Sunday 10 November 2013

Kantoi!!! Video Aktiviti Penderaan Di Pusat Jagaan Kanak-kanak


Video Penangkapan Suspek Tembak Pegawai AM Bank...


Gambar-gambar Artis Veteran Bersosial... Siapakah Dia?

Siapakah dia artis veteran yang dimaksudkan??? saksikan gambar-gambar hot beliau dibawah ini...

Inilah artis kita Azizah Mahzan dan Zaefrul Nordin. Mereka nih dah boleh dikatakan orang lama dalam Industri Hiburan Tanah Air Malaysia. Orang lama tapi masih seksi, mengancam dan menawan. 
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Anda nilai sendiri melalui gambar-gambar di bawah..

















Chef Riz Kini Hangat Bercinta Dengan Kakak Artis Baru

SELEPAS beberapa bulan berpisah dengan pelakon Ana Dahlia, anak teruna Chef Wan iaitu Chef Riz pernah memuat naik gambarnya bersama seorang gadis melalui laman Instagramnya awal tahun ini.

Ia sekaligus menimbulkan persoalan bahawa dia sudah menemui pengganti bekas isterinya itu.

Bagaimanapun, cerita itu lama-kelamaan semakin senyap apabila jejaka ini mengambil pendekatan untuk tidak berterus-terang mengenai hubungannya dengan gadis yang dipanggil ‘Mak Jemah’ itu.

Namun, hari ini, juga melalui laman Instagramnya, Chef Riz akhirnya memuat naik gambar dengan gadis yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Kali dengan disertakan dengan ‘caption’ yang teramat jelas menunjukkan mereka bercinta.


Dibunuh, Dipotong Dan Dimasak

SHAH FAISAL - Pihak Polis Pakistan telah menahan seorang wanita yang membunuh suaminya sendiri. Wanita tersebut turut merancang untuk memasak potongan tubuh dari suaminya itu.

Zainab Bibi telah ditahan di Shah Faisal, wilayah yang terletak di salah satu kota besar di Pakistan, Karachi, kerana ingin memasak daging suaminya sendiri. Pihak Polis juga menemukan potongan bahagian tubuh suami Zainab yang ditempatkan di dalam periuk.

"Zainab dan sepupu lelakinya telah membunuh Ahmed Abbas (suami Zainab), dan mencincang anggota tubuhnya. Setelah itu, mereka akan memasak daging suaminya," menurut Ketua Polis Shah Faisal, Nadeem Baig, seperti dilaporkan AFP, Jumaat (25/11/2011).

Gambar-gambar dari stesen TV tempatan menunjukkan periuk-periuk yang sudah siap berisi daging dari tubuh suaminya sedia untuk dimasak. Dan kanan sekali adalah gambar pakaian suaminya yang berlumuran darah ditemui dalam sebuah bekas baju. Gambar menunjukkan bekas baju dan periuk yang berisi daging suaminya di dalam sebuah ambulan sedia untuk disiasat.

Zainab ditangkap setelah jirannya melaporkan perbuatannya kepada pihak polis. Stesen televisyen tempatan juga menunjukkan potongan tubuh Ahmed yang ditempatkan di dalam periuk.

"Ada dua faktor yang menyebabkan Zainab merancang untuk memasak daging suaminya sendiri. Pertama kerana Zainab ingin menghapuskankan barang bukti, dan yang kedua adalah kerana emosi Zainab yang meledak-ledak. Zainab tentu tersinggung dan amat marah ketika Ahmed menyatakan niat untuk berkahwin lagi dengan wanita lain," tambahnya.

Perundangan di Pakistan membenarkan setiap suami untuk berpoligami, namun untuk berpoligami, lelaki perlu meminta izin daripada isterinya terlebih dahulu.

Lelaki Rusia Langgan Pelacur Bukan Kerana Seks

This summary is not available. Please click here to view the post.

Hadiah Perkahwinan Terbaik Dari Pengantin Perempuan

Seolah olah sudah menjadi adat, jika pengantin perempuan berkemampuan menghadiahkan sesuatu kepada pengantin lelaki.

Kalau setakat cincin perak dan suasa untuk pengantin lelaki memang dah biasa sangat kan?


Normal sangat kalau perempuan bagi hadiah cincin pada pengantin lelaki


Dah memang jadi adat kalau kawin, perempuan akan terima sebentuk cincin sempena pernikahan


Ni pun sama juga, dah biasa kan?


YANG NI MEMANG SUNGGUH LUAR BIASA, PENGANTIN PEREMPUAN HADIAHKAN PENGANTIN LELKI HELMET SEMASA HARI PERNIKAHAN

Posmen putus tangan kanan, ditetak dua lelaki

Seorang posmen putus tangan kanan dan cedera parah selepas ditetak bertubi-tubi oleh dua lelaki bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Kubang Kerian dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.17 pagi itu, mangsa, Mohd. Al-Hafiz Mustapha, 29, ditetak di tangan, kaki dan muka sebelah kanan.

Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan bedah pada petang ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, siasatan awal mendapati, dua lelaki terbabit telah menyerang mangsa di hadapan rumahnya sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu oleh individu lain.

"Semasa kejadian, isteri mangsa telah mendengar jeritan suaminya yang kuat, dia terus keluar untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati dua lelaki yang tidak dikenali melarikan diri selepas menyerang dan menetak mangsa.

"Kedua-dua lelaki itu memegang parang. Isteri mangsa terus menjerit meminta tolong dan kedua-dua suspek masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh orang lain yang sedia menunggu dan terus memecut," katanya di sini hari ini.

Jual tubuh RM15


JEMPOL – Biarpun umur sudah menjangkau 51 tahun, namun seorang wanita yang layak digelar nenek masih mahu menjual diri dengan mengenakan caj hanya RM15.

Wanita itu antara yang ditahan dalam Ops Noda dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di sebuah hotel murah di Bahau di sini, malam kelmarin.

Ketua JSJ Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam operasi bermula jam 3.15 petang itu, seramai lapan wanita dan seorang ‘makyah’ ditahan kerana dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

“Kesemua yang ditahan berusia antara 26 hingga 51 tahun dan tujuh daripada mereka beragama Islam.

“Ketika serbuan, wanita terbabit didapati sedang asyik berbual dengan tiga pelanggan di sebuah bilik khas disediakan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati, tiga daripada bilik di hotel berkenaan dijadikan ‘port’ bagi tujuan itu.

Hamdan berkata, turut ditemui beberapa paket kondom yang disorokkan di dalam sebuah stor hotel berkenaan, dipercayai digunakan bagi aktiviti pelacuran, menurut sumber Sinar Harian.

“Berdasarkan siasatan awal, dipercayai hotel berkenaan sering menjadi tumpuan ramai warga asing kerana pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks hanya perlu membayar RM15.

“Apa yang kita kesalkan apabila seorang wanita yang sudah berumur terlibat dalam aktiviti pelacuran sedangkan pada usia sebegitu, dia sepatutnya insaf,” katanya.

Wanita Termuda Menang Nombor Ekor RM27 Juta, Datang Seorang Tuntut Hadiah!


SEORANG eksekutif muda wanita yang baru berusia dalam lingkungan 30-an mencatat sejarah antara pemenang judi Toto 4D Jackpot termuda di negara ini bila memenangi pertaruhan sebanyak RM27 juta.

Berasal dari Kuala Lumpur, wanita berkenaan telah membeli gabungan nombor 5757 dan 1113 yang diilhamkan dari nombor lesen memandunya, nombor plat kereta dan beberapa tarikh bermakna dalam hidupnya.

Menurut sumber, tidak seperti kebanyakan pemenang lain, wanita itu hanya datang berseorangan ke ibu pejabat Sport Toto Malaysia untuk menuntut hadiahnya dengan alasan tidak mahu menganggu jadual suami dan ahli keluarganya yang lain.

Apapun jangan pula jadikan wanita ini sumber inspirasi pulak kerana ternyata selain judi itu sendiri satu perbuatan haram di sisi orang Islam, ia ternyata tidak membawa faedah.

Selalunya, mereka yang kaki judi ini akan musnah kehidupan masing-masing kerana terlalu banyak bertaruh sedangkan peluang untuk menang terlalu dan sangat TIPIS.

Wanita ini mungkin bertuah tetapi perlu ingat, ianya mungkin satu dalam sejuta.

Mahu senang atau kaya kenalah berusaha, tiada jalan singkat untuk mendapat apa yang kita idamkan…tetapi kalau rajin dan cekal, segalanya tidak mustahil!

Ayah Lan Pet Pet Kembali Ke Rahmatullah



Assalamuailaikum dan selamat pagi...
Salam takziah saya ucapkan pada lan pet pet diatas pemergian ayah beliau...
Semoga rohnye di tempatkan dikalangan org2 yg beriman..

AL-FATIHAH..

Suspek Tembak Pegawai AmBank Ditangkap



KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai AmbankNorazita Abu Talib, 37, dalam kejadianrompakandi Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.

Satu kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah, turut mengesahkan penahanan lelaki tersebut di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada pukul 7 pagi ini.

“Pihak polis percaya, dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlahRM450,000dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut..