Monday, 10 June 2013

Akibat Gila Seks!!!

Belut Jalan Dalam Perut Lelaki Gila Seks Cari Jalan Keluar



Belut Jalan Dalam Perut Lelaki Gila Seks Cari Jalan Keluar | Guangdong – Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.

Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.

Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.” Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.


“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.

“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.

“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis.-daily mail

Kanak-kanak Mengidap Penyakit Saraf Usus-Mohon Sumbangan


Assalamualaikum.... dan salam sejahtera warga Malaysia ... di sini saya ingin berkongsi suka duka keperitan hidup keluarga En.Kamarul Azmi Bin Chik (Bapa Pesakit) tentang anaknya yang mengidap penyakit saraf usus. Adam Lutfi Iqbal Bin Kamarul Azmi Umur : 2 tahun 1 bulan Jenis Penyakit : Saraf Usus Tempat Pembedahan : Hospital Perempuan Zainab 2 Kota Bharu Kelantan Tarikh Pembedahan : 10 Jun 2013 8 Pagi. Kepada mereka yang ingin membantu, bolehlah menyalurkan derma anda kepada; En.Kamarul Azmi Bin Chik Mykad : 760213115429 Warganegara Malaysia Alamat : Lot.13126,Kg.Teluk Pelong,Padang Midin,21400,Kuala Terengganu. (rumah keluarga pesakit ) Akaun Bank CIMB : 1302-0115488-52-8 Akaun Maybank : 109018021179 Marilah kita sama-sama membantu meringankan bebanan kewangan demi menyelamatkan nyawa insan yang kurang bernasib baik. Dermalah walaupun RM1...Sumbangan anda amat berharga bagi anak kecil ini untuk meneruskan kehidupan seperti insan biasa. Perhatian ;Kos pembedahan belum diketahui tetapi meminta bantuan untuk perbelanjaan semasa di hospital dan bil hospital sahaja. Setakat ini sumbangan dari insan prihatin dari kawan kawan facebook jumlah terkumpul sebanyak rm 140 untuk 2 hari kempen di lancarkan. Harap ada yang sudi menderma lagi demi menampung pebelanjaan keluarga ini. Dan pada yang mereka berdekatan tinggal di kawasan pantai timur terutama di kelantan atau terengganu boleh lah dapat melawat keluarga ini di hospital Perempuan Zainab 2 Kota Bharu Kelantan 10 jun 2013 pukul 8 pagi, untuk memudahkan urusan boleh lah hubungi keluarga ini di Talian 019-9944176 atau 019-9314635 untuk memberi kata kata semangat dan peransang kepada keluarga ini. Akhir kata saya berharap kita sebagai warga malaysia prihatin boleh lah mendoakan agar pembedahan adik Adam Lutfi Iqbal Bin Kamarul Azmi berjaya hendaknya. Mohan jasa baik Tuan/Puan sebarkan pada yang lain. Tolong share jasa baik Tuan/Puan tidak dapat dibalas dengan kata kata.





Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

SEORANG LAGI MANGSA JAMBATAN RUNTUH YANG BERJAYA DIKELUARKAN

Mayat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tanjak penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berjaya dibawa keluar kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mayat mangsa berjaya dibawa keluar setelah pihak penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) dan polis berusaha keras sejak operasi menyelamat dijalankan sejak semalam.
“Berdasarkan daripada pakaian dan pengecaman awal keluarga, mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin yang berasal dari Permatang Damar Laut dan berusia 45 tahun.”Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk dibedah siasat dan pengecaman mayat mangsa oleh ahli keluarga,” katanya kepada media di lokasi kejadian, hari ini.
Menurutnya, kerja mencari akan diteruskan berikutan polis menerima maklumat daripada orang ramai bahawa kemungkinan ada mangsa lain yang terperangkap.
“Berdasarkan daripada maklumat orang ramai, kemungkinan masih ada mangsa lain yang terperangkap.
“Oleh itu, kita akan teruskan kerja mencari dan menyelamat untuk mencari mangsa lain sekiranya ada.”Setakat ini, polis hanya menerima hanya satu laporan kehilangan ahli keluarga iaitu daripada keluarga mangsa manakala laporan lain berhubung kehilangan ahli keluarga tidak kami terima,” katanya lagi.
Sementara itu, di lokasi kejadian, abang mangsa yang hadir membuat pengecaman tiba-tiba rebah sebaik melihat mayat dibawa keluar dari bawah runtuhan.-Sumber :

Perkongsian Kisah Benar Keadaan Jenazah Penuntut UMT.


















Perkongsian Kisah Benar Keadaan Jenazah Penuntut UMT.

" Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Markaz Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

Maha benarlah firman Allah,

Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah.

[Ali –Imran: 167-170]

Begitu juga hadith Nabi saw,

Hadits dari Buraidah Ibnul Khasib adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, menengok saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia telah wafat, dan terlihat pada jidatnya berkeringat, kemudian ia berkata,"Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berpeluh dahinya" (HR. Ahmad, AN-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu MAjah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

Benarkah Adi Putra Cium Rita???


Adi Putra Mengaku Mencium Dahi Rita Rudaini

Mungkin ada yang tidak tahu sebuah lagi drama adaptasi novel akan menggantikan drama Adam dan Hawa yang sudah sampai ke episod akhir seminggu lepas. Drama yang dimaksudkan ialah Sehangat Asmara, diadaptasi dari novel dari judul yang sama tulisan Aisya Sofea.



Drama ini ialah gandingan pertama Adi Putra dan Rita Rudaini akan mula ditayangkan 21 Januari ini pukul 10.00 malam di Astro Mustika HD.

Pelakon lelaki yang semakin mendapat tempat dihati penonton, Adi Putra mengakui selesa akan sikap Rita Rudaini kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama dalam melakukan babak-babak romantis bagi menjayakan drama bersiri terbaru mereka, Sehangat Asmara.

 “Rita Rudaini profesional, jadi tidak menjadi masalah apabila ada babak yang memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia cukup memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya,” katanya kepada wartawan sebuah akhbar tempatan.

Rita Rudaini memegang watak Kamilia Najwa manakala Adi Putra memegang watak Zainal Arief. Ia merupakan sebuah kisah pandang pertama antara mereka yang memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.

MUKJIZAT-KEMUNCULAN MALAIKAT MEMBANTU PEJUANG ISLAM











KEMUNCULAN MALAIKAT MEMBANTU PEJUANG CHECHEN

Dalam berjihad di jalan Allah swt, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar {1} dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang berlaku di pergunungan Chechya.

Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling tinggi berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.

Ikutilah kisah yang diceritakan oleh seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan.


Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan

Kami berperang dalam satu batalion bersama komander operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul kapal terbang tentera Rusia yang menerjunkan ratusan tenteranya. Kami mulai bersedia. Pada waktu itu kami hanya berkaki ayam di malam yang gelap gelita serta di atas tanah yang diliputi salji.

Tentera-tentera Rusia tersebut mendarat di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Perkara ini mengaburkan pandangan kami, sedangkan mereka dapat melihat dengan sangat jelas. Disebabkan posisi mereka yang berada di atas kami, menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung.

Tiba-tiba mereka (tentera Rusia) menjadi panik dan ketakutan. Mereka mula melepaskan tembakan rambang. Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah.

Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam. Komander Khattab berkata:
“Saya ingin memilih beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”.

Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Komander Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk misi itu. Setelah sejam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam.

Dengan rasa ingin tahu kami pun mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, kami segera bertanya kejadian sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir. Satu keadaan yang sangat mengejutkan, ratusan tentera Rusia telah dipenggal.

Melihat keadaan tentera-tentera Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik. Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.

Satu lagi keanehan ialah di mana senjata api mereka iaitu Kalashnikov masih tergengam di tangan mereka dan tidak sedikitpun mengalami kerosakan. Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain pun masih lagi elok.

Jumlah tentara Rusia yang terpenggal lebih kurang seratus orang. Peristiwa ini menyedarkan kami bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong kami.