janji manis skim cepat kaya.


3. Berjimat dan memulakan simpanan
Setelah memperolehi wang, berjimatlah. Pastikan anda tahu kemana setiap sen yang anda belanjakan. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Sentiasa amati perkembangan nilai mata wang, tukarkan simpanan anda ke mata wang yang lebih kukuh atau aset yang dijangka dapat mengekalkan nilainya setelah peredaran masa.

Sekian.